Sunday, May 15, 2011

Perlu Bijak Guna Teksi


     Teksi  adalah pengangkutan utama yang sering digunakan pelancong untuk ke mana-mana terutama di bandar atau dari lapangan terbang, pelabuhan serta terminal bas. Mereka lebih rela bayar mahal untuk teksi demi keselesaan dan lebih mempunyai privasi berbanding pengangkutan umum.

     Namun,menggunakan perkhidmatan teksi tidak selalu memberi keselesaan yang diinginkan. Ini kerana ada sesetengah pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, menuntut wang lebih (seperti tip), berpura-pura tidak mempunyai wang baki atau sengaja membawa penumpang melalui jalan yang jauh malah ada tidak bertanggungjawab melakukan rompakan terhadap penumpang.

     Justeru, tip ini mungkin dapat membantu memilih teksi supaya anda tidak tertipu dan selesa serta selamat ketika melancong terutama di negara asing.

1)      Cara terbaik memilih teksi adalah daripada pengusaha teksi melalui telefon. Dengan cara itu, nombor pendaftaran, nama pemandu dan data anda sebagai pelanggan direkod pengusaha teksi terbabit.
Jika berlaku sebarang masalah seperti layanan buruk daripada pemandu dan anda mahu membuat aduan, prosesnya akan jadi lebih mudah.

2)      Namun sebelum menelefon, pastikan anda memilih pengusaha teksi yang tepat dengan perkhidmatan terbaik. Carilah profil pengusaha teksi yang boleh dipercayai dan paling penting teksi itu memiliki nombor pemesanan serta layanan pengaduan.

3)      Jika bercuti di luar Negara, pastinya kita tidak mengetahui profil pengusaha teksi yang ada.Dalam situasi ini, mintalah bantuan petugas hotel atau tempat penginapan anda untuk meminta perkhidmatan teksi.

 4)      Apabila masuk ke dalam teksi, jangan terus menutup pintu.Ambillah waktu sejenak untuk memperhatikan keadaan teksi dan yang paling utama lihat kad pemandu yang tertera.
Adakah gambar yang tertera sama dengan pemandunya dan adakah nombor pendaftaran teksi itu sama dengan yang tertera di luar teksi. Perhatikan juga penampilan si pemandu teksi, adakah dia berpakaian kemas atau tidak.

5)      Jika anda tidak yakin dengan penampilan pemandu serta keadaan teksi, jangan ragu- ragu melakukan pembatalan dengan sopan dan tegas.Dalam hal ini, anda sebagai calon penumpang tidak mempunyai kewajipan untuk memberi duit tambang kepada pemandu.
Tetapi kalau anda berasa tidak sedap hati kerana terlanjur menahan teksi, berikan saja duit yang nilainya berpatutan menurut anda.Namun, jika teksi sudah terlanjur jalan dan anda memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan  kerana rasa ragu-ragu dan curiga, hentikan teksi di tempat yang ramai orang.

6)      Pastikan anda menyediakan wang kecil untuk membayar teksi. Ini kerana, ada sesetengah pemandu yang tidak mempunyai wang kecil atau berpura-pura semata-mata mahu mendapatkan bayaran lebih.

7)      Di sesetengah Negara memberi tip kepada pemandu teksi adalah perlu, justeru itu anda perlu peka terhadap budaya itu.

 8)      Apabila terpaksa menggunakan teksi dengan sistem borongan (tidak memakai meter), pastikan anda mendapat harga yang wajar. Adalah lebih baik jika anda tahu berapa jauh jarak tempat yang dituju dan menganggarkan tambang teksi itu nanti.



1 comment:

검색신의 said...

team taxi racing ade persatuan ke bro?..asik lambat jew skunk taxi nyer servis walaupun dah lama xnaik taxi keh..keh

acu cuba try klik jap