Saturday, September 24, 2011

25 Tanda Lelaki Jatuh Cinta


1 Lelaki ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh (ikhlas dan rela tanpa sebarang paksaan) melakukan sesuatu untuk gadis pujaan hatinya.
Sentiasa cuba menghiburkan hati si dia dan berubah menjadi seorang yang peramah atau rajin bercerita.
Sering memberikan kata-kata manis dan juga perangsang.
Sedaya upaya berusaha untuk mengongkong kebebasan si dia kerana perasaan cemburunya sudah semakin meluap-luap.
Sentiasa berasa takut akan kehilangan si dia.
Cuba mengawasi pergerakkan si dia kerana sering berasa curiga si dia akan berpaling tadah pada lelaki lain.
Berasa tergugat dan tidak suka apabila ada lelaki lain yang cuba mendekati si dia.
Menjadi cemburu dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Berpura-pura merajuk atau berkecil hati semata-mata ingin dipujuk oleh si dia.
10 Tiba-tiba saja menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu si dia dalam apa jua keadaan.
11 Ada ketikanya mahu dilayan seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian dan berharap agar si dia melayannya lebih daripada orang lain.
12 Sering berada dalam keadaan tidak tentu arah apabila berjauhan dari si dia.
13 Berusaha meluangkan lebih banyak waktu untuk bersama si dia.
14 Sentiasa memastikan keselamatan si dia.
15 Mementingkan si dia lebih daripada diri sendiri.
16 Kerap bertanya adakah si dia berasa gembira atau bahagia bersamanya.
17 Tidak akan melayan perempuan lain yang tidak berkenaan.
18 Sering membanggakan kehadiran si dia di depan orang lain.
19 Sekiranya dikecewakan, dia akan menjadi serik dan tidak akan mempercayai cinta perempuan lain. Sebaliknya sentiasa mengharapkan agar si dia yang dicintai kembali kepadanya.
20 Apabila wujud orang ketiga, lelaki ini akan menjadi seperti orang hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali cintanya.
21 Sentiasa menganggap si dia sebagai orang yang paling dipercayai.
22 Tidak sanggup untuk berlaku curang atau membohongi si dia.
23 Sanggup berkongsi rahsia dengan si dia yang mungkin tidak pernah dikongsi bersama orang lain termasuk teman rapatnya sendiri.
24 Tiba-tiba saja berubah menjadi romantik.
25 Sanggup menitiskan air mata hanya kerana merindui seorang perempuan.

Friday, September 16, 2011

Bagaimana TEKANAN Mempengaruhi Kehidupan Kita?




     Tekanan yang berlebihan boleh mengakibatkan perasaan bimbang, ketakutan dan tertekan. Tekanan yang sederhana adalah baik dan membuat kita sentiasa cergas dan bermotivasi. Tetapi ketegangan yang berlebihan adalah sebaliknya serta membahayakan rohani dan jasmani.

     Tekanan fikiran menyebabkan keadaan murung,hilang daya konsestrasi, gementar serta bersifat agresif. Sebaliknya tekanan fizikal mengakibatkan kita sering sakit kepala, gangguan tidur malam, hilang selera makan, kelesuan, ruam kulit, kegemukan, tekanan darah tinggi dan sakit jantung koronari.

     Tekanan luaran pula diakibatkan oleh masalah dalam rumahtangga, masalah kerja, masalah kewangan,
sakit, kelahiran dan kematian, kesesakan dan banyak lagi.

     Tekanan dalaman diakibatkan oleh masalah tidak percaya kebolehan diri sendiri, perasaan rendah diri, masalah seksual, masalah membuat keputusan dan banyak lagi.

Cara Memperbaikinya
     Kita hendaklah realistik dalam menentukan matlamat kita, antaranya;
  • Bijak mengatur soal-soal kewangan.
  • Belajar untuk mengatakan ‘TIDAK’ kepada tugas yang tidak boleh dibuat.
  • Gembirakan hati bila dalam kesulitan.
  • Menilai semula persepsi diri kita yang sebenar.
  • Perubahan yang besar dalam kehidupan kita perlu dijarakkan seperti berkahwin atau menukar kerja.
  • Rancanglah kerja kita dengan teliti, berkongsi masalah samada di rumah atau di tempat kerja.
  • Berusaha untuk membina perkahwinan yang lebih bahagia dan persahabatan yang lebih akrab.
  • Kita perlu belajar untuk beristirehat.
  • Kita perlu tidur secukupnya.
  • Perlu menjaga menu makanan yang seimbang.
  • Kita cuba elakkan dari merokok dan meminum minuman keras.
  • Kita perlu selalu bersenam, berjumpalah pakar jika kita tidak berupaya menghadapi masalah

Sunday, September 11, 2011

Delima Baik Untuk Jantung Dan Usus


     Buah delima ataupun nama saintifiknya punica granatum merupakan tanaman Asia, spesis dari Pulau Socarta.Meskipun berasal dari Iran, buah delima lebih banyak berkembang di daerah Timur Tengah, Arab Saudi, Afghanistan, India dan Asia Tenggara.

     Ditanam sebagai tanaman hias ataupun tanaman ubat. Tingginya boleh mencapai 5 meter, berbatang bulat dan kecil,daunnya bulat telur dengan permukaan yang berkilat.

     Buah berwarna merah, unggu putih dan juga hijau kekuningan. Bunga berwarna merah akan menghasilkan buah berwarna merah dan bunga putih menghasilkan buah yang berwarna putih atau hijau kekuningan.
Tumbuh baik di daerah yang musim kemaraunya panjang dan bersuhu panas. Hidup subur pada ketinggian 400 hingga 1,500 meter dari permukaan laut.

     Seluruh pokok delima mempunyai manfaat, bermula dari kulit,batang, akar, daun hingga buahnya. Pada kulit akar dan kulit batangnya terdapat alkaloid peliterin yang baik untuk ubat cacing dan keracunan makanan.

     Jus buah delima tinggi dengan khasiat. Terdapat kandungan ion kalium, vitamin C dan polipenol.Setiap ulas bijinya kaya dengan kandungan kalium per 100 gram (259 mg/gr), tenaga 63 kal, 30 mg vitamin C, komponen ini baik untuk jantung.

     Selain itu ia memberi perlindungan terhadap barah kulit. Berdasarkan laporan dimuatkan di American Journal Of Clinical Nutrition, seseorang yang minum 200 cc jus delima setiap hari selama seminggu berturut-turut akan dapat meningkatkan aktiviti antioksida sebanyak 9%.

     Di Iran dan Iraq, jus delima dibuat berkumur terlebih dahulu sebelum diminum. Ia dapat membantu membersihkan mulut dan gigi. Selain itu ia dapat mencegah infleksi sehingga dapat membantu menghilangkan bau mulut.

     Memakan dengan perlahan-lahan buahnya dan mengeluarkan bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan menghindarkan kekeringan kerongkong.

     Kandungan zat tanin dalam buah delima dapat membius cacing gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga dapat dikeluarkan melalui air besar. Cara ini sudah biasa dipraktifkan oleh penduduk Mesir dan Vietnam.

Tuesday, September 6, 2011

Tekanan Menyebabkan Mati Pucuk



     Jarang terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif

     Jadi, tidak mustahil ada induvidu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

     Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah zakar dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana buah zakar kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).

     Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.Mati pucuk bererti lelaki tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan. Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairanlah jika mood dan tingkahlaku negatif.

     Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku,mungkin ada masalah kesihatan yang terlindung dan elok dia berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan,malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.
Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.

     Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya,jangan mendiamkan diri,sebaliknya dapat bantuan doktor.

     Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami  tidak dapat memasukkan eraksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.

Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).

     Zakar yang tidak ereksi pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan. 

acu cuba try klik jap