Sunday, February 27, 2011

INGINKAN KULIT CANTIK

       Inginkan kulit kelihatan cantik dan berseri....Tidak hairanlah ramai dikalangan wanita sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan kulit yang diidamkan. Sebenarnya anda mampu memiliki kulit yang sihat,licin dan lembut seperti bayi dengan hanya menggunakan buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai bahan utama.

      Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah murah dan berkhasiat,malah mudah didapati.Secara tidak langsung bahan ini mempunyai pelbagai vitamin untuk memperbaiki struktur kulit.Ianya sudah lama dipraktikkan sejak zaman berzaman lagi.

      Jom mari kita berkongsi beberapa petua kecantikkan yang berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran

Pegaga
Tumbuk daun pegaga hingga hancur dan dicampur dengan sedikit air. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau sehingga sebati.Kemudian sapulah pada muka setiap malam sebelum tidur.Praktikkan amalan ini setiap hari sehingga  anda nampak perubahannya.




Terung
Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosok ke pipi dan dahi.Selepas habis digunakan, potong bahagian itu dan gunakan lapisan baru.lakukan beberapa kali sehingga airnya kering.






Tomato
Tomato yang masak banyak kegunaan pada kulit.Ambil sebiji tomato yang dilecek hingga halus,kemudian dilumurkan pada seluruh muka,biarkan seketika ia kering selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 2 atau 3 kali dalam seminggu.
Boleh jugak hirisan tomato diletakkan pada bahagian mata agar dapat menghilangkan lingkaran hitam disekeliling mata...




Cekur
Ambil ubinya sebesar ibu jari.Giling sehingga lumat dan dicampur dengan bedak sejuk.Sapukan campuran tadi ke muka dan biarkan selama 15 minit.Apabila kering,gosoklah dengan kain putih yang lembab supaya kotoran di muka tetanggal.
Kemudian bilaslah dengan air suam.Jika anda mengamalkan petua ini,kulit muka akan menjadi licin dan tidak berminyak.




Lobak merah
Lobak merah juga sesuai untuk kulit.Sebatang lobak merah diparut dan dicampur dengan sesudu tepung jagung serta sebiji kuning telur.Adun bacuhan  itu sehingga sebati dan disapu pada muka.Biarkan ia kering. Cucilah dengan air bersih.




Limau nipis
Untuk membantu mendapatkan kulit cerah,licin dan harum,gunakan sebiji limau nipis yang dibelah dua.Gosokkan limau nipis itu pada muka, gosokkan berulang kali....perlu diingatkan bahawa akan terasa pedih apabila digosok pada permukaan kulit yang terluka ataupun berjerawat. Limau nipis dapat menanggalkan sel-sel kulit yang telah mati.




Ubi kentang
Sebiji kentang yang dikukus juga boleh digunakan untuk membantu anda menghilangkan parut.Kentang  dilumat hingga halus dan disapu pada kulit yang berparut.Amalkan ia setiap hari sehingga kesan parut itu hilang.






Thursday, February 24, 2011

MAKNA AIR MATA INSAN

   Pernahkah anda menangis?. jika menangis, apakah punca dan sebabnya?.Menangis  adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

   Allah yang menciptakan ketawa dan tangis,malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

   Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering.Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti....Kalaulah air mata itu terkepung seperti air hujan maka banjirlah dunia ini..

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah;
>Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
>Menangis kerana rasa takut.
>Menangis kerana cinta.
>Menangis kerana gembira.
>Menangis kerana menghadapi penderitaan.
>Menangis kerana terlalu sedih.
>Menangis kerana terasa terhina dan lemah.
>Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
>Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
>Menangis orang munafik -pura-pura menangis.

    Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.ini disahkan dalam satu hadis, Rasullulah bersabda.maksudnya:"Tidaklah mata seseorang itu menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.
   Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan,apabila seorang daripada suatu kaum menangis,maka kaum itu akan dirahmati.Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka"
   Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah.Menangis kerana menyesal atas kessalahan dan dosa,malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

   Salman al-Farisi r.a berkata,sahabat2 ku menangis atas sebab 3 perkara, iaitu:
>Berpisah dengan Rasullullah dan kalangan sahabat.
>Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
>Aku tidak tahu samada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

   Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah,malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah.Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan,malah merobek pakaian apabila ada kematian.
  
   Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasullulah s.a.w dalam sabda yang bermaksud; "Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara itu;
>Apabila dahinya berpeluh
>Air matanya berlinang.
>Hidungnya keluar cecair.

   Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.
   Justeru,serulah air mata itu dari persembunyianya di sebalik kelopak mata,agar ia menitis,membasahi dan mencuci hati sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.




Tuesday, February 22, 2011

FAKTA RINGKAS TEH


Minum untuk kesihatan anda!

>Minum dua hingga tiga cawan teh sehari membantu membaiki prestasi mental.Teh adalah minuman yang diminum secara meluas di dunia.
>Kajian pengguna menunjukkan bahawa teh dapat menghilangkan dahaga sebaik air biasa,tetapi lebih berperisa dan lebih menyeronokkan.Ia memberi cara yang lebih menarik kepada induvidu untuk memenuhi keperluan minum air.
>Aroma teh dapat mencetuskan perasaan tenang dan sejahtera.
>Orang yang selalu minum teh sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan diet yang sihat dan seimbang didapati mempunyai jantung yang lebih sihat daripada mereka yang tidak meminumnya.
>Teh,bila diminum tanpa susu atau gula,sama sekali tidak mengandungi kalori.Bagi mereka yang mengawal berat badan,teh adalah pilihan yang ideal bagi menggantikan minuman manis.
>Teh adalah sumber fluorida dan dengan demikian boleh membantu kesihatan gigi.Flavonoid teh didapati meningkatkan daya enamel menentang asid dan bertindak sebagai agen antibakteria.

Teh untuk kehidupan anda setiap hari

>Teh kering akan menyerap bau dalam peti sejuk.
>Gunakan teh untuk membersih tingkap/pintu kaca dan cermin.
>Masukkan teh harum dalam bungkusan rampaian bunga wangi;letakkan dalam rumah atau laci.
>Gunakan teh sebagai penyegar kaki dengan merendam  kaki dalam air teh.
>Simpan sebungkus uncang teh dalam peti pertolongan cemas anda untuk melegakan gigitan serangga.
>Tabur daun teh ke atas bara api sebelum memanggang kerana dapat menambah perisa makanan anda.
>Gunakan teh sebagai jaram untuk mata bengkak.
>Legakan keperitan selaran matahari dengan jaram rendaman teh.
>Gunakan hampas teh yang sudah digunakan sebagai baja tanaman.
>Uncang teh yang sudah digunakan boleh memberi perlindungan daripada karat kerana sebatian kimia dalam teh membentuk lapisan cegah karat.
>Uncang teh sejuk yang sudah digunakan membantu menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.
>Teh bertindak sebagai perapi rambut semulajadi.
>Teh adalah penghalau semulajadi pijat.



6 AKIBAT BURUK MAKAN BERLEBIHAN

Manusia perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan,tetapi tidak digalakkan berlebihan.Ulama dahulu menyatakan,makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk,iaitu:

 >Menghilangkan rasa takut  kepada Allah

 >Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana induvidu terbabit selalu
beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.                                                                                                                                                  

 >Berat untuk melakukan ketaatan.Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak

 >Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

 >Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

 >Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim;"jika perut dipenuhi dengan makanan,fikiran akan tertidur,jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat."

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

Friday, February 18, 2011

ADAKAH ANDA SEORANG LELAKI DIPANAH ASMARA

     Wanita harus tahu perubahan diri lelaki andai si dia mulai menunjukkan detik positif selepas menerima angin cinta yang anda hembuskan....petanda yang anda harus tahu...

Kerap menghubungi
   Tidak cukup dengan panggilan SMS diberi untuk mengetahui perkembangan diri anda dari semasa ke semasa.soalan lazim ditanya seperti:
   sayang di mana?
   awak sudah makan?
   awak sedang buat apa?
   saya sering teringat awak?

Tidak senang duduk
   Bukannya seminggu lamanya tidak bertemu,sedangkan baru sebentar tadi keluar makan bersama tetapi si dia seakan tidak puas hati untuk bertemu.Pelbagai topik cerita cuba dikupas semata mata ingin duduk lebih lama dengan anda.Si dia akan merengek untuk bertemu lagi

Merajuk
   Jangan ambil peduli sangat apabila lelaki merajuk dengan tujuan minta dipujuk.Adat berkasih untuk menunjukkan 'protes' merajuk yang nyata sebenarnya tiada sebab untuk si dia merajuk dengan pasangan yang dikasihi itu.

Mengambil berat
   Tidak perlu rimas dengan tindakan 'luar biasa' lelaki  yang tidak semena-mena cuba menjadi pelindung dan seakan ketua keluarga.Sikap mengambil berat itu tandanya si dia mulai selesa untuk berkenalan dengan anda.Jangan terlalu jual mahal,sebaliknya terima sikap mengambil berat itu dengan positif

Tunjuk minat
   Ajaklah si dia ke mana-mana sekali pun sama ada untuk keluar membeli belah,sebagai teman mencari barangan keperluan wanita hinggalah menonton filem romantis yang bukan normal bagi segelintir lelaki.Lelaki pasti setuju dan tigak menolak!

Memperkenalkan anda kepada teman dan keluarga
   Inilah masanya anda menunjukkan pesonaliti yang sebenar apabila menjadi insan teristimewa dalam hidup lelaki.Detik ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membezakan anda dengan wanita lain yang hadir dalam hidup lelaki itu.Penting sekali menjaga tatasusila sebagai seorang wanita.

Melakukan kejutan
   Buat-buatlah terkejut meskipun 'kejutan' yang cuba dilakukan lelaki tidak seperti diharapkan.Lelaki yang mencuba untuk membahagiakan pasangannya dengan kejutan akan berasa lebih bermakna andai pasangannya tahu menghargai persembahannya itu.

Memberikan hadiah
   Bukan kebiasaan lelaki memberikan hadiah,sementara mereka sendiri jarang membeli barangan keperluan dirinya.Jangan terperanjat andai menerima bungkusan hadiah,jambangan bunga malah kad ucapan yang menunjukkan diri anda benar2 dihargai dan disayangi.

Ingin terus bersama
   Jika sebelum ini anda banyak berseorangan,kali ini si dia asyik mahu bertemu tidak kira masa sehinggakan sanggup mengenepikan rutin menyaksikan perlawanan bola sepak,bermain futsal dan menghabiskan masa
bersama teman di restoran mamak.Itu semua demi untuk anda,jangan menolak sebaliknya sahut cintanya.

Melamar
   Detik inilah yang dinanti semua wanita apabila sedang bercinta.Tiada lebih bermakna andai si dia mula berkira-kira untuk hidup berkeluarga.Duduk berbincang dan buatlah keputusan sebaik mungkin andai lelaki itu calon terbaik bergelar suami.



Tuesday, February 15, 2011

BASMALAH



Basmalah adalah bacaan yg dibaca di awal surah,dan termasuk salah satu dr surah Al-Fatihah.Bacaan Basmalah mengandungi khasiat yg banyak sekali.Setiap amal perbuatan yg baik bila tidak dimulai dgn Basmalah,maka perbuatan itu tidak beroleh berkah.Basamalah mengandungi beberapa khasiat,diantaran adalah..

1)Bila dibaca 21 kali setiap hendak tidur,maka dalam semalaman itu kita dijaga oleh Allah dari mati kafir, bahaya pencurian dan jauhi dari godaan syaitan.

2)Bila dibacakan segelas air sebanyak 786 kali pada waktu malam lalu pada waktu matahari terbit itu diminumkan kpd orang atau kanak2 yg normal akalnye selama tujuh hari berturut turut,insyaAllah akan membantu kecerdasan anak itu.

3)Apabila dibaca 50 kali dihadapan orang zalim atau orang yang sedang marah2,insyaAllah akan hilang dan reda kemarahannya.

4)Apabila ditulis sebanyak 35 kali pada kertas yg bersih dan suci,waktu menulisnye dlm keadaan suci,kemudian tulisan tersebut ditampalkan pada pintu rumah,insyaAllah rumah tersebut akan aman dari gangguan jin dan syaitan.semua makluk halus tidak berani memasuki rumah itu.

5)Apabila ditulis 101 kali pada sehelai kertas lalu digulung dan dimasukkan dlm botol,kemudian botol tadi ditanam di tengah2 sawah(tempat tidak dipijak orang),inysaAllah sawah itu dijauhi dari gangguan binatang,segala penyakit serangga dan tanah itu sentiasa subur serta mendatangkan hasil yg banyak.


Monday, February 14, 2011

DIAM BILA KENA MARAH

  Apabila hubungan semakin intim atau kebahagiaan mula dikecapi jagalah hati pasangan.Barangkali anda lebih disenangi pasangan kerana di saat bertengkar,anda lebih banyak mengalah demi menyelamatkan perhubungan.Jangan fikirkan untuk menikmati saat bahagia saja sedangkan terlupa menelah ribut yang tiba2 melanda perhubungan.
  Sebaliknya ketika pasangan sedang mengamuk,anda harus reda dan memberi ruang untuk berfikir sejenak jika mahukan hubungan berdua kembali seperti sebelumnya.Barangkali petua berikut ini mampu menangani sebahagian besar masalah yang dihadapi;

>Hubungan tidak terjamin lagi
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan.Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjaya dan gajinya yang tinggi,pasti mereka mulai menghindari anda.Jika ada perasaan begitu,sebaliknya anda kawal hati sebaiknya.Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

>Suka dengan(nama wanita lain)
Jangan beritahu mereka mengenai isi hati anda ini lebih2 lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana2 wanita cantik.

>Simpan rahsia kelemahan anda
Jika anda lelaki yang takutkan labah2 mahupun cicak,simpan rahsia itu sebaiknya supaya tidak diketahui si dia.Biarkan mereka tahu rahsia anda secara semulajadi sepanjang berhubungan dengan anda.

>Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk.Jika anda berbuat begitu,anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.

>Jangan jadi anak emak
Berapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda?,jika jawapannya kerap,sebaiknya kurangkan sedikit.Wanita tidak suka berasa seperti berebutkan diri anda daripada ibunya.Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.

>Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan Transformer atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur cicak.Tetapi anda perlu sedar,apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu.

>Saya tidak berkenan awak berkawan dengan....
Jangan sesekali merendah atau memperlekehkan temannya.Sebaiknya beritahu perkara yang baik saja mengenai meraka.Anda baru saja bersama dengannya sedangkan teman mereka sudah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama.Siapakah yang lebih mengenali teman kekasih anda itu?.Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.

>Anda sudah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini.
Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar.Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima anda pernah menduakannya. walaupun wanita menyatakan mereka tidak berasa apa2.Sebenarnya sesetengah mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila2.Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung.

>Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi.
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi,jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun.Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan,malah mereka akan berasa marah dan terluka.Dalam jangka masa panjang,kepercayaan mereka terhadap anda sedikit  terhakis.Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda.Hakikatnya mana2 perempuan tidak sekuat itu....jadi jangan ambil risiko...


Sunday, February 13, 2011

ARAK KUNCI SEGALA KEJAHATAN

Abu Laits berkata;jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela.

  1. Apabila seseorang itu minum arak, kedudukanya seperti orang gila,akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak- kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.
  2. Arak itu bolah menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.
  3. Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
  4. Minum arak akan menghalangi seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangi dia daripada mengerjakan solat
  5. Minum arak akan mendorong perbuatan zina.sebab seseorang yang minum arak mngkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa disedarinya.
  6. Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat dan yang meminumnya akan melakukan perbuatan terkutuk.
  7. Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi di tempat fasik.
  8. Orang yang minum arak wajib diihad,dihukum dengan 80 kali sebatan,kalau dia tidak dipukul di dunia dia akan dibalas di Akhirat kelak dengan cemeti api neraka.
  9. minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
  10. Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati,selepas itu dia akan menghadapinya  pula seksa akhirat kelak.

main selut dan tudung saji

Main selut....hahahahh...bukannyer ape ,tringat maso dulu2...maso jadi budak ribena...Alkisah lah satu cerita bila musim cuti skolah.Ambo ngan kekawan pergilah ke baroh atau erti kata lain sawah atau bendang.Tak ade kerja lain la selain daripada menangkap ikan..Bukan stakat mengisi maso lapang tapi menambah duit poket... Berbekalkan serkap yang dibuat drp buluh kami meredah lumpur di petak sawah untuk menangkap ikan.. ikan yang masuk ke petak2 melalui saliran parit mudah ditangkap kerana air yang cetek dan berlumpur..

Masing2  membawa serkap...kalau xde jangan harap la nak kongsi..kalau nak jugak,tangkap la pakai tangan.. lain plak ngan member ambo sorang nih...dia memang la pakar dalam tangkap ikan...pakai tangan je.. bukan pakai jari taw...boleh dikatakan tangkapan nyer lebih banyak daripada kami yang pakai serkap..

Pelbagai ikan yang boleh didapati seperti ikan haruan,puyu,keli,sepat,lapam jawa dan ikan bilis... hahahah ikan bilis pun ado jugak ke...sbenar nyer ikan bilis tuh adalah ikan sluang...memang banyak giler..skali kaut je..dapat le berkilo kilo...hehehe..ye ke..tringat le pasal tudung saji mak ambo...ambo dulu nakal skit..dalam diam2 ambo pegi la curi tudung saji kat dapur...apa lagi..sampai kat sawah..ambo kaut le ikan sluang..bukan stakat sluang je yang masuk..sepat dan udang pun ade...

Dengan raso bangga nyer..ambo tunjuk la hasil tangkapan pada mak...mak senyum je...hehehhe..apa lagi ambo pun senyum la...dengan sepantas kilat je...dibaling nyer penyapu kat ambo....perghhh...mujur la balingan itu dapat dielak..kalau tidak...nahas la ambo kat situ...apa lagi ambo pun bukak la langkah seribu.. lintang pukang macam lipas kudung...sut..sut..sut..dah hilang dlm belukar...lamo jugak la ambo dok dlm belukar tuh..rasa2 nyer sampai waktu magrib...nak balik kan kena bedal plak...nak tak nak dok situ je.. lama kelamaan adalah suara memanggil namo ambo...rupanyer suara kakak ambo suruh balik...ye la ambo tau time mcm ni tak baik main kat luar...katanyer syaitan banyak berkeliaran...jadi ambo pun balik la dengan perasaan yang penuh suspen...sampai umah je ambo jeling2 la kot2 ade mak kat dapur...kak ambo cakap..tak payah takut la..mak dah pergi surau...aku pun mandi la dengan badan yang berselut dah kering..pas tuh terus makan...sayang jugak mak ambo ye...lauk yang ambo makan tu adalah hasil dr tangkapan tadi...terharu la jugak..tapi tak tau macamana ngan mak ambo..masih marah lagi ke skang ni.. entah2 masuk je dlm umah...dibaling nyer batang penyapu lagi...dah le tengah makan...jadi ambo pun makan la cepat2..pas tuh pergi la tido...mujur la takde apa yang berlaku....itulah kisah tudung saji...sampi skang aku masih fobia bila tengok tudung saji...



Tuesday, February 8, 2011

BERSOLAT,DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN



Apabila berdepan dengan masalah ,lazimnya diri diselubungi tekanan,malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung.Bagi meringankan tekanan,ada beberapa cara patut diketahui;
  1. Bersabar dengan segala yang menimpa."Wahai anakku,dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan,serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala  yang menimpamu.sesungguhnya demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki melakukannya.(Luqman;17).
  2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan.Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"Kami beriman,sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya!Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka,maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta."(Al-Ankabuut:2-3).
  3. Setiap masalah ada hikmatnya,seperti dapat menggugurkan dosa.Nabi s.a.w bersabda,maksudnya: "Tidakkah seorang muslim ditimpa penyakit,melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya,seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."(Hadis riwayat al-Bukhari).
  4. Kesulitan,masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba,sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah."Orang yang apabila  mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata:Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadanya-Nyalah kami kembali,"(al-Baqarah:156).
  5. Ada masalah,kesakitan dan kesusahan membolehkan manusia membezakan di antara  keselesaan(nikmat) dan kesengsaraan(bala). justeru,ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
  6. Ujian adalah tanda Alllah mencintai seseorang itu.Nabi s.a.w bersabda,maksdnya:"sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan,akan diberikan cubaan kepadanya."(Hadis riwayat al-Bukhari).
  7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.
  8. Menyedari hakikatnya,kehidupan tidak lari daripada masalah,cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi.Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar,cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.


Monday, February 7, 2011

ngail di Tok Bali


Wehh dh lamo ambo x pegi di pelabuhan Tok Bali
yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan.Bukannyer ape saje je
mencuba nasib  memancing..klu ade..ade le ikan yang dapat…Biasanyer
 kaki pancing tidak berputih mata atau membawa pulang dgn tangan 
kosong..Mesti ade lah rezki,walaupun tidak seberapa..
Sebelum tu..ambo pegi le jalan2 cari makan kat situ..rupa2nyer
ade pasar malam..meriah jugak nampaknyer…so..beli le apa2 yang patut,
untuk dibawak bekal mengail sampai pagi.

Dari pukul 10pm hingga 2am Cuma sekor  je yg ambo dapat…
Nak tau ikan ape yang ambo dapat…ikan krapu beb..mahal tuh
kalau jual kat pasar…ok jugak la walaupun 4 jam  bersekang mato..
janji aku dpt…tapi.. jelos plak ambo…tengok member dpt byk ikan..alahai
siap kena kutuk lagi…ada ke patut diorg suruh ambo mandi bunga kat
batang pancing…katanyer buang sial…ishh..macam2 la diorg nih..

Asyik2 dia kena…pastuh kena lagi..geramnyer ambo..perghhhh
raso nak gigit je tali pancing tuh…biar kasi putus..putus ke…
mak aih…itu dengki namonyer…x baik tau dengki dgn rezki  yang
tuhan bagi kat org…mintak2 lah dijauhi hendaknyer…
Mato pn dh mula mengantuk ahhh..tp ambo tetap layan bebeh…
Tengok jam dh pukul 3am..apsal plak makin ramai  kaki pancing  yang
datang nih….Time macam nih lebih baik tido la bro…yang korg datang
maso nih aphal..Rupa2nyer time tu..air tengah pasang..patut le…
mano ambo tau air tu nak pasang bila…ingat sukati je nk pasang..

Almaklum le ambo bukannyer pandai sangat dlm bab2 nih..
Sory arrr bro..ambo nih budak tengah blajar…pegang pancing pn senget
lagi..nak baling pn suh mmber yg buat…klu ambo..klu kena gayanyer..
batang pancing ambo baling  skali…bkn senang weh nk blajar
baling nih..kena tengok kanan kiri weh…mcm dok atas jalan rayo plak
ye la..sbbnyer ramai sgt org kat situ…silap aribulan..ada plak
yang pakai anting2 free…xyah le beli kat kedai…

Makin lamo makin ramai plak yang datang.Macam pesta mancing la plak.
Tp betul la…maso tuh banyak ikan glamo yang kena…
Alhamdulillah…berkat org ramai yang datang…dapat la 10 ekor glamo
Senyum kambing la ambo..xde la yg nak perli2 lagi…jeling2 lagi..
Maso tidak mengizinkan ambo ngail lamo…tengok jam dh kul 4am
Klu bleh biar la sampai fajar subuh…tringin nak tengok sun terbit
waktu pagi…cantik panorama tuh..rugi x tengok..tpxpe lah…apa nk buat
terpaksa la kami balik awal..walaupun ikan tengah syok makan umpan.
Bukan nyer ape…kul 9am pegi umah spupu…dah cukup umur..
sampai maso nyer kawin le diorg tuh.

Cukup lah stakat nih wehh…ambo nok undur diri lah plak
Sbelum tuh ambo nok pesan…senyum sokmo deh…


Saturday, February 5, 2011

KENALILAH KEIKLASAN SI DIA



@Kenali keiklasan si dia,biarpun hubungan terlerai
Sidia tetap simpan kenangan agar cinta berputik semula
Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu
 memberikan alasan kenapa dia mencintai
anda.Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya anda satu-satunya
 orang yang dicintai.

@Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,
dia tidak peduli.Baginya yang penting anda bahagia
 dan tetap menjadi impiannya.Orang yang
 mencintai anda selalu menerima seadanya,
di hati dan matanya  anda selalu yang terindah,
walaupun mungkin anda berasa berat
badan bertambah.

@Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja
 yang dilalui sepanjang hari.

@Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak
 mengundang nya ke majllis  yang diadakan,
setidak-tidaknya dia akan
 menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim sms.

@Orang yang mencintai anda akan selalu mengingati setiap kejadian
yang dilalui bersama,bahkan mungkin kejadian yang
 anda sendiri sudah melupakannya
 kerana saat itulah
 yang sangat berharga
 bagi dirinya.

@Orang yang  mencintai anda akan selalu mengingati setiap
Kata-kata yang anda ucapkan ,bahkan mungkin
kata2 yang anda sendiri lupa
 mengungkapnya.

@Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu
kegemaraan,bahkan mungkin meminjam cd milk anda
Kerana dia ingin tahu apa
kegemaraan anda.

@Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu,dia akan sentiasa
 bertanya khabar untuk bertanya
 keadaan anda.

@Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang
Miliknya yang mungkin bagi anda
sekadar sesuatu yang biasa.

@Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat,ketika
Sedang bercakap di telefon dengan anda,
Sehingga anda menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana
anda telah
menggegar dunianya.

@Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti
Saudara drp seperti seorang kekasih.

@Orang yang mencintai anda kadangkala merindui anda dan
Melakukan perkara yang membuat anda pening kepala.
Namun dia cepat meminta maaf jika
 tindakannya itu
Menggangu diri anda.

@Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka
dia akan melakukannya dengan sabar
walaupun
anda mungkin orang yang
terbodoh didunia!

@Kalau melihat telefon bimbitnya,nama anda akan menghiasi
Sebahagian besar ruang pesananya.Dia masih
 menyimpan sms walaupun ia sudah
dikirim berbulan-bulan
                                                              atau brtahun-tahun lamanya.

@Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya
 kesempatan,dia akan sedia menunggu kerana
sebenarnya dia tidak pernah mencari
 orang lain.

Friday, February 4, 2011

4 JENIS UJIAN YANG ALLAH BERIKAN

  1. Ujian yang berbentuk perintah.Contoh paling ekstrem adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi.
  2. Ujian berbentuk larangan.Contohnya yang terjadi pada NabiYusuf yang diuji dengan seorang perempuan cantik,isteri pembesar Mesir yang menggodanya untuk melakukan maksiat.Tetapi dengan keteguhan imannya Nabi Yusuf menolak perbuatan tersebut.
  3. Ujian yang berbentuk musibah.Contohnya Nabi Ayub diuji Allah dengan penyakit yang amat hebat, sehingga tidak ada sebesar lubang jarum pun dalam badannya yang selamat dari penyakit itu kecuali hatinya.
  4. Ujian melalui pihak ketiga.Contohnya ialah apa yang pernah dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya terutama ketika berada di  Makkah.

NGERINYA KEADAAN NERAKA JAHANAM

  • Dikisahkan dalam sebuah hadis,sesunguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap,tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.
  • Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung,pada setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api,pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api.
  • Dikisahkan dalam hadis itu juga,di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang drp api dan pada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar drp api.
  • Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking.Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas.Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa.
  • Dalam hadis sama menerangkan,pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka jahanam,maka sebaik saja terbuka,akan keluar asap mengepung di sebelah kanan jin dan manusia.
  • sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri,lalu datang pula sebuah kumpulan asap  mengepung mereka di sebelah depan muka mereka,serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan belakang mereka.
  • Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang asap itu maka mereka gementar,berlutut dan memanggil-manggil; "Ya tuhan kami,selamatkanlah".
  • Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda; Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahanam itu mempunyai 70,000 kendali dan setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat.
  • Berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu,besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT  dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud; Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.
  • Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun,dan setiap satu drp mereka mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya,nescaya akan hancur lebur gunung itu.Hanya dengan sekali pukulan,ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka jahanam.

acu cuba try klik jap