Seseorang wanita yang masuk ke dalam neraka kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya. Kenyataan ini bukan untuk memperkecilkan kaum wanita namun sebaliknya supaya golongan lelaki memainkan peranan terhadap tanggungjawab mereka. Perhatikanlah, jika anda mungkin tergolong dalam salah satu dari empat golongan ini, sebaliknya anda mulalah melakukan sesuatu untuk memperbaikinya.
AYAH
Apabila lelaki yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak akan memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya melanggar perintah Allah S.W.T. Ingat, tak cukup jika hanya memberi kemewahan duniawi saja kepada anak-anak jika tidak menitikberatkan keperluan agama itu sendiri.
SUAMI
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, si suami hanya mendiamkan diri dengan perbuatan isterinya yang jelas melanggar perintah agama. Jika begini, tiada gunanya jika si suami mentaati perintah Allah kerana dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.
ABANG
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jika mereka membiarkan kakak atau adik perempuannya melencong dari landasan agama, mereka juga ditarik ke dalam neraka.
ANAK LELAKI
Apabila anak lelaki tidak menasihati ibunya jika si ibu melakukan sesuatu yang jelas haram si sisi agama Islam, maka anak itu turut akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Kerana itu, kaum lelaki yang bergelar ayah,suami adik atau abang dan anak lelaki harus memainkan peranan mereka terhadap kaum wanita supaya tidak akan ditarik ke dalam neraka kelak. Allah S.W.T berfirman;
"Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarannya adalah manusia,jin dan batu batu..."

No comments:
Post a Comment