Rasulullah SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. Ia bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai satu amalan kesihatan.Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicah madu sebelum makan apa apa pada waktu pagi selain minum air yang telah di simpan semalaman dalam sebuah bekas.
Antara khasiat amalan amalan ini adalah;
Antara khasiat amalan amalan ini adalah;
- Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
- Mencuci perut.
- Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
- Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
- Memperbaiki fungsi buah pinggang,limpa dan hati.
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyabut; "Ya Allah,kurniakanlah aku denga cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk." Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Adab Minum
- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
- Bacalah 'Bismillah'
- Minum dengan 3 nafas.
- Minum dalam keadaan duduk.
- Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan),bacalah 'Alhamdulillah'.
- Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
- Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseoramg Islam adalah ubat untuk penyakit.
- Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
2 comments:
jom minum...dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamduliah..hehe
wazir...banyakkan minum air kosong yerrr... maklum lerrr skang nih kan musim panasss
Post a Comment