Saturday, April 30, 2011

SURAH AL-MUKMINUM ayat 28-29 selamat dari tenggelam

     Agar selamat dari bahaya tenggelam ketika naik kapal atau perahu,maka sewaktu naik bacalah ayat di bawah ini:
Apabila Engkau telah tetap di atas perahu, Engkau dan orang yang
bersama Engkau,bacalah:Puji-pujian bagi Allah yang telah melepaskan
kami daripada kaum yang aniaya (28)
katakanlah :Ya Tuhanku,tempatkanlah aku ditempat yang berkat
dan Engkau sebaik-baik yang memberi tempat (29)
     Demikianlah khasiat Surah Al-Mukminum ayat 28-29. Maka bacalah ayat ini setiap kali naik kapal atau perahu, insya Allah akan selamat dari bahaya tenggelam, meskipun datang badai atau ombak besar yang sangat berbahaya. Khasiatnya lagi ialah bila dibaca ketika hendak tidur,maka diselamatkan dari pencurian dan dari godaan jin dan syaitan.

Wednesday, April 27, 2011

SURAH AT-TAUBAH ... panjang umur dan sejahtera

Bacalah setiap habis solat magrib dan solat subuh
ayat 128 dan 129 dari surah AT-TAUBAH
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu
sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang orang mukmin (128)
Jika mereka berpaling (dari keimanan) maka katakanlah: "Cukuplah
Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku
bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan Yang memiliki
'arasy yang agung (129)".
Dengan mengamalkan secara terus menerus, insyaAllah umur kita bertambah panjang ,penuh berkah dan sejahtera.


Sunday, April 24, 2011

AKTIVITI BERJEMAAH ERAT HUBUNGAN SUAMI ISTERI


     Sesetengah pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itulah hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

     Justeru itu, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam;

·         Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sesekali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah SWT berfirman dalam surah An –Nisa, ayat 19 bermaksud: “Dan bergaulah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”

·         Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.

·         Digalakkan berjimak dengan suaminya,  mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

·         Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

·         Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan, membaca al-Quran, mendidik anak-anak dan mandi bersama-sama.

·         Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus.

·         Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian dihebohkan rahsianya itu kepada orang lain." (Hadis riwayat muslim).

·         Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

·         Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

·         Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

·         Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walupun ketika nusyuz.

·         Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada  bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “ Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan dan memberinya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud).

·         Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

·         Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.


Saturday, April 23, 2011

SURAH AL-IKHLAS


   Surah Al -Ikhlas terdiri dari 4 ayat, berisi mengenai penegasan tentang kemurkaan Allah SWT dan menolak segala macam kemusyrikan.Sebagaimana Surah Al- Fatihah ,Surah Al-Ikhlas pun mempunyai beberapa keutamaan. Seperti tersebut di dalam hadis diriwayatkan oleh Al- 'Uqaili dari Raja A Ghanawi, Rasulullah SAW, telah bersabda ;Barang siapa membaca  Surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan- akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.

     Adapun khasiat yang terkandung di dalam Surah Al-Ikhlas, antaranya ialah;
  1. Bila dibaca kepada orang yang sedang sakit,seandainya dia kemudian mati pada hari itu juga, maka insyaAllah dia akan diselamatkan dari seksa kubur.
  2. Bila dibaca secara rutin setiap hari, insyaAllah akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Sebaiknya dibaca setiap kali selesai solat fardhu menurut kemampuan masing- masing asal jangan sampai membosankan.
  3. Bila dalam perjalanan kemudian merasa lapar atau dahaga padahal tiada kedai makan, maka bacalah lafaz "Ya Shamadu" sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa lapar dan dahaga akan hilang dan seakan-akan kembali kenyang lagi.
  4. Bila kita amalkan dengan mewiridkan lafaz  "Ya Shamadu" secara rutin setiap hari (terserah waktu membacanya) sebanyak 134 kali, InysaAllah kita diselamatkan dari maksud jahat orang yang rakus dan serekah.
  5. Bila lafaz  "Ya Shamadu" kita wiridkan secara rutin setiap hari sebanyak 40 kali, InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita akan selamat dari tipu daya dan kejahatan orang-orang yang serakah.
     Demikianlah di antara khasiat-khasiat yang terkandung di dalam Surah Al-Ikhlas. Akan tetapi yang lebih penting dari itu semua bahawa kita membaca Surah Al-Ikhlas itu merupakan ibadah yang mendapat pahala. Pernah suatu hari datang salah seorang sahabat Nabi menceritakan kepada baginda mengenai kecintaanya membaca  Surah Al-Ikhlas. Baginda lalu bersabda ( yang ertinya) ;" kecintaanmu kepada Surah Al-Ikhlas itu dapat memasukkan kamu ke dalam syurga.

Thursday, April 21, 2011

CUCI DAPUR SELEPAS MEMASAK


Pastikan kebersihan dapur sentiasa dijaga dengan rapi

    
    Kekemasan dan kebersihan pada ruang kediaman mengungkapkan situasi tenang, harmoni dan keselesaan kepada seisi keluarga.

     Tidak bermakna memiliki rumah besar,cantik dengang hiasan menarik jika penghuninya gagal menjaga kebersihan. Bagi memastikan kebersihan menjadi amalan, pentingnya membasuh tangan selepas menggunakan tandas dan peralatan bekerja seperti perkakasan berkebun, berus, tandas dan penyapu.

     Amalkan prosedur membasuh tangan yang betul iaitu menggunakan sabun,gosok tangan hingga hilang kotoran dan pastikan celah kuku bebas sebarang daki serta sisa kotoran, seterusnya bilas dengan air bersih dan lap hingga kering.

     Gunakan pakaian sesuai iaitu bersih dan menepati aktiviti yang dijalankan terutama memasak untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.

Panduan kebersihan di ruang dapur.
·        Segera simpan dan buat pengasingan makanan mentah dengan siap dimakan sebaik disimpan di dalam peti sejuk.
·        Cuci papan pemotong daging mentah dengan pembersih tanpa toksik sebelum ia digunakan semula.
·        Bersihkan tempat memasak, papan pemotong, sinki, peti sejuk dan peralatan dapur dengan pembersih bebas toksik sekerap mungkin.
·        Bersihkan permukaan dapur dan keringkan apabila selesai memasak.
·        Ganti tuala tangan dan alas meja mengikut keperluan.
·        Sentiasa kosongkan bakul sampah dan bersihkannya sebelum diletak plastik sampah baru .
·        Pemilihan kemasan dan reka bentuk ruang dapur juga penting termasuk mengelakkan penggunaan bahan kemasan licin yang boleh mengundang kecederaan. Ia juga perlu kerap dicuci.
·        Elakkan reka bentuk dapur yang mudah mengumpul habuk dan membiakkan haiwan peerosak.

Panduan kebersihan di bilik air.
·        Ruang ini terdedah dengan keadaan lembab dan berair. Basuh tangan selepas menggunakan bilik air serta sentiasa tutup pintu bilik air bagi menyekat penyebaran kuman.
·        Tutup penutup mangkuk tandas selepas mengepam air untuk elak kuman merebak ke tempat duduk.Selain itu cuci tandas dengan cecair pembersih tanpa toksik dan basmi kuman.
·        Ruang mandi dipastikan dicuci setiap minggu supaya kuman tidak melekat dan membiak dengan mudah.

Panduan kebersihan kanak-kanak.
·        Ia penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan kerana sistem imunisasi mereka tidak membantu apabila berdepan dengan persekitaran kotor serta tidak terjaga.
·        Alat permainan sentiasa dicuci dengan pembersih basmi kuman tanpa toksik dan dikeringkan di bawah cahaya matahari. Haiwan peliharaan biar pun dibela dan jinak, perlu sentiasa berada dalan keadaan bersih , kalau tidak ia berpontensi menyebarkan penyakit.
·        Disiplinkan anak dengan menggalakkan mereka membasuh tangan selepas bermain dengan haiwan atau berada di ruang permainan seperti taman.


Sunday, April 17, 2011

SURAH AL-AN'AM AYAT 103 ..menarik kesayangan

     sekiranya ingin disayangi oleh setiap orang dalam pergaulan maka hendaklah mengamalkan pertunjuk dibawah ini.
  1. Hendaklah bersopan santun dalam pergaulan dan jangan sombong.
  2. Hendaklah mewiridkan ayat di bawah ini sehari semalam 7 kali, terutama selepas solat magrib atau solat subuh.
Dia tidak diperdapat dengan penglihatan (mata) dan Dia memperdapat
penglihatan dan Dia Mahahalus lagi Mahamengetahui
    InsyaAllah dengan mengamalkan pertunjuk ini orang yang suka bergaul dan menaruh simpati sehingga selalu dipercayai dan disayangi dalam pergaulan.

Saturday, April 16, 2011

SURAH AL-ANBIYAA AYAT 87...agar mudah tidur

     Susah tidur  adalah termasuk penyakit,  Pada orang sakit,tidak dapat tidur akan mengganggu organ tubuh lain. Tidur merupakan istirehat bagi organ2 tubuh dan saraf. Jadi bila orang yang sakit tidak dapat tidur bererti semua sistem saraf dan organ badan tidak dapat beristirehat dengan sempurna.

     Orang yang susah tidur akan menyebabkan ketegangan jiwa. Akibatnya badan rasa kurang sihat dan malas bekerja.Oleh itu cara yang terbaik disamping iktiar zahir maka patut dilakukan iktiar batin agar orang yang sakit dapat istirehat dengan sempurna, untuk maksud tersebut  ikut pertunjuk di bawah ini;
  1. Dalam keadaan suci tulislah ayat di bawah ini di atas kertas
  2. Kertas yang telah ditulis itu dilipat dan diletakkan di bawah bantal orang yg susah tidur.
(ingatlah) akan zannun (Yunus) ,ketika ia pergi dengan amarah,
lalu mengira bahawa kami tiada akan berkuasa terhadapnya,
lalu ia berseru dalam gelap gelita (dlm perut ikan) bahawa tiada
tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku (seorang)
diantara orang -orang yang aniaya


BILIK MANDI TERAPI SEMULAJADI



Perancangan teliti... pastikan bilik air menarik
dan bercirikan keselamatan
     Bilik air ruang yang penting kerana tanpanya aktiviti manusia tidak teratur. Binaan tingkap di bilik air tidak memerlukan yang besar, cukup dengan tingkap kecil untuk pengaliran udara dan kemasukan cahaya semula jadi.

     Ruang ini biasanya menyediakan tandas dan bilik mandi selain kebanyakkan kediaman menyediakan dua keperluan iaitu bilik air serta tandas sekaligus.

     Ia bertujuan memberi keselesaan kerana pemilik beranggapan bilik mandi sebagai tempat terapi memulakan hari mereka. Melangkah ke bilik air yang bersih dihias indah dapat menenangkan fikiran dan berfungsi bagaikan terapi semulajadi.

     Bilik air yang dilengkapi kolam mandi dan jakuzi membolehkan anda berendam untuk mengurangkan ketegangan selepas penat berkerja seharian.Biar apa pun saiz bilik air yang ada, peranannya sangat penting bagi memastikan kelancaran aktiviti seharian kita.

     Jika tidak dijaga dengan betul dan dibersihkan secara berkala, ruang berkenaan menjadi tidak selesa dengan kehadiran lumut atau kulat. Bagi mewujudkan bilik air bersih, rancang dengan teliti aspek penyelenggaraannya supaya kelihatan bersih dan kelengkapan berfungsi dengan baik.

     Ini kerana bilik air seharusnya melambangkan keperluan individu itu sendiri sama ada keluarga kecil atau besar kerana keperluan  mereka tetap berbeza.

Petua mengekalkan kebersihan bilik air.
·        Bersihkan jubin dengan pencuci yang sesuai.
·        Segenap sudut perlu dibersihkan sepenuhnya kerana mudah kotor.
·        Sediakan pengelap kaki di luar bilik mandi dan pastikan sentiasa kering.
·        Lapkan cermin muka menggunakan kain basah.
·        Pastikan sinki sentisa bersih.

Wednesday, April 13, 2011

BINA TAMAN DISUKAI KELUARGA

keluasan taman pengaruhi aktiviti riadah anda



     Taman indah ibarat hamparan putih, menunggu anda mencorakkannya mengikut gaya dan kreativiti. Pelbagai aspek perlu difikirkan, antaranya jenis tanaman, pergola  atau gazebo selain konsep landskap.

     Anda boleh mendapat idea  melalui majalah deko atau akhbar atau mendapatkan perkhidmatan pakar supaya hasilnya lebih memuaskan.

     Untuk memudahkan mendapat idea mencorak taman yang sesuai, di sini disenaraikan beberapa panduan seperti ;

Keselesaan kanak-kanak
·         Bagi menzahirkan imaginasi anak, pembinaan bercirikan taman tema sesuai diwujudkan.
·         Bina pancuran dan kolam dengan ikan kecil.
·         Wujudkan tempat bermain pasir atau tanah supaya anak anda bebas bermain atau meneroka sesuatu yang baru.
·         Sediakan alat permainan yang sesuai

Ruang keluarga berkumpul
·         Ruang bukan satu masalah asalkan mereka selesa.
·         Bina sudut barbeku.
·         Kehadiran perabut taman amat penting.
·         Fungsi taman lebih praktikal jika mempunyai pelantar kayu.
·         Reka letak wakaf, gazebo menjadi ruang santai dan mengekalkan ketenangan.
·         Terangi taman dengan lampu  hiasan ketika malam.

Meraikan tetamu
air pancuran dapat memberi ketenangan sesiapa saja
yang berada di sini
·         Sediakan sudut peribadi di taman.
·         Bina air berpancuran sebagai elemen menghiburkan tetamu.

Mewujudkan taman botani
·         Ini bagi mengelakkan kebosanan dan menghabiskan masa lapang.
·         Laman belakang boleh di tanam sayur sayuran atau pokok herba.







Monday, April 11, 2011

ZIKIR BOLEH MENGUBATI PENYAKIT



     Sabda Rasulullah SAW; “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah) ,jika baik daging itu,maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging, maka rosaklah seluruh anggota itu, itulah hati.”

     Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.

     Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.

     Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredhoi Allah SWT, tetapi bukan mudah untuk melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.

     Secara umumnya,untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.

     Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca Al Quran dan memahami serta maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada  Allah SWT, berkawan dengan orang yang soleh yakni alim ulama.

     Selain itu amalan lain ialah membisakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.

     Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah  SWT  dengan yang lain,  mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.

     Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala kejahatan.

     Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai nilai budi dan kesopanan , meminum arak, malah melakukan zina secara terang terangan.

     Renungi firman Allah SWT dalam surah al A’raaf, ayat 179; “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat ayat Allah.”                                                                                                                                       “Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaaan Allah dan yang  mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka  lebih sesat lagi,mereka itulah orang orang yang lalai.


Sunday, April 10, 2011

LELAKI LEBIH BERAHSIA




     Bukan hanya wanita makluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakkan mereka sukar difahami.

     Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

     Bagi memahami golongan adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka :

·         Sifat lelaki lebih mudah
  Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

  Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

·         Bahasa lelaki adalah berlainan
  Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan,  ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

  Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata kata.

·         Lelaki suka membisu
  Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitive dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

·         Lelaki tidak kompleks
  Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,  mengemas rumah,  menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya,  wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

  Ini bukan bererti lelaki berfikiran secara primitif, tetapi lelaki memang  sedemikan. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

·         Lelaki berahsia dengan lelaki lain
 Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


·         Lelaki pentingkan kejujuran
  Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita  lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya.

  Kejujuran adalah penting bagi lelaki.Dia mahukan isterinya menyimpan setiap rahsia rumah tangga.

·         Lelaki tidak suka dikritik
  Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mugkin dapat mengelakkan konfrontasi serta merta tetapi dia akan  berasa marah juga apabila perkara  itu disampaikan kepadanya.

  Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka secara lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila  lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki , elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

·         Lelaki juga mahukah sokongan
  Ketika berdepan dengan masalah dan mengadu pada wanita,  maka anda harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata kata yang manis enak didengar ”Saya cintakan abang” atau “Tidak kira apa yang terjadi saya tetap bersama abang…. “.

·         Sahabat yang baik
  Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

·         Lelaki mesra tanpa emosi
  Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

  Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi)  dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

  Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita

  Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

  Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. 

Saturday, April 9, 2011

KEMAAFAN WARNAI CINTA SEJATI


sejati...pasangan harus berkongsi saat suka dan duka 

    Sukar mempercayai orang yang baru mengenalinya. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan  sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

    Dalam  sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia.Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan padanya.

  Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan.Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalinkan perhubungan:

·         Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka.Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

·         Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan  perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi  jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu ragu dengan cara anda.

·         Komitmen bukanlah  sekadar menepati janji tetapi menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun si dia bersungguh sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

·         Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia.Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

·         Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun ,tentunya anda dan si dia  berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.

·         Sebahagian besar induvidu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

·         Simpati adalah usaha untuk memberikan  pengertian yang lebih mendalam,  jadikan usaha untuk menempatkan diri dalam emosi si dia walaupun tidak mudah melakukan perkara ini.Apabila menimbulkan simpati, kebanyakkan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan faham.

·         Apabila rasa yakin,anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia  bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

·         Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat  dengan pasangan selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mempunyai pendapat yang sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing masing.

·         Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan. Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlntas difikiran.

·         Ramai pasangan merasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

    Oleh itu, jalan yang terbaik ialah setiap induvidu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.

Friday, April 8, 2011

GAYA IKUT SELERA SI DIA




    Mahu mengakuinya atau tidak, kebanyakkan fesyen  yang digayakan wanita lebih dipengaruhi si dia. Daripada hujung rambut hingga ketumit tinggi,jika si dia kurang menggemarinya,sedikit sebanyak wanita berasa agak janggal untuk menggayakannya 

    Biarpun  mungkin wanita itu gemar berambut pendek tetapi apabila si dia mahu  membelai rambut pasangannya yang cantik memanjang,terpaksalah membiarkan rambut panjang meskinpun rimas tak terkata.

    Begitu juga dari segi fesyen,semata mata mahu menjaga hati si dia,terpaksa dikorbankan segala pakaian meskinpun pakaian itu paling digemari atau dibeli lantaran mahu mengikut aliran fesyen terkini.

    Pandangannya mungkin elok tetapi adakalanya mungkin kurang menjadi. Namun,wanita lazimnya akan berkorban bermacam benda semata mata untuk menjaga perasaan kekasih hati.

    Jika elok untuk kebahagian anda berdua,apa salahnya .Tetapi jika kritikannya pada pilihan fesyen anda hanya menjadikan diri sendiri kelihatan tidak  bermaya serta membuat diri tidak bahagia,usah biarkan diri dalam kemelut tak berkesudahan.

Carilah jalan penyelesaian.

Thursday, April 7, 2011

WASPADA ELAK RAGUT



     Jenayah ragut yang semakin berleluasan mencetuskan kebimbangan orang ramai.Kejadian ragut yang berlaku tidak kira tempat di bandar atau di kampung,sukar ditanggani jika kita hanya mangharapkan kepada pihak berkuasa yang mempunyai bebanan tugas untuk mengatasinya.

     Tidak ada cara untuk kita mengetahui atau meramal bila kejadian itu bakal berlaku dan siapa pula akan menjadi mangsa.Justeru itu penting bagi anggota mayarakat untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati- hati dan waspada apabila berada di bandar ,perhentian bas,pasar malam,sedang menaiki motosikal atau berjalan kaki.

     Adalah tindakan bijak untuk menghalang jenayah ragut sebelum ia benar-benar berlaku ke atas kita.Antara panduan mengelakkan daripada diragut:

1.      Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai

2.      Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman

3.      Elakkan  daripada meletakkan beg duit anda di dalam bakul membeli belah atau di kaunter

4.      Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebalah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas


5.      Semasa membeli belah di tempat yang sibuk, genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg itu  di tempat yang tidak tededah

6.      Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal


7.      Jangan berasak-asak apabila menaiki /menurun bas,kereta,kereta api,panggung wayang atau di tempat  yang sesak

8.      Bila menggunakan lif,pastikan  ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa.Jika anda diekori atau dicurigai terus keluar dari lif dengan segera


9.      Jangan menyimpan beg duit itu dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang ,bola sepak,bas atau sebagainya

10.  Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas  bahu anda terutama semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan


11.  Jangan simpan duit di satu kocek saja,simpanlah dalam kocek yang berasingan  

Peningkatan kes jenayah seperti ragut dikaitan dengan gaya kehidupan moden yang banyak memberi tekanan terhadap jiwa seseorang selain kepincangan berlaku dalam masyarakat

Monday, April 4, 2011

MITOS GAMBIR SARAWAK





     Ramai lelaki taksub dengan Gambir  Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

     Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada kaum lelaki dijalankan.

     Gambir atau nama saintifiknya Uncaria Gambier  biasa ditemui di hutan  khususnya hutan Nusantara,India dan China.Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai estrogen.

     Wujud rekod membuktikan gambir  digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan  ular dan krim penyembuh  kesan terbakar pada kulit manakala maysarakat  cina purba menggunakan untuk melegakan sakit tekat, ulser,melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah,menurunkan tekanan darah,merawat hipertensi,pening kepala,sawan selain membuang angin dalam badan.

     Bagi  penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan  bersama sirih pinang kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.Di sarawak pula herba itu mungkin satu daripada herba utama yang di jual dan dihasilkan di sana  kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambir di tengah Bandaraya Kuching.

     Sebenarnya,gambir adalah satu daripada tujuh spesis daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak.Di Negara lain wujud beberapa spesis lagi daripada Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

     Namun penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit birit, kerosakan buah pinggang,mual,bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

     Namun di Sarawak,gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu memperkasakan lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

     Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya terutama pengamal lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air membolehkannya disapu pada bahagian kemaluannya.

     Bagi masyarakat melayu di Sarawak pula,gambir sering digunakan untuk menahan sakit  terutama sakit gigi.Gambir Sarawak mungkin spesis yang bebeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua didunia. Khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal


PENYAKIT PUNCA LEMAH




     Kajian menunjukkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kolestrol dalam darah memang menganggu pencapaian ereksi atau menyebabkan Disfungsi Erektil (DE).

     Tekanan darah tinggi mengakibatkan kesempitan salur darah penghujung,jadi darah tidak dapat masuk dengan lancar ke dalam otot zakar.

     Kencing manis pula menyebabkan gangguan kepada fungsi urat saraf dan secara langsung mengakibatkan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

     Peningkatan kolestrol turut membuatkan darah pekat dam menyebabkan salur darah menjadi sempit. Akhirnya menjadikan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

     Semua penyakit itu menjadi penyebab kepada DE dan lebih teruk lagi penyakit berkenaan menjadi lebih berat.

     Ubat yang diberi hanya untuk mengawal penyakit itu supaya proses penyakit  tidak ketara dan anda terhindar daripada penyakit yang lebih teruk  atau mati.

     Ubat berkenaan tidak akan memulihkan penyakit itu dan anda perlu makan selagi doktor tidak ubah jadual pemakanan  ubat terbabit.

     Selain penyakit tadi ,amalan gaya hidup mempengaruhi fungsi pencapaian ereksi. Merokok,minuman keras,tidak bersenam,kenaikan berat badan ketahap yang melampau dan tekanan memberatkan lagi keadaan.

     Jangan salahkan ubat,Jika anda tidak makan ubat dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat,riwayat  hidup anda mungkin singkat.

     Jika anda ada masalah untuk mencapai ereksi,jelaskan perkara itu kepada doktor.
Penyakit DE ada rawatan,selain menggunakan pam vakum yang dibeli daripada doktor atau farmasi,pil tertentu dapat membantu melancarkan darah dalam otot zakar dan pil ini hanya boleh didapati daripada doktor atau farmasi dengan surat pengesahan doktor.


Saturday, April 2, 2011

GMT..Perghh..bangga la tuh


    Perghh best jugak berkelah di PD nih.... sambil bleh le cuci mato skit. Tak sangka hari minggu ni ramai sungguh orang di pelusuk negeri yang datang kat PD ye. Tak kira lah yang datang ngan family ke...ngan member ke ...ngan couple ke..masing2 ade tujuan dan hajatnya... yang pasti kita enjoy dan bergembira.

    SSD ngan member sebenarnya tidak merancang untuk datang ke sini... hanyalah kebetulan je..itu pn pasal kenduri dan bisnes.. klu ikutkan hati memang malas nk pegi mana2  hujung minggu ni.. itupun semua dah boring kat umah... bincang...borak..bincang..borak.. smuo angkat tangan kaki  nk pegi PD... itu pn paling jauh... klu paling dekat  pun pergi S.Congkak,Gabai,Tekala dll. Hahahaha... akhirnya SSD telah berjaya memperdayakan diorg...

    Tak pe la...janji SSD dapat mandi laut...SSD sbenarnya malas nak drive...malah lebih suka duduk kat blakang je sambil memerhati pemandangan indah sepanjang jalan... last2 mlayang entah kemana..
Sampai je kat PD...SSD trasa truja kerana banyak perubahan yang berlaku...maklumlah dah 3 tahun tak ke sana..

    Sebenarnya SSD nak cerito pasal gadis melayu terakhir (GMT) sorang nih... perghh..mata SSD truja apabila melihat gadis yang seksi..berseluar ketat paras paha (menggiurkan sape2 yang memandangnya)... baju pula..mak aih dengan sendatnya menampakkan buah mangga yang sedang mekar untuk dipetik..
perghhh...juling mato SSD melihatnya (maklum le dah lamo x tengok gelagat manusia zaman sekarang).. gelagat SSD dah macam org baru terlepas penjara 10 tahun...

    Berbalik cerita tadi tentang gadis melayu terakhir... bajunya yang sendat hanya separas pusat je... MasyaAllah...dia nih xde baju ke nak pakai..knape le pakai ketat2 sgt... macam baju baby je.. entah2 berebut ngan adik dia kot... Dr atas  ke bawah SSD pandang.. last2 sekali terpandang satu objek di bahagian pusat nya...laaa..tindik pusat rupanya... besar plak permata tuh... apsal x letak mangga pintu je.. baru le ade klas skit..



    Perghhh..berbulu mata SSD nengoknya (gelak kecil dlm hati tapi tersenyum lebar). Dengan bangganya GMT itu berjalan di khalayak ramai tanpa memikirkan maruah sendiri apabila dipandang oleh orang2 tua.. begitu jugak dengan bebudak yang terlopong memandangnya dan sambil menutup muka menahan malu.

   Kalau minah salleh ok la jugak pakai macam tuh.. diorg pun bukannya tahu sangat pasal budaya kita malah xde perasaan malu langsung.. Pihak berkuasa telah mengenakan syarat2 ketat dan peraturan yang telah digariskan tidak membenarkan memakai pakaian yang menjolok mata di khalayak ramai. SSD jeling2 kanan kiri... tapi xde plak minah salleh yang jadi biawak kat pantai... sekurang-kurangnya xde le mereka bawa budayanya  kat sini.. betul tak...

    Itulah zaman sekarang ... ape nak jadi  dengan gadis zaman sekarang ye..




AL-FATIHAH



    Setiap solat,baik solat fardu maupun solat sunat dari setiap rakaatnya diwajibkan membaca surah Al-Fatihah. Ini menujukkan keutamaan surah Al-Fatihah itu. Di dalam beberapa hadis juga disebutkan mengenai keutamaan surah itu. Seperti hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Abdul Malik bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda(yang ertinya); Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) itu adalah ubat dari segala penyakit. 

Adapun keutamaan atau khasiat Surah Al-Fatihah lainnya adalah:

1. Apabila dibaca 1 kali ketika hendak tidur,di tambah dengan membaca surah Al-Ikhlas 1 kali,surah Al-Falaq 3 kali dan surah An-Nas 1 kali, insya Allah selama semalaman itu dihindarkan dari sesuatu yang tidak diinginkan kecuali mati.

2. Apabila dibaca 41 kali setiap selesai solat sunat qabliyah subuh dibaca terus menerus,maka Allah akan memberi kelapangan rezki,dijauhkan dari kefakiran dan kehidupannya serba cukup.Jika mempunyai hutang, akan hutangnya akan berbayar.Jika menghidap penyakit yang sukar disembuhkan,maka Allah akan memberi kesembuhan.Jika keadaannya diperantauan,maka di dalam perantauannya itu akan memperoleh kemulian dan disegani oleh masyarakat. Jika mempunyai musuh atau seteru akan menjadi segan dan menyerah,bahkan akan berbalik menjadi teman akrab.

3. Apabila dibaca 7 kali setiap selesai solat fardu,maka Allah selalu melimpahkan kebaikan kepadanya dan dihindarkan dari kesusahan di dalam mencari nafkah sehari hari.Segala yang diusahakan akan memperoleh hasil yang memuaskan.Hidupnya sehari hari selalu memperolehi keberuntungan.

4. Apabila dibaca 20 kali setiap selesai solat fardu,maka Allah akan menjaganya dari bahaya sihir atau khianat manusia dengan ilmu hitam. Disamping itu juga dijauhkan dari gangguan jjin dan syaitan yang terkutuk.

5. Apabila dibaca 40 kali pada segelas air (setiap satu dihembuskan ke dalam air yang ada di gelas tersebut),kemudian air itu diusapkan ke wajah orang yang sakit panas,insyaAllah dia akan sembuh.

6. Bila ditulis di piring kemudian dilunturkan dengan air putih (air biasa) lalu diminumkan kepada orang yang baru kebingungan kerana terlalu banyak beban mental atau tekanan jiwa,insyaAllah akan hilang kebingungannya.Fikirannya kembali tenang ,jiwanya menjadi bersih kembali.

7. Apabila seorang itu dirantai atau diikat tangannya lalu dibacakan 122 kali, setelah itu rantai diludahi 10 kali,insya Allah setelah digerakkan maka rantai atau ikatan itu akan putus dengan sendirinya.

     Demikianlah rahsia yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah yang terdiri dari 7 ayat termasuk Basmalahnya.Akan tetapi yang lebih penting lagi bahawa surah Al-Fatihah merupakan induk bagi semua isi Al-Quran,serta menjadi itisari dari kandungan Al-Quran.



acu cuba try klik jap