Kebanyakkan ilmu batin memang memerlukan pertolongan jin bagi melaksanakan sesuatu yang luar biasa.Para bomoh dan dukun serta guru silat kebanyakkan memang sangat bergantung harap kepada kebolehan jin-jin bagi melaksanakan tugas mereka.Oleh sebab itu orang melayu sangat percaya kepada 'sakti buatan orang' iaitu sejenis penyakit yang kononnya terjadi akibat perbuatan orang2 tertentu kerana mempunyai niat tersendiri seperti membalas dendam dan sebagainya,maka penyakit begini biasanya diubati oleh dukun2 atau bomoh saja.Ramai yang mengaku mereka mengetahui apa jenis penyakit tersebut sehingga ada pula yang dapat memberitahu dari mana datangnya penyakit itu.
Perbuatan 'menurun' misalnya memang jelas menggunakan pertolongan jin kerana dalam masa tersebut dukun berkenaan dapat melaksanakan perkara2 yang luar biasa seperti bercakap bahasa asing dan boleh membuat sesuatu yang aneh misalnya mengeluarkan batu cincin dari tapak tangan.
Kebolehan yang aneh tersebut boleh menjadikan seseorang itu sesat apabila dia mempercayai bahawa kuasa luar biasa tersebut datangnya dari kemampuan dukun atau ilmu yang dimilikinya.Akibatnya berlakulah pemesongan akidah di mana kepercayaan kepada kebolehan unsur lain yang setara atau lebih mampu dari kuasa Allah sudah mengambil tempat di dalam hati.
No comments:
Post a Comment