Sunday, April 10, 2011

LELAKI LEBIH BERAHSIA




     Bukan hanya wanita makluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakkan mereka sukar difahami.

     Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

     Bagi memahami golongan adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka :

·         Sifat lelaki lebih mudah
  Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

  Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

·         Bahasa lelaki adalah berlainan
  Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan,  ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

  Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata kata.

·         Lelaki suka membisu
  Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitive dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

·         Lelaki tidak kompleks
  Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,  mengemas rumah,  menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya,  wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

  Ini bukan bererti lelaki berfikiran secara primitif, tetapi lelaki memang  sedemikan. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

·         Lelaki berahsia dengan lelaki lain
 Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


·         Lelaki pentingkan kejujuran
  Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita  lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya.

  Kejujuran adalah penting bagi lelaki.Dia mahukan isterinya menyimpan setiap rahsia rumah tangga.

·         Lelaki tidak suka dikritik
  Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mugkin dapat mengelakkan konfrontasi serta merta tetapi dia akan  berasa marah juga apabila perkara  itu disampaikan kepadanya.

  Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka secara lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila  lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki , elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

·         Lelaki juga mahukah sokongan
  Ketika berdepan dengan masalah dan mengadu pada wanita,  maka anda harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata kata yang manis enak didengar ”Saya cintakan abang” atau “Tidak kira apa yang terjadi saya tetap bersama abang…. “.

·         Sahabat yang baik
  Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

·         Lelaki mesra tanpa emosi
  Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

  Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi)  dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

  Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita

  Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

  Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. 

No comments:

acu cuba try klik jap