Jarang terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum
melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan
yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif
Jadi, tidak mustahil ada induvidu menjalani pemeriksaan
tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau
gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat
melakukan hubungan seksual dengan pasangan.
Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar, takut tidak
dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada
satu atau tiada buah zakar dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana buah
zakar kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).
Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan
bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.Mati pucuk bererti lelaki tidak mampu mencapai ereksi yang
mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan. Lelaki yang
mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat
melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairanlah jika mood dan
tingkahlaku negatif.
Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia
berlaku,mungkin ada masalah kesihatan yang terlindung dan elok dia berjumpa
dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki
mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan,malah memudaratkan.
Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat
buatan orang.
Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu
memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.
Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia
berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih
jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya,jangan mendiamkan
diri,sebaliknya dapat bantuan doktor.
Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada
pasangan kelamin kerana suami tidak
dapat memasukkan eraksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang
mengandungi sperma.
Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama
ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas
(artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani
secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa
menggunakan jarum).
Zakar yang tidak ereksi pun boleh terpancut air mani jika
dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau
kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau
pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
1 comment:
bahaya nie... kene lakukan pemeriksaan
Post a Comment