Monday, April 4, 2011

MITOS GAMBIR SARAWAK





     Ramai lelaki taksub dengan Gambir  Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

     Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada kaum lelaki dijalankan.

     Gambir atau nama saintifiknya Uncaria Gambier  biasa ditemui di hutan  khususnya hutan Nusantara,India dan China.Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai estrogen.

     Wujud rekod membuktikan gambir  digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan  ular dan krim penyembuh  kesan terbakar pada kulit manakala maysarakat  cina purba menggunakan untuk melegakan sakit tekat, ulser,melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah,menurunkan tekanan darah,merawat hipertensi,pening kepala,sawan selain membuang angin dalam badan.

     Bagi  penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan  bersama sirih pinang kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.Di sarawak pula herba itu mungkin satu daripada herba utama yang di jual dan dihasilkan di sana  kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambir di tengah Bandaraya Kuching.

     Sebenarnya,gambir adalah satu daripada tujuh spesis daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak.Di Negara lain wujud beberapa spesis lagi daripada Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

     Namun penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit birit, kerosakan buah pinggang,mual,bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

     Namun di Sarawak,gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu memperkasakan lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

     Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya terutama pengamal lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air membolehkannya disapu pada bahagian kemaluannya.

     Bagi masyarakat melayu di Sarawak pula,gambir sering digunakan untuk menahan sakit  terutama sakit gigi.Gambir Sarawak mungkin spesis yang bebeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua didunia. Khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal


No comments:

acu cuba try klik jap