Wednesday, May 25, 2011

Herba Selasih


     Pokok selasih… sudah tentu nama ini tidak asing terutamanya dalam masakan masyarakat melayu. Penggunaanya cukup meluas bukan hanya dalam masakan tetapi juga dalam bidang perubatan.

     Sejak turun temurun,penggunaan ulam adalah salah satu pelengkap hidangan selain untuk penambah selera. Tak kira sama ada ulam itu dimasak ataupun dimakan secara mentah, ia sentiasa menjadi penyeri untuk hidangan makanan. Dan antara jenis ulam ulaman yang sering menjadi pilihan ialah daun selasih.

     Pokok selasih atau nama saintifiknya Ocimun sanctum bukan saja tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai makanan, malah ia juga terkenal dalam bidang perubatan herba. Kerana itu, ramai orang terutamanya penduduk di India menjadikan salah satu sumber pendapatan mereka kerana nilai pasarannya yang tinggi dalam bidang perubatan.

     Pokok ini juga dikenali dengan beberapa nama seperti Ruku ruku, Kemangi, Holy Basil, Sweet Basil dan juga Thulasi.  Pokok ini mudah ditemui dan hidup subur tanpa memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Ia banyak di dapati di negara-negara Asia termasuk Malaysia.

     Pokok ini terdapat  dalam beberapa jenis yang mana bunganya ada 3 warna iaitu putih, merah jambu dan unggu. Pokok selasih yang subur boleh tumbuh hingga tingginya mencecah 3 meter.

     Pokok selasih sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya untuk kaedah ayuverda yang berasal dari India. Daripadaa bunga, daun hingga akarnya mempunyai fungsi dalam perubatan tersebut. Ia turut dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini selain digunakan sebagai analgesic (ubat penahan sakit).

     Banyak penyakit boleh dirawat dengan herba ini. Menjadikan daunnya sebagai ulam amat sesuai untuk pengidap gastric atau menghadapi masalah penghadaman.

    Jika demam, rebuslah 15 gram daun selasih dan minum air rebusan itu 2 kali sehari. Panas badan akan cepat turun malah air rebusan ini juga berguna secara luaran untuk mengubati sakit sendi dan juga menambah pengeluaran air susu bagi wanita yang menyusukan anak.

    Air rebusan biji selasih bersama gula batu pula jika diamalkan meminumnya selalu akan menghilangkan kepanasan tubuh menjadikan badan kita rasa nyaman dan sejuk.

    Selain itu, herba ini juga mempunyai kandungan anti septik yang bertindak merawat dan menyembuh luka. Mereka yang rajin memakan daun selasih, jika  luka akan cepat sembuh. Malah, daunnya yang ditumbuk lumat boleh dilumurkan di tempat luka supaya darah berhenti keluar selain mengurangkan rasa sakit akibat luka tersebut.

     Herba ini juga mempunyai sifat alganesik yang membantu  meredakan kesakitan akibat sakit gigi, sakit perut dan juga sakit sendi.Orang-orang dulu ramai yang menggunakan herba ini untuk mengurangkan rasa sakit sendi setelah penat bekerja.

     Jika anda terkena bisul ,bakar daunnya hingga menjadi abu. Kemudian,campurkan dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada bisul tersebut.Ia menyusutkan bisul dan membantu mempercepatkan proses penyembuhannya.

     Banyak lagi kegunaan herba ini malah ia turut diperakui khasiatnya oleh pakar perubatan moden dan diakui sebagai herba pencuci darah. Sifat diuretiknya berfungsi meningkatkan pengeluaran bendalir dalam badan melalui peluh dan air kencing.

     Malah herba ini juga mujarab untuk merawat penyakit gastric, darah tinggi selain bersifat diaforetik dan karminitif yang membantu pengeluaran peluh dan juga angin dalam badan (selalunya melalui kentut).

     Jika anda amalkan pemakanan daripada pokok selasih ini, ia bukan saja menghilangkan masalah bau badan, paling pentingnya ia melancarkan perjalanan darah dalam badan sekaligus merendahkan risiko anda mendapat penyakit.


2 comments:

Unknown said...

suka biji selasih yang macam telur katak tuh.kalau minum ngan soya,lagi sedap =)

azlanmatt said...

Rozuan Ismail ..bagus wehhh klu minum maso cuaco panas.. bleh sejukkan badan...

acu cuba try klik jap