Friday, January 21, 2011

jintan hitam

jintan hitam selain digunakan dlm masakan,ia juga digunakan dlm perubatan untuk mengubati segala penyakit.

KEGUNAAN
jintan hitam kaya dgn monosakarida iaitu glukosa dan xilosa,polisakarida,asid lemak tak tepu,asid amino,karotena,kalsium dan zat besi...dpt meningkatkan sistem keimunan badan,mengandungi antihistamina,bagus bagi mereka yang mengidap asma...
selain dari itu jintan hitam jugak dapat...
    mengelakkan dari kembung perut bagi bayi yg baru lahir
    meredakan perut kembung bagi orang dewasa
    merawat sendi tulang
    sakit kepala

CARA2 PENGGUNAAN                                                                                                                     untuk mengelakkan dr kembung perut bagi bayi yang baru lahir, bungkus jintan hitam dengan kain lalu diikat kemudian bungkusan itu dipanaskan di atas api yang sederha panasnya,selepas itu tuamkan pada bahagian perut,betis,tapak kaki dan jugak buah zakar.
ulangi proses ini setiap kali selepas mandi selama 40 hari...

bagi yang dewasa pulak,jintan hitam hendaklah ditumbuk halus dan dicampur dengan pasir sungai.campuran tadi dibungkus dengan kain lalu dipanaskan dan dituamkan pada perut boleh juga dituam pada bahagian badan yang mengalami sengal2 tulang..

untuk mengembalikan tenaga dan menurunkan paras kolestrol...ambil 7 biji jintan hitam dan menelannya sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur...

untuk mengelakkan kencing tidak lawas dan haid tak lancar...jintan hitam hendaklah digoreng tanpa minyak
dan ditumbuk halus kemudian minum bersama air panas denga madu...

untuk merawat resdung ...tumbuk halus jintan dan hidu berulang kali,baik jugak untuk pernafasan dan melegakan selsema.Bagi menghilangkan demam,selsema dan sakit tekak....campurkan jintan yg ditumbuk halus dengan air perahan limau nipis dan satu sudu besar madu...


No comments:

acu cuba try klik jap