Wednesday, April 13, 2011

BINA TAMAN DISUKAI KELUARGA

keluasan taman pengaruhi aktiviti riadah anda



     Taman indah ibarat hamparan putih, menunggu anda mencorakkannya mengikut gaya dan kreativiti. Pelbagai aspek perlu difikirkan, antaranya jenis tanaman, pergola  atau gazebo selain konsep landskap.

     Anda boleh mendapat idea  melalui majalah deko atau akhbar atau mendapatkan perkhidmatan pakar supaya hasilnya lebih memuaskan.

     Untuk memudahkan mendapat idea mencorak taman yang sesuai, di sini disenaraikan beberapa panduan seperti ;

Keselesaan kanak-kanak
·         Bagi menzahirkan imaginasi anak, pembinaan bercirikan taman tema sesuai diwujudkan.
·         Bina pancuran dan kolam dengan ikan kecil.
·         Wujudkan tempat bermain pasir atau tanah supaya anak anda bebas bermain atau meneroka sesuatu yang baru.
·         Sediakan alat permainan yang sesuai

Ruang keluarga berkumpul
·         Ruang bukan satu masalah asalkan mereka selesa.
·         Bina sudut barbeku.
·         Kehadiran perabut taman amat penting.
·         Fungsi taman lebih praktikal jika mempunyai pelantar kayu.
·         Reka letak wakaf, gazebo menjadi ruang santai dan mengekalkan ketenangan.
·         Terangi taman dengan lampu  hiasan ketika malam.

Meraikan tetamu
air pancuran dapat memberi ketenangan sesiapa saja
yang berada di sini
·         Sediakan sudut peribadi di taman.
·         Bina air berpancuran sebagai elemen menghiburkan tetamu.

Mewujudkan taman botani
·         Ini bagi mengelakkan kebosanan dan menghabiskan masa lapang.
·         Laman belakang boleh di tanam sayur sayuran atau pokok herba.







Monday, April 11, 2011

ZIKIR BOLEH MENGUBATI PENYAKIT



     Sabda Rasulullah SAW; “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah) ,jika baik daging itu,maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging, maka rosaklah seluruh anggota itu, itulah hati.”

     Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.

     Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.

     Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredhoi Allah SWT, tetapi bukan mudah untuk melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.

     Secara umumnya,untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.

     Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca Al Quran dan memahami serta maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada  Allah SWT, berkawan dengan orang yang soleh yakni alim ulama.

     Selain itu amalan lain ialah membisakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.

     Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah  SWT  dengan yang lain,  mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.

     Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala kejahatan.

     Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai nilai budi dan kesopanan , meminum arak, malah melakukan zina secara terang terangan.

     Renungi firman Allah SWT dalam surah al A’raaf, ayat 179; “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat ayat Allah.”                                                                                                                                       “Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaaan Allah dan yang  mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka  lebih sesat lagi,mereka itulah orang orang yang lalai.”


Sunday, April 10, 2011

LELAKI LEBIH BERAHSIA




     Bukan hanya wanita makluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakkan mereka sukar difahami.

     Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

     Bagi memahami golongan adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka :

·         Sifat lelaki lebih mudah
  Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

  Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

·         Bahasa lelaki adalah berlainan
  Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan,  ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

  Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata kata.

·         Lelaki suka membisu
  Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitive dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

·         Lelaki tidak kompleks
  Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,  mengemas rumah,  menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya,  wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

  Ini bukan bererti lelaki berfikiran secara primitif, tetapi lelaki memang  sedemikan. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

·         Lelaki berahsia dengan lelaki lain
 Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


·         Lelaki pentingkan kejujuran
  Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita  lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya.

  Kejujuran adalah penting bagi lelaki.Dia mahukan isterinya menyimpan setiap rahsia rumah tangga.

·         Lelaki tidak suka dikritik
  Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mugkin dapat mengelakkan konfrontasi serta merta tetapi dia akan  berasa marah juga apabila perkara  itu disampaikan kepadanya.

  Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka secara lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila  lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki , elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

·         Lelaki juga mahukah sokongan
  Ketika berdepan dengan masalah dan mengadu pada wanita,  maka anda harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata kata yang manis enak didengar ”Saya cintakan abang” atau “Tidak kira apa yang terjadi saya tetap bersama abang…. “.

·         Sahabat yang baik
  Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

·         Lelaki mesra tanpa emosi
  Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

  Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi)  dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

  Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita

  Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

  Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. 

Saturday, April 9, 2011

KEMAAFAN WARNAI CINTA SEJATI


sejati...pasangan harus berkongsi saat suka dan duka 

    Sukar mempercayai orang yang baru mengenalinya. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan  sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

    Dalam  sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia.Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan padanya.

  Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan.Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalinkan perhubungan:

·         Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka.Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

·         Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan  perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi  jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu ragu dengan cara anda.

·         Komitmen bukanlah  sekadar menepati janji tetapi menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun si dia bersungguh sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

·         Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia.Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

·         Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun ,tentunya anda dan si dia  berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.

·         Sebahagian besar induvidu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

·         Simpati adalah usaha untuk memberikan  pengertian yang lebih mendalam,  jadikan usaha untuk menempatkan diri dalam emosi si dia walaupun tidak mudah melakukan perkara ini.Apabila menimbulkan simpati, kebanyakkan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan faham.

·         Apabila rasa yakin,anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia  bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

·         Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat  dengan pasangan selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mempunyai pendapat yang sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing masing.

·         Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan. Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlntas difikiran.

·         Ramai pasangan merasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

    Oleh itu, jalan yang terbaik ialah setiap induvidu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.

Friday, April 8, 2011

GAYA IKUT SELERA SI DIA




    Mahu mengakuinya atau tidak, kebanyakkan fesyen  yang digayakan wanita lebih dipengaruhi si dia. Daripada hujung rambut hingga ketumit tinggi,jika si dia kurang menggemarinya,sedikit sebanyak wanita berasa agak janggal untuk menggayakannya 

    Biarpun  mungkin wanita itu gemar berambut pendek tetapi apabila si dia mahu  membelai rambut pasangannya yang cantik memanjang,terpaksalah membiarkan rambut panjang meskinpun rimas tak terkata.

    Begitu juga dari segi fesyen,semata mata mahu menjaga hati si dia,terpaksa dikorbankan segala pakaian meskinpun pakaian itu paling digemari atau dibeli lantaran mahu mengikut aliran fesyen terkini.

    Pandangannya mungkin elok tetapi adakalanya mungkin kurang menjadi. Namun,wanita lazimnya akan berkorban bermacam benda semata mata untuk menjaga perasaan kekasih hati.

    Jika elok untuk kebahagian anda berdua,apa salahnya .Tetapi jika kritikannya pada pilihan fesyen anda hanya menjadikan diri sendiri kelihatan tidak  bermaya serta membuat diri tidak bahagia,usah biarkan diri dalam kemelut tak berkesudahan.

Carilah jalan penyelesaian.

Thursday, April 7, 2011

WASPADA ELAK RAGUT



     Jenayah ragut yang semakin berleluasan mencetuskan kebimbangan orang ramai.Kejadian ragut yang berlaku tidak kira tempat di bandar atau di kampung,sukar ditanggani jika kita hanya mangharapkan kepada pihak berkuasa yang mempunyai bebanan tugas untuk mengatasinya.

     Tidak ada cara untuk kita mengetahui atau meramal bila kejadian itu bakal berlaku dan siapa pula akan menjadi mangsa.Justeru itu penting bagi anggota mayarakat untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati- hati dan waspada apabila berada di bandar ,perhentian bas,pasar malam,sedang menaiki motosikal atau berjalan kaki.

     Adalah tindakan bijak untuk menghalang jenayah ragut sebelum ia benar-benar berlaku ke atas kita.Antara panduan mengelakkan daripada diragut:

1.      Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai

2.      Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman

3.      Elakkan  daripada meletakkan beg duit anda di dalam bakul membeli belah atau di kaunter

4.      Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebalah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas


5.      Semasa membeli belah di tempat yang sibuk, genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg itu  di tempat yang tidak tededah

6.      Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal


7.      Jangan berasak-asak apabila menaiki /menurun bas,kereta,kereta api,panggung wayang atau di tempat  yang sesak

8.      Bila menggunakan lif,pastikan  ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa.Jika anda diekori atau dicurigai terus keluar dari lif dengan segera


9.      Jangan menyimpan beg duit itu dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang ,bola sepak,bas atau sebagainya

10.  Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas  bahu anda terutama semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan


11.  Jangan simpan duit di satu kocek saja,simpanlah dalam kocek yang berasingan  

Peningkatan kes jenayah seperti ragut dikaitan dengan gaya kehidupan moden yang banyak memberi tekanan terhadap jiwa seseorang selain kepincangan berlaku dalam masyarakat

Monday, April 4, 2011

MITOS GAMBIR SARAWAK





     Ramai lelaki taksub dengan Gambir  Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

     Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada kaum lelaki dijalankan.

     Gambir atau nama saintifiknya Uncaria Gambier  biasa ditemui di hutan  khususnya hutan Nusantara,India dan China.Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai estrogen.

     Wujud rekod membuktikan gambir  digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan  ular dan krim penyembuh  kesan terbakar pada kulit manakala maysarakat  cina purba menggunakan untuk melegakan sakit tekat, ulser,melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah,menurunkan tekanan darah,merawat hipertensi,pening kepala,sawan selain membuang angin dalam badan.

     Bagi  penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan  bersama sirih pinang kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.Di sarawak pula herba itu mungkin satu daripada herba utama yang di jual dan dihasilkan di sana  kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambir di tengah Bandaraya Kuching.

     Sebenarnya,gambir adalah satu daripada tujuh spesis daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak.Di Negara lain wujud beberapa spesis lagi daripada Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

     Namun penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit birit, kerosakan buah pinggang,mual,bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

     Namun di Sarawak,gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu memperkasakan lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

     Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya terutama pengamal lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air membolehkannya disapu pada bahagian kemaluannya.

     Bagi masyarakat melayu di Sarawak pula,gambir sering digunakan untuk menahan sakit  terutama sakit gigi.Gambir Sarawak mungkin spesis yang bebeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua didunia. Khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal


PENYAKIT PUNCA LEMAH




     Kajian menunjukkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kolestrol dalam darah memang menganggu pencapaian ereksi atau menyebabkan Disfungsi Erektil (DE).

     Tekanan darah tinggi mengakibatkan kesempitan salur darah penghujung,jadi darah tidak dapat masuk dengan lancar ke dalam otot zakar.

     Kencing manis pula menyebabkan gangguan kepada fungsi urat saraf dan secara langsung mengakibatkan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

     Peningkatan kolestrol turut membuatkan darah pekat dam menyebabkan salur darah menjadi sempit. Akhirnya menjadikan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

     Semua penyakit itu menjadi penyebab kepada DE dan lebih teruk lagi penyakit berkenaan menjadi lebih berat.

     Ubat yang diberi hanya untuk mengawal penyakit itu supaya proses penyakit  tidak ketara dan anda terhindar daripada penyakit yang lebih teruk  atau mati.

     Ubat berkenaan tidak akan memulihkan penyakit itu dan anda perlu makan selagi doktor tidak ubah jadual pemakanan  ubat terbabit.

     Selain penyakit tadi ,amalan gaya hidup mempengaruhi fungsi pencapaian ereksi. Merokok,minuman keras,tidak bersenam,kenaikan berat badan ketahap yang melampau dan tekanan memberatkan lagi keadaan.

     Jangan salahkan ubat,Jika anda tidak makan ubat dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat,riwayat  hidup anda mungkin singkat.

     Jika anda ada masalah untuk mencapai ereksi,jelaskan perkara itu kepada doktor.
Penyakit DE ada rawatan,selain menggunakan pam vakum yang dibeli daripada doktor atau farmasi,pil tertentu dapat membantu melancarkan darah dalam otot zakar dan pil ini hanya boleh didapati daripada doktor atau farmasi dengan surat pengesahan doktor.


Saturday, April 2, 2011

GMT..Perghh..bangga la tuh


    Perghh best jugak berkelah di PD nih.... sambil bleh le cuci mato skit. Tak sangka hari minggu ni ramai sungguh orang di pelusuk negeri yang datang kat PD ye. Tak kira lah yang datang ngan family ke...ngan member ke ...ngan couple ke..masing2 ade tujuan dan hajatnya... yang pasti kita enjoy dan bergembira.

    SSD ngan member sebenarnya tidak merancang untuk datang ke sini... hanyalah kebetulan je..itu pn pasal kenduri dan bisnes.. klu ikutkan hati memang malas nk pegi mana2  hujung minggu ni.. itupun semua dah boring kat umah... bincang...borak..bincang..borak.. smuo angkat tangan kaki  nk pegi PD... itu pn paling jauh... klu paling dekat  pun pergi S.Congkak,Gabai,Tekala dll. Hahahaha... akhirnya SSD telah berjaya memperdayakan diorg...

    Tak pe la...janji SSD dapat mandi laut...SSD sbenarnya malas nak drive...malah lebih suka duduk kat blakang je sambil memerhati pemandangan indah sepanjang jalan... last2 mlayang entah kemana..
Sampai je kat PD...SSD trasa truja kerana banyak perubahan yang berlaku...maklumlah dah 3 tahun tak ke sana..

    Sebenarnya SSD nak cerito pasal gadis melayu terakhir (GMT) sorang nih... perghh..mata SSD truja apabila melihat gadis yang seksi..berseluar ketat paras paha (menggiurkan sape2 yang memandangnya)... baju pula..mak aih dengan sendatnya menampakkan buah mangga yang sedang mekar untuk dipetik..
perghhh...juling mato SSD melihatnya (maklum le dah lamo x tengok gelagat manusia zaman sekarang).. gelagat SSD dah macam org baru terlepas penjara 10 tahun...

    Berbalik cerita tadi tentang gadis melayu terakhir... bajunya yang sendat hanya separas pusat je... MasyaAllah...dia nih xde baju ke nak pakai..knape le pakai ketat2 sgt... macam baju baby je.. entah2 berebut ngan adik dia kot... Dr atas  ke bawah SSD pandang.. last2 sekali terpandang satu objek di bahagian pusat nya...laaa..tindik pusat rupanya... besar plak permata tuh... apsal x letak mangga pintu je.. baru le ade klas skit..



    Perghhh..berbulu mata SSD nengoknya (gelak kecil dlm hati tapi tersenyum lebar). Dengan bangganya GMT itu berjalan di khalayak ramai tanpa memikirkan maruah sendiri apabila dipandang oleh orang2 tua.. begitu jugak dengan bebudak yang terlopong memandangnya dan sambil menutup muka menahan malu.

   Kalau minah salleh ok la jugak pakai macam tuh.. diorg pun bukannya tahu sangat pasal budaya kita malah xde perasaan malu langsung.. Pihak berkuasa telah mengenakan syarat2 ketat dan peraturan yang telah digariskan tidak membenarkan memakai pakaian yang menjolok mata di khalayak ramai. SSD jeling2 kanan kiri... tapi xde plak minah salleh yang jadi biawak kat pantai... sekurang-kurangnya xde le mereka bawa budayanya  kat sini.. betul tak...

    Itulah zaman sekarang ... ape nak jadi  dengan gadis zaman sekarang ye..




AL-FATIHAH



    Setiap solat,baik solat fardu maupun solat sunat dari setiap rakaatnya diwajibkan membaca surah Al-Fatihah. Ini menujukkan keutamaan surah Al-Fatihah itu. Di dalam beberapa hadis juga disebutkan mengenai keutamaan surah itu. Seperti hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Abdul Malik bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda(yang ertinya); Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) itu adalah ubat dari segala penyakit. 

Adapun keutamaan atau khasiat Surah Al-Fatihah lainnya adalah:

1. Apabila dibaca 1 kali ketika hendak tidur,di tambah dengan membaca surah Al-Ikhlas 1 kali,surah Al-Falaq 3 kali dan surah An-Nas 1 kali, insya Allah selama semalaman itu dihindarkan dari sesuatu yang tidak diinginkan kecuali mati.

2. Apabila dibaca 41 kali setiap selesai solat sunat qabliyah subuh dibaca terus menerus,maka Allah akan memberi kelapangan rezki,dijauhkan dari kefakiran dan kehidupannya serba cukup.Jika mempunyai hutang, akan hutangnya akan berbayar.Jika menghidap penyakit yang sukar disembuhkan,maka Allah akan memberi kesembuhan.Jika keadaannya diperantauan,maka di dalam perantauannya itu akan memperoleh kemulian dan disegani oleh masyarakat. Jika mempunyai musuh atau seteru akan menjadi segan dan menyerah,bahkan akan berbalik menjadi teman akrab.

3. Apabila dibaca 7 kali setiap selesai solat fardu,maka Allah selalu melimpahkan kebaikan kepadanya dan dihindarkan dari kesusahan di dalam mencari nafkah sehari hari.Segala yang diusahakan akan memperoleh hasil yang memuaskan.Hidupnya sehari hari selalu memperolehi keberuntungan.

4. Apabila dibaca 20 kali setiap selesai solat fardu,maka Allah akan menjaganya dari bahaya sihir atau khianat manusia dengan ilmu hitam. Disamping itu juga dijauhkan dari gangguan jjin dan syaitan yang terkutuk.

5. Apabila dibaca 40 kali pada segelas air (setiap satu dihembuskan ke dalam air yang ada di gelas tersebut),kemudian air itu diusapkan ke wajah orang yang sakit panas,insyaAllah dia akan sembuh.

6. Bila ditulis di piring kemudian dilunturkan dengan air putih (air biasa) lalu diminumkan kepada orang yang baru kebingungan kerana terlalu banyak beban mental atau tekanan jiwa,insyaAllah akan hilang kebingungannya.Fikirannya kembali tenang ,jiwanya menjadi bersih kembali.

7. Apabila seorang itu dirantai atau diikat tangannya lalu dibacakan 122 kali, setelah itu rantai diludahi 10 kali,insya Allah setelah digerakkan maka rantai atau ikatan itu akan putus dengan sendirinya.

     Demikianlah rahsia yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah yang terdiri dari 7 ayat termasuk Basmalahnya.Akan tetapi yang lebih penting lagi bahawa surah Al-Fatihah merupakan induk bagi semua isi Al-Quran,serta menjadi itisari dari kandungan Al-Quran.



Monday, March 28, 2011

Awasi Anak Layari Internet



    Unsur keganasan ,gambar lucah, klip video muat turun atau apa saja perkara berkaitan bahan terlarang dalam laman web semakin digemari.  Tidak mudah mengawal  anak-anak atau remaja daripada melayari  laman web sedemikian.

    Pelbagai masalah sosial hari ini begitu mengejutkan seperti anak kecil sudah pandai melakukan ‘zina’  atau perkara berunsurkan seks seawal usia 10 atau 11 tahun. Kejadian itu sekali gus menggemparkan masyarakat di samping bimbang pengaruh bahan berkaitan dalam jangka panjang.

    Untuk itu,pencegahan perlu dilakukan seawal mungkin sebelum ia menjadi lebih parah.  Oleh itu ibu bapa perlu berusaha mengawal anak remaja daripada melayari laman web yang tidak berfaedah.  Ibu bapa mesti sedar ada banyak perisian yang mampu melindungi internet atau komputer, bukan saja daripada bahan lucah atau ganas, malah pelbagai masalah virus akibat perbuatan itu.

    Mengawal penggunaan internet bukan hanya tertumpu kepada masalah kelucahan atau keganasan tetapi virus dan masalah lain yang dimuat turun secara tidak sengaja di komputer.

   Berikut adalah petua untuk ibubapa mengawal aktiviti kurang sihat itu;

·        Hadkan masa penggunaan internet sama ada sejam,dua jam atau lebih .Cara ini mengawal anak anda daripada menghadap komputer sepanjang masa. Ada beberapa cara awal yang boleh diamalkan ibu bapa untuk mengawal penggunaan internet dikalangan anak mereka.
·        Terangkan secara jelas kepada mereka bahawa laman web lucah atau berunsur negatif seharusnya ditutup terus jika terpapar diskrin atau memaklumkan kepada ibu bapa.
·        Anak perlu dinasihati supaya tidak memberi maklumat peribadi  seperti nombor kad kredit ibu bapa atau nombor akaun sewenang wenangnya kepada orang lain.
·        Pastikan anak berjanji akan memberitahu anda aktiviti secara dalam talian yang dilakukannya termasuk menghantar gambar atau maklumat ke Laman web sosial.
·        Komputer yang digunakan anak anda tidak harus menghadap dinding atau sudut yang terlalu terlindung.Ruang tamu tempat sesuai dengan skrin komputer menghadap tempat terbuka.
·        Simpan kata laluan utama bersama anda bagi mengelakkan kebocoran maklumat atau penyalahgunaan yang menyebabkan anda menghadapi masalah pada masa akan datang.
·        Sentiasa berada di samping anak  untuk mengawasi pergerakkan dalam talian seperti rakan sembang di internet dan berbincang jika ada masalah berkaitan pengguanaan komputer. Berkongsi minat  dengan anak supaya anda tidak ketinggalan dalam arus teknologi terkini di bidang berkomputeran.



Internet kini menjadi semakin penting,setiap hari ia akan berkembang seiring kemajuan manusia seluruh dunia.Dlm dunia baru ini,tiada sempadan yang wujud. Semua orang digalakkan untuk terbabit dan menyumbangkan berdasarkan pengetahuan serta pengalaman mereka.

Kawalan ibu bapa amat penting bagi melahirkan minda anak yang cerdas dan bersih selain memantapkan daya fizikal serta mental ke arah pencapaian teknologi maju masa kini


Saturday, March 26, 2011

Buah-buahan Kaya Khasiat

 
    Pemakanan yang  berkhasiat penting untuk memastikan system pertahanan badan  berfungsi pada tahap optimum.Justeru itu, pakar pemakanan sering mengingatkan  pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari.

    Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan segar,sama ada sebagai jem dan jeli atau diawet seperti jeruk,sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin atau ditapai. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh diproses sehingga cair untuk diminum.

    Disebabkan buah- buahan dikategorikan sebagai pemakanan menyeluruh, buah-buahan adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan C,kalium,serat dan bahan antioksida. Buah-buahan juga mempunyai kandungan kolesterol rendah,sedikit atau tanpa lemak.Kebanyakkan buah-buahan mengandungi amat sedikit lemak,trans lemak dan kolesterol. Buah-buahan mempunyai fitokimia untuk menjamin kesihatan.

    Ramai mengetahui yang buah-buahan seperti anggur hitam mengandungi vitamin C, tetapi ramai tidak tahu yang buah-buahan juga mengandungi resveratrol,lycopene dan anthocyanin. Fitokimia menjamin kesihatan dengan membantu melambatkan proses penuaan serta merendahkan risiko penyakit.  Selain itu,pigmen ungu anggur hitam mengandungi anthocyanis,satu bahan antioksida yang membantu menjauhi penyakit.

    Buah-buahan adalah pilihan pemakanan yang terbaik untuk kanak-kanak. Ada ibu bapa kerap merungut yang anak-anak mereka  enggan memakan sayur-sayuran. Disebabkan buah-buahan sedia diterima kanank-kanak dalam pemakanan mereka , pastikan mereka memakan buah-buahan manakala minuman buah-buahan juga menyegarkan dan berkhasiat.

    Buah-buahan sering menjadi pilihan kerana ia tidak mendatangkan kesan toksik, misalnya vitamin A daripada betakarotena buah-buahan. Viamin A penting untuk penglihatan dan melindungi kulit daripada jangkitan. Vitamin A,C dan E termasuk betakarotena dalam buah-buahan adalah bahan antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

    Buah-buahan berwarna ungu,merah tua,jingga dan kuning seperti angur hitam, durian serta betik mengandungi bahan antioksida dengan anggur hitam mengandungi vitamin dan galian yang amat tinggi.

    Buah-buahan juga mengandungi galian penting seperti kalium yang menstabilkan kadar bendalir badan serta menurunkan tekanan darah tinggi. Anggur hitam,pisang dan buah sitrus merupakan buah-buahan yang kaya dengan kalium.

    Disebabkan buah-buahan mengandungi serat,pengambilan serat buah-buahan boleh membantu menguatkan jantung. Sementara itu vitamin B1,B2,B6,B12,asid folik dan viamin E termasuk zat galian seperti zat besi,zink,magnesium dan selenium juga membantu sistem pertahanan badan.Anggur hitam adalah sumber yang kaya dengan zat terbabit.




Didikan Awal Beri Kesan Kpd Hidup Anak




    Jika anak dibiasakan dengan hal yang baik,dia akan berkembang dengan kebaikan tetapi jika sebaliknya, anak juga akan terbiasa dengan keburukan.  Anak kecil bagaikan rentangan kain putih, ibu bapa yang mencorakkan dirinya malah pendidikan dan adab yang baik mampu memberi kesan dalam hidup mereka.

·         Waktu makan,didik anak makan dengan tangan kanan .Usah tergesa-gesa waktu makan sebaliknya kunyah makanan dengan baik.Nasihat mereka tidak mengotorkan pakaian ketika makan.
·         Latih anak supaya tidak bermewah-mewahan sewaktu makan serta didik anak jangan terlalu banyak makan.
·         Tanamkan sikap supaya mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana.
·         Kawal anak supaya tidak mudah bergaul dengan anak-anak yang suka bermegah-megah dan bersikap angkuh.

Pergaulan yang kurang baik boleh memberi pengaruh besar kepada anak-anak

·         Tanamkan rasa cinta untuk membaca Al-Quran dan buku yang baik.Anak-anak juga harus dibiasakan menghafal nasihat yang baik,sejarah  orang yang soleh dan mengasah jiwanya supaya sentisa  mencintai serta meneladani mereka.
·         Ibu bapa harus bijak berkomunikasi dengan anak serta menyemai rasa hormat mereka pada orang yang lebih tua.
·         Biasakan anak taat kepada orang tua,guru,pendidik dan mereka yang lebit tua daripada dirinya.
·         Galakkan anak memiliki jiwa berani dan sabar dalam keadaan sukar.



Friday, March 25, 2011

BATU KARANG

   Batu karang adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan orang dewasa berbanding kanak- kanak. Sekiranya keluarga mempunyai sejarah batu karang maka kanak- kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang sama.


    Batu karang berasal daripada zat mineral halus yang menjadi keras dalam jangka masa yang lama.Batu karang terhasil daripada kandungan kalsium, oxalate atau asid uric yang tinggi di dalam air kencing.Buah pinggang pula tidak dapat memastikan kandungan air yang mencukupi untuk mencairkan bahan ini,menyebabkan ia membentuk ketulan kristal yang halus dan seterusnya secara perlahan lahan ia akan membentuk batu karang.  

    Oleh kerana itu,buah pinggang haruslah memastikan bekalan air yang mencukupi untuk membuang  bahan yang berlebihan ini.Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko tinggi  untuk mendapat batu karang.Penyakit batu karang ini boleh berulang sekirannya pencegahan tidak diambil kira
   >Kurang minum air dan dehidrasi berpanjangan.
   >Aliran dan jumlah air kencing kurang atau perlahan atas sebab tertentu sama ada saluran kencing tersumbat atau pundi kencing tidak berfungsi dengan baik.
   >Jumlah kandungan bahan kimia seperti kalsium,oxalate danasid uric berlebihan.
   >Penyakit perbuatan lain yang menggangu proses pembentukan air kencing atau fungsi buah pinggang.
   >Makanan yang mempunyai paras garam ,lemak,daging merah dan gula yang tinggi boleh menambah risiko penghasilan batu karang.
  
Tanda menunjukkan seseorang  kanak2 itu mungkin menghidap batu karang ialah
    >Kencing berdarah.
    >Bertambah kekerapan buang air kecil dan tidak lawas kencing.
    >Rasa loya dan muntah.
    >Rasa sakit ketika buang air kecil.
    >Sakit bahagian pundi kencing atau belakang.
    >Mendapat jangkitan air kencing.

    Salah satu cara bagi mencegah terhasilnya batu karang ialah dengan membuat perubahan kepada diet anak dan minum banyak air.Galakkan mereka supaya meminum air yang mencukupi bagi keperluan badan untuk aktiviti harian sekurang kurangnya setengah darpada berat badan dalam millimeter.Minuman seperti jus limau atau lemonade adalah kaya dengan sumber sitrat yang boleh mengurangkan pembentukkan batu karang.Elakkan memakan makanan yang bergaram.Rawat jangkitan air kencing dengan cepat.

   Sekiranya batu karang  tidak dirawat,lama kelamaan ia boleh menggangu fungsi buah pinggang pesakit dan memberi kesan negative.Penggunaan ubat ubatan herba harus dilakukan berhati hati dan mendapat nasihat daripada pakar kerana ada herba yang berbeza mempunyai khasiat yang berbeza,ia mungkin boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit.




CEMBURU BIAR BERPADA


  Cemburu bagaikan garam dalam masakan,sedikit menambah rasa,banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa. Cemburu  juga menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah berasa cemburu,takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah.

    Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap cemburu perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan. Bagaimanakah situasi cemburu yang sesuai dan bagaimana pula cemburu itu menakutkan pasangan?.

    Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada induvidu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang akan sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat,itu cemburu tidak bertempat.

    Sekirannya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan induvidu lain selepas kerja,cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda  pulang lewat kerana bekerja,itu adalah cemburu buta.

    Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku,pasangan akan jadi takut untuk berterus terang  atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru hara dengan pertengkaran.

   Untuk mengatasi  cemburu tidak berasas,gunakan fikiran untuk mengawal emosi bukan sebaliknya. Apabila dirasuk rasa cemburu,berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan?. Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.

    Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan sahaja anda  dapat atasi rasa cemburu,malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya si dia memang menipu,sekurang kurangnya anda  sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan menentukan. Cemburu memang bahaya dalam perhubungan.

 Berikut adalah petua yang mungkin boleh dijadikan panduan;

 Betulkan semula niat.
     Pertama,perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat,malah amalan yang disertai bersama niat, insyaAllah ada ganjarannya. Begitu juga dalam bercinta,perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan,anda tidak akan rasa sedih malah ,jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.

Kekasih itu bukan milik kita.
    Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru,kekasih,isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik.Justeru itu anda akan mula belajar erti redha.

Dekatkan pada Maha Pencipta
    Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang,begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta,janganlah sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber  kekuatan kita lantas rasa cemburu,gundah,iri,gelisah dan segala macam rasa tidak senang akan hilang.




Saturday, March 19, 2011

Vitamin A dan D dalam Ikan Kod

    Ambil empat camca teh makanan penawar yang boleh diperolehi dengan mudah untuk membantu membina struktur rangka yang sihat dan kuat.Makanan penawar ini boleh didapati seperti minyak ikan kod.Ia adalah rumah harta vitamin A dan D yang dinamik serta diperlukan untuk membantu melindungi badan terhadap masalah osteoporosis dan osteomalaci iaitu antara masalah awal sebelum tulang menjadi rapuh dan mengalami kereputan yang membahayakan.

   Vitamin A dan D penting digunakan oleh metabolisma untuk memberikan kekuatan pada tulang, membetulkan kelembutan,memperbaiki kepekatan dan isi padunya.Hasilnya dapat melindungi proses penuaan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis.
   Di dalam situasi ini,terdapat tanda kekurangan vitamin yang jelas dengan bercirikan  oleh tulang yang lembut.Kekentalan tulang yang kurang vitamin tersebut akan membawa kepada kerapuhan.Vitamin2 ini diperlukan untuk meningkatkan penyerapan kalsium supaya ruang2 kecil di pusat tulang boleh menjadi kuat sekadar untuk menyokong tisu tulang yang berhampiran.

   Vitamin A dan D mencipta tindak balas pengukuhan ini dengan bantuan kalsium.Minyak hati ikan kod boleh didapati di mana mana farmasi.Dalam penyediaan tonik pula,sediakan segelas jus sayur sayuran yang diingini,kacau 2 camca teh minyak hati ikan kod.Untuk rasa yang lebih sedap perisakan ia dengan limau nipis.Minum segelas pada waktu tengahari dan juga pada sebelah malamnya.Khasiat minuman ini ialah kemampuaannya menghantar rangkain pembina tulang berkuasa vitamin Adan D ke dalam metabolisme.

   Selepas tindakbalas dalam masa 7 hari,rangka badan akan menjadi kuat dan teknik ini adalah cara yang terbaik untuk membina tulang yang kuat.



Thursday, March 17, 2011

ORANG TAMAK SELALU RUGI

         Pada zaman dahulu,telah datang seorang lelaki kepada nabi Isa as.Lelaki itu ingin sekali bersahabat dengannya, "Aku ingin bersahabat dan selalu bersamamu  ke mana saja engkau pergi," kata Rakus.
"Jika demikian,baiklah!" jawab Nabi Isa as.

        Pada suatu hari mereka berjalanlah di tepi sungai sambil memakan roti.Ada 3 keping roti,sekeping dimakan oleh Nabi Isa as,sekeping lagi dimakan Rakus. Maka yang tinggal cuma sekeping lagi.Ketika Nabi Isa as mencari air minuman di sungai,baginda mendapati baki roti tadi telah hilang.Baginda kemudiannya bertanya kepada sahabatnya tadi siapakah yang telah mengambil roti tersebut tetapi sahabatnya hanya menggelengkan kepalanya tidak tahu.

       Ketika kedua duanya sedang berjalan jalan,tiba tiba mereka ternampak seekor rusa dengan dua anaknya. Maka dipanggilnya salah seekor daripadanya anak rusa tersebut lalu disembelih dan dibakar.Kemudian mereka berdua pun memakannya.

       Nabi Isa as kemudiannya berdoa kepada Allah swt supaya anak rusa yang telah dimakan itu hidup kembali.Dengan izinNya,maka anak rusa itu pun hidup semula.Lalu Nabi Isa as bertanya kepada sahabatnya itu tentang kehilangan roti tersebut tetapi sahabatnya itu hanya menggelengkan kepalanya.

      Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga sampai ke sebatang anak sungai.Nabi Isa as memegang tangan Rakus dan mengajaknya berjalan di atas air sehingga sampai ke seberang.Sekali lagi ditanya kepada sahabatnya itu,siapakah yang mengambil roti tersebut tetapi sahabatnya tetap menggelengkan kepala.

     kemudian mereka  pun berjalan jalan ke dalam hutan.Ketika sedang berehat,Nabi Isa as,mengambil tanah dan anak batu lalu diperintahkan supaya menjadi emas.Maka dengan izin Allah swt tiba tiba tanah dan anak batu itu berubah menjadi  ketulan emas yang banyak.

     Nabi Isa as kemudiannya membahagikan ketulan ketulan emas tersebut kepada tiga bahagian. Apabila melihat ketulan emas itu,cepat cepat Rakus mengaku dialah yang mengambil roti tersebut.Mendengar itu,Nabi Isa as menyuruhnya mengambil kesemua bahagian lalu  mereka berdua pun berpisah.

     Rakus kemudiannya didatangi oleh dua  orang penyamun yang mahu merompak dan juga membunuhnya. Apabila menyedari dirinya berada dalam bahaya,Rakus pun mencadangkan kepada kedua dua penyamun tersebut agar harta dibahagikan sama rata.

      Kedua penyamun itu bersetuju lalu menyuruh salah seorang daripada mereka pergi ke pasar membeli makanan.Atas persetujuan bersama,salah seorang daripada penyamun itu telah dipilih pergi ke pasar. Ketika di dalam perjalanan pergi dia mendapat idea untuk meletakkan racun di dalam makanan yang dibelinya nanti supaya kesemua emas tersebut dapat dibolotnya.

     Sementara itu,Rakus yang tinggal besama salah seorang penyamun itu berpakat untuk membunuh rakannya itu dan kesemua emas itu bolehlah mereka bahagikan berdua.Sebaik sahaja penyamun yang ditugaskan membelli makanan itu sampai,Rakus dan rakan penyamun tadi pun segera melaksanakan rancangan mereka iaitu membunuhnya.Setelah dibunuh maka gembiralah mereka berdua kerana mendapat emas yang banyak.

      Setelah dibahagikan dua,perut mereka pun terasa lapar.Lalu mereka pun memakan makanan yang dibawa pulang rakan yang dibunuh sebentar tadi tanpa mengetahui makanan itu beracun.Akhirnya kedua duanya mati.

      Ketika Nabi Isa as berjalan jalan di hutan,terjumpalah Baginda dengan ketiga tiga mayat yang bergelimpangan berhampiran longgokkan emas tersebut. Seorang daripadanya adalah sahabatnya yang amat dikenali.Lalu berkatalah Baginda Kepada mereka, " inilah contohnya kehidupan duniawi,maka berhati hatilah kamu kepadanya,"

      Iktibar daripada kisah ini ialah bersikap jujurlah di dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan janganlah sesekali terlalu tamak dengan harta dunia kerana kesemuanya tidak akan kekal lama.Yang kekal abadi hanyalah Allah Yang Maha Kuasa.



acu cuba try klik jap