Sunday, October 2, 2011

Wanita Lebih Berjerawat


     Jerawat sememangnya menjadi masalah pada remaja di seluruh dunia. Bahkan, ramai di antara mereka menjadi kecewa atau bengang gara-gara jerawat yang tidak mahu hilang dari wajah mereka. Kebanyakkan masalah ini dideritai oleh lelaki dan wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun. Penelitian melaporkan 800 orang lelaki dan wanita berusia di antara 25 hingga 58 tahun, didapati 54% wanita dan 40% lelaki mengalami masalah jerawat.
     Penyebab jerawat terdiri dari pelbagai faktor. Bermula dari debu, kulit berminyak, keturunan dan hormon. Manakala penyebab luarannya berpunca dari bakteria ‘Pacnes’. Bakteria ini boleh melekat di setiap kulit manusia dan kemudiannya membiak serta menimbulkan jerawat. Untuk mencegah jerawat yang disebabkan faktor luaran, cara paling berkesan ialah kamu mesti rajin membersihkan muka.

Saturday, September 24, 2011

25 Tanda Lelaki Jatuh Cinta


1 Lelaki ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh (ikhlas dan rela tanpa sebarang paksaan) melakukan sesuatu untuk gadis pujaan hatinya.
Sentiasa cuba menghiburkan hati si dia dan berubah menjadi seorang yang peramah atau rajin bercerita.
Sering memberikan kata-kata manis dan juga perangsang.
Sedaya upaya berusaha untuk mengongkong kebebasan si dia kerana perasaan cemburunya sudah semakin meluap-luap.
Sentiasa berasa takut akan kehilangan si dia.
Cuba mengawasi pergerakkan si dia kerana sering berasa curiga si dia akan berpaling tadah pada lelaki lain.
Berasa tergugat dan tidak suka apabila ada lelaki lain yang cuba mendekati si dia.
Menjadi cemburu dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Berpura-pura merajuk atau berkecil hati semata-mata ingin dipujuk oleh si dia.
10 Tiba-tiba saja menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu si dia dalam apa jua keadaan.
11 Ada ketikanya mahu dilayan seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian dan berharap agar si dia melayannya lebih daripada orang lain.
12 Sering berada dalam keadaan tidak tentu arah apabila berjauhan dari si dia.
13 Berusaha meluangkan lebih banyak waktu untuk bersama si dia.
14 Sentiasa memastikan keselamatan si dia.
15 Mementingkan si dia lebih daripada diri sendiri.
16 Kerap bertanya adakah si dia berasa gembira atau bahagia bersamanya.
17 Tidak akan melayan perempuan lain yang tidak berkenaan.
18 Sering membanggakan kehadiran si dia di depan orang lain.
19 Sekiranya dikecewakan, dia akan menjadi serik dan tidak akan mempercayai cinta perempuan lain. Sebaliknya sentiasa mengharapkan agar si dia yang dicintai kembali kepadanya.
20 Apabila wujud orang ketiga, lelaki ini akan menjadi seperti orang hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali cintanya.
21 Sentiasa menganggap si dia sebagai orang yang paling dipercayai.
22 Tidak sanggup untuk berlaku curang atau membohongi si dia.
23 Sanggup berkongsi rahsia dengan si dia yang mungkin tidak pernah dikongsi bersama orang lain termasuk teman rapatnya sendiri.
24 Tiba-tiba saja berubah menjadi romantik.
25 Sanggup menitiskan air mata hanya kerana merindui seorang perempuan.

Friday, September 16, 2011

Bagaimana TEKANAN Mempengaruhi Kehidupan Kita?




     Tekanan yang berlebihan boleh mengakibatkan perasaan bimbang, ketakutan dan tertekan. Tekanan yang sederhana adalah baik dan membuat kita sentiasa cergas dan bermotivasi. Tetapi ketegangan yang berlebihan adalah sebaliknya serta membahayakan rohani dan jasmani.

     Tekanan fikiran menyebabkan keadaan murung,hilang daya konsestrasi, gementar serta bersifat agresif. Sebaliknya tekanan fizikal mengakibatkan kita sering sakit kepala, gangguan tidur malam, hilang selera makan, kelesuan, ruam kulit, kegemukan, tekanan darah tinggi dan sakit jantung koronari.

     Tekanan luaran pula diakibatkan oleh masalah dalam rumahtangga, masalah kerja, masalah kewangan,
sakit, kelahiran dan kematian, kesesakan dan banyak lagi.

     Tekanan dalaman diakibatkan oleh masalah tidak percaya kebolehan diri sendiri, perasaan rendah diri, masalah seksual, masalah membuat keputusan dan banyak lagi.

Cara Memperbaikinya
     Kita hendaklah realistik dalam menentukan matlamat kita, antaranya;
  • Bijak mengatur soal-soal kewangan.
  • Belajar untuk mengatakan ‘TIDAK’ kepada tugas yang tidak boleh dibuat.
  • Gembirakan hati bila dalam kesulitan.
  • Menilai semula persepsi diri kita yang sebenar.
  • Perubahan yang besar dalam kehidupan kita perlu dijarakkan seperti berkahwin atau menukar kerja.
  • Rancanglah kerja kita dengan teliti, berkongsi masalah samada di rumah atau di tempat kerja.
  • Berusaha untuk membina perkahwinan yang lebih bahagia dan persahabatan yang lebih akrab.
  • Kita perlu belajar untuk beristirehat.
  • Kita perlu tidur secukupnya.
  • Perlu menjaga menu makanan yang seimbang.
  • Kita cuba elakkan dari merokok dan meminum minuman keras.
  • Kita perlu selalu bersenam, berjumpalah pakar jika kita tidak berupaya menghadapi masalah

Sunday, September 11, 2011

Delima Baik Untuk Jantung Dan Usus


     Buah delima ataupun nama saintifiknya punica granatum merupakan tanaman Asia, spesis dari Pulau Socarta.Meskipun berasal dari Iran, buah delima lebih banyak berkembang di daerah Timur Tengah, Arab Saudi, Afghanistan, India dan Asia Tenggara.

     Ditanam sebagai tanaman hias ataupun tanaman ubat. Tingginya boleh mencapai 5 meter, berbatang bulat dan kecil,daunnya bulat telur dengan permukaan yang berkilat.

     Buah berwarna merah, unggu putih dan juga hijau kekuningan. Bunga berwarna merah akan menghasilkan buah berwarna merah dan bunga putih menghasilkan buah yang berwarna putih atau hijau kekuningan.
Tumbuh baik di daerah yang musim kemaraunya panjang dan bersuhu panas. Hidup subur pada ketinggian 400 hingga 1,500 meter dari permukaan laut.

     Seluruh pokok delima mempunyai manfaat, bermula dari kulit,batang, akar, daun hingga buahnya. Pada kulit akar dan kulit batangnya terdapat alkaloid peliterin yang baik untuk ubat cacing dan keracunan makanan.

     Jus buah delima tinggi dengan khasiat. Terdapat kandungan ion kalium, vitamin C dan polipenol.Setiap ulas bijinya kaya dengan kandungan kalium per 100 gram (259 mg/gr), tenaga 63 kal, 30 mg vitamin C, komponen ini baik untuk jantung.

     Selain itu ia memberi perlindungan terhadap barah kulit. Berdasarkan laporan dimuatkan di American Journal Of Clinical Nutrition, seseorang yang minum 200 cc jus delima setiap hari selama seminggu berturut-turut akan dapat meningkatkan aktiviti antioksida sebanyak 9%.

     Di Iran dan Iraq, jus delima dibuat berkumur terlebih dahulu sebelum diminum. Ia dapat membantu membersihkan mulut dan gigi. Selain itu ia dapat mencegah infleksi sehingga dapat membantu menghilangkan bau mulut.

     Memakan dengan perlahan-lahan buahnya dan mengeluarkan bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan menghindarkan kekeringan kerongkong.

     Kandungan zat tanin dalam buah delima dapat membius cacing gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga dapat dikeluarkan melalui air besar. Cara ini sudah biasa dipraktifkan oleh penduduk Mesir dan Vietnam.

Tuesday, September 6, 2011

Tekanan Menyebabkan Mati Pucuk



     Jarang terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif

     Jadi, tidak mustahil ada induvidu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

     Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah zakar dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana buah zakar kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).

     Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.Mati pucuk bererti lelaki tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan. Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairanlah jika mood dan tingkahlaku negatif.

     Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku,mungkin ada masalah kesihatan yang terlindung dan elok dia berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan,malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.
Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.

     Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya,jangan mendiamkan diri,sebaliknya dapat bantuan doktor.

     Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami  tidak dapat memasukkan eraksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.

Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).

     Zakar yang tidak ereksi pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan. 

Wednesday, August 24, 2011

Tumit Kaki Halus


Di dalam dunia kecantikan, penggunaan garam digunakan membantu menghaluskan kulit,menggalakkan pertumbuhan sel sekaligus meremajakan kulit.

Bahan:
1 genggam garam
1 titis minyak aroma seperti serai, halia, limau atau teh hijau

Cara
Campurkan kedua-dua bahan dan masukkan ke dalam air hangat. Rendam kaki dan gosok bahagian tumit yang kasar dengan sikat halus dan batu apung. Urut bahagian tumit dengan garam untuk membuang kulit kering. Apabila selesai,bilas kaki dengan air dan keringkan sebelum kaki disapukan losyen pelembab sesuai jenis kulit.

Monday, August 22, 2011

Kaki Lembut Dan Wangi


Memakai kasut kulit bertutup boleh menyebabkan kaki berbau. Lebih teruk lagi jika dibiar lembab,kaki boleh ditumbuhi kulat lantas membuatkan anda terasa tidak selesa. Memiliki kaki lembut dan wangi tidak sukar jika anda rajin merawatnya.

Bahan:
1 Cawaan jus lemon
2  Sudu makan minyak zaitun
¼ cawan susu
Air secukupnya
Serpihan kelopak mawar atau kayu manis( untuk aroma)

Cara:
Campurkan semuanya di dalam besen sederhana besar. Masukkan kedua kaki (separas betis) selama 10 minit, kemudian keringkan kaki dan bilas dengan sabun lembut serta air.Lakukan 2 kali seminggu selama beberapa minggu sehingga kaki anda terasa lembut.

Saturday, August 20, 2011

10 Tanda Lelaki Pendera

(dr google) emosi yang bercelaru dan sejarah hidupnya yang pernah didera
menjadikan pendera melakukan apa saja demi kepuasan


1  Cemburu keterlaluan
Menjadi terlalu cemburu terhadap keluarga,rakan dan teman sekerja dan cuba untuk mengasingkan pasagannya. Melihat pasangan dan anak-anak sebagai harta benda,bukan sebagai manusia yang mempunyai hak terhadap diri sendiri. Suka menuduh pasangannya tanpa usul periksa serta kerap bertanya ke mana mereka pergi, bersama siapa dalam nada menuduh.

2   mengawal
Sangat memerlukan masa dan perhatian pasangan.Lelaki seperti ini mahu mengawal kewangan dan semua aktiviti pasangannya. Individu ini akan marah bila pasangannya tunjukkan kemampuan berdikari.

3  Unggul
Lelaki ini selalu betul, menang dan bertanggungjawap dalam semua setiap perkara. Beliau juga selalu meletakkan kesalahan ke atas orang lain. Lelaki pendera suka meendah-rendahkan dan menggelarkan pelbagai nama kepada orang lain untuk menyenangkan hati sendiri.

4  Manipulasi
Melemparkan pelbagai kata negatif kepada mangsa seolah-olah semua yang terjadi adalah salah mangsa. Cuba membuat mangsa berfikir yang tindakan kasar dilakukannya berpunca dari kesilapan mangsa.

5  Mood berubah-ubah
Mood sering berubah-ubah dari agresif mendorong kepada mengasari, kemudian meminta maaf dan merayu-rayu selepas mengasari mangsa.

6  Cakap tak serupa bikin
Sering memungkiri janji. Lelaki ini menyatakan bahawa dia sayang tapi tergamak mengasari pasangannya.

7 Menghukum
Lelaki pendera akan menghukum pasangannya dengan pelbagai cara kerana emosinya bercelaru.antaranya tidak mempedulikan mangsa apabila perkara tidak mengikut kemahuaannya. Lelaki ini akan mendera mangsa melalui kata-kata dengan kritikan bertalu-talu.

8  Tidak mahu mendapatkan bantuan
Lelaki pendera tidak merasakan ada yang tidak kena pada dirinya. Jadi beliau fikir mengapa perlukan bantuan?. Lelaki ini tidak mengakui kesalahannya dan akan menggantikannya dengan perkara lain.

9  Tidak rasa hormat
Tidak pernah menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain termasuk wanita.

10  Mempunyai sejarah
Lelaki pendera pernah mengasari seseorang ataupun mendera diri sendiri. Pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.

Tuesday, August 16, 2011

JURUJUAL


     Seorang jurujual penyedut habuk hampagas menjelajah ke seluruh kampong,membuat promasi syarikatnya. Sampai di sebuah rumah,dia menerangkan kepada seorang suri rumah mengenai kehebatan alat itu.

“Mesin penyedut habuk ini ciptaan terbaru keluaran syarikat kami. Dijamin dapat membersihkan habuk 100%,” terang jurujual.

“Saya tidak percaya.Tak mungkin mesin ini boleh membersihkan habuk. Mustahil!!! Kata surirumah.

“Betul kak.kalau mesin ini tidak boleh bersihkan habuk dalam rumah kak,saya sendiri akan jilat habuk itu,”kata jurujual.

“Awak jangan bergurau lah.saya pasti mesin tu tidak boleh lakukan,” kata surirumah.

“Kita cuba dulu,kalau tak berjaya saya janji akan jilat habuk dalam rumah kak nih,”jelas jurujual.

“Okey terserah pada awak. Rumah saya tak ada bekalan elektrik!!!!!,” jawab surirumah selamba. 

Sunday, August 14, 2011

APABILA KAMU.....


     Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

  • Apabila hidup diselubungi kegelapan,semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
  • Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.
  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apbila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah,bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
  • Apabila semua orang di sekelilng tidak mahu mendengar suara dan keluhamu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
  • Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.
  • Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh bergantung harapan.
  • Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Saturday, August 13, 2011

FAKTA MENARIK TENTANG FILEM TAMIL


  1. Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu- talu oleh musuhnya,tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu,terus aja...adih,adihhh
  2. Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin (begitu sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan.
  3. Selepas disapu ke muka, mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.
  4. Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang,tapi eh...tiba-tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang  mereka,terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama.misteri betul... dari mana datangnya 100 orang itu...
  5. Di akhir filem itu,sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya adalah emaknya, ketua inspektor polis (inspektor sahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya, hakim adalah bapa saudaranya.... begitulah seterusnya...seterusnya dan seterusnya.
  6. Dalam setiap filem mesti sebut perkataan- perkataan Inggeris ini, iaitu No Problem!! My God!! Get out! Shut-up!! Impossible!! Please forgive me!... perkataan ini mesti disebut dengan kuat.
  7. Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek-golek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain... setiap lagu ade 10 pasang kot..
  8. Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa, berkejar kejaran di atas bukit sambil menyanyi, bertentang mata, menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa merasa penat.

Wednesday, August 10, 2011

Bunga Puteri..orkid terbesar di dunia


(dr google) bunga puteri amat digeruni pribumi zaman dulu..
kehadiran sering dikaitkan dengan penunggu

     Bunga Puteri adalah spesis orkid yang terbesar di dunia dan tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan.
     Batangnya berjuntai sepanjang 3 meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi dengan akar angin. Bunganya keluar pada tangkal yang tegak sepanjang 2 meter dan pada satu tangkai terdapat 4 hingga 50 kuntum bunga yang besar.
    Kuntum bunga ini kembang sekuntum dan berakhir sehingga 3 bulan dan ia kelihatan unik dan menarik apabila berbunga lebat atas pokok yang tinggi.
     Nenek moyang kita zaman dulu amat gerun dengan kehadiran bunga orkid ini yang sering dikaitkan dengan penunggu atau pokoknya kepunyaan puteri bunian.
     Masyarakat pribumi tidak berani mengambil bunganya, inikan pula merosakkan pokoknya menyebabkan keindahan dan keunikkan orkid ini terus terpelihara. Pokok orkid ini lebih dikenali sebagai bunga puteri atau bidadari.
     Kehadiran ahli sains barat ke alam melayu, terus mengenalpasti tumbuhan ini sebagai orkid terbesar di dunia dan menamakannya sebagai Grammatophylium Speciosum atau Tiger Orchid.
(dr google) cantik dipandang
tp takut didekati
     Orkid ini terus ditanam di taman botani luar negara dan ada yang melakukan hybrid ke atas bunga ini bagi warna bunga yang lebih menarik.
     Di Malaysia, bunga puteri atau bidadari ini jarang ditemui lagi tumbuh liar di hutan. Orkid ini juga jarang di tanam di taman awam. Kadangkala terdapat juga orkid ini di tanam di taman persendirian dan penggemar orkid menanamnya di sekitar rumah.
     Di luar Negara  seperti Thailand, pokok ini banyak ditanam di taman awam kerana keunikkanya yang berbeza dengan sepsis orkid lain yang menjadi tarikan pelancong.
     Pembiakkan orkid ini dibiak melalui membelah rumpunnya, belahan rumpun yang mempunyai akar angin ditanam terus ke dalam pasu besar atau kotak penanaman yang diisi denagn pecahan batu bata merah atau arang kayu.
     Belahan rumpun boleh juga diletakkan pada pangkal dahan pokok besar dan diikat supaya tidak jatuh. Sebagai pokok menumpang , orkid ini mudah hidup dan tidak perlu penjagaan rapi.
Bagaimanapun, bunga puteri ini memerlukan cahaya matahari secukupnya selain putaran angin yang baik

Saturday, August 6, 2011

Nilam.. herba beraroma


  1. Tumbuhan yang mempunyai aroma harum ini banyak digunakan sebagai bahan dalam kosmetik dan ditanam di kawasan yang beriklim tropika.
  2. Amat susah mengeluarkan bunga kecuali menggunakan kaedah in vitro. Ia boleh menghasilkan minyak sari yang banyak dan digunakan secara komersial. Indonesia merupakan pengeksport minyak nilam yang terbesar dan diusahakan secara ladang di Acheh dan Sumatera Utara.
  3. Daun yang lebih muda (pucuk muda) mempunyai kuantiti minyak yang lebih banyak. Minyak yang diperolehi dengan proses penyulingan daun dan ranting nilam.
  4. Pokoknya boleh mencapai ketinggian antara dua hingga tiga kaki. Batangnya berbulu dan daunnya tersusun dalam pasangan yang berlawanan serta berbentuk oval. Permukaan daun berwarna hijau kemerahan.
  5. Pokok ini dibiakkan melalui kaedah keratan batang. Batang yang hendak dibiakkan mestilah sudah cukup tua dan mempunyai daun sekurang- kurangnya tiga helai.
  6. Bahan kimia yang aktif terdapat dalam nilam seperti patchouli alcohol, patchouli campor, cadinene, benzaldehhyde,eugenol dan cinnamic aldehyde.
  7. Nilam berguna dalam  perubatan tradisional untuk merawat batuk dan asma.
  8. Jika direbus daunnya dan airnya diminum dapat menangani sakit kepala.
  9. Dijadikan sebagai penghalau kupu-kupu di beberapa Negara asia.

Thursday, August 4, 2011

10 perkara menarik tentang Terung


  1. Terung menngandungi khasiat protein, gula, kalsium, zat besi , fosforus, karotena, vitamin B1,B2, C,niasin dan alkaloid.
  2. Dengan memakan terung, Ia dapat mengurangkan demam panas, penyuburan darah dan menyusutkan bengkak-bengkak.
  3. Rasa manis terung terletak pada bahagian kulitnya. Pada bahagian itu terdapat pigmen glukosida yang melahirkan rasa manis.
  4. Pada tahun 1982, artikal dari sebuah jurnal perubatan, Tropcal Doctor melaporkan keberkesanan terung yang dapat mennyembuhkan sakit pada kaki seorang wanita Nigeria. Terung yang dikeringkan direbus dengan campuran air asam jawa dan direnehkan selama setengah jam. Airnya diminum dua gelas sehari,lenguh dan sakit kaki wanita itu hilang.
  5. Terung dapat meneutralkan darah yang mengandungi alkohol dan keracunan cendawan. Caranya ialah dengan merebus tampuk terung bersama dua cawan air, minum air rebusan (suam) itu.
  6. Terung juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Ini bermakna ia juga baik untuk menghalang lemak kolesterol yang menyelaputi jantung anda. Selain itu juga terung  boleh menghentikan perdarahan hidung dan ulser.
  7. Pengamal ubat herba India percaya mereka yang banyak makan terung dapat meningkatkan stamina seks.Vitamin folate yang terkandung dalam terung juga berguna bagi menyumbangkan tenaga dan kesihatan sewaktu hamil.
  8. Daun terung juga amat berguna bagi mereka yang mengalami luka terbakar, daunnya dilayurkan di atas api dan kemudiannya dituam pada tempat yang terbakar.
  9. Jika anda mengalami bengkak kaki dan tangan akibat cuaca yang sejuk, air rebusan buah dan daun terung boleh diminum dan dapat mengurangkan masalah tersebut.
  10. Terung juga dapat melegakan batuk. Ambil terung tua,buang bijinya, kemudian rebus dan campurkan dengan sedikit gula perang, airnya bolehlah diminum. 

Monday, August 1, 2011

10 Fakta Tentang Jagung


  1. Fosil biji jagung telah ditemui di Mexico City dan dipercayai tumbuh sejak 80 ribu tahun lalu.
  2. Jagung mula ditanam oleh kaum Mayan, Aztec dan Indian inca sejak 5,600 tahun dulu.
  3. Orang Indian Inca mengunyah daun jagung muda seperti mana mengunyah gula-gula getah kerana rasanya yang manis.
  4. Jagung juga telah dijadikan bahan membuat arak sejak dahulu kala.
  5. Jagung mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi banyak serat dan baik untuk sesiapa yang berdiet. Ia mengandungi Vitamin A,C, magnesium, potassium dan folsin.
  6. Jagung yang ditumbuk boleh dijadikan ‘mask’ untuk muka. Ia boleh menutup liang-liang roma dan menegangkan kulit muka.
  7. Jagung yang dijadikan makanan ringan untuk sarapan pagi  (cereal) mula diperkenalkan pada tahun 1860-an oleh sebuah syarikat yang diberi nama American Seventh-day Adventists. Ia diperkenalkan khusus para ‘vagetarian’.
  8. Tongkol jagung berguna untuk mengubati pendarahan pada luka.
  9. Bulu jagung yang berwarna kuning keemasan boleh dituam pada luka dan mengelakkan daripada bernanah. Selain itu juga berguna untuk paru-paru yang lemah dan dapat mengurangkan tekanan.
  10. Dengan memakan jagung, ia dapat membantu dalam memperkuatkan tulang ,gigi,dan rambut 

Thursday, July 28, 2011

Surah Al-Quraisy- keberkatan makanan, penawar racun

     Surah Al-Quraisy adalah surah yang ke 106, terdiri dari 4 ayat. Nama Al- Quraisy diambil dari lafaz Quraisy yang terdapat pada ayat pertama surah ini,yang ertinya suku kaum Quraisy.

     Surah ini berisi peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka. Kerana itu mereka diperintahkan untuk menyembah Allah.

Adapun khasiat yang terkandung di dalamnya adalah;

  1. Bila dibaca pada bahan makanan untuk orang ramai (misalnya beras untuk nasi kenduri) insyaAllah bahan makanan itu membawa berkat.
  2. Apabila dibacakan untuk makanan sendiri, maka akan merasa kenyang  dalam waktu yang lama.
  3. Bila ditulis pada piring,menulisnya harus dalam keadaan suci lalu dilunturkan dengan air biasa, kemudian air itu diminumkan orang yang terkena bisa atau keracunan, InsyaAllah akan sembuh. Bisa atau racun itu akan menjadi tawar dengan izin Allah SWT.
  4. Bila air itu diminumkan kepada orang yang sedang kebingungan, InsyaAllah dia akan sedar dan hilang bingungnya.

Surah Alam Nasyrah- kuatkan ingatan,murah rezki


     Surah Alam Nasyrah adalah surah yang ke 94, terdiri dari 8 ayat. Nama Alam Nasyrah diambil  dari lafaz Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya ;Bukankah Kami telah melapangkan?

     Kandungan isi dari surah ini adalah sebagai tasliyah atau penghibur kepada Nabi Muhammad SAW seperti penegasan Allah tentang nikmat-nikmatnNya yang telah diberikan kepada baginda dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran pasti ada kemudahan. Sehingga baginda diperintahkan agar tetap melakukan amal-amal soleh dan bertawakal.

Khasiat surah ini antaranya:

1) Apabila dibaca 7 kali setiap solat fardu, nescaya Allah akan melapangkan jalan rezekinya.

2) Apabila ditulis (menulis dalam keadaan suci) lalu tulisan itu dilunturkan dengan air mawar dan diminumkan kepada orang yang  selalu susah, insyaAllah segala kesusahan akan hilang segera dan berganti dengan kesejahteraan dan kebahagiaan. Kalau dia bingung,maka bingungnya segera hilang.

3)  bila ditulis di piring lalu dilunturkan dengan air biasa, setelah itu air tadi diminumkan kepada orang yang sering lupa, insyaAllah dia akn menjadi orang yang kuat ingatannya dan cerdas

Monday, July 25, 2011

Nafsu Burung Unta



     Dulu, di Negara kita, burung unta hanya dapat dilihat di dalam zoo seumpama Zoo Negara sahaja. Tapi kini sudah terdapat ladang pemeliharaan burung unta. Malah ladang itu juga dijadikan tempat tarikan pelancong. Mereka boleh menunggang burung unta.

Thursday, July 21, 2011

Aku dan Bunga Tahi Ayam



     Perghhh…bunga yang harum…sewangi-wanginya… lebih wangi dari bau kambing… Sewangi-wangi kambing, lebih harum lagi dia… sehingga kambing sendiri pun mengalah dan mengaku keharumannya..
Sebenarnya aku nak cerita pasal kenangan dulu-dulu dengan bunga yang harum ini.. Masa bebudak dulu aku suka kacau budak perempuan.. bleh dikatakan kitorng ni suka membuli… lebih2 lagi kalau diorng tuh sombong dan tidak mahu main ngan kita..

Sunday, July 17, 2011

Sakit Perut


     Sistem percernaan bertindak balas dengan tajam pada penderaan fizikal dan minda. Apabila mengambil makanan,minuman yang terlalu panas ataupun sejuk, esofagus (saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut) bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan pantas.

     Ini menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik (jus pencernaan) yang cuba bertahan dengan kejutan penceroboh yang tidak dikehendaki. Perut kemudiannya memberontak kerana jus yang berlebihan dan ini menyebabkan berlakunya asid perut,perut masam atau sakit perut. Kekejangan mungkin lemah, membuatkan seseorang itu terasa sakit.

Saturday, July 9, 2011

Jalan Cipta Kejayaan


     Apabila anda berkata kepada diri, “saya tidak mahu berubah,” itu bermakna anda tiada jalan untuk menuju kejayaan.Begitu juga kalau anda berkata kepada diri anda,”saya boleh berubah,tapi saya tidak mahu berubah.” Itu bermakna anda ada jalan untuk kejayaan,tapi tidak melangkah di jalan itu.

     Begitu juga jika sekiranya anda berkata,”saya boleh berubah,saya pun mahu berubah,tapi saya tidak tahu bagaimana untuk berubah.” Ini pun tidak memberi kesan kepada anda peluang kejayaan. Ini disebabkan anda tahu boleh melangkah kearah kejayaan,tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah itu

Wednesday, July 6, 2011

ASMA

     Asma ialah satu keadaan yang dapat dikenal pasti melalui batuk, berbunyi sedutan dan kesukaran bernafas yang disebabkan oleh sesuatu alergik sama ada ia disedut atau ditelan. Keadaan ini mungkin menjadi lebih teruk pada satu ketika oleh reaksi terhadap ketegangan.

Thursday, June 30, 2011

Ikan Penawar Pelbagai Penyakit


ikan haruan
     Haruan merupakan ikan air tawar yang kaya dengan pelbagai khasiat. Selain untuk mengatasi kelemahan tubuh badan, ia cukup untuk mengubat luka, terutama di bahagian dalaman tubuh.Biasanya ia dijadikan sup dan baik untuk ibu-ibu bersalin kerana ia juga dapat memanaskan badan serta melancarkan pengaliran darah.

Saturday, June 25, 2011

PATAWALI


      Patawali adalah nama tumbuhan jenis menjalar dari keluarga menispermaceace. Ia mempunyai batang yang berkerutu dan berdaun lebar. Patawali atau nama saintifiknya tinospora crispa(miers) mudah ditemui di kawasan bersemak samun ataupun tumbuh menjalar di pagar-pagar rumah.

     Tumbuhan ini turut dikenali dengan nama lain seperti akar seruntum, brotowali ataupun batang wali. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit dan bahagian batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi.

Tuesday, June 21, 2011

KASIH YG ABADI


     Di malam ini ,terasa sepi menyelubungi diri. Entah mengapa dengan tiba-tiba hati tercuit untuk memikirkan apa yang telah aku lalui selama ini. Dan mata terbayang wajah-wajah insan yang aku rindui, wajah insan yang sentiasa di sisi tika aku memerlukan.

     Aku menyayangi dirimu lebih dari diriku sendiri dan aku tahu walaupun kau tidak menyatakan, begitu juga dengan dirimu terhadap diriku... maafkan aku jika kekadang diri ini sering menyakitkan hatimu. Namun percayalah di hati ini hanya dirimu yang bertahta.

     Tidak dinafikan adakalanya aku bercakap tentang "seseorang" itu seolah- olah aku menyayanginya. Dan aku tahu kau lebih memahami diriku dan menetapkan semua itu hanyalah gurauan bodoh dariku.

     Memang benar kau bukanlah cinta pertamaku.Akan begitu kau adalah isteri pertama dan terakhirku. Biarlah untuk hembusan terakhirku di atas ribaanmu dengan keimanan dari bimbinganmu. Aku bangga mempunyai isteri sepertimu. Mencintai, menyayangi, mengasihi dan memahami. Aku bersyukur padaNya di atas perhubungan ini. Semoga hidup kita akan diberkati.

     Tragedi yang berlaku dalam perhubungan kita telah aku lupakan dan lemparkan jauh-jauh dari memori dan diari hatiku. Tidak ada walau sekelumit benci buat dirimu isteriku. Apa yang berlaku biarlah ia pergi di bawa arus kehidupan. Mungkin apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri.

     Bersamalah kita mengharungi dugaan duniawi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. Doaku sering mengiringi dirimu insan yang ku cintai walaupun di mana kau berpijak jua. Akan aku jaga maruah diriku sebagai suami demi amanah yang telah diberikan padaku. Semoga kasih yang terjalin antara kita akan berpanjangan selamanya
kau adalah mawarku yang sentiasa berada
disisiku


Monday, June 20, 2011

Ati- ati Penawar Lelah dan Bisul


     Pokok ati-ati di kalangan kita dikenali sebagai bunga yang biasanya ditanam di dalam pasu atau di atas tanah sebagai hiasan taman. Nama saintifiknya ialah Solesnostemon secutellaroides. Ati-ati mempunyai daun yang berbagai. Ada yang berwarna merah hati, kuning, hijau dan juga yang mempunyai warna berbagai.

     Pokok ati-ati adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang  yang lembut, bercabang-cabang  dan daunnya tumbuh terus dari batang pokok mampu mencapai ketinggian sehingga satu meter.

     Daunnya bergerigi dengan tulang daun kelihatan jelas, mempunyai bulu-bulu halus di permukaan atasnya dan lebih panjang di permukaan bawah. Ia mudah tumbuh dengan hanya menanam keratan batangnya sahaja.

     Bagi pengamal perubatan tradisional, pokok ati-ati bukannya sekadar hiasan halaman tetapi mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

     Antara khasiat daun ati-ati adalah membantu mereka yang mengalami masalah lelah dan batuk. Untuk lelah ataupun batuk, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 helai daun ati-ati. Setelah dibersihkan, sapu permukaan daun dengan kapur sirih dan layurkan di atas api. Daun yang masih panas ditampalkan ke leher dan dibiarkan sehingga sejuk. Langkah tadi diulang berkali kali untuk mendapatkan khasiat yang baik.

     Pokok ini juga mampu menyembuhkan bisul, dengan cara melumatkan daunnya terlebih dulu dan kemudiannya ditampalkan  di sekelilng tempat yang ditumbuhi bisul. Cara ini bukan saja dapat mengurangkan kesakitan akibat denyutan malah dapat membantu memecahkah bisul dengan lebih cepat.

     Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada tubuh badan yang terkehel, terseliuh ataupun patah. Sementara untuk menyembuhkan demam dan juga sakit kepala, daun yang telah dilumatkan ditampal pada bahagian dahi dan kemudiannya dibalut dengan kain sehingga kering. Proses ini diulang-ulang beberapa kali sehingga sakit kepala mahupun demam anda hilang.

     Sementara kanak-kanak yang mengalami kudis, daun ati-ati yang telah ditumbuk lumat dicampurkan dengan minyak kelapa dan juga sebuku bawang putih beserta sebuku ibu kunyit yang telah diparut.

     Ketiga-tiga bahan tadi dimasak dengan minyak kelapa di atas api yang perlahan sehingga menggelegak. Setelah suam-suam kuku, barulah sapukan minyak campuran itu pada kulit yang berkudis itu. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh. 


Friday, June 17, 2011

Pilih Produk Yang Selamat Untuk Cantik


     Menampilkan kecantikan diri dari hujung rambut ke hujung kaki menjadi elemen penting dalam  kehidupan masyarakat hari ini. Malah, tidak lengkap kehidupan seorang wanita jika tidak merawat diri sama ada secara tradisional ataupun menggunakan kaedah moden.

     Perubahan zaman menjadikan agenda cantik, menarik dan bergaya tidak hanya menjadi tumpuan wanita saja,sebaliknya kini lelaki juga tidak kurang hebatnya. Lelaki hari ini mahu kelihatan  tampan dan segak selain sentiasa nampak segar dan sihat.

Friday, June 10, 2011

Kakak Tua Boleh Bercakap?



    Ramai merasa takjub dan kagum mendengar kakaktua  boleh berkata-kata. “assalamualaikum… selamat pagi…dah makan…” adalah antara yang sering diucapkan haiwan itu.

    Namun tiada siapa dapat menjelaskan bagaimana burung itu dapat meniru percakapan manusia. Adakah ia faham dengan apa yang dicakapkan?.

    Ada yang mendakwa kakaktua meniru cakap kita kerana sruktur lidahnya yang besar dan tebal.Sejauh mana benarnya, masih belum dapat diperjelaskan kerana ada juga burung lain, misalnya burung gagak dapat berkata-kata, sedangkan lidahnya jauh lebih kecil.

    Helang pula yang mempunyai lidah lebih besar dan tebal tidak pula boleh berbuat demikian. Menurut biologis, kakaktua tidak faham apa yang dicakapkannya.Kebolehannya meniru hanyalah kerana haiwan itu juga mengeluarkan bunyi yang kasar, seperti suara manusia. Ia sebenarnya hanya meniru bunyi suara kita,bukan percakapan.

    Kerana itulah sebutannya tidak jelas,bahkan butir-butir percakapan tidak menentu,selain mengeluarkan bunyinya yang hampir sama dengan suara manusia.Kesimpulannya,kakaktua atau apa jenis binatang sekalipun tidak boleh bercakap.

Sunday, June 5, 2011

4 Alasan Yang DiBenci Allah


Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan daripada 4 jenis golongan manusia iaitu;


1. Orang kaya,kalau sekiranya ia berkata,”kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehinga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan,” Kepada mereka ini Allah berfirman,” Kekayaanmu tidaklah standing dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”


2. Hamba sahaya,sekiranya dia berkata,”Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya,”Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”


3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasa tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s. dan tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”


4. Orang yang sedang menderita sakit,sekiranya dia berkata,”Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu.” Firman Allah kepadanya, “ Penyakit itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak pernah berhenti daripada menyebut nama-Ku.”


JANJI YG DIMUNGKIRI


penantian satu penyeksaan...

    Cuba bayangkan, seorang kawan sudah berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian-sekian waktu di tempat yang telah ditentukan.Jadi kita pun menunggulah dengan harapan membunga,dengan hati ceria.

    Lima minit menanti, sahabat yang ditunggu tidak muncul.Tak mengapalah, mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhati orang yang lalu lalang, sepasang kekasih berjalan beriringan, si ibu memimpin anaknya penuh mesra, seorang pelajar termenung, mungkin hatinya resah memikirkan pelajaran.

    Tapi sahabat yang dinanti, belum juga kunjung tiba. Tak apa, mungkin sekejap lagi dia sampai. Kita melihat jam di tangan, ah… sudah 20 minit berlalu. Kita menanti dan terus menanti… setengah jam,dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung!

Apa yang anda rasa?Tentu anda akan berkata…
a)Eee..mana lerr budak nih?
b)Kalau ada hal pun call lerrr…
c)Tak guna betul,tadi dah janji.
d)Tau lerr esok… siap engkau!

    Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucapkan akurjanji sebagai orang Islam di hadapan Allah s.w.t bahawa kita mematuhi Rukun Islam terutamanya solat 5 waktu. Kita tahu solat itu tiang agama,telah kita ikrarkannya kepada Allah s.w.t sejak sekian lama.

    Kedengaran azan berkumandang, Allah s.w.t sedang menanti kita menghadap-Nya. 5 minit… 20 minit… 40 minit… 1 jam… 2 jam… 3 jam, kita tidak langsung tak sembahyang!
    Bayangkan, apa yang Allah s.w.t rasa? Bukankah kita sudah berjanji,kenapa mungkir???

Thursday, June 2, 2011

Wasiat Sayidina Ali kepada anaknya

Apabila sedar dari pengsan setelah ditikam oleh Abd Rahman bin Muljam, 
Saidina Ali memandang anaknya, Sayidina Hassan 
yang sedang menangis di sisinya.

"Wahai anakku." kata Sayidina Ali, "hafalkan empat perkara disamping empat 
perkara." Apakah perkara itu,ayahanda?" soal Sayidina Hassan.
Kata sayidina Ali, "Kekayaan yang sebenarnya ialah akal, kepapaan yang 
sebenarnya ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan 
diri sendiri dan kemuliaan yang sebenarnya ialah akhlak yang baik.
Empat perkara lagi ialah, jangan berkawan dengan orang yang tamak
kerana zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi 
hakikatnya dia akan mencelakakan.Jauhilah 
berteman dengan pembohong 
kerana ia boleh menjadikan orang 
yang terdekat lari daripadamu
 dan sebaliknya.

Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan
 melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukanya dan jauhilah
 bersahabat dengan orang yang suka berbuat
 jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu
 dengan harga murah.

Wednesday, May 25, 2011

Herba Selasih


     Pokok selasih… sudah tentu nama ini tidak asing terutamanya dalam masakan masyarakat melayu. Penggunaanya cukup meluas bukan hanya dalam masakan tetapi juga dalam bidang perubatan.

     Sejak turun temurun,penggunaan ulam adalah salah satu pelengkap hidangan selain untuk penambah selera. Tak kira sama ada ulam itu dimasak ataupun dimakan secara mentah, ia sentiasa menjadi penyeri untuk hidangan makanan. Dan antara jenis ulam ulaman yang sering menjadi pilihan ialah daun selasih.

     Pokok selasih atau nama saintifiknya Ocimun sanctum bukan saja tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai makanan, malah ia juga terkenal dalam bidang perubatan herba. Kerana itu, ramai orang terutamanya penduduk di India menjadikan salah satu sumber pendapatan mereka kerana nilai pasarannya yang tinggi dalam bidang perubatan.

     Pokok ini juga dikenali dengan beberapa nama seperti Ruku ruku, Kemangi, Holy Basil, Sweet Basil dan juga Thulasi.  Pokok ini mudah ditemui dan hidup subur tanpa memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Ia banyak di dapati di negara-negara Asia termasuk Malaysia.

     Pokok ini terdapat  dalam beberapa jenis yang mana bunganya ada 3 warna iaitu putih, merah jambu dan unggu. Pokok selasih yang subur boleh tumbuh hingga tingginya mencecah 3 meter.

     Pokok selasih sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya untuk kaedah ayuverda yang berasal dari India. Daripadaa bunga, daun hingga akarnya mempunyai fungsi dalam perubatan tersebut. Ia turut dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini selain digunakan sebagai analgesic (ubat penahan sakit).

     Banyak penyakit boleh dirawat dengan herba ini. Menjadikan daunnya sebagai ulam amat sesuai untuk pengidap gastric atau menghadapi masalah penghadaman.

    Jika demam, rebuslah 15 gram daun selasih dan minum air rebusan itu 2 kali sehari. Panas badan akan cepat turun malah air rebusan ini juga berguna secara luaran untuk mengubati sakit sendi dan juga menambah pengeluaran air susu bagi wanita yang menyusukan anak.

    Air rebusan biji selasih bersama gula batu pula jika diamalkan meminumnya selalu akan menghilangkan kepanasan tubuh menjadikan badan kita rasa nyaman dan sejuk.

    Selain itu, herba ini juga mempunyai kandungan anti septik yang bertindak merawat dan menyembuh luka. Mereka yang rajin memakan daun selasih, jika  luka akan cepat sembuh. Malah, daunnya yang ditumbuk lumat boleh dilumurkan di tempat luka supaya darah berhenti keluar selain mengurangkan rasa sakit akibat luka tersebut.

     Herba ini juga mempunyai sifat alganesik yang membantu  meredakan kesakitan akibat sakit gigi, sakit perut dan juga sakit sendi.Orang-orang dulu ramai yang menggunakan herba ini untuk mengurangkan rasa sakit sendi setelah penat bekerja.

     Jika anda terkena bisul ,bakar daunnya hingga menjadi abu. Kemudian,campurkan dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada bisul tersebut.Ia menyusutkan bisul dan membantu mempercepatkan proses penyembuhannya.

     Banyak lagi kegunaan herba ini malah ia turut diperakui khasiatnya oleh pakar perubatan moden dan diakui sebagai herba pencuci darah. Sifat diuretiknya berfungsi meningkatkan pengeluaran bendalir dalam badan melalui peluh dan air kencing.

     Malah herba ini juga mujarab untuk merawat penyakit gastric, darah tinggi selain bersifat diaforetik dan karminitif yang membantu pengeluaran peluh dan juga angin dalam badan (selalunya melalui kentut).

     Jika anda amalkan pemakanan daripada pokok selasih ini, ia bukan saja menghilangkan masalah bau badan, paling pentingnya ia melancarkan perjalanan darah dalam badan sekaligus merendahkan risiko anda mendapat penyakit.


Tuesday, May 24, 2011

Hypermenorrhea - Pendarahan ketika Haid


Aktiviti harian terganggu bila berlakunya hypermenorrhea
     Pernahkan anda mengalami pendarahan berlebihan ketika datang haid? Ramai wanita pernah mengalami keadaan ini.

     Keadaan pendarahan berlebihan sewaktu haid atau jangka waktu haid yang terlalu lama berbanding kebiasaannya disebut sebagai hypermenorrhea. Keadaan ini adakalanya menyukarkan sebahagian wanita dalam melaksanakan aktiviti seharian. Bila hypermenorrhea tidak diatasi, wanita itu akan sering terganggu dengan keadaan ini.

Antara gejala dan kesan hypermenorrhea adalah

1) Masa haid yang lebih dari 7 hari.

2) Aliran darah haid yang terus menerus selama beberapa jam tanpa henti.

3) Memerlukan pemakaian tuala wanita lebih dari satu.

4) Memerlukan penggantian tuala wanita yang terlalu kerap.

5) Terdapat gumpalan darah dalam jumlah yang banyak.

6) Pendarahan yang banyak hingga mengganggu aktiviti harian.

7) Rasa sakit berpanjangan pada ari-ari sewaktu haid.

8) Waktu kedatangan haid yang tidak teratur.

9) Cepat letih, lelah dan nafas tersangkut-sangkut (seperti gejala anemia) sewaktu haid.

     Pemeriksaan doktor adalah perlu untuk mendapatkan hasil diagnose yang tepat untuk mencari penyebabnya. Dikatakan, keadaan ini berpunca bukan kerana faktor malah apa saja boleh menjadi penyebabnya. Adakalanya, pendarahan yang berlaku ketika haid ini tidak dapat diketahui dengan pasti.

     Ada juga antara faktor lain yang dikaitkan dengan keadaan ini, antaranya:

a)  Hormon tidak seimbang: Dalam pusingan haid normal, keseimbangan hormone adalah untuk mengatur pengeluaran darah haid. Jika timbul ketidakseimbangan hormone, endometrium (dinding uterus) akan menghasilkan aliran darah yang banyak.

b) Kista ovarium: Timbulnya kantung cecair di dalam atau di atas ovorium yang adakalanya menyebabkan ketidaknormalan pada haid.

c) Polip: Timbulnya polip pada dinding uterus menyebabkan pendarahan haid dalam jangka waktu yang lama. Polip biasanya muncul pada wanita usia produktif yang menghasilkan lebihan hormone,menyebabkan pendarahan yang tiada kaitan dengan haid.

d) Disfungsi Ovarium: Kegagalan fungsi ovarium, onovulation (proses pelepasan telur) boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

e) Adenomyosis: keadaan yang timbul ketika kelenjar dari endometrium melekat pada otot uterus,seringkali menyebabkan pendarahan dan rasa sakit pada perut dan ari-ari.

f) Penggunaan IUD: Kesan sampingan penggunaan alat ini pendarahan yang banyak ketika haid.

g) Kanser: Walaupun jarang ditemui,kanser pada alat reproduksi wanita dapat menyebabkan hypermenorrhea kerana boleh menyebabkan pendarahan berlebihan sewaktu haid.

h) Ubat-ubatan: Ubat-ubatan tertentu seperti ubat pencegah penggumpalan darah (anticoagulants) dapat menyebabkan darah haid keluar berlebihan dalam waktu yang lama.

Jenis Terapi Hypermenorrhea

Suplemen Zat Besi 
Jika keadaan ini disertakan dengan anemia,salah satu cara dengan pengambilan zat besi secara teratur.

Kontrasepsi Oral
Kontrasepsi oral (seperti pil perancang) boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk membantu keteraturan ovulasi dan mengurangi pendarahan dan jangka waktu yang lama haid.


Ubat-ubatan
Ubat yang termasuk dalan kategori NSAID (Nonstreroidal anti-imflammatory drugs) mungkin membantu mengurangi derasnya aliran darah.

Apa yang perlu dilakukan ketika mengalami hipermenorrhea

  • Rehat yang cukup
  • Tukar tuala wanita sekurang- kurangnya setiap 4 jam sekali. Catit penggunaannya kerana ia boleh dijadikan maklumat untuk doktor membuat kesimpulan
  • Ramai wanita suka mengambil aspirin untuk meredakan kesakitan ketika haid. Hindari aspirin kerana pengambilannya akan memperlamakan pengeluaran darah.



Saturday, May 21, 2011

Anak Lelaki... rilex seketika


4 orang lelaki pergi bermain golf bersama-sama. Sewaktu sedang bermain,mereka pun berbual- bual mengenai anak lelaki masing2.

Lelaki A: Anak aku adalah seorang kontraktor yang berjaya. Bayangkan , dia boleh beri sebuah rumah pada temannya dengan percuma.

Lelaki B:  Anak aku seorang tauke kereta. Dia ada berpuluh puluh pusat penjualan kereta di merata tempat. Malah ,dia memberi percuma sebuah Mercedez untuk teman baiknya.

Lelaki C: Anak aku pula seorang broker saham terkaya. Kerana dah tak tau nak buat apa dengan saham yang banyak,dia beri percuma je saham yang bernilai ratusan ribu ringgit untuk kawan2 nya.

Melihat lelaki D hanya berdiam,lantas mereka bertanya kepada lelaki D apa pula yang dilakuakan oleh anak lelakinya.

Lelaki D: Aku malas nak cerita sangat pasal anak aku.Bukannya apa,anak aku tu jadi gay. Walaupun aku tak suka dengan kerjanya itu,tapi aku hairan sebab di boleh hidup senang tanpa bekerja keras pun.Bayangkanlah dia mendapat sebuah rumah,kerata dan saham dengan percuma dari teman2  lelakinya yang sungguh baik hati.
Pelikkkk kaann??!!!



Friday, May 20, 2011

LALANG-rawat sakit buah pinggang


walaupun lalang terbiar dan tidak terjaga namum
byk khasiatnya dlm segi perubatan

     Lalang selalunya dikaitkan dengan sikap malas tanpa disedari bahawa lalang  yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai  ‘imperata Cylin drica’ mempunyai peranan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia apa lagi mereka yang mempunyai kaitan dengan penyakit buah pinggang.

     Penderita penyakit buah pinggang sering kali mengalami muka dan kaki sembab kerana keradangan ginjal dan kerap kali merasa keletihan yang amat sangat disebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi mengeluarkan  urin serta darah tidak dapat dicuci.

      Keadaan ini memaksa pesakit menggunakan mesin ‘hemodilisis’ yang akhirnya akan menjadikan buah pinggang kecut dan terus tidak berfungsi lantas pesakit bergantung 100 peratus kepada penggunaan mesin.

     Tumbuhan dari keluarga ‘gramineae’ ini telah dikenal pasti oleh para herbalis sebagai herba terbaik yang bertindak seperti mesin ‘hemodilisis’, ia bukan saja menolong mengeluarkan air kencing dan mencuci darah tetap juga menolong merawat buah pinggang tersebut.

     Meminum air rebusan akar lalang  di waktu pagi dengan dicampur sesudu madu lebah asli akan membantu memecahkan batu karang yang terbentuk di hempedu, buah pinggang, ulterus mahupun pada pundi kencing.

     Menurut kajian para herbalis terdapat 45 kandungan bahan kimia di dalam lalang  antaranya adalah potassium, calcium, colorogenic asid dan dapat pula menyembuhkan pelbagai penyakit seperti menurunkan suhu badan akibat demam panas, menurunkan tekanan darah tinggi, mencuci buah pinggang, menangani masalah saraf, batuk, demam kuning, menurunkan asid uric pada penderita sakit ghout dll lagi.

     Lalang mampu hidup subur di sebarang permukaan tanah kecuali kawasan yang berair, mempunyai daun hijau memanjang dan runcing di hujungnya serta mengeluarkan bunga yang putih berbulu halus. Ia mempunyai akar yang menjalar jernih berair.

     Bahagian paling mujarab digunakan  untuk tujuan perubatan adalah bahagian akarnya, biasanya ia direbus anggaran 100 gram bersamaan dengan tiga gelas air dan biarkan berbaki satu gelas sahaja.

     Sekiranya anda menderita batu karang minumlah rebusan akar lalang bersama dengan madu asli setiap pagi dan kemudiannya pada waktu tengah hari dan malam pula tanpa campuran madu.

     Untuk meredakan deman panas pula campurkan rebusan akar lalang  dengan gula batu sementara untuk batuk pula, akarnya dimasak bersama gula batu dan kemudiannya diminum bersama madu asli.


acu cuba try klik jap