Friday, March 25, 2011

CEMBURU BIAR BERPADA


  Cemburu bagaikan garam dalam masakan,sedikit menambah rasa,banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa. Cemburu  juga menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah berasa cemburu,takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah.

    Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap cemburu perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan. Bagaimanakah situasi cemburu yang sesuai dan bagaimana pula cemburu itu menakutkan pasangan?.

    Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada induvidu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang akan sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat,itu cemburu tidak bertempat.

    Sekirannya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan induvidu lain selepas kerja,cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda  pulang lewat kerana bekerja,itu adalah cemburu buta.

    Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku,pasangan akan jadi takut untuk berterus terang  atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru hara dengan pertengkaran.

   Untuk mengatasi  cemburu tidak berasas,gunakan fikiran untuk mengawal emosi bukan sebaliknya. Apabila dirasuk rasa cemburu,berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan?. Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.

    Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan sahaja anda  dapat atasi rasa cemburu,malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya si dia memang menipu,sekurang kurangnya anda  sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan menentukan. Cemburu memang bahaya dalam perhubungan.

 Berikut adalah petua yang mungkin boleh dijadikan panduan;

 Betulkan semula niat.
     Pertama,perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat,malah amalan yang disertai bersama niat, insyaAllah ada ganjarannya. Begitu juga dalam bercinta,perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan,anda tidak akan rasa sedih malah ,jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.

Kekasih itu bukan milik kita.
    Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru,kekasih,isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik.Justeru itu anda akan mula belajar erti redha.

Dekatkan pada Maha Pencipta
    Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang,begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta,janganlah sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber  kekuatan kita lantas rasa cemburu,gundah,iri,gelisah dan segala macam rasa tidak senang akan hilang.




2 comments:

-ilhamArman- said...

ish! cukup anti dengan pasangan kuat cemburu!.. lemas!...

azlanmatt said...

lemas dlm leteran.... biasalah.. cemburu tanda sayang..

acu cuba try klik jap