Sunday, June 5, 2011

4 Alasan Yang DiBenci Allah


Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan daripada 4 jenis golongan manusia iaitu;


1. Orang kaya,kalau sekiranya ia berkata,”kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehinga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan,” Kepada mereka ini Allah berfirman,” Kekayaanmu tidaklah standing dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”


2. Hamba sahaya,sekiranya dia berkata,”Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya,”Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”


3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasa tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s. dan tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”


4. Orang yang sedang menderita sakit,sekiranya dia berkata,”Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu.” Firman Allah kepadanya, “ Penyakit itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak pernah berhenti daripada menyebut nama-Ku.”


5 comments:

Amira Chan said...

Manusia memang suka berdalih.. hati kita pun senang berbolak balik.. huhu..Ya Allah, tetapkanlah hati ini pada jalanMu :)

azlanmatt said...

Amira Chan...itulah sifat manusia yang xpernah mensyukuri nikmat Allah... bila datangnya kesusahan.. pelbagai alasan yg ditinggalkan... namun bila betul2 terhimpit barulah sedar betapa besarnya nikmat Allah...

Amira Chan said...

Betul tu betul. Manusia tak sedar yg sebenarnya kesenangna pun merupakan dugaan..

azlanmatt said...

Amira Chan... kesenangan akan menjadi kesusahan bg orang yg mewah...dan kesusahan menjadi lebih terhimpit bg yg fakir.. namum tidak semua yg dpt merasai betul2 nikmat AllAh...

Amira Chan said...

yup. that is the purpose Allah turunkan Al-Quran, supaya kita dapat mendalami ilmunya dan sentiasa bersyukur dengan nikmatNya

acu cuba try klik jap