Tuesday, February 8, 2011

BERSOLAT,DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN



Apabila berdepan dengan masalah ,lazimnya diri diselubungi tekanan,malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung.Bagi meringankan tekanan,ada beberapa cara patut diketahui;
  1. Bersabar dengan segala yang menimpa."Wahai anakku,dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan,serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala  yang menimpamu.sesungguhnya demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki melakukannya.(Luqman;17).
  2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan.Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"Kami beriman,sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya!Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka,maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta."(Al-Ankabuut:2-3).
  3. Setiap masalah ada hikmatnya,seperti dapat menggugurkan dosa.Nabi s.a.w bersabda,maksudnya: "Tidakkah seorang muslim ditimpa penyakit,melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya,seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."(Hadis riwayat al-Bukhari).
  4. Kesulitan,masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba,sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah."Orang yang apabila  mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata:Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadanya-Nyalah kami kembali,"(al-Baqarah:156).
  5. Ada masalah,kesakitan dan kesusahan membolehkan manusia membezakan di antara  keselesaan(nikmat) dan kesengsaraan(bala). justeru,ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
  6. Ujian adalah tanda Alllah mencintai seseorang itu.Nabi s.a.w bersabda,maksdnya:"sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan,akan diberikan cubaan kepadanya."(Hadis riwayat al-Bukhari).
  7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.
  8. Menyedari hakikatnya,kehidupan tidak lari daripada masalah,cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi.Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar,cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.


No comments:

acu cuba try klik jap