Monday, May 2, 2011

PEMBENTUK KARAKTER TAMAN


     Perabut taman disediakan untuk kegunaan bermanfaat di sudut tertentu khususnya ketika hujung minggu bersama seisi keluarga.Elemen itu penting dalam pembentukan karakter sesebuah taman supaya tampil lebih semulajadi mendamaikan.

     Semestinya saiz perabot taman yang digunakan berupaya menguatkan identiti landskap serta merealisasikan corak sebuah taman. Ia biasanya membabitkan perabot yang boleh dialih atau kekal di sudut tertentu sebagai lokasi rehat, riadah, ruang belajar atau bekerja.

     Kehadiran perabot taman  membuatkan suasana kelihatan hidup dan lengkap untuk dihayati sesiapa saja yang menggunakannya. Perabot didatangkan dengan nilai estitika dan reka bentuk menarik pastinya melengkapkan konsep penata taman yang diinginkan.

     Biasanya perabot taman direka berdasarkan cita rasa dan pastinya anda sebagai pemilik kediaman  inginkan kelainan bagi memenuhi konsep penataan taman. Perabot taman termasuk gazebo, kerusi santai dan bangku diperbuat daripada kayu, rotan, buluh, besi atau keluli, seramik, gentian kaca mahupun konkrit.

     Paling penting, ia dapat digunakan dengan sepenuhnya dan menarik jika mahu sekadar dijadikan hiasan semata mata.Bagaimanapun pemilihan setiap perabot taman banyak bergantung kepada konsep dan kemampuan kewangan pemiliknya.

     Bagi mengelakkan pembaziran, aspek ketahanan dan kesesuain perabot berkenaan untuk ditempatkan pada taman perlu diambil kira.Berikut beberapa panduan memilih perabot taman.
·         Material yang dihasilkan tahan lasak kerana sering terdedah dengan cuaca panas atau hujan.
·         Pastikan perabot taman tidak menyerap haba bagi mengelakkan  ia hanya sesuai digunakan untuk waktu tertentu sahaja.
·         Ukiran perlu praktikal dan mementingkan ciri keselamatan.
·         Saiz dan ukuran perlu sesuai dengan keluasan taman bagi mengelakkan pemandangan menyakitkan.

No comments:

acu cuba try klik jap