Saturday, August 13, 2011

FAKTA MENARIK TENTANG FILEM TAMIL


  1. Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu- talu oleh musuhnya,tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu,terus aja...adih,adihhh
  2. Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin (begitu sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan.
  3. Selepas disapu ke muka, mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.
  4. Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang,tapi eh...tiba-tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang  mereka,terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama.misteri betul... dari mana datangnya 100 orang itu...
  5. Di akhir filem itu,sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya adalah emaknya, ketua inspektor polis (inspektor sahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya, hakim adalah bapa saudaranya.... begitulah seterusnya...seterusnya dan seterusnya.
  6. Dalam setiap filem mesti sebut perkataan- perkataan Inggeris ini, iaitu No Problem!! My God!! Get out! Shut-up!! Impossible!! Please forgive me!... perkataan ini mesti disebut dengan kuat.
  7. Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek-golek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain... setiap lagu ade 10 pasang kot..
  8. Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa, berkejar kejaran di atas bukit sambil menyanyi, bertentang mata, menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa merasa penat.

10 comments:

Op Anaz said...

tapi yang menariknya cerita Tamil menunjukkan realiti kehidupan kat sana.. mundur, pemandangan, gaya hidup, kesusahan orang sana...kalau Hindustan menari kat luar negara jek...x menunjukkan realiti langsung...hehe

shafiqabdshukor said...

hahahaha..
nice..
ad gak la ckit2...

GadisKasutConverse said...

aku peminat filem tamil.selalu kena perli dgn kwn2.arghhh peduli.aku suka tgk sbb filem tamil is reality.kampung,pakai kain putih yg tiba2 leh selit celah jd ala2 suar pendek.hehe!kalau gadoh tu,perghh...potong2 tgn terus.rajini khan antara hero yg aku minat.dia dok libas2 kain..zup zap bnyi.haha!!

qamarguyz said...

salam ziarah..
hehE..dah trademark filem hindi ni..
menari sana sini..
lama tak layannnn

azlanmatt said...

op anaz ..betul tuh.. wlupn citer nyerrr berbelit-belit... mcm pakai kain sari.. namun budaya nyer masih ketamilan..tidak bercampur aduk dgn budaya lain... thanks

azlanmatt said...

shafiqabdshukor ..aperr yg ckit2 tuh... ok lerrr... thanks

azlanmatt said...

PenuliS... weh samo arr... aku sukao tgk maso menari...very colourful...pasal brgaduh mmg real nmpak.. perghh... kdg2 klakar jgk... ok thanks

azlanmatt said...

qamarguyz ..salam ziarah jgk..dulu ader lerr.. skang nih story tamil dh moden .. x mcm dulu.. ok thanks

Asy Faro said...

abe azlan matt macam hero filem tamil lah~hehe=)

salam kenal ye abang, nanti lawat blog saye kalau senang2 k=D

http://asyfaro.blogspot.com/

azlanmatt said...

asy faro ..hahahh... ade lerr skit ala2 tamil... tp kulitku xpernah gelap...

acu cuba try klik jap