Tuesday, May 24, 2011

Hypermenorrhea - Pendarahan ketika Haid


Aktiviti harian terganggu bila berlakunya hypermenorrhea
     Pernahkan anda mengalami pendarahan berlebihan ketika datang haid? Ramai wanita pernah mengalami keadaan ini.

     Keadaan pendarahan berlebihan sewaktu haid atau jangka waktu haid yang terlalu lama berbanding kebiasaannya disebut sebagai hypermenorrhea. Keadaan ini adakalanya menyukarkan sebahagian wanita dalam melaksanakan aktiviti seharian. Bila hypermenorrhea tidak diatasi, wanita itu akan sering terganggu dengan keadaan ini.

Antara gejala dan kesan hypermenorrhea adalah

1) Masa haid yang lebih dari 7 hari.

2) Aliran darah haid yang terus menerus selama beberapa jam tanpa henti.

3) Memerlukan pemakaian tuala wanita lebih dari satu.

4) Memerlukan penggantian tuala wanita yang terlalu kerap.

5) Terdapat gumpalan darah dalam jumlah yang banyak.

6) Pendarahan yang banyak hingga mengganggu aktiviti harian.

7) Rasa sakit berpanjangan pada ari-ari sewaktu haid.

8) Waktu kedatangan haid yang tidak teratur.

9) Cepat letih, lelah dan nafas tersangkut-sangkut (seperti gejala anemia) sewaktu haid.

     Pemeriksaan doktor adalah perlu untuk mendapatkan hasil diagnose yang tepat untuk mencari penyebabnya. Dikatakan, keadaan ini berpunca bukan kerana faktor malah apa saja boleh menjadi penyebabnya. Adakalanya, pendarahan yang berlaku ketika haid ini tidak dapat diketahui dengan pasti.

     Ada juga antara faktor lain yang dikaitkan dengan keadaan ini, antaranya:

a)  Hormon tidak seimbang: Dalam pusingan haid normal, keseimbangan hormone adalah untuk mengatur pengeluaran darah haid. Jika timbul ketidakseimbangan hormone, endometrium (dinding uterus) akan menghasilkan aliran darah yang banyak.

b) Kista ovarium: Timbulnya kantung cecair di dalam atau di atas ovorium yang adakalanya menyebabkan ketidaknormalan pada haid.

c) Polip: Timbulnya polip pada dinding uterus menyebabkan pendarahan haid dalam jangka waktu yang lama. Polip biasanya muncul pada wanita usia produktif yang menghasilkan lebihan hormone,menyebabkan pendarahan yang tiada kaitan dengan haid.

d) Disfungsi Ovarium: Kegagalan fungsi ovarium, onovulation (proses pelepasan telur) boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

e) Adenomyosis: keadaan yang timbul ketika kelenjar dari endometrium melekat pada otot uterus,seringkali menyebabkan pendarahan dan rasa sakit pada perut dan ari-ari.

f) Penggunaan IUD: Kesan sampingan penggunaan alat ini pendarahan yang banyak ketika haid.

g) Kanser: Walaupun jarang ditemui,kanser pada alat reproduksi wanita dapat menyebabkan hypermenorrhea kerana boleh menyebabkan pendarahan berlebihan sewaktu haid.

h) Ubat-ubatan: Ubat-ubatan tertentu seperti ubat pencegah penggumpalan darah (anticoagulants) dapat menyebabkan darah haid keluar berlebihan dalam waktu yang lama.

Jenis Terapi Hypermenorrhea

Suplemen Zat Besi 
Jika keadaan ini disertakan dengan anemia,salah satu cara dengan pengambilan zat besi secara teratur.

Kontrasepsi Oral
Kontrasepsi oral (seperti pil perancang) boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk membantu keteraturan ovulasi dan mengurangi pendarahan dan jangka waktu yang lama haid.


Ubat-ubatan
Ubat yang termasuk dalan kategori NSAID (Nonstreroidal anti-imflammatory drugs) mungkin membantu mengurangi derasnya aliran darah.

Apa yang perlu dilakukan ketika mengalami hipermenorrhea

  • Rehat yang cukup
  • Tukar tuala wanita sekurang- kurangnya setiap 4 jam sekali. Catit penggunaannya kerana ia boleh dijadikan maklumat untuk doktor membuat kesimpulan
  • Ramai wanita suka mengambil aspirin untuk meredakan kesakitan ketika haid. Hindari aspirin kerana pengambilannya akan memperlamakan pengeluaran darah.



2 comments:

bawal crepe putih said...

saya pernah mngalami mslah nyh.. bulan puasa plak tu.. smpai kn nk masok ary ke 27 baru abes... pad x yah cite.. 2 jam skali nk tukar.. huhu.. x(

azlanmatt said...

emeera asnary@ perghhh... derita sgguh jd wanita yerrr..

acu cuba try klik jap