Saturday, March 26, 2011

Buah-buahan Kaya Khasiat

 
    Pemakanan yang  berkhasiat penting untuk memastikan system pertahanan badan  berfungsi pada tahap optimum.Justeru itu, pakar pemakanan sering mengingatkan  pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari.

    Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan segar,sama ada sebagai jem dan jeli atau diawet seperti jeruk,sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin atau ditapai. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh diproses sehingga cair untuk diminum.

    Disebabkan buah- buahan dikategorikan sebagai pemakanan menyeluruh, buah-buahan adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan C,kalium,serat dan bahan antioksida. Buah-buahan juga mempunyai kandungan kolesterol rendah,sedikit atau tanpa lemak.Kebanyakkan buah-buahan mengandungi amat sedikit lemak,trans lemak dan kolesterol. Buah-buahan mempunyai fitokimia untuk menjamin kesihatan.

    Ramai mengetahui yang buah-buahan seperti anggur hitam mengandungi vitamin C, tetapi ramai tidak tahu yang buah-buahan juga mengandungi resveratrol,lycopene dan anthocyanin. Fitokimia menjamin kesihatan dengan membantu melambatkan proses penuaan serta merendahkan risiko penyakit.  Selain itu,pigmen ungu anggur hitam mengandungi anthocyanis,satu bahan antioksida yang membantu menjauhi penyakit.

    Buah-buahan adalah pilihan pemakanan yang terbaik untuk kanak-kanak. Ada ibu bapa kerap merungut yang anak-anak mereka  enggan memakan sayur-sayuran. Disebabkan buah-buahan sedia diterima kanank-kanak dalam pemakanan mereka , pastikan mereka memakan buah-buahan manakala minuman buah-buahan juga menyegarkan dan berkhasiat.

    Buah-buahan sering menjadi pilihan kerana ia tidak mendatangkan kesan toksik, misalnya vitamin A daripada betakarotena buah-buahan. Viamin A penting untuk penglihatan dan melindungi kulit daripada jangkitan. Vitamin A,C dan E termasuk betakarotena dalam buah-buahan adalah bahan antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

    Buah-buahan berwarna ungu,merah tua,jingga dan kuning seperti angur hitam, durian serta betik mengandungi bahan antioksida dengan anggur hitam mengandungi vitamin dan galian yang amat tinggi.

    Buah-buahan juga mengandungi galian penting seperti kalium yang menstabilkan kadar bendalir badan serta menurunkan tekanan darah tinggi. Anggur hitam,pisang dan buah sitrus merupakan buah-buahan yang kaya dengan kalium.

    Disebabkan buah-buahan mengandungi serat,pengambilan serat buah-buahan boleh membantu menguatkan jantung. Sementara itu vitamin B1,B2,B6,B12,asid folik dan viamin E termasuk zat galian seperti zat besi,zink,magnesium dan selenium juga membantu sistem pertahanan badan.Anggur hitam adalah sumber yang kaya dengan zat terbabit.




1 comment:

peNulis SeNjA said...

alamak eeee nak satu ... hehehe

acu cuba try klik jap