Saturday, June 25, 2011

PATAWALI


      Patawali adalah nama tumbuhan jenis menjalar dari keluarga menispermaceace. Ia mempunyai batang yang berkerutu dan berdaun lebar. Patawali atau nama saintifiknya tinospora crispa(miers) mudah ditemui di kawasan bersemak samun ataupun tumbuh menjalar di pagar-pagar rumah.

     Tumbuhan ini turut dikenali dengan nama lain seperti akar seruntum, brotowali ataupun batang wali. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit dan bahagian batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi.
     Kerana rasa pahit itulah tumbuhan ini sering digunakan  untuk memudahkan bayi bercerai dari susu dengan menyapukannya pada payudara. Patawali turut digunakan sebagai salah satu bahan campuran untuk dijadikan minyak urut oleh tukang tradisional.

     Tumbuhan ini mengeluarkan bunga berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota seperti tunas.Apabila matang, warna bunga tersebut akan berubah menjadi merah dan putih. Buahnya pula berwarna merah muda.

     Bahagian batang patawali mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Bahagian batangnya digunakan untuk merawat demam, sakit perut,kencing manis dan darah tinggi.

     Bagi mereka yang menghadapi penyakit kelamin seperti sifilis dan gonorrhea, daun patawali dikatakan mujarab untuk  merawat dan mengatasi masalah ini.

Khasiat lain tumbuhan ini dikatakan boleh mengatasi masalah kecacingan. Air rebusannya dikatakan membantu membersihkan darah, membunuh kuman, menyembuhkan luka selain meredakan sakit pinggang dan sengal badan.

     Ia juga boleh digunakan untuk merawat kudis dengan menggunakan air rebusan yang dicampurkan dengan sedikit belerang dijadikan air basuhan pada yang berkudis. Kajian saintifik juga menunjukkan tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan iaitu ‘jattrorrhizine’ yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit malaria.

Malah, ada petua orang-orang tua yang menyarankan agar air rebusan tumbuhan ini untuk mengelakkan dari gigitan nyamuk kerana darah akan menjadi pahit setelah meminumnya. Di Filipina, tonik dari tumbuhan ini digunakan untuk merawat masalah tekanan perasaan dan mental.

mmmmshiwu

2 comments:

I do I need Iman said...

darah jamdi pahit? hahahahha yg tue lawak. ;p

azlanmatt said...

apsal lawak plak.... nyamuk yg bgtaw...dia ckp darah tuh pahit...hahahah

acu cuba try klik jap