Saturday, January 29, 2011

STREES

Gejala tekanan atau strees pekerjaan boleh dilihat melalui tanda;
>Tingkah laku yg angresif
>Tidak gembira
>Berasa marah dan geram
>Kecewa
>Kurang memberi tumpuan pd pekerjaan
>Berasa diri tiada harapan
>Kurang motivasi diri
>Gelisah dan risau berlebihan
>Mempunyai masalah tidur
>Merokok dengan berlebihan
>Kurang berminat dalam aktiviti dilakukan
>Sakit kepala atau sakit badan
>Tidak dapat membuat keputusan
>Cepat marah dan lesu
>Penyalahgunaan dadah dan alkohol



Thursday, January 27, 2011

Apa Kata Kalau......

Alahai bosan nyer aku..
kat opis bosan...kat umah lagi bosan..
habis nak wat pe arrr..apa kata kalau tengok tv..

tengok tv je le..alahai lagi bosan..
xde ape crito yang best lee..tengok video..
crito ape arr...crito ok ade...crito x ok pun ade...
mmm...smua tuh dah tengok le..ehhhh bosan nyer..
apa kata kalau pegi joging....

wow best jugak joging petang2 nih..
bleh le sihatkan tubuh badan..
kendurkan urat2 yang tegang nih...whats?
(mmmm....jangan salah faham plak....)

wow kat sini ade pencuci mata le...
perghhh...seksi nyer cik adik nih...haaaaaiiiii..
hai cik adik manis...sorang ke...sape nama cik adik..dok kat ane...
boleh joging bersama...apa kata kalau....

alamak apsal gelap nih..ade bintang lagi..
cantik nyer...
perggghhh...rupa2 nyer tendangan maut singgah ke muka ku..
sakit nyer tidak terkira..
apa kata kalau...relax skejap..aduhhh..

relax...relax...relax
mmmm...kenangan manis yang tak dapat dielakkan..
tobat...aku tak nak joging lagi....
apa kata kalau...

Wednesday, January 26, 2011

Perubahan Ketika Tua

PERUBAHAN KETIKA TUA
>Mata-penglihatan menjadi semakin kabur
>Semua organ dalam badan (sendi,tulang,jantung,hati dan sebagainyan) akan mula mengecut dan fungsinya menurun perlahan lahan.
>Kulit-mula mengendur dan kering kerana kekurangan kolagen dan air.
>Struktur badan-pengumpulan lemak meningkat,otot menjadi lebih kecil,berat badan bertambah.
>Tulang-ketumpatan tulang merosot dan mendedahkan seseorang itu kepada risiko osteoporosis.
>Gigi-kehilangan gigi boleh dielak dengan mengamalkan kaedah penjagaan gigi yang baik.
>Penyakit kardiovaskular
>Kencing manis-peningkatan jumlah pesakit kencing manis di negara kita sangat membimbangkan kerana semakin ramai golongan muda menghidap penyakit ini..
>Kebotakan-bagi lelaki.
>Menopaus-bagi perempuan.
>Masalah pendengaran.
>Tindak balas-tindakbalas menjadi lebih perlahan kerana deria penglihatan dan dengar turut merosot.


PANDUAN HADAPI TEMUDUGA

10 TIP BILA MENGHADAPI TEMUDUGA
1)Elakan resume yang terlalu panjang.
2)Calon perlu menepati masa,etika pemakain,penampilan dan kekemasan ketika temuduga.
3)Berhati-hati ketika mengeluarkan perkataan dan menjawap soalan yang diutarakan.
4)Berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga
5)Ketika berhadapan dengan sikap penemuduga yang kasar,tarik nafas dan bersikap tenang serta berfikir     secara positif
6)Fikirkan bahawa sikap penemuduga tidak mewakili keseluruhan syarikat terbabit.
7)Calon perlu berfikiran terbuka dan tidak memberi perhatian pada sikap negatif penemuduga sebaliknya  menjawap soalan dengan baik dan tonjolkan kebolehan diri.
8)Kekalkan sikap sopan santun sepanjang sesi temuduga biarpun diasak dengan komen yang kasar.
9)Buatlah persediaan untuk berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemuduga terutama yang cerewet.
10)Latih diri untuk membina keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi negatif.


Sunday, January 23, 2011

macam2.....

perghhhh...knape tiba2
kapla aku traso bersrabut nih
tadi ok je..mungkin x dpt tido kot...
entah le..dah puas aku pejamkn mato nih...
tp mcm tu jugak..xnk tido..entah le
nk ikutkn hati maunyer aku kluar joging pagi2 buta ni..
tapi awal lagi..
xpe laa..tunggu je la masuk waktu subuh...

kaduk

Kaduk merupakan ulaman yang sangat digemari oleh masyarakat malaysia.Daunnya boleh dimakan mentah atau direbus sebagai ulam.Dalam masyarakat melayu daun kaduk banyak digunakan dalam pelbagai masakan sebagai penyedap makanan dan penambah selera....

Daun kaduk mengandungi kalsium,fosforus dan besi yang tinggi.Boleh dikatakan keseluruhan pokok herba ini mengandungi bahan kimia seperti saponin,flavonoid,polypherol dan minyak esen.

KEGUNAAN
menghilangkan penyakit panau...daunnya ditumbuk dan disapu pada kulit yg berpanau.
daunnya direbus sebagai minuman..dapat merawat penyakit batuk,selsema dan sakit sengal pinggang.
Akarnya pula digunakan untuk meredakan sakit gigi dan ubat pelawas kencing.
Selain itu air mandian yang telah dicampur dengan ramasan daunnya dapat menghilangkan bau badan.

buah cermai

Cermai berasal dari madagascar dan dibawa ke Hindia Timur sebelum diperkenalkan ke negara2 Asia lain.
KEGUNAAN
setiap pokok cermai dikatakan dapat dimanafaatkan sebagai ubat

daun
Daun cermai dikatakan boleh dimakan dan berbau istimewa tetapi tidak mempunyai rasa.Daun cermai dapat merawat batuk berkahak,asma,penyakit kulit,sembelit,melangsingkan badan dan menghilangkan rasa mual.

kulit akar pula dapat merawat asma dan penyakit kulit.Akarnya yang direbus boleh digunakan untuk menyembuhkan batuk dan sakit kepala.Selain dari itu boleh dijadikan minuman untuk menyembuhkan asma dan penyakit kulit.
Bagi yang ingin melansingkan badan boleh lah meminum air rebusan dari daunnya

    Friday, January 21, 2011

    jintan hitam

    jintan hitam selain digunakan dlm masakan,ia juga digunakan dlm perubatan untuk mengubati segala penyakit.

    KEGUNAAN
    jintan hitam kaya dgn monosakarida iaitu glukosa dan xilosa,polisakarida,asid lemak tak tepu,asid amino,karotena,kalsium dan zat besi...dpt meningkatkan sistem keimunan badan,mengandungi antihistamina,bagus bagi mereka yang mengidap asma...
    selain dari itu jintan hitam jugak dapat...
        mengelakkan dari kembung perut bagi bayi yg baru lahir
        meredakan perut kembung bagi orang dewasa
        merawat sendi tulang
        sakit kepala

    CARA2 PENGGUNAAN                                                                                                                     untuk mengelakkan dr kembung perut bagi bayi yang baru lahir, bungkus jintan hitam dengan kain lalu diikat kemudian bungkusan itu dipanaskan di atas api yang sederha panasnya,selepas itu tuamkan pada bahagian perut,betis,tapak kaki dan jugak buah zakar.
    ulangi proses ini setiap kali selepas mandi selama 40 hari...

    bagi yang dewasa pulak,jintan hitam hendaklah ditumbuk halus dan dicampur dengan pasir sungai.campuran tadi dibungkus dengan kain lalu dipanaskan dan dituamkan pada perut boleh juga dituam pada bahagian badan yang mengalami sengal2 tulang..

    untuk mengembalikan tenaga dan menurunkan paras kolestrol...ambil 7 biji jintan hitam dan menelannya sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur...

    untuk mengelakkan kencing tidak lawas dan haid tak lancar...jintan hitam hendaklah digoreng tanpa minyak
    dan ditumbuk halus kemudian minum bersama air panas denga madu...

    untuk merawat resdung ...tumbuk halus jintan dan hidu berulang kali,baik jugak untuk pernafasan dan melegakan selsema.Bagi menghilangkan demam,selsema dan sakit tekak....campurkan jintan yg ditumbuk halus dengan air perahan limau nipis dan satu sudu besar madu...


    Wednesday, January 19, 2011

    entah leee....


    • entah lee tiba2 rasa boring plak di tempat keje..mungkin tekanan tmpat kerja kot...so aku ambil keputusan  utk halfday ari ni..lgpn dh lama aku x cuti atau pn mc...entah le..aku lbh suka dok kt umah..mcm2 blh buat utk kurangkan tekanan...hehehehe..aku bebas..xde sape nk kacau aku...jgn plak sape2 gatal tgn nak tepon aku,time aku rilex kt umah nih....

    acu cuba try klik jap