Saturday, March 12, 2011

TIDUR...SAUDARA MATI


    Oleh kerana roh itu unsur halus dan ghaib maka ia adalah milik Allah Taala.Dia yang berkuasa  keatasnya.Mati adalah jalan yang memisahkan roh dengan jasad untuk selama-lamanya.Namun ada satu perpisahan sementara yang memisahkan jasad dan roh iaitu tidur.Sebab itu tidur sering dianggap saudara mati kerana keadaannya sama  di mana roh manusia itu meninggalkan dunianya dan berada di alam yang lain.Tapi yang membezakan antara  mati dan tidur itu ialah keadaannya ketika berlaku.Tidur merupakan peristiwa yang tidak disertai rasa sakit,haus,ngeri dan menakutkan. Sedangkan mati merupakan satu kejadian yang amat menakutkan dan menyakitkan.

     Antara tidur ataupun mati mempunyai ciri yang sama,di mana roh akan ditahan oleh Allah.Bagi orang yang tidur,roh dan jiwanya akan dikembalikan kepada jasadnya agar orang itu dapat bangun dan hidup kembali setelah beberapa jam tertidur. Sementara bagi orang yang mati,rohnya akan ditahan oleh Allah untuk selama-lamanya.Ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya; Dan Dia(Allah)yang mewafatkan kamu di waktu malam dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di waktu siang.Kemudian dia bangunkan kamu daripadanya (tidur) supaya disempurnakan waktu tertentu (umur) ,kemudian kepada Nyalah tempat kamu (sesudah mati), kemudian dia akan khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.Dan Dialah yang amat berkuasa keatas hamba-hambanya. Dan Dia kirimkan kepadamu pengawal2 (malaikat) hingga apabila datang maut kepada salah seorang dari kamu, diwafatkanlah ia oleh utusan2 Kami (malaikat maut) dan tidaklah mereka melakukan secara kasar;” (surah al-an’am ayat 60-61).  

   Diriwayatkan dalam satu Hadis marfu' dari Jabir bin Abdullah bahawa ia prrnah bertanya kepada Rasulullah; ya Rasulullah, adakah ahli syurga itu juga tidur?" Rasulullah menjawab " Tidak,tidur adalah saudara mati,di dalam syurga tidak ada yang mati."

   Tidur saudara mati bermaksud tidur itu hampir sama dengan mati.Namun di dalam syurga tidak ada mati,dan tidak juga tidur.Allah menjadikan manusia itu tidur untuk merehatkan jasadnya setelah penat bekerja di siang hari.Oleh kerana penghuni syurga itu hanya duduk senang lenang saja tanpa kerja.

   Setelah pasti bahawa tidur itu memang saudara mati dan semasa kita tidur Allah memang menahan jiwa dan roh kita,kita hendaklah sentiasa beringat sebelum tidur.Dalam riwayat oleh Bukhari mengatakan,"Rasulullah setiap akan tidur ia akan meletakkan tangannya di bawah pipinya lalu berdoa, "ya Allah dengan namaMu aku mati dan aku hidup." Dan ketika terbangun dari tidurnya beliau berkata,   "puji-pujian bagi Allah yang sudah menghidupkan kita sesudah mematikan kita dan kepadaNya lah kita akan berhimpun kelak," Sabda Rasulullah lagi, "sebagaimana kamu tidur, begitulah kamu akan mati. Dan sebagaimana kamu terbangun dari tidurmu,begitu pulalah kamu dibangkitkan di akhirat nanti,"

   Dalm surah Yassin ayat 52,Allah menerangkan bagaimana terkejutnya orang2 kafir yang tidak percaya kepada adanya hari kebangkitan semula sesudah mati.Mereka akan berkata; "Wahai celaka kami! siapakah yang sudah membangunkan kami dari tidur(kubur)kami? (dikala itu datanglah jawapan) "Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah yang Maha Pengasih dan nyatalah kebenaran rasul2  itu."

   Dari hadis2 dan terjemahan Al-Quran itu jelaslah kepada kita bahawa memang tidur itu saudara dan bayangan mati.Ketika kita tidur,kita sering diganggu mimpi2 ngeri dan adakalanya kita mengalami mimpi indah dan mengasyikkan. Selepas terjaga,kita akan menggigil ketakutan atau kita akan tersenyum dengan senang.Begitulah juga ketika kita mati,kita akan diletakkan di liang lahad(kubur) yang sunyi.Saat itu kita akan mengalami peristiwa indah dan manis (nikmat kubur) dan peristiwa buruk dan duka (azab kubur) , bergantung kepada amalan dan takwa kita selama hidup di duia ini.



No comments:

acu cuba try klik jap