Abu Laits berkata;jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela.
- Apabila seseorang itu minum arak, kedudukanya seperti orang gila,akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak- kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.
- Arak itu bolah menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.
- Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
- Minum arak akan menghalangi seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangi dia daripada mengerjakan solat
- Minum arak akan mendorong perbuatan zina.sebab seseorang yang minum arak mngkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa disedarinya.
- Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat dan yang meminumnya akan melakukan perbuatan terkutuk.
- Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi di tempat fasik.
- Orang yang minum arak wajib diihad,dihukum dengan 80 kali sebatan,kalau dia tidak dipukul di dunia dia akan dibalas di Akhirat kelak dengan cemeti api neraka.
- minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
- Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati,selepas itu dia akan menghadapinya pula seksa akhirat kelak.
1 comment:
nauzubillah...mintak2 dijauhi air kencing setan tuh...
Post a Comment