Saturday, April 16, 2011

BILIK MANDI TERAPI SEMULAJADI



Perancangan teliti... pastikan bilik air menarik
dan bercirikan keselamatan
     Bilik air ruang yang penting kerana tanpanya aktiviti manusia tidak teratur. Binaan tingkap di bilik air tidak memerlukan yang besar, cukup dengan tingkap kecil untuk pengaliran udara dan kemasukan cahaya semula jadi.

     Ruang ini biasanya menyediakan tandas dan bilik mandi selain kebanyakkan kediaman menyediakan dua keperluan iaitu bilik air serta tandas sekaligus.

     Ia bertujuan memberi keselesaan kerana pemilik beranggapan bilik mandi sebagai tempat terapi memulakan hari mereka. Melangkah ke bilik air yang bersih dihias indah dapat menenangkan fikiran dan berfungsi bagaikan terapi semulajadi.

     Bilik air yang dilengkapi kolam mandi dan jakuzi membolehkan anda berendam untuk mengurangkan ketegangan selepas penat berkerja seharian.Biar apa pun saiz bilik air yang ada, peranannya sangat penting bagi memastikan kelancaran aktiviti seharian kita.

     Jika tidak dijaga dengan betul dan dibersihkan secara berkala, ruang berkenaan menjadi tidak selesa dengan kehadiran lumut atau kulat. Bagi mewujudkan bilik air bersih, rancang dengan teliti aspek penyelenggaraannya supaya kelihatan bersih dan kelengkapan berfungsi dengan baik.

     Ini kerana bilik air seharusnya melambangkan keperluan individu itu sendiri sama ada keluarga kecil atau besar kerana keperluan  mereka tetap berbeza.

Petua mengekalkan kebersihan bilik air.
·        Bersihkan jubin dengan pencuci yang sesuai.
·        Segenap sudut perlu dibersihkan sepenuhnya kerana mudah kotor.
·        Sediakan pengelap kaki di luar bilik mandi dan pastikan sentiasa kering.
·        Lapkan cermin muka menggunakan kain basah.
·        Pastikan sinki sentisa bersih.

No comments:

acu cuba try klik jap