Saturday, April 9, 2011

KEMAAFAN WARNAI CINTA SEJATI


sejati...pasangan harus berkongsi saat suka dan duka 

    Sukar mempercayai orang yang baru mengenalinya. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan  sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

    Dalam  sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia.Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan padanya.

  Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan.Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalinkan perhubungan:

·         Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka.Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

·         Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan  perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi  jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu ragu dengan cara anda.

·         Komitmen bukanlah  sekadar menepati janji tetapi menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun si dia bersungguh sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

·         Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia.Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

·         Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun ,tentunya anda dan si dia  berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.

·         Sebahagian besar induvidu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

·         Simpati adalah usaha untuk memberikan  pengertian yang lebih mendalam,  jadikan usaha untuk menempatkan diri dalam emosi si dia walaupun tidak mudah melakukan perkara ini.Apabila menimbulkan simpati, kebanyakkan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan faham.

·         Apabila rasa yakin,anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia  bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

·         Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat  dengan pasangan selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mempunyai pendapat yang sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing masing.

·         Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan. Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlntas difikiran.

·         Ramai pasangan merasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

    Oleh itu, jalan yang terbaik ialah setiap induvidu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.

Friday, April 8, 2011

GAYA IKUT SELERA SI DIA




    Mahu mengakuinya atau tidak, kebanyakkan fesyen  yang digayakan wanita lebih dipengaruhi si dia. Daripada hujung rambut hingga ketumit tinggi,jika si dia kurang menggemarinya,sedikit sebanyak wanita berasa agak janggal untuk menggayakannya 

    Biarpun  mungkin wanita itu gemar berambut pendek tetapi apabila si dia mahu  membelai rambut pasangannya yang cantik memanjang,terpaksalah membiarkan rambut panjang meskinpun rimas tak terkata.

    Begitu juga dari segi fesyen,semata mata mahu menjaga hati si dia,terpaksa dikorbankan segala pakaian meskinpun pakaian itu paling digemari atau dibeli lantaran mahu mengikut aliran fesyen terkini.

    Pandangannya mungkin elok tetapi adakalanya mungkin kurang menjadi. Namun,wanita lazimnya akan berkorban bermacam benda semata mata untuk menjaga perasaan kekasih hati.

    Jika elok untuk kebahagian anda berdua,apa salahnya .Tetapi jika kritikannya pada pilihan fesyen anda hanya menjadikan diri sendiri kelihatan tidak  bermaya serta membuat diri tidak bahagia,usah biarkan diri dalam kemelut tak berkesudahan.

Carilah jalan penyelesaian.

Thursday, April 7, 2011

WASPADA ELAK RAGUT



     Jenayah ragut yang semakin berleluasan mencetuskan kebimbangan orang ramai.Kejadian ragut yang berlaku tidak kira tempat di bandar atau di kampung,sukar ditanggani jika kita hanya mangharapkan kepada pihak berkuasa yang mempunyai bebanan tugas untuk mengatasinya.

     Tidak ada cara untuk kita mengetahui atau meramal bila kejadian itu bakal berlaku dan siapa pula akan menjadi mangsa.Justeru itu penting bagi anggota mayarakat untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati- hati dan waspada apabila berada di bandar ,perhentian bas,pasar malam,sedang menaiki motosikal atau berjalan kaki.

     Adalah tindakan bijak untuk menghalang jenayah ragut sebelum ia benar-benar berlaku ke atas kita.Antara panduan mengelakkan daripada diragut:

1.      Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai

2.      Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman

3.      Elakkan  daripada meletakkan beg duit anda di dalam bakul membeli belah atau di kaunter

4.      Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebalah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas


5.      Semasa membeli belah di tempat yang sibuk, genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg itu  di tempat yang tidak tededah

6.      Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal


7.      Jangan berasak-asak apabila menaiki /menurun bas,kereta,kereta api,panggung wayang atau di tempat  yang sesak

8.      Bila menggunakan lif,pastikan  ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa.Jika anda diekori atau dicurigai terus keluar dari lif dengan segera


9.      Jangan menyimpan beg duit itu dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang ,bola sepak,bas atau sebagainya

10.  Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas  bahu anda terutama semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan


11.  Jangan simpan duit di satu kocek saja,simpanlah dalam kocek yang berasingan  

Peningkatan kes jenayah seperti ragut dikaitan dengan gaya kehidupan moden yang banyak memberi tekanan terhadap jiwa seseorang selain kepincangan berlaku dalam masyarakat

Monday, April 4, 2011

MITOS GAMBIR SARAWAK





     Ramai lelaki taksub dengan Gambir  Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

     Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada kaum lelaki dijalankan.

     Gambir atau nama saintifiknya Uncaria Gambier  biasa ditemui di hutan  khususnya hutan Nusantara,India dan China.Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai estrogen.

     Wujud rekod membuktikan gambir  digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan  ular dan krim penyembuh  kesan terbakar pada kulit manakala maysarakat  cina purba menggunakan untuk melegakan sakit tekat, ulser,melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah,menurunkan tekanan darah,merawat hipertensi,pening kepala,sawan selain membuang angin dalam badan.

     Bagi  penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan  bersama sirih pinang kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.Di sarawak pula herba itu mungkin satu daripada herba utama yang di jual dan dihasilkan di sana  kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambir di tengah Bandaraya Kuching.

     Sebenarnya,gambir adalah satu daripada tujuh spesis daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak.Di Negara lain wujud beberapa spesis lagi daripada Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

     Namun penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit birit, kerosakan buah pinggang,mual,bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

     Namun di Sarawak,gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu memperkasakan lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

     Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya terutama pengamal lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air membolehkannya disapu pada bahagian kemaluannya.

     Bagi masyarakat melayu di Sarawak pula,gambir sering digunakan untuk menahan sakit  terutama sakit gigi.Gambir Sarawak mungkin spesis yang bebeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua didunia. Khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal


PENYAKIT PUNCA LEMAH




     Kajian menunjukkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kolestrol dalam darah memang menganggu pencapaian ereksi atau menyebabkan Disfungsi Erektil (DE).

     Tekanan darah tinggi mengakibatkan kesempitan salur darah penghujung,jadi darah tidak dapat masuk dengan lancar ke dalam otot zakar.

     Kencing manis pula menyebabkan gangguan kepada fungsi urat saraf dan secara langsung mengakibatkan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

     Peningkatan kolestrol turut membuatkan darah pekat dam menyebabkan salur darah menjadi sempit. Akhirnya menjadikan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

     Semua penyakit itu menjadi penyebab kepada DE dan lebih teruk lagi penyakit berkenaan menjadi lebih berat.

     Ubat yang diberi hanya untuk mengawal penyakit itu supaya proses penyakit  tidak ketara dan anda terhindar daripada penyakit yang lebih teruk  atau mati.

     Ubat berkenaan tidak akan memulihkan penyakit itu dan anda perlu makan selagi doktor tidak ubah jadual pemakanan  ubat terbabit.

     Selain penyakit tadi ,amalan gaya hidup mempengaruhi fungsi pencapaian ereksi. Merokok,minuman keras,tidak bersenam,kenaikan berat badan ketahap yang melampau dan tekanan memberatkan lagi keadaan.

     Jangan salahkan ubat,Jika anda tidak makan ubat dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat,riwayat  hidup anda mungkin singkat.

     Jika anda ada masalah untuk mencapai ereksi,jelaskan perkara itu kepada doktor.
Penyakit DE ada rawatan,selain menggunakan pam vakum yang dibeli daripada doktor atau farmasi,pil tertentu dapat membantu melancarkan darah dalam otot zakar dan pil ini hanya boleh didapati daripada doktor atau farmasi dengan surat pengesahan doktor.


Saturday, April 2, 2011

GMT..Perghh..bangga la tuh


    Perghh best jugak berkelah di PD nih.... sambil bleh le cuci mato skit. Tak sangka hari minggu ni ramai sungguh orang di pelusuk negeri yang datang kat PD ye. Tak kira lah yang datang ngan family ke...ngan member ke ...ngan couple ke..masing2 ade tujuan dan hajatnya... yang pasti kita enjoy dan bergembira.

    SSD ngan member sebenarnya tidak merancang untuk datang ke sini... hanyalah kebetulan je..itu pn pasal kenduri dan bisnes.. klu ikutkan hati memang malas nk pegi mana2  hujung minggu ni.. itupun semua dah boring kat umah... bincang...borak..bincang..borak.. smuo angkat tangan kaki  nk pegi PD... itu pn paling jauh... klu paling dekat  pun pergi S.Congkak,Gabai,Tekala dll. Hahahaha... akhirnya SSD telah berjaya memperdayakan diorg...

    Tak pe la...janji SSD dapat mandi laut...SSD sbenarnya malas nak drive...malah lebih suka duduk kat blakang je sambil memerhati pemandangan indah sepanjang jalan... last2 mlayang entah kemana..
Sampai je kat PD...SSD trasa truja kerana banyak perubahan yang berlaku...maklumlah dah 3 tahun tak ke sana..

    Sebenarnya SSD nak cerito pasal gadis melayu terakhir (GMT) sorang nih... perghh..mata SSD truja apabila melihat gadis yang seksi..berseluar ketat paras paha (menggiurkan sape2 yang memandangnya)... baju pula..mak aih dengan sendatnya menampakkan buah mangga yang sedang mekar untuk dipetik..
perghhh...juling mato SSD melihatnya (maklum le dah lamo x tengok gelagat manusia zaman sekarang).. gelagat SSD dah macam org baru terlepas penjara 10 tahun...

    Berbalik cerita tadi tentang gadis melayu terakhir... bajunya yang sendat hanya separas pusat je... MasyaAllah...dia nih xde baju ke nak pakai..knape le pakai ketat2 sgt... macam baju baby je.. entah2 berebut ngan adik dia kot... Dr atas  ke bawah SSD pandang.. last2 sekali terpandang satu objek di bahagian pusat nya...laaa..tindik pusat rupanya... besar plak permata tuh... apsal x letak mangga pintu je.. baru le ade klas skit..



    Perghhh..berbulu mata SSD nengoknya (gelak kecil dlm hati tapi tersenyum lebar). Dengan bangganya GMT itu berjalan di khalayak ramai tanpa memikirkan maruah sendiri apabila dipandang oleh orang2 tua.. begitu jugak dengan bebudak yang terlopong memandangnya dan sambil menutup muka menahan malu.

   Kalau minah salleh ok la jugak pakai macam tuh.. diorg pun bukannya tahu sangat pasal budaya kita malah xde perasaan malu langsung.. Pihak berkuasa telah mengenakan syarat2 ketat dan peraturan yang telah digariskan tidak membenarkan memakai pakaian yang menjolok mata di khalayak ramai. SSD jeling2 kanan kiri... tapi xde plak minah salleh yang jadi biawak kat pantai... sekurang-kurangnya xde le mereka bawa budayanya  kat sini.. betul tak...

    Itulah zaman sekarang ... ape nak jadi  dengan gadis zaman sekarang ye..




AL-FATIHAH



    Setiap solat,baik solat fardu maupun solat sunat dari setiap rakaatnya diwajibkan membaca surah Al-Fatihah. Ini menujukkan keutamaan surah Al-Fatihah itu. Di dalam beberapa hadis juga disebutkan mengenai keutamaan surah itu. Seperti hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Abdul Malik bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda(yang ertinya); Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) itu adalah ubat dari segala penyakit. 

Adapun keutamaan atau khasiat Surah Al-Fatihah lainnya adalah:

1. Apabila dibaca 1 kali ketika hendak tidur,di tambah dengan membaca surah Al-Ikhlas 1 kali,surah Al-Falaq 3 kali dan surah An-Nas 1 kali, insya Allah selama semalaman itu dihindarkan dari sesuatu yang tidak diinginkan kecuali mati.

2. Apabila dibaca 41 kali setiap selesai solat sunat qabliyah subuh dibaca terus menerus,maka Allah akan memberi kelapangan rezki,dijauhkan dari kefakiran dan kehidupannya serba cukup.Jika mempunyai hutang, akan hutangnya akan berbayar.Jika menghidap penyakit yang sukar disembuhkan,maka Allah akan memberi kesembuhan.Jika keadaannya diperantauan,maka di dalam perantauannya itu akan memperoleh kemulian dan disegani oleh masyarakat. Jika mempunyai musuh atau seteru akan menjadi segan dan menyerah,bahkan akan berbalik menjadi teman akrab.

3. Apabila dibaca 7 kali setiap selesai solat fardu,maka Allah selalu melimpahkan kebaikan kepadanya dan dihindarkan dari kesusahan di dalam mencari nafkah sehari hari.Segala yang diusahakan akan memperoleh hasil yang memuaskan.Hidupnya sehari hari selalu memperolehi keberuntungan.

4. Apabila dibaca 20 kali setiap selesai solat fardu,maka Allah akan menjaganya dari bahaya sihir atau khianat manusia dengan ilmu hitam. Disamping itu juga dijauhkan dari gangguan jjin dan syaitan yang terkutuk.

5. Apabila dibaca 40 kali pada segelas air (setiap satu dihembuskan ke dalam air yang ada di gelas tersebut),kemudian air itu diusapkan ke wajah orang yang sakit panas,insyaAllah dia akan sembuh.

6. Bila ditulis di piring kemudian dilunturkan dengan air putih (air biasa) lalu diminumkan kepada orang yang baru kebingungan kerana terlalu banyak beban mental atau tekanan jiwa,insyaAllah akan hilang kebingungannya.Fikirannya kembali tenang ,jiwanya menjadi bersih kembali.

7. Apabila seorang itu dirantai atau diikat tangannya lalu dibacakan 122 kali, setelah itu rantai diludahi 10 kali,insya Allah setelah digerakkan maka rantai atau ikatan itu akan putus dengan sendirinya.

     Demikianlah rahsia yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah yang terdiri dari 7 ayat termasuk Basmalahnya.Akan tetapi yang lebih penting lagi bahawa surah Al-Fatihah merupakan induk bagi semua isi Al-Quran,serta menjadi itisari dari kandungan Al-Quran.



Monday, March 28, 2011

Awasi Anak Layari Internet



    Unsur keganasan ,gambar lucah, klip video muat turun atau apa saja perkara berkaitan bahan terlarang dalam laman web semakin digemari.  Tidak mudah mengawal  anak-anak atau remaja daripada melayari  laman web sedemikian.

    Pelbagai masalah sosial hari ini begitu mengejutkan seperti anak kecil sudah pandai melakukan ‘zina’  atau perkara berunsurkan seks seawal usia 10 atau 11 tahun. Kejadian itu sekali gus menggemparkan masyarakat di samping bimbang pengaruh bahan berkaitan dalam jangka panjang.

    Untuk itu,pencegahan perlu dilakukan seawal mungkin sebelum ia menjadi lebih parah.  Oleh itu ibu bapa perlu berusaha mengawal anak remaja daripada melayari laman web yang tidak berfaedah.  Ibu bapa mesti sedar ada banyak perisian yang mampu melindungi internet atau komputer, bukan saja daripada bahan lucah atau ganas, malah pelbagai masalah virus akibat perbuatan itu.

    Mengawal penggunaan internet bukan hanya tertumpu kepada masalah kelucahan atau keganasan tetapi virus dan masalah lain yang dimuat turun secara tidak sengaja di komputer.

   Berikut adalah petua untuk ibubapa mengawal aktiviti kurang sihat itu;

·        Hadkan masa penggunaan internet sama ada sejam,dua jam atau lebih .Cara ini mengawal anak anda daripada menghadap komputer sepanjang masa. Ada beberapa cara awal yang boleh diamalkan ibu bapa untuk mengawal penggunaan internet dikalangan anak mereka.
·        Terangkan secara jelas kepada mereka bahawa laman web lucah atau berunsur negatif seharusnya ditutup terus jika terpapar diskrin atau memaklumkan kepada ibu bapa.
·        Anak perlu dinasihati supaya tidak memberi maklumat peribadi  seperti nombor kad kredit ibu bapa atau nombor akaun sewenang wenangnya kepada orang lain.
·        Pastikan anak berjanji akan memberitahu anda aktiviti secara dalam talian yang dilakukannya termasuk menghantar gambar atau maklumat ke Laman web sosial.
·        Komputer yang digunakan anak anda tidak harus menghadap dinding atau sudut yang terlalu terlindung.Ruang tamu tempat sesuai dengan skrin komputer menghadap tempat terbuka.
·        Simpan kata laluan utama bersama anda bagi mengelakkan kebocoran maklumat atau penyalahgunaan yang menyebabkan anda menghadapi masalah pada masa akan datang.
·        Sentiasa berada di samping anak  untuk mengawasi pergerakkan dalam talian seperti rakan sembang di internet dan berbincang jika ada masalah berkaitan pengguanaan komputer. Berkongsi minat  dengan anak supaya anda tidak ketinggalan dalam arus teknologi terkini di bidang berkomputeran.



Internet kini menjadi semakin penting,setiap hari ia akan berkembang seiring kemajuan manusia seluruh dunia.Dlm dunia baru ini,tiada sempadan yang wujud. Semua orang digalakkan untuk terbabit dan menyumbangkan berdasarkan pengetahuan serta pengalaman mereka.

Kawalan ibu bapa amat penting bagi melahirkan minda anak yang cerdas dan bersih selain memantapkan daya fizikal serta mental ke arah pencapaian teknologi maju masa kini


Saturday, March 26, 2011

Buah-buahan Kaya Khasiat

 
    Pemakanan yang  berkhasiat penting untuk memastikan system pertahanan badan  berfungsi pada tahap optimum.Justeru itu, pakar pemakanan sering mengingatkan  pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari.

    Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan segar,sama ada sebagai jem dan jeli atau diawet seperti jeruk,sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin atau ditapai. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh diproses sehingga cair untuk diminum.

    Disebabkan buah- buahan dikategorikan sebagai pemakanan menyeluruh, buah-buahan adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan C,kalium,serat dan bahan antioksida. Buah-buahan juga mempunyai kandungan kolesterol rendah,sedikit atau tanpa lemak.Kebanyakkan buah-buahan mengandungi amat sedikit lemak,trans lemak dan kolesterol. Buah-buahan mempunyai fitokimia untuk menjamin kesihatan.

    Ramai mengetahui yang buah-buahan seperti anggur hitam mengandungi vitamin C, tetapi ramai tidak tahu yang buah-buahan juga mengandungi resveratrol,lycopene dan anthocyanin. Fitokimia menjamin kesihatan dengan membantu melambatkan proses penuaan serta merendahkan risiko penyakit.  Selain itu,pigmen ungu anggur hitam mengandungi anthocyanis,satu bahan antioksida yang membantu menjauhi penyakit.

    Buah-buahan adalah pilihan pemakanan yang terbaik untuk kanak-kanak. Ada ibu bapa kerap merungut yang anak-anak mereka  enggan memakan sayur-sayuran. Disebabkan buah-buahan sedia diterima kanank-kanak dalam pemakanan mereka , pastikan mereka memakan buah-buahan manakala minuman buah-buahan juga menyegarkan dan berkhasiat.

    Buah-buahan sering menjadi pilihan kerana ia tidak mendatangkan kesan toksik, misalnya vitamin A daripada betakarotena buah-buahan. Viamin A penting untuk penglihatan dan melindungi kulit daripada jangkitan. Vitamin A,C dan E termasuk betakarotena dalam buah-buahan adalah bahan antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

    Buah-buahan berwarna ungu,merah tua,jingga dan kuning seperti angur hitam, durian serta betik mengandungi bahan antioksida dengan anggur hitam mengandungi vitamin dan galian yang amat tinggi.

    Buah-buahan juga mengandungi galian penting seperti kalium yang menstabilkan kadar bendalir badan serta menurunkan tekanan darah tinggi. Anggur hitam,pisang dan buah sitrus merupakan buah-buahan yang kaya dengan kalium.

    Disebabkan buah-buahan mengandungi serat,pengambilan serat buah-buahan boleh membantu menguatkan jantung. Sementara itu vitamin B1,B2,B6,B12,asid folik dan viamin E termasuk zat galian seperti zat besi,zink,magnesium dan selenium juga membantu sistem pertahanan badan.Anggur hitam adalah sumber yang kaya dengan zat terbabit.




Didikan Awal Beri Kesan Kpd Hidup Anak




    Jika anak dibiasakan dengan hal yang baik,dia akan berkembang dengan kebaikan tetapi jika sebaliknya, anak juga akan terbiasa dengan keburukan.  Anak kecil bagaikan rentangan kain putih, ibu bapa yang mencorakkan dirinya malah pendidikan dan adab yang baik mampu memberi kesan dalam hidup mereka.

·         Waktu makan,didik anak makan dengan tangan kanan .Usah tergesa-gesa waktu makan sebaliknya kunyah makanan dengan baik.Nasihat mereka tidak mengotorkan pakaian ketika makan.
·         Latih anak supaya tidak bermewah-mewahan sewaktu makan serta didik anak jangan terlalu banyak makan.
·         Tanamkan sikap supaya mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana.
·         Kawal anak supaya tidak mudah bergaul dengan anak-anak yang suka bermegah-megah dan bersikap angkuh.

Pergaulan yang kurang baik boleh memberi pengaruh besar kepada anak-anak

·         Tanamkan rasa cinta untuk membaca Al-Quran dan buku yang baik.Anak-anak juga harus dibiasakan menghafal nasihat yang baik,sejarah  orang yang soleh dan mengasah jiwanya supaya sentisa  mencintai serta meneladani mereka.
·         Ibu bapa harus bijak berkomunikasi dengan anak serta menyemai rasa hormat mereka pada orang yang lebih tua.
·         Biasakan anak taat kepada orang tua,guru,pendidik dan mereka yang lebit tua daripada dirinya.
·         Galakkan anak memiliki jiwa berani dan sabar dalam keadaan sukar.



Friday, March 25, 2011

BATU KARANG

   Batu karang adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan orang dewasa berbanding kanak- kanak. Sekiranya keluarga mempunyai sejarah batu karang maka kanak- kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang sama.


    Batu karang berasal daripada zat mineral halus yang menjadi keras dalam jangka masa yang lama.Batu karang terhasil daripada kandungan kalsium, oxalate atau asid uric yang tinggi di dalam air kencing.Buah pinggang pula tidak dapat memastikan kandungan air yang mencukupi untuk mencairkan bahan ini,menyebabkan ia membentuk ketulan kristal yang halus dan seterusnya secara perlahan lahan ia akan membentuk batu karang.  

    Oleh kerana itu,buah pinggang haruslah memastikan bekalan air yang mencukupi untuk membuang  bahan yang berlebihan ini.Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko tinggi  untuk mendapat batu karang.Penyakit batu karang ini boleh berulang sekirannya pencegahan tidak diambil kira
   >Kurang minum air dan dehidrasi berpanjangan.
   >Aliran dan jumlah air kencing kurang atau perlahan atas sebab tertentu sama ada saluran kencing tersumbat atau pundi kencing tidak berfungsi dengan baik.
   >Jumlah kandungan bahan kimia seperti kalsium,oxalate danasid uric berlebihan.
   >Penyakit perbuatan lain yang menggangu proses pembentukan air kencing atau fungsi buah pinggang.
   >Makanan yang mempunyai paras garam ,lemak,daging merah dan gula yang tinggi boleh menambah risiko penghasilan batu karang.
  
Tanda menunjukkan seseorang  kanak2 itu mungkin menghidap batu karang ialah
    >Kencing berdarah.
    >Bertambah kekerapan buang air kecil dan tidak lawas kencing.
    >Rasa loya dan muntah.
    >Rasa sakit ketika buang air kecil.
    >Sakit bahagian pundi kencing atau belakang.
    >Mendapat jangkitan air kencing.

    Salah satu cara bagi mencegah terhasilnya batu karang ialah dengan membuat perubahan kepada diet anak dan minum banyak air.Galakkan mereka supaya meminum air yang mencukupi bagi keperluan badan untuk aktiviti harian sekurang kurangnya setengah darpada berat badan dalam millimeter.Minuman seperti jus limau atau lemonade adalah kaya dengan sumber sitrat yang boleh mengurangkan pembentukkan batu karang.Elakkan memakan makanan yang bergaram.Rawat jangkitan air kencing dengan cepat.

   Sekiranya batu karang  tidak dirawat,lama kelamaan ia boleh menggangu fungsi buah pinggang pesakit dan memberi kesan negative.Penggunaan ubat ubatan herba harus dilakukan berhati hati dan mendapat nasihat daripada pakar kerana ada herba yang berbeza mempunyai khasiat yang berbeza,ia mungkin boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit.




CEMBURU BIAR BERPADA


  Cemburu bagaikan garam dalam masakan,sedikit menambah rasa,banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa. Cemburu  juga menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah berasa cemburu,takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah.

    Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap cemburu perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan. Bagaimanakah situasi cemburu yang sesuai dan bagaimana pula cemburu itu menakutkan pasangan?.

    Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada induvidu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang akan sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat,itu cemburu tidak bertempat.

    Sekirannya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan induvidu lain selepas kerja,cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda  pulang lewat kerana bekerja,itu adalah cemburu buta.

    Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku,pasangan akan jadi takut untuk berterus terang  atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru hara dengan pertengkaran.

   Untuk mengatasi  cemburu tidak berasas,gunakan fikiran untuk mengawal emosi bukan sebaliknya. Apabila dirasuk rasa cemburu,berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan?. Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.

    Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan sahaja anda  dapat atasi rasa cemburu,malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya si dia memang menipu,sekurang kurangnya anda  sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan menentukan. Cemburu memang bahaya dalam perhubungan.

 Berikut adalah petua yang mungkin boleh dijadikan panduan;

 Betulkan semula niat.
     Pertama,perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat,malah amalan yang disertai bersama niat, insyaAllah ada ganjarannya. Begitu juga dalam bercinta,perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan,anda tidak akan rasa sedih malah ,jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.

Kekasih itu bukan milik kita.
    Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru,kekasih,isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik.Justeru itu anda akan mula belajar erti redha.

Dekatkan pada Maha Pencipta
    Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang,begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta,janganlah sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber  kekuatan kita lantas rasa cemburu,gundah,iri,gelisah dan segala macam rasa tidak senang akan hilang.




Saturday, March 19, 2011

Vitamin A dan D dalam Ikan Kod

    Ambil empat camca teh makanan penawar yang boleh diperolehi dengan mudah untuk membantu membina struktur rangka yang sihat dan kuat.Makanan penawar ini boleh didapati seperti minyak ikan kod.Ia adalah rumah harta vitamin A dan D yang dinamik serta diperlukan untuk membantu melindungi badan terhadap masalah osteoporosis dan osteomalaci iaitu antara masalah awal sebelum tulang menjadi rapuh dan mengalami kereputan yang membahayakan.

   Vitamin A dan D penting digunakan oleh metabolisma untuk memberikan kekuatan pada tulang, membetulkan kelembutan,memperbaiki kepekatan dan isi padunya.Hasilnya dapat melindungi proses penuaan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis.
   Di dalam situasi ini,terdapat tanda kekurangan vitamin yang jelas dengan bercirikan  oleh tulang yang lembut.Kekentalan tulang yang kurang vitamin tersebut akan membawa kepada kerapuhan.Vitamin2 ini diperlukan untuk meningkatkan penyerapan kalsium supaya ruang2 kecil di pusat tulang boleh menjadi kuat sekadar untuk menyokong tisu tulang yang berhampiran.

   Vitamin A dan D mencipta tindak balas pengukuhan ini dengan bantuan kalsium.Minyak hati ikan kod boleh didapati di mana mana farmasi.Dalam penyediaan tonik pula,sediakan segelas jus sayur sayuran yang diingini,kacau 2 camca teh minyak hati ikan kod.Untuk rasa yang lebih sedap perisakan ia dengan limau nipis.Minum segelas pada waktu tengahari dan juga pada sebelah malamnya.Khasiat minuman ini ialah kemampuaannya menghantar rangkain pembina tulang berkuasa vitamin Adan D ke dalam metabolisme.

   Selepas tindakbalas dalam masa 7 hari,rangka badan akan menjadi kuat dan teknik ini adalah cara yang terbaik untuk membina tulang yang kuat.



Thursday, March 17, 2011

ORANG TAMAK SELALU RUGI

         Pada zaman dahulu,telah datang seorang lelaki kepada nabi Isa as.Lelaki itu ingin sekali bersahabat dengannya, "Aku ingin bersahabat dan selalu bersamamu  ke mana saja engkau pergi," kata Rakus.
"Jika demikian,baiklah!" jawab Nabi Isa as.

        Pada suatu hari mereka berjalanlah di tepi sungai sambil memakan roti.Ada 3 keping roti,sekeping dimakan oleh Nabi Isa as,sekeping lagi dimakan Rakus. Maka yang tinggal cuma sekeping lagi.Ketika Nabi Isa as mencari air minuman di sungai,baginda mendapati baki roti tadi telah hilang.Baginda kemudiannya bertanya kepada sahabatnya tadi siapakah yang telah mengambil roti tersebut tetapi sahabatnya hanya menggelengkan kepalanya tidak tahu.

       Ketika kedua duanya sedang berjalan jalan,tiba tiba mereka ternampak seekor rusa dengan dua anaknya. Maka dipanggilnya salah seekor daripadanya anak rusa tersebut lalu disembelih dan dibakar.Kemudian mereka berdua pun memakannya.

       Nabi Isa as kemudiannya berdoa kepada Allah swt supaya anak rusa yang telah dimakan itu hidup kembali.Dengan izinNya,maka anak rusa itu pun hidup semula.Lalu Nabi Isa as bertanya kepada sahabatnya itu tentang kehilangan roti tersebut tetapi sahabatnya itu hanya menggelengkan kepalanya.

      Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga sampai ke sebatang anak sungai.Nabi Isa as memegang tangan Rakus dan mengajaknya berjalan di atas air sehingga sampai ke seberang.Sekali lagi ditanya kepada sahabatnya itu,siapakah yang mengambil roti tersebut tetapi sahabatnya tetap menggelengkan kepala.

     kemudian mereka  pun berjalan jalan ke dalam hutan.Ketika sedang berehat,Nabi Isa as,mengambil tanah dan anak batu lalu diperintahkan supaya menjadi emas.Maka dengan izin Allah swt tiba tiba tanah dan anak batu itu berubah menjadi  ketulan emas yang banyak.

     Nabi Isa as kemudiannya membahagikan ketulan ketulan emas tersebut kepada tiga bahagian. Apabila melihat ketulan emas itu,cepat cepat Rakus mengaku dialah yang mengambil roti tersebut.Mendengar itu,Nabi Isa as menyuruhnya mengambil kesemua bahagian lalu  mereka berdua pun berpisah.

     Rakus kemudiannya didatangi oleh dua  orang penyamun yang mahu merompak dan juga membunuhnya. Apabila menyedari dirinya berada dalam bahaya,Rakus pun mencadangkan kepada kedua dua penyamun tersebut agar harta dibahagikan sama rata.

      Kedua penyamun itu bersetuju lalu menyuruh salah seorang daripada mereka pergi ke pasar membeli makanan.Atas persetujuan bersama,salah seorang daripada penyamun itu telah dipilih pergi ke pasar. Ketika di dalam perjalanan pergi dia mendapat idea untuk meletakkan racun di dalam makanan yang dibelinya nanti supaya kesemua emas tersebut dapat dibolotnya.

     Sementara itu,Rakus yang tinggal besama salah seorang penyamun itu berpakat untuk membunuh rakannya itu dan kesemua emas itu bolehlah mereka bahagikan berdua.Sebaik sahaja penyamun yang ditugaskan membelli makanan itu sampai,Rakus dan rakan penyamun tadi pun segera melaksanakan rancangan mereka iaitu membunuhnya.Setelah dibunuh maka gembiralah mereka berdua kerana mendapat emas yang banyak.

      Setelah dibahagikan dua,perut mereka pun terasa lapar.Lalu mereka pun memakan makanan yang dibawa pulang rakan yang dibunuh sebentar tadi tanpa mengetahui makanan itu beracun.Akhirnya kedua duanya mati.

      Ketika Nabi Isa as berjalan jalan di hutan,terjumpalah Baginda dengan ketiga tiga mayat yang bergelimpangan berhampiran longgokkan emas tersebut. Seorang daripadanya adalah sahabatnya yang amat dikenali.Lalu berkatalah Baginda Kepada mereka, " inilah contohnya kehidupan duniawi,maka berhati hatilah kamu kepadanya,"

      Iktibar daripada kisah ini ialah bersikap jujurlah di dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan janganlah sesekali terlalu tamak dengan harta dunia kerana kesemuanya tidak akan kekal lama.Yang kekal abadi hanyalah Allah Yang Maha Kuasa.



Wednesday, March 16, 2011

BILA RINDU BERTANDANG


    Ketika laut sepi mencengkam, kerinduan pun mula bertandang di pinggir hatiku. Julur julur resah kian nyata disebalik rintik-rintik gerimis syahdu.Ah…saat yang terindah hanya seketika, resah mula menerpa di jiwa.Nostalgia dulu telah ku pahat  menjadi ukiran indah untukku imbas di sudut rindu mula bertamu.Dan detik itu telah pun menjelma walaupun  tanpa diundang,namun sukar bagiku untuk melupakannya.

    Memang tidak dinafikan detik indah bersamamu begitu istimewa bagiku.Terima kasih ku ucapkan padamu wahai aduhai sayangku.Mimpi demi mmpi hadir bagai semalam masih lagi berterusan.Walaupun jarak waktu kian meninggalkkan aku. Langkah demi langkah aku hayunkan kaki ini,memburu pasti di hujung hari.

    Hari hari yang berlalu ku sulam kembali menjadi memori sebagai penawar hati dikala sepi.Bukan niat aku menggapai hari yang telah pergi,namun hati ini sukar menghalau memori yang silih berganti.Datang dan pergi memang lumrah duniawi.Lantas,terpaku aku di jendela sepi mencanai satu ayunan hati yang sukar dimengertikan.

    Kekadang aku tanya pada hati mengapa semua itu terjadi. Saat indah yang kulalui semakin menusuk dihati.Amat sukar untukku melupakan  semua itu.Namun aku cuba mengerti,semoga dugaan onak dan duri bisa kutempuhi dengan ketabahan bersalut di hati.

    Semalam adalah secalit memori,hari ini segenggam tragedi dan esok adalah secangkir misteri yang telah pun tercatat sejak azali.Lantas titik titik resah semakin reda dan cebisan gelisah kian reda.Kini tinggallah aku dibirai waktu,membilang hari hari yang silih berganti,menyulam kasih padamu yang satu dan pengabdian ini adalah abadi lantaran fitrah hidup ini telah pun sebati termaktub dalam diri.

    Kekadang pernahku mengharapkan fantasi menjadi realiti.Inginku petik bintang  di langit,inginku gapai bulan mengambang.Namun….fantasi tak mungkin berubah lagi.Aku bisa merancang dan mengharapkan, namun aku tidak pernah mampu untuk menentukannya.Sepi,mengajar aku sebuah kerinduan di saat penantian mengundang resah.

    Hidup tidak selamanaya indah lantaran terindah hanya sementara,disapa waktu  menghilang jua.Ku tahu hidup ini penuh cubaan,lantaran ia satu perjuangan. Perjuangan yang harus diiringi dengan ketabahan dan kesabaran,bukan sekadar harapan memohon simpati dari NYA kerana  tidak mampu  merawati sendu terguris sembilu,tidak mampu menahan sekeping hati tertusuk duri.

    Ku fahami hidup ini…..bagiku begitu bererti andai impian suci,teguh terpahat dinurani.Manik manik jernih yang pernah mengalir di pipi disaat diri teruji menjadi  saksi hidup ini bukanlan suatu misteri,namun ia adalah realiti.Mentari esok akan bersinar lagi,biarpun tidak secermerlang hari ini,namun sinarannya sudah memadai untuk  menerangi hidup ini yang belum pasti.Dan kepastian ini tidak akan tergugat lagi.Kini aku pasrah dengan segalanya…..



Saturday, March 12, 2011

TIDUR...SAUDARA MATI


    Oleh kerana roh itu unsur halus dan ghaib maka ia adalah milik Allah Taala.Dia yang berkuasa  keatasnya.Mati adalah jalan yang memisahkan roh dengan jasad untuk selama-lamanya.Namun ada satu perpisahan sementara yang memisahkan jasad dan roh iaitu tidur.Sebab itu tidur sering dianggap saudara mati kerana keadaannya sama  di mana roh manusia itu meninggalkan dunianya dan berada di alam yang lain.Tapi yang membezakan antara  mati dan tidur itu ialah keadaannya ketika berlaku.Tidur merupakan peristiwa yang tidak disertai rasa sakit,haus,ngeri dan menakutkan. Sedangkan mati merupakan satu kejadian yang amat menakutkan dan menyakitkan.

     Antara tidur ataupun mati mempunyai ciri yang sama,di mana roh akan ditahan oleh Allah.Bagi orang yang tidur,roh dan jiwanya akan dikembalikan kepada jasadnya agar orang itu dapat bangun dan hidup kembali setelah beberapa jam tertidur. Sementara bagi orang yang mati,rohnya akan ditahan oleh Allah untuk selama-lamanya.Ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya; “Dan Dia(Allah)yang mewafatkan kamu di waktu malam dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di waktu siang.Kemudian dia bangunkan kamu daripadanya (tidur) supaya disempurnakan waktu tertentu (umur) ,kemudian kepada Nyalah tempat kamu (sesudah mati), kemudian dia akan khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.Dan Dialah yang amat berkuasa keatas hamba-hambanya. Dan Dia kirimkan kepadamu pengawal2 (malaikat) hingga apabila datang maut kepada salah seorang dari kamu, diwafatkanlah ia oleh utusan2 Kami (malaikat maut) dan tidaklah mereka melakukan secara kasar;” (surah al-an’am ayat 60-61).  

   Diriwayatkan dalam satu Hadis marfu' dari Jabir bin Abdullah bahawa ia prrnah bertanya kepada Rasulullah; ya Rasulullah, adakah ahli syurga itu juga tidur?" Rasulullah menjawab " Tidak,tidur adalah saudara mati,di dalam syurga tidak ada yang mati."

   Tidur saudara mati bermaksud tidur itu hampir sama dengan mati.Namun di dalam syurga tidak ada mati,dan tidak juga tidur.Allah menjadikan manusia itu tidur untuk merehatkan jasadnya setelah penat bekerja di siang hari.Oleh kerana penghuni syurga itu hanya duduk senang lenang saja tanpa kerja.

   Setelah pasti bahawa tidur itu memang saudara mati dan semasa kita tidur Allah memang menahan jiwa dan roh kita,kita hendaklah sentiasa beringat sebelum tidur.Dalam riwayat oleh Bukhari mengatakan,"Rasulullah setiap akan tidur ia akan meletakkan tangannya di bawah pipinya lalu berdoa, "ya Allah dengan namaMu aku mati dan aku hidup." Dan ketika terbangun dari tidurnya beliau berkata,   "puji-pujian bagi Allah yang sudah menghidupkan kita sesudah mematikan kita dan kepadaNya lah kita akan berhimpun kelak," Sabda Rasulullah lagi, "sebagaimana kamu tidur, begitulah kamu akan mati. Dan sebagaimana kamu terbangun dari tidurmu,begitu pulalah kamu dibangkitkan di akhirat nanti,"

   Dalm surah Yassin ayat 52,Allah menerangkan bagaimana terkejutnya orang2 kafir yang tidak percaya kepada adanya hari kebangkitan semula sesudah mati.Mereka akan berkata; "Wahai celaka kami! siapakah yang sudah membangunkan kami dari tidur(kubur)kami? (dikala itu datanglah jawapan) "Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah yang Maha Pengasih dan nyatalah kebenaran rasul2  itu."

   Dari hadis2 dan terjemahan Al-Quran itu jelaslah kepada kita bahawa memang tidur itu saudara dan bayangan mati.Ketika kita tidur,kita sering diganggu mimpi2 ngeri dan adakalanya kita mengalami mimpi indah dan mengasyikkan. Selepas terjaga,kita akan menggigil ketakutan atau kita akan tersenyum dengan senang.Begitulah juga ketika kita mati,kita akan diletakkan di liang lahad(kubur) yang sunyi.Saat itu kita akan mengalami peristiwa indah dan manis (nikmat kubur) dan peristiwa buruk dan duka (azab kubur) , bergantung kepada amalan dan takwa kita selama hidup di duia ini.



Monday, March 7, 2011

LELAKI YANG DIJANJIKAN SYURGA


   Suatu  malam selepas solat isyak Rasulullah s.a.w lalu memegang tangan seorang lelaki penduduk asal Kota Madinah lalu bersabda."Saya ingin memperkenalkan kepada kamu semua,inilah lelaki calon penghuni syurga". Antara sahabat yang ada sewaktu itu ialah Anas b.Malik dan Abdullah b. Umar.Semua sahabat yang mendengarkan pengakuan Rasulullah ini begitu tertarik sekali terutamanya Abdullah sehinggakan beliau sanggup meminta kebenaran dari lelaki itu untuk bermalam di rumahnya selama 3 malam semata-mata kerana ingin menyelidik apakah amalan yang dikerjakan olehnya sehingga Rasulullah sendiri telah membuat jaminan untuknya.
 
   Pada malam pertama Abdullah berpura-pura tidur lebih awal kerana ia ingin berjaga ditengah malam pertama nanti.Lelaki ini juga turut tidur bersebelahan dengannya dan di waktu tengah malam Abdullah melihat lelaki itu bangun dengan menyebut nama Allah kemudian ia membalikkan badannya dan setelah itu ia terus tidur kembali.Begitu juga  dengan malam kedua dan ketiga. Sebenarnya tiada apa-apa amalan sunat pun yang dikerjakan olehnya tetapi mengapa pula Rasulullah membuat jamian sedemikian.

Tanya Abdullah kepada lelaki itu, "Wahai saudara,beritahulah kepadaku apakah amalan yang telah kamu kerjakan sebenarnya?"


Jawap lelaki itu, "Sememangnya tiada apa2 amalan  istimewa pun yang telah aku kerjakan,seperti yang telah tuan saksikan selama 3 malam di sini hanya itulah amalanku,disamping itu aku tidak pernah sedikit pun menyimpan perasaan dendam,iri hati atau hasad dengki pada sesiapa pun,"


Kata Abdullah"Rupanya hanya itulah amalan mulia engkau selama ini dan mulai saat ini aku berjanji tidak akan berdendam pada sesiapa pun,aku juga mahu menjadi calon penghuni syurga sepertimu," 



Sunday, March 6, 2011

WANITA SEBAGAI GADIS LITAR




    Dalam perlumbaan2 tertentu sungguhpun aktiviti tersebut tidak ada kena mengenanya dengan wanita, namun kita dapati gadis-gadis yang mengghairahkan telah dipergunakan sebaik mungkin.Misalnya dalam perlumbaan kereta,motosikal,bot laju dan lain2.Kaum wanita telah ditonjolkan sebagai objek yang memegang payung,bendera atau menemani peserta yang memenangi perlumbaan litar tersebut.

    Iklan2 jenama kereta juga didapati menggunakan wanita sebagai penghias kereta model baru yang diperagakan,malah ada iklan tayar dan aksesori kereta juga mempamerkan kaum wanita sebagai daya tarikan.Jelas sekali wanita telah dipergunakan dalam aktiviti sukan sebagai objek hiasan semata-mata.



    Seandainya gadis2 litar ini tidak wujud dalam sesuatu perlumbaan atau pertandingan,adakah pihak penganjur akan rugi atau sebaliknya.Sudah menjadi lumrah di zaman ini,wanita adalah segala-galanya bagi individu yang  tidak bertanggungjawap,apa yang mereka tahu adalah mengaut keuntungan dari kelemahan wanita itu sendiri yang inginkan keseronokkan.


Friday, March 4, 2011

WANITA OH WANITA

wanita sebagai model fesyen pakaian....
    Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita  adalah sinonim dengan fesyen pakaian. Walaubagaimana pun pada masa ini terdapat wanita dipergunakan sebagai model pakaian dari barangan berjenama tertentu dalam pertunjukkan fesyen tempatan mahupun antarabangsa.Dalam sesi pertunjukkan fesyen ini wanita memperagakan pakaian dengan gaya seksi serta aksi2 yang didapati telah melanggar nilai etika dan budaya tempatan yang tidak sepatutnya berlaku.
   Tubuh badan kaum wanita dipergunakan seluas-luasnya bagi melariskan pakaian tertentu sehingga menjolok mata.Adakalanya pula fesyen pakaian lelaki juga menggunakan wanita sebagai daya tarikan.
   Pertandingan ratu cantik kononnya untuk mencari wanita tercantik samada di peringkat negeri atau dunia.Apa yang berlaku dalam pertandingan ialah penonjolan wanita2 yang berpakaian separuh bogel dan menggayakan aksi2 yang memalukan serta meruntuhkan ketamadunan manusia.
   Kalau kita perhatikan dengan teliti terdapat beberapa majalah yang sudah menganjurkan program ala'ratu cantik' dengan mengumpan hadiah2 yang menarik.Majalah tersebut telah menjemput gadis2 remaja mengambil bahagian bagi membolot hadiah yang disediakan.
Ternyata insiatif begini telah berjaya menarik perhatian para gadis remaja yang sememangnya mempunyai naluri 'ingin memperagakan diri'



Thursday, March 3, 2011

BERSAHABAT DENGAN JIN

  
    Kebanyakkan ilmu batin memang memerlukan pertolongan jin bagi melaksanakan sesuatu yang luar biasa.Para bomoh dan dukun serta guru silat kebanyakkan memang sangat bergantung harap kepada kebolehan jin-jin bagi melaksanakan tugas mereka.Oleh sebab itu orang melayu sangat percaya kepada 'sakti buatan orang' iaitu sejenis penyakit yang kononnya terjadi akibat perbuatan orang2 tertentu kerana mempunyai niat tersendiri seperti membalas dendam dan sebagainya,maka penyakit begini biasanya diubati oleh dukun2 atau bomoh saja.Ramai yang mengaku mereka mengetahui apa jenis penyakit tersebut sehingga ada pula yang dapat memberitahu dari mana datangnya penyakit itu.

   Perbuatan 'menurun' misalnya memang jelas menggunakan pertolongan jin kerana dalam masa tersebut dukun berkenaan dapat melaksanakan perkara2 yang luar biasa seperti bercakap bahasa asing dan boleh membuat sesuatu yang aneh misalnya mengeluarkan batu cincin dari tapak tangan.

   Kebolehan yang aneh tersebut boleh menjadikan seseorang itu sesat apabila dia mempercayai bahawa kuasa luar biasa tersebut datangnya dari kemampuan dukun atau ilmu yang dimilikinya.Akibatnya berlakulah pemesongan akidah di mana kepercayaan kepada kebolehan unsur lain yang setara atau lebih mampu dari kuasa Allah sudah mengambil tempat di dalam hati.



    

acu cuba try klik jap