Wednesday, August 10, 2011

Bunga Puteri..orkid terbesar di dunia


(dr google) bunga puteri amat digeruni pribumi zaman dulu..
kehadiran sering dikaitkan dengan penunggu

     Bunga Puteri adalah spesis orkid yang terbesar di dunia dan tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan.
     Batangnya berjuntai sepanjang 3 meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi dengan akar angin. Bunganya keluar pada tangkal yang tegak sepanjang 2 meter dan pada satu tangkai terdapat 4 hingga 50 kuntum bunga yang besar.
    Kuntum bunga ini kembang sekuntum dan berakhir sehingga 3 bulan dan ia kelihatan unik dan menarik apabila berbunga lebat atas pokok yang tinggi.
     Nenek moyang kita zaman dulu amat gerun dengan kehadiran bunga orkid ini yang sering dikaitkan dengan penunggu atau pokoknya kepunyaan puteri bunian.
     Masyarakat pribumi tidak berani mengambil bunganya, inikan pula merosakkan pokoknya menyebabkan keindahan dan keunikkan orkid ini terus terpelihara. Pokok orkid ini lebih dikenali sebagai bunga puteri atau bidadari.
     Kehadiran ahli sains barat ke alam melayu, terus mengenalpasti tumbuhan ini sebagai orkid terbesar di dunia dan menamakannya sebagai Grammatophylium Speciosum atau Tiger Orchid.
(dr google) cantik dipandang
tp takut didekati
     Orkid ini terus ditanam di taman botani luar negara dan ada yang melakukan hybrid ke atas bunga ini bagi warna bunga yang lebih menarik.
     Di Malaysia, bunga puteri atau bidadari ini jarang ditemui lagi tumbuh liar di hutan. Orkid ini juga jarang di tanam di taman awam. Kadangkala terdapat juga orkid ini di tanam di taman persendirian dan penggemar orkid menanamnya di sekitar rumah.
     Di luar Negara  seperti Thailand, pokok ini banyak ditanam di taman awam kerana keunikkanya yang berbeza dengan sepsis orkid lain yang menjadi tarikan pelancong.
     Pembiakkan orkid ini dibiak melalui membelah rumpunnya, belahan rumpun yang mempunyai akar angin ditanam terus ke dalam pasu besar atau kotak penanaman yang diisi denagn pecahan batu bata merah atau arang kayu.
     Belahan rumpun boleh juga diletakkan pada pangkal dahan pokok besar dan diikat supaya tidak jatuh. Sebagai pokok menumpang , orkid ini mudah hidup dan tidak perlu penjagaan rapi.
Bagaimanapun, bunga puteri ini memerlukan cahaya matahari secukupnya selain putaran angin yang baik

No comments:

acu cuba try klik jap