Thursday, June 30, 2011

Ikan Penawar Pelbagai Penyakit


ikan haruan
     Haruan merupakan ikan air tawar yang kaya dengan pelbagai khasiat. Selain untuk mengatasi kelemahan tubuh badan, ia cukup untuk mengubat luka, terutama di bahagian dalaman tubuh.Biasanya ia dijadikan sup dan baik untuk ibu-ibu bersalin kerana ia juga dapat memanaskan badan serta melancarkan pengaliran darah.

Saturday, June 25, 2011

PATAWALI


      Patawali adalah nama tumbuhan jenis menjalar dari keluarga menispermaceace. Ia mempunyai batang yang berkerutu dan berdaun lebar. Patawali atau nama saintifiknya tinospora crispa(miers) mudah ditemui di kawasan bersemak samun ataupun tumbuh menjalar di pagar-pagar rumah.

     Tumbuhan ini turut dikenali dengan nama lain seperti akar seruntum, brotowali ataupun batang wali. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit dan bahagian batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi.

Tuesday, June 21, 2011

KASIH YG ABADI


     Di malam ini ,terasa sepi menyelubungi diri. Entah mengapa dengan tiba-tiba hati tercuit untuk memikirkan apa yang telah aku lalui selama ini. Dan mata terbayang wajah-wajah insan yang aku rindui, wajah insan yang sentiasa di sisi tika aku memerlukan.

     Aku menyayangi dirimu lebih dari diriku sendiri dan aku tahu walaupun kau tidak menyatakan, begitu juga dengan dirimu terhadap diriku... maafkan aku jika kekadang diri ini sering menyakitkan hatimu. Namun percayalah di hati ini hanya dirimu yang bertahta.

     Tidak dinafikan adakalanya aku bercakap tentang "seseorang" itu seolah- olah aku menyayanginya. Dan aku tahu kau lebih memahami diriku dan menetapkan semua itu hanyalah gurauan bodoh dariku.

     Memang benar kau bukanlah cinta pertamaku.Akan begitu kau adalah isteri pertama dan terakhirku. Biarlah untuk hembusan terakhirku di atas ribaanmu dengan keimanan dari bimbinganmu. Aku bangga mempunyai isteri sepertimu. Mencintai, menyayangi, mengasihi dan memahami. Aku bersyukur padaNya di atas perhubungan ini. Semoga hidup kita akan diberkati.

     Tragedi yang berlaku dalam perhubungan kita telah aku lupakan dan lemparkan jauh-jauh dari memori dan diari hatiku. Tidak ada walau sekelumit benci buat dirimu isteriku. Apa yang berlaku biarlah ia pergi di bawa arus kehidupan. Mungkin apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri.

     Bersamalah kita mengharungi dugaan duniawi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. Doaku sering mengiringi dirimu insan yang ku cintai walaupun di mana kau berpijak jua. Akan aku jaga maruah diriku sebagai suami demi amanah yang telah diberikan padaku. Semoga kasih yang terjalin antara kita akan berpanjangan selamanya
kau adalah mawarku yang sentiasa berada
disisiku


Monday, June 20, 2011

Ati- ati Penawar Lelah dan Bisul


     Pokok ati-ati di kalangan kita dikenali sebagai bunga yang biasanya ditanam di dalam pasu atau di atas tanah sebagai hiasan taman. Nama saintifiknya ialah Solesnostemon secutellaroides. Ati-ati mempunyai daun yang berbagai. Ada yang berwarna merah hati, kuning, hijau dan juga yang mempunyai warna berbagai.

     Pokok ati-ati adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang  yang lembut, bercabang-cabang  dan daunnya tumbuh terus dari batang pokok mampu mencapai ketinggian sehingga satu meter.

     Daunnya bergerigi dengan tulang daun kelihatan jelas, mempunyai bulu-bulu halus di permukaan atasnya dan lebih panjang di permukaan bawah. Ia mudah tumbuh dengan hanya menanam keratan batangnya sahaja.

     Bagi pengamal perubatan tradisional, pokok ati-ati bukannya sekadar hiasan halaman tetapi mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

     Antara khasiat daun ati-ati adalah membantu mereka yang mengalami masalah lelah dan batuk. Untuk lelah ataupun batuk, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 helai daun ati-ati. Setelah dibersihkan, sapu permukaan daun dengan kapur sirih dan layurkan di atas api. Daun yang masih panas ditampalkan ke leher dan dibiarkan sehingga sejuk. Langkah tadi diulang berkali kali untuk mendapatkan khasiat yang baik.

     Pokok ini juga mampu menyembuhkan bisul, dengan cara melumatkan daunnya terlebih dulu dan kemudiannya ditampalkan  di sekelilng tempat yang ditumbuhi bisul. Cara ini bukan saja dapat mengurangkan kesakitan akibat denyutan malah dapat membantu memecahkah bisul dengan lebih cepat.

     Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada tubuh badan yang terkehel, terseliuh ataupun patah. Sementara untuk menyembuhkan demam dan juga sakit kepala, daun yang telah dilumatkan ditampal pada bahagian dahi dan kemudiannya dibalut dengan kain sehingga kering. Proses ini diulang-ulang beberapa kali sehingga sakit kepala mahupun demam anda hilang.

     Sementara kanak-kanak yang mengalami kudis, daun ati-ati yang telah ditumbuk lumat dicampurkan dengan minyak kelapa dan juga sebuku bawang putih beserta sebuku ibu kunyit yang telah diparut.

     Ketiga-tiga bahan tadi dimasak dengan minyak kelapa di atas api yang perlahan sehingga menggelegak. Setelah suam-suam kuku, barulah sapukan minyak campuran itu pada kulit yang berkudis itu. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh. 


Friday, June 17, 2011

Pilih Produk Yang Selamat Untuk Cantik


     Menampilkan kecantikan diri dari hujung rambut ke hujung kaki menjadi elemen penting dalam  kehidupan masyarakat hari ini. Malah, tidak lengkap kehidupan seorang wanita jika tidak merawat diri sama ada secara tradisional ataupun menggunakan kaedah moden.

     Perubahan zaman menjadikan agenda cantik, menarik dan bergaya tidak hanya menjadi tumpuan wanita saja,sebaliknya kini lelaki juga tidak kurang hebatnya. Lelaki hari ini mahu kelihatan  tampan dan segak selain sentiasa nampak segar dan sihat.

Friday, June 10, 2011

Kakak Tua Boleh Bercakap?



    Ramai merasa takjub dan kagum mendengar kakaktua  boleh berkata-kata. “assalamualaikum… selamat pagi…dah makan…” adalah antara yang sering diucapkan haiwan itu.

    Namun tiada siapa dapat menjelaskan bagaimana burung itu dapat meniru percakapan manusia. Adakah ia faham dengan apa yang dicakapkan?.

    Ada yang mendakwa kakaktua meniru cakap kita kerana sruktur lidahnya yang besar dan tebal.Sejauh mana benarnya, masih belum dapat diperjelaskan kerana ada juga burung lain, misalnya burung gagak dapat berkata-kata, sedangkan lidahnya jauh lebih kecil.

    Helang pula yang mempunyai lidah lebih besar dan tebal tidak pula boleh berbuat demikian. Menurut biologis, kakaktua tidak faham apa yang dicakapkannya.Kebolehannya meniru hanyalah kerana haiwan itu juga mengeluarkan bunyi yang kasar, seperti suara manusia. Ia sebenarnya hanya meniru bunyi suara kita,bukan percakapan.

    Kerana itulah sebutannya tidak jelas,bahkan butir-butir percakapan tidak menentu,selain mengeluarkan bunyinya yang hampir sama dengan suara manusia.Kesimpulannya,kakaktua atau apa jenis binatang sekalipun tidak boleh bercakap.

Sunday, June 5, 2011

4 Alasan Yang DiBenci Allah


Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan daripada 4 jenis golongan manusia iaitu;


1. Orang kaya,kalau sekiranya ia berkata,”kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehinga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan,” Kepada mereka ini Allah berfirman,” Kekayaanmu tidaklah standing dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”


2. Hamba sahaya,sekiranya dia berkata,”Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya,”Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”


3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasa tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s. dan tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”


4. Orang yang sedang menderita sakit,sekiranya dia berkata,”Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu.” Firman Allah kepadanya, “ Penyakit itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak pernah berhenti daripada menyebut nama-Ku.”


JANJI YG DIMUNGKIRI


penantian satu penyeksaan...

    Cuba bayangkan, seorang kawan sudah berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian-sekian waktu di tempat yang telah ditentukan.Jadi kita pun menunggulah dengan harapan membunga,dengan hati ceria.

    Lima minit menanti, sahabat yang ditunggu tidak muncul.Tak mengapalah, mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhati orang yang lalu lalang, sepasang kekasih berjalan beriringan, si ibu memimpin anaknya penuh mesra, seorang pelajar termenung, mungkin hatinya resah memikirkan pelajaran.

    Tapi sahabat yang dinanti, belum juga kunjung tiba. Tak apa, mungkin sekejap lagi dia sampai. Kita melihat jam di tangan, ah… sudah 20 minit berlalu. Kita menanti dan terus menanti… setengah jam,dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung!

Apa yang anda rasa?Tentu anda akan berkata…
a)Eee..mana lerr budak nih?
b)Kalau ada hal pun call lerrr…
c)Tak guna betul,tadi dah janji.
d)Tau lerr esok… siap engkau!

    Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucapkan akurjanji sebagai orang Islam di hadapan Allah s.w.t bahawa kita mematuhi Rukun Islam terutamanya solat 5 waktu. Kita tahu solat itu tiang agama,telah kita ikrarkannya kepada Allah s.w.t sejak sekian lama.

    Kedengaran azan berkumandang, Allah s.w.t sedang menanti kita menghadap-Nya. 5 minit… 20 minit… 40 minit… 1 jam… 2 jam… 3 jam, kita tidak langsung tak sembahyang!
    Bayangkan, apa yang Allah s.w.t rasa? Bukankah kita sudah berjanji,kenapa mungkir???

Thursday, June 2, 2011

Wasiat Sayidina Ali kepada anaknya

Apabila sedar dari pengsan setelah ditikam oleh Abd Rahman bin Muljam, 
Saidina Ali memandang anaknya, Sayidina Hassan 
yang sedang menangis di sisinya.

"Wahai anakku." kata Sayidina Ali, "hafalkan empat perkara disamping empat 
perkara." Apakah perkara itu,ayahanda?" soal Sayidina Hassan.
Kata sayidina Ali, "Kekayaan yang sebenarnya ialah akal, kepapaan yang 
sebenarnya ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan 
diri sendiri dan kemuliaan yang sebenarnya ialah akhlak yang baik.
Empat perkara lagi ialah, jangan berkawan dengan orang yang tamak
kerana zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi 
hakikatnya dia akan mencelakakan.Jauhilah 
berteman dengan pembohong 
kerana ia boleh menjadikan orang 
yang terdekat lari daripadamu
 dan sebaliknya.

Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan
 melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukanya dan jauhilah
 bersahabat dengan orang yang suka berbuat
 jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu
 dengan harga murah.

acu cuba try klik jap