Sunday, February 27, 2011

INGINKAN KULIT CANTIK

       Inginkan kulit kelihatan cantik dan berseri....Tidak hairanlah ramai dikalangan wanita sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan kulit yang diidamkan. Sebenarnya anda mampu memiliki kulit yang sihat,licin dan lembut seperti bayi dengan hanya menggunakan buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai bahan utama.

      Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah murah dan berkhasiat,malah mudah didapati.Secara tidak langsung bahan ini mempunyai pelbagai vitamin untuk memperbaiki struktur kulit.Ianya sudah lama dipraktikkan sejak zaman berzaman lagi.

      Jom mari kita berkongsi beberapa petua kecantikkan yang berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran

Pegaga
Tumbuk daun pegaga hingga hancur dan dicampur dengan sedikit air. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau sehingga sebati.Kemudian sapulah pada muka setiap malam sebelum tidur.Praktikkan amalan ini setiap hari sehingga  anda nampak perubahannya.




Terung
Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosok ke pipi dan dahi.Selepas habis digunakan, potong bahagian itu dan gunakan lapisan baru.lakukan beberapa kali sehingga airnya kering.






Tomato
Tomato yang masak banyak kegunaan pada kulit.Ambil sebiji tomato yang dilecek hingga halus,kemudian dilumurkan pada seluruh muka,biarkan seketika ia kering selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 2 atau 3 kali dalam seminggu.
Boleh jugak hirisan tomato diletakkan pada bahagian mata agar dapat menghilangkan lingkaran hitam disekeliling mata...




Cekur
Ambil ubinya sebesar ibu jari.Giling sehingga lumat dan dicampur dengan bedak sejuk.Sapukan campuran tadi ke muka dan biarkan selama 15 minit.Apabila kering,gosoklah dengan kain putih yang lembab supaya kotoran di muka tetanggal.
Kemudian bilaslah dengan air suam.Jika anda mengamalkan petua ini,kulit muka akan menjadi licin dan tidak berminyak.




Lobak merah
Lobak merah juga sesuai untuk kulit.Sebatang lobak merah diparut dan dicampur dengan sesudu tepung jagung serta sebiji kuning telur.Adun bacuhan  itu sehingga sebati dan disapu pada muka.Biarkan ia kering. Cucilah dengan air bersih.




Limau nipis
Untuk membantu mendapatkan kulit cerah,licin dan harum,gunakan sebiji limau nipis yang dibelah dua.Gosokkan limau nipis itu pada muka, gosokkan berulang kali....perlu diingatkan bahawa akan terasa pedih apabila digosok pada permukaan kulit yang terluka ataupun berjerawat. Limau nipis dapat menanggalkan sel-sel kulit yang telah mati.




Ubi kentang
Sebiji kentang yang dikukus juga boleh digunakan untuk membantu anda menghilangkan parut.Kentang  dilumat hingga halus dan disapu pada kulit yang berparut.Amalkan ia setiap hari sehingga kesan parut itu hilang.






1 comment:

Anonymous said...

follow me back yeah

acu cuba try klik jap