Pada zaman dahulu,telah datang seorang lelaki kepada nabi Isa as.Lelaki itu ingin sekali bersahabat dengannya, "Aku ingin bersahabat dan selalu bersamamu ke mana saja engkau pergi," kata Rakus.
"Jika demikian,baiklah!" jawab Nabi Isa as.
Pada suatu hari mereka berjalanlah di tepi sungai sambil memakan roti.Ada 3 keping roti,sekeping dimakan oleh Nabi Isa as,sekeping lagi dimakan Rakus. Maka yang tinggal cuma sekeping lagi.Ketika Nabi Isa as mencari air minuman di sungai,baginda mendapati baki roti tadi telah hilang.Baginda kemudiannya bertanya kepada sahabatnya tadi siapakah yang telah mengambil roti tersebut tetapi sahabatnya hanya menggelengkan kepalanya tidak tahu.
Ketika kedua duanya sedang berjalan jalan,tiba tiba mereka ternampak seekor rusa dengan dua anaknya. Maka dipanggilnya salah seekor daripadanya anak rusa tersebut lalu disembelih dan dibakar.Kemudian mereka berdua pun memakannya.
Nabi Isa as kemudiannya berdoa kepada Allah swt supaya anak rusa yang telah dimakan itu hidup kembali.Dengan izinNya,maka anak rusa itu pun hidup semula.Lalu Nabi Isa as bertanya kepada sahabatnya itu tentang kehilangan roti tersebut tetapi sahabatnya itu hanya menggelengkan kepalanya.
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga sampai ke sebatang anak sungai.Nabi Isa as memegang tangan Rakus dan mengajaknya berjalan di atas air sehingga sampai ke seberang.Sekali lagi ditanya kepada sahabatnya itu,siapakah yang mengambil roti tersebut tetapi sahabatnya tetap menggelengkan kepala.
kemudian mereka pun berjalan jalan ke dalam hutan.Ketika sedang berehat,Nabi Isa as,mengambil tanah dan anak batu lalu diperintahkan supaya menjadi emas.Maka dengan izin Allah swt tiba tiba tanah dan anak batu itu berubah menjadi ketulan emas yang banyak.
Nabi Isa as kemudiannya membahagikan ketulan ketulan emas tersebut kepada tiga bahagian. Apabila melihat ketulan emas itu,cepat cepat Rakus mengaku dialah yang mengambil roti tersebut.Mendengar itu,Nabi Isa as menyuruhnya mengambil kesemua bahagian lalu mereka berdua pun berpisah.
Rakus kemudiannya didatangi oleh dua orang penyamun yang mahu merompak dan juga membunuhnya. Apabila menyedari dirinya berada dalam bahaya,Rakus pun mencadangkan kepada kedua dua penyamun tersebut agar harta dibahagikan sama rata.
Kedua penyamun itu bersetuju lalu menyuruh salah seorang daripada mereka pergi ke pasar membeli makanan.Atas persetujuan bersama,salah seorang daripada penyamun itu telah dipilih pergi ke pasar. Ketika di dalam perjalanan pergi dia mendapat idea untuk meletakkan racun di dalam makanan yang dibelinya nanti supaya kesemua emas tersebut dapat dibolotnya.
Sementara itu,Rakus yang tinggal besama salah seorang penyamun itu berpakat untuk membunuh rakannya itu dan kesemua emas itu bolehlah mereka bahagikan berdua.Sebaik sahaja penyamun yang ditugaskan membelli makanan itu sampai,Rakus dan rakan penyamun tadi pun segera melaksanakan rancangan mereka iaitu membunuhnya.Setelah dibunuh maka gembiralah mereka berdua kerana mendapat emas yang banyak.
Setelah dibahagikan dua,perut mereka pun terasa lapar.Lalu mereka pun memakan makanan yang dibawa pulang rakan yang dibunuh sebentar tadi tanpa mengetahui makanan itu beracun.Akhirnya kedua duanya mati.
Ketika Nabi Isa as berjalan jalan di hutan,terjumpalah Baginda dengan ketiga tiga mayat yang bergelimpangan berhampiran longgokkan emas tersebut. Seorang daripadanya adalah sahabatnya yang amat dikenali.Lalu berkatalah Baginda Kepada mereka, " inilah contohnya kehidupan duniawi,maka berhati hatilah kamu kepadanya,"
Iktibar daripada kisah ini ialah bersikap jujurlah di dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan janganlah sesekali terlalu tamak dengan harta dunia kerana kesemuanya tidak akan kekal lama.Yang kekal abadi hanyalah Allah Yang Maha Kuasa.

No comments:
Post a Comment