Thursday, July 28, 2011

Surah Al-Quraisy- keberkatan makanan, penawar racun

     Surah Al-Quraisy adalah surah yang ke 106, terdiri dari 4 ayat. Nama Al- Quraisy diambil dari lafaz Quraisy yang terdapat pada ayat pertama surah ini,yang ertinya suku kaum Quraisy.

     Surah ini berisi peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka. Kerana itu mereka diperintahkan untuk menyembah Allah.

Adapun khasiat yang terkandung di dalamnya adalah;

  1. Bila dibaca pada bahan makanan untuk orang ramai (misalnya beras untuk nasi kenduri) insyaAllah bahan makanan itu membawa berkat.
  2. Apabila dibacakan untuk makanan sendiri, maka akan merasa kenyang  dalam waktu yang lama.
  3. Bila ditulis pada piring,menulisnya harus dalam keadaan suci lalu dilunturkan dengan air biasa, kemudian air itu diminumkan orang yang terkena bisa atau keracunan, InsyaAllah akan sembuh. Bisa atau racun itu akan menjadi tawar dengan izin Allah SWT.
  4. Bila air itu diminumkan kepada orang yang sedang kebingungan, InsyaAllah dia akan sedar dan hilang bingungnya.

Surah Alam Nasyrah- kuatkan ingatan,murah rezki


     Surah Alam Nasyrah adalah surah yang ke 94, terdiri dari 8 ayat. Nama Alam Nasyrah diambil  dari lafaz Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya ;Bukankah Kami telah melapangkan?

     Kandungan isi dari surah ini adalah sebagai tasliyah atau penghibur kepada Nabi Muhammad SAW seperti penegasan Allah tentang nikmat-nikmatnNya yang telah diberikan kepada baginda dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran pasti ada kemudahan. Sehingga baginda diperintahkan agar tetap melakukan amal-amal soleh dan bertawakal.

Khasiat surah ini antaranya:

1) Apabila dibaca 7 kali setiap solat fardu, nescaya Allah akan melapangkan jalan rezekinya.

2) Apabila ditulis (menulis dalam keadaan suci) lalu tulisan itu dilunturkan dengan air mawar dan diminumkan kepada orang yang  selalu susah, insyaAllah segala kesusahan akan hilang segera dan berganti dengan kesejahteraan dan kebahagiaan. Kalau dia bingung,maka bingungnya segera hilang.

3)  bila ditulis di piring lalu dilunturkan dengan air biasa, setelah itu air tadi diminumkan kepada orang yang sering lupa, insyaAllah dia akn menjadi orang yang kuat ingatannya dan cerdas

Monday, July 25, 2011

Nafsu Burung Unta



     Dulu, di Negara kita, burung unta hanya dapat dilihat di dalam zoo seumpama Zoo Negara sahaja. Tapi kini sudah terdapat ladang pemeliharaan burung unta. Malah ladang itu juga dijadikan tempat tarikan pelancong. Mereka boleh menunggang burung unta.

Thursday, July 21, 2011

Aku dan Bunga Tahi Ayam



     Perghhh…bunga yang harum…sewangi-wanginya… lebih wangi dari bau kambing… Sewangi-wangi kambing, lebih harum lagi dia… sehingga kambing sendiri pun mengalah dan mengaku keharumannya..
Sebenarnya aku nak cerita pasal kenangan dulu-dulu dengan bunga yang harum ini.. Masa bebudak dulu aku suka kacau budak perempuan.. bleh dikatakan kitorng ni suka membuli… lebih2 lagi kalau diorng tuh sombong dan tidak mahu main ngan kita..

Sunday, July 17, 2011

Sakit Perut


     Sistem percernaan bertindak balas dengan tajam pada penderaan fizikal dan minda. Apabila mengambil makanan,minuman yang terlalu panas ataupun sejuk, esofagus (saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut) bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan pantas.

     Ini menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik (jus pencernaan) yang cuba bertahan dengan kejutan penceroboh yang tidak dikehendaki. Perut kemudiannya memberontak kerana jus yang berlebihan dan ini menyebabkan berlakunya asid perut,perut masam atau sakit perut. Kekejangan mungkin lemah, membuatkan seseorang itu terasa sakit.

Saturday, July 9, 2011

Jalan Cipta Kejayaan


     Apabila anda berkata kepada diri, “saya tidak mahu berubah,” itu bermakna anda tiada jalan untuk menuju kejayaan.Begitu juga kalau anda berkata kepada diri anda,”saya boleh berubah,tapi saya tidak mahu berubah.” Itu bermakna anda ada jalan untuk kejayaan,tapi tidak melangkah di jalan itu.

     Begitu juga jika sekiranya anda berkata,”saya boleh berubah,saya pun mahu berubah,tapi saya tidak tahu bagaimana untuk berubah.” Ini pun tidak memberi kesan kepada anda peluang kejayaan. Ini disebabkan anda tahu boleh melangkah kearah kejayaan,tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah itu

Wednesday, July 6, 2011

ASMA

     Asma ialah satu keadaan yang dapat dikenal pasti melalui batuk, berbunyi sedutan dan kesukaran bernafas yang disebabkan oleh sesuatu alergik sama ada ia disedut atau ditelan. Keadaan ini mungkin menjadi lebih teruk pada satu ketika oleh reaksi terhadap ketegangan.

Thursday, June 30, 2011

Ikan Penawar Pelbagai Penyakit


ikan haruan
     Haruan merupakan ikan air tawar yang kaya dengan pelbagai khasiat. Selain untuk mengatasi kelemahan tubuh badan, ia cukup untuk mengubat luka, terutama di bahagian dalaman tubuh.Biasanya ia dijadikan sup dan baik untuk ibu-ibu bersalin kerana ia juga dapat memanaskan badan serta melancarkan pengaliran darah.

Saturday, June 25, 2011

PATAWALI


      Patawali adalah nama tumbuhan jenis menjalar dari keluarga menispermaceace. Ia mempunyai batang yang berkerutu dan berdaun lebar. Patawali atau nama saintifiknya tinospora crispa(miers) mudah ditemui di kawasan bersemak samun ataupun tumbuh menjalar di pagar-pagar rumah.

     Tumbuhan ini turut dikenali dengan nama lain seperti akar seruntum, brotowali ataupun batang wali. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit dan bahagian batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi.

Tuesday, June 21, 2011

KASIH YG ABADI


     Di malam ini ,terasa sepi menyelubungi diri. Entah mengapa dengan tiba-tiba hati tercuit untuk memikirkan apa yang telah aku lalui selama ini. Dan mata terbayang wajah-wajah insan yang aku rindui, wajah insan yang sentiasa di sisi tika aku memerlukan.

     Aku menyayangi dirimu lebih dari diriku sendiri dan aku tahu walaupun kau tidak menyatakan, begitu juga dengan dirimu terhadap diriku... maafkan aku jika kekadang diri ini sering menyakitkan hatimu. Namun percayalah di hati ini hanya dirimu yang bertahta.

     Tidak dinafikan adakalanya aku bercakap tentang "seseorang" itu seolah- olah aku menyayanginya. Dan aku tahu kau lebih memahami diriku dan menetapkan semua itu hanyalah gurauan bodoh dariku.

     Memang benar kau bukanlah cinta pertamaku.Akan begitu kau adalah isteri pertama dan terakhirku. Biarlah untuk hembusan terakhirku di atas ribaanmu dengan keimanan dari bimbinganmu. Aku bangga mempunyai isteri sepertimu. Mencintai, menyayangi, mengasihi dan memahami. Aku bersyukur padaNya di atas perhubungan ini. Semoga hidup kita akan diberkati.

     Tragedi yang berlaku dalam perhubungan kita telah aku lupakan dan lemparkan jauh-jauh dari memori dan diari hatiku. Tidak ada walau sekelumit benci buat dirimu isteriku. Apa yang berlaku biarlah ia pergi di bawa arus kehidupan. Mungkin apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri.

     Bersamalah kita mengharungi dugaan duniawi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. Doaku sering mengiringi dirimu insan yang ku cintai walaupun di mana kau berpijak jua. Akan aku jaga maruah diriku sebagai suami demi amanah yang telah diberikan padaku. Semoga kasih yang terjalin antara kita akan berpanjangan selamanya
kau adalah mawarku yang sentiasa berada
disisiku


Monday, June 20, 2011

Ati- ati Penawar Lelah dan Bisul


     Pokok ati-ati di kalangan kita dikenali sebagai bunga yang biasanya ditanam di dalam pasu atau di atas tanah sebagai hiasan taman. Nama saintifiknya ialah Solesnostemon secutellaroides. Ati-ati mempunyai daun yang berbagai. Ada yang berwarna merah hati, kuning, hijau dan juga yang mempunyai warna berbagai.

     Pokok ati-ati adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang  yang lembut, bercabang-cabang  dan daunnya tumbuh terus dari batang pokok mampu mencapai ketinggian sehingga satu meter.

     Daunnya bergerigi dengan tulang daun kelihatan jelas, mempunyai bulu-bulu halus di permukaan atasnya dan lebih panjang di permukaan bawah. Ia mudah tumbuh dengan hanya menanam keratan batangnya sahaja.

     Bagi pengamal perubatan tradisional, pokok ati-ati bukannya sekadar hiasan halaman tetapi mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

     Antara khasiat daun ati-ati adalah membantu mereka yang mengalami masalah lelah dan batuk. Untuk lelah ataupun batuk, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 helai daun ati-ati. Setelah dibersihkan, sapu permukaan daun dengan kapur sirih dan layurkan di atas api. Daun yang masih panas ditampalkan ke leher dan dibiarkan sehingga sejuk. Langkah tadi diulang berkali kali untuk mendapatkan khasiat yang baik.

     Pokok ini juga mampu menyembuhkan bisul, dengan cara melumatkan daunnya terlebih dulu dan kemudiannya ditampalkan  di sekelilng tempat yang ditumbuhi bisul. Cara ini bukan saja dapat mengurangkan kesakitan akibat denyutan malah dapat membantu memecahkah bisul dengan lebih cepat.

     Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada tubuh badan yang terkehel, terseliuh ataupun patah. Sementara untuk menyembuhkan demam dan juga sakit kepala, daun yang telah dilumatkan ditampal pada bahagian dahi dan kemudiannya dibalut dengan kain sehingga kering. Proses ini diulang-ulang beberapa kali sehingga sakit kepala mahupun demam anda hilang.

     Sementara kanak-kanak yang mengalami kudis, daun ati-ati yang telah ditumbuk lumat dicampurkan dengan minyak kelapa dan juga sebuku bawang putih beserta sebuku ibu kunyit yang telah diparut.

     Ketiga-tiga bahan tadi dimasak dengan minyak kelapa di atas api yang perlahan sehingga menggelegak. Setelah suam-suam kuku, barulah sapukan minyak campuran itu pada kulit yang berkudis itu. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh. 


Friday, June 17, 2011

Pilih Produk Yang Selamat Untuk Cantik


     Menampilkan kecantikan diri dari hujung rambut ke hujung kaki menjadi elemen penting dalam  kehidupan masyarakat hari ini. Malah, tidak lengkap kehidupan seorang wanita jika tidak merawat diri sama ada secara tradisional ataupun menggunakan kaedah moden.

     Perubahan zaman menjadikan agenda cantik, menarik dan bergaya tidak hanya menjadi tumpuan wanita saja,sebaliknya kini lelaki juga tidak kurang hebatnya. Lelaki hari ini mahu kelihatan  tampan dan segak selain sentiasa nampak segar dan sihat.

Friday, June 10, 2011

Kakak Tua Boleh Bercakap?



    Ramai merasa takjub dan kagum mendengar kakaktua  boleh berkata-kata. “assalamualaikum… selamat pagi…dah makan…” adalah antara yang sering diucapkan haiwan itu.

    Namun tiada siapa dapat menjelaskan bagaimana burung itu dapat meniru percakapan manusia. Adakah ia faham dengan apa yang dicakapkan?.

    Ada yang mendakwa kakaktua meniru cakap kita kerana sruktur lidahnya yang besar dan tebal.Sejauh mana benarnya, masih belum dapat diperjelaskan kerana ada juga burung lain, misalnya burung gagak dapat berkata-kata, sedangkan lidahnya jauh lebih kecil.

    Helang pula yang mempunyai lidah lebih besar dan tebal tidak pula boleh berbuat demikian. Menurut biologis, kakaktua tidak faham apa yang dicakapkannya.Kebolehannya meniru hanyalah kerana haiwan itu juga mengeluarkan bunyi yang kasar, seperti suara manusia. Ia sebenarnya hanya meniru bunyi suara kita,bukan percakapan.

    Kerana itulah sebutannya tidak jelas,bahkan butir-butir percakapan tidak menentu,selain mengeluarkan bunyinya yang hampir sama dengan suara manusia.Kesimpulannya,kakaktua atau apa jenis binatang sekalipun tidak boleh bercakap.

Sunday, June 5, 2011

4 Alasan Yang DiBenci Allah


Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan daripada 4 jenis golongan manusia iaitu;


1. Orang kaya,kalau sekiranya ia berkata,”kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehinga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan,” Kepada mereka ini Allah berfirman,” Kekayaanmu tidaklah standing dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”


2. Hamba sahaya,sekiranya dia berkata,”Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya,”Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”


3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasa tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s. dan tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”


4. Orang yang sedang menderita sakit,sekiranya dia berkata,”Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu.” Firman Allah kepadanya, “ Penyakit itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak pernah berhenti daripada menyebut nama-Ku.”


JANJI YG DIMUNGKIRI


penantian satu penyeksaan...

    Cuba bayangkan, seorang kawan sudah berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian-sekian waktu di tempat yang telah ditentukan.Jadi kita pun menunggulah dengan harapan membunga,dengan hati ceria.

    Lima minit menanti, sahabat yang ditunggu tidak muncul.Tak mengapalah, mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhati orang yang lalu lalang, sepasang kekasih berjalan beriringan, si ibu memimpin anaknya penuh mesra, seorang pelajar termenung, mungkin hatinya resah memikirkan pelajaran.

    Tapi sahabat yang dinanti, belum juga kunjung tiba. Tak apa, mungkin sekejap lagi dia sampai. Kita melihat jam di tangan, ah… sudah 20 minit berlalu. Kita menanti dan terus menanti… setengah jam,dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung!

Apa yang anda rasa?Tentu anda akan berkata…
a)Eee..mana lerr budak nih?
b)Kalau ada hal pun call lerrr…
c)Tak guna betul,tadi dah janji.
d)Tau lerr esok… siap engkau!

    Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucapkan akurjanji sebagai orang Islam di hadapan Allah s.w.t bahawa kita mematuhi Rukun Islam terutamanya solat 5 waktu. Kita tahu solat itu tiang agama,telah kita ikrarkannya kepada Allah s.w.t sejak sekian lama.

    Kedengaran azan berkumandang, Allah s.w.t sedang menanti kita menghadap-Nya. 5 minit… 20 minit… 40 minit… 1 jam… 2 jam… 3 jam, kita tidak langsung tak sembahyang!
    Bayangkan, apa yang Allah s.w.t rasa? Bukankah kita sudah berjanji,kenapa mungkir???

Thursday, June 2, 2011

Wasiat Sayidina Ali kepada anaknya

Apabila sedar dari pengsan setelah ditikam oleh Abd Rahman bin Muljam, 
Saidina Ali memandang anaknya, Sayidina Hassan 
yang sedang menangis di sisinya.

"Wahai anakku." kata Sayidina Ali, "hafalkan empat perkara disamping empat 
perkara." Apakah perkara itu,ayahanda?" soal Sayidina Hassan.
Kata sayidina Ali, "Kekayaan yang sebenarnya ialah akal, kepapaan yang 
sebenarnya ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan 
diri sendiri dan kemuliaan yang sebenarnya ialah akhlak yang baik.
Empat perkara lagi ialah, jangan berkawan dengan orang yang tamak
kerana zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi 
hakikatnya dia akan mencelakakan.Jauhilah 
berteman dengan pembohong 
kerana ia boleh menjadikan orang 
yang terdekat lari daripadamu
 dan sebaliknya.

Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan
 melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukanya dan jauhilah
 bersahabat dengan orang yang suka berbuat
 jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu
 dengan harga murah.

Wednesday, May 25, 2011

Herba Selasih


     Pokok selasih… sudah tentu nama ini tidak asing terutamanya dalam masakan masyarakat melayu. Penggunaanya cukup meluas bukan hanya dalam masakan tetapi juga dalam bidang perubatan.

     Sejak turun temurun,penggunaan ulam adalah salah satu pelengkap hidangan selain untuk penambah selera. Tak kira sama ada ulam itu dimasak ataupun dimakan secara mentah, ia sentiasa menjadi penyeri untuk hidangan makanan. Dan antara jenis ulam ulaman yang sering menjadi pilihan ialah daun selasih.

     Pokok selasih atau nama saintifiknya Ocimun sanctum bukan saja tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai makanan, malah ia juga terkenal dalam bidang perubatan herba. Kerana itu, ramai orang terutamanya penduduk di India menjadikan salah satu sumber pendapatan mereka kerana nilai pasarannya yang tinggi dalam bidang perubatan.

     Pokok ini juga dikenali dengan beberapa nama seperti Ruku ruku, Kemangi, Holy Basil, Sweet Basil dan juga Thulasi.  Pokok ini mudah ditemui dan hidup subur tanpa memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Ia banyak di dapati di negara-negara Asia termasuk Malaysia.

     Pokok ini terdapat  dalam beberapa jenis yang mana bunganya ada 3 warna iaitu putih, merah jambu dan unggu. Pokok selasih yang subur boleh tumbuh hingga tingginya mencecah 3 meter.

     Pokok selasih sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya untuk kaedah ayuverda yang berasal dari India. Daripadaa bunga, daun hingga akarnya mempunyai fungsi dalam perubatan tersebut. Ia turut dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini selain digunakan sebagai analgesic (ubat penahan sakit).

     Banyak penyakit boleh dirawat dengan herba ini. Menjadikan daunnya sebagai ulam amat sesuai untuk pengidap gastric atau menghadapi masalah penghadaman.

    Jika demam, rebuslah 15 gram daun selasih dan minum air rebusan itu 2 kali sehari. Panas badan akan cepat turun malah air rebusan ini juga berguna secara luaran untuk mengubati sakit sendi dan juga menambah pengeluaran air susu bagi wanita yang menyusukan anak.

    Air rebusan biji selasih bersama gula batu pula jika diamalkan meminumnya selalu akan menghilangkan kepanasan tubuh menjadikan badan kita rasa nyaman dan sejuk.

    Selain itu, herba ini juga mempunyai kandungan anti septik yang bertindak merawat dan menyembuh luka. Mereka yang rajin memakan daun selasih, jika  luka akan cepat sembuh. Malah, daunnya yang ditumbuk lumat boleh dilumurkan di tempat luka supaya darah berhenti keluar selain mengurangkan rasa sakit akibat luka tersebut.

     Herba ini juga mempunyai sifat alganesik yang membantu  meredakan kesakitan akibat sakit gigi, sakit perut dan juga sakit sendi.Orang-orang dulu ramai yang menggunakan herba ini untuk mengurangkan rasa sakit sendi setelah penat bekerja.

     Jika anda terkena bisul ,bakar daunnya hingga menjadi abu. Kemudian,campurkan dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada bisul tersebut.Ia menyusutkan bisul dan membantu mempercepatkan proses penyembuhannya.

     Banyak lagi kegunaan herba ini malah ia turut diperakui khasiatnya oleh pakar perubatan moden dan diakui sebagai herba pencuci darah. Sifat diuretiknya berfungsi meningkatkan pengeluaran bendalir dalam badan melalui peluh dan air kencing.

     Malah herba ini juga mujarab untuk merawat penyakit gastric, darah tinggi selain bersifat diaforetik dan karminitif yang membantu pengeluaran peluh dan juga angin dalam badan (selalunya melalui kentut).

     Jika anda amalkan pemakanan daripada pokok selasih ini, ia bukan saja menghilangkan masalah bau badan, paling pentingnya ia melancarkan perjalanan darah dalam badan sekaligus merendahkan risiko anda mendapat penyakit.


Tuesday, May 24, 2011

Hypermenorrhea - Pendarahan ketika Haid


Aktiviti harian terganggu bila berlakunya hypermenorrhea
     Pernahkan anda mengalami pendarahan berlebihan ketika datang haid? Ramai wanita pernah mengalami keadaan ini.

     Keadaan pendarahan berlebihan sewaktu haid atau jangka waktu haid yang terlalu lama berbanding kebiasaannya disebut sebagai hypermenorrhea. Keadaan ini adakalanya menyukarkan sebahagian wanita dalam melaksanakan aktiviti seharian. Bila hypermenorrhea tidak diatasi, wanita itu akan sering terganggu dengan keadaan ini.

Antara gejala dan kesan hypermenorrhea adalah

1) Masa haid yang lebih dari 7 hari.

2) Aliran darah haid yang terus menerus selama beberapa jam tanpa henti.

3) Memerlukan pemakaian tuala wanita lebih dari satu.

4) Memerlukan penggantian tuala wanita yang terlalu kerap.

5) Terdapat gumpalan darah dalam jumlah yang banyak.

6) Pendarahan yang banyak hingga mengganggu aktiviti harian.

7) Rasa sakit berpanjangan pada ari-ari sewaktu haid.

8) Waktu kedatangan haid yang tidak teratur.

9) Cepat letih, lelah dan nafas tersangkut-sangkut (seperti gejala anemia) sewaktu haid.

     Pemeriksaan doktor adalah perlu untuk mendapatkan hasil diagnose yang tepat untuk mencari penyebabnya. Dikatakan, keadaan ini berpunca bukan kerana faktor malah apa saja boleh menjadi penyebabnya. Adakalanya, pendarahan yang berlaku ketika haid ini tidak dapat diketahui dengan pasti.

     Ada juga antara faktor lain yang dikaitkan dengan keadaan ini, antaranya:

a)  Hormon tidak seimbang: Dalam pusingan haid normal, keseimbangan hormone adalah untuk mengatur pengeluaran darah haid. Jika timbul ketidakseimbangan hormone, endometrium (dinding uterus) akan menghasilkan aliran darah yang banyak.

b) Kista ovarium: Timbulnya kantung cecair di dalam atau di atas ovorium yang adakalanya menyebabkan ketidaknormalan pada haid.

c) Polip: Timbulnya polip pada dinding uterus menyebabkan pendarahan haid dalam jangka waktu yang lama. Polip biasanya muncul pada wanita usia produktif yang menghasilkan lebihan hormone,menyebabkan pendarahan yang tiada kaitan dengan haid.

d) Disfungsi Ovarium: Kegagalan fungsi ovarium, onovulation (proses pelepasan telur) boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

e) Adenomyosis: keadaan yang timbul ketika kelenjar dari endometrium melekat pada otot uterus,seringkali menyebabkan pendarahan dan rasa sakit pada perut dan ari-ari.

f) Penggunaan IUD: Kesan sampingan penggunaan alat ini pendarahan yang banyak ketika haid.

g) Kanser: Walaupun jarang ditemui,kanser pada alat reproduksi wanita dapat menyebabkan hypermenorrhea kerana boleh menyebabkan pendarahan berlebihan sewaktu haid.

h) Ubat-ubatan: Ubat-ubatan tertentu seperti ubat pencegah penggumpalan darah (anticoagulants) dapat menyebabkan darah haid keluar berlebihan dalam waktu yang lama.

Jenis Terapi Hypermenorrhea

Suplemen Zat Besi 
Jika keadaan ini disertakan dengan anemia,salah satu cara dengan pengambilan zat besi secara teratur.

Kontrasepsi Oral
Kontrasepsi oral (seperti pil perancang) boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk membantu keteraturan ovulasi dan mengurangi pendarahan dan jangka waktu yang lama haid.


Ubat-ubatan
Ubat yang termasuk dalan kategori NSAID (Nonstreroidal anti-imflammatory drugs) mungkin membantu mengurangi derasnya aliran darah.

Apa yang perlu dilakukan ketika mengalami hipermenorrhea

  • Rehat yang cukup
  • Tukar tuala wanita sekurang- kurangnya setiap 4 jam sekali. Catit penggunaannya kerana ia boleh dijadikan maklumat untuk doktor membuat kesimpulan
  • Ramai wanita suka mengambil aspirin untuk meredakan kesakitan ketika haid. Hindari aspirin kerana pengambilannya akan memperlamakan pengeluaran darah.



Saturday, May 21, 2011

Anak Lelaki... rilex seketika


4 orang lelaki pergi bermain golf bersama-sama. Sewaktu sedang bermain,mereka pun berbual- bual mengenai anak lelaki masing2.

Lelaki A: Anak aku adalah seorang kontraktor yang berjaya. Bayangkan , dia boleh beri sebuah rumah pada temannya dengan percuma.

Lelaki B:  Anak aku seorang tauke kereta. Dia ada berpuluh puluh pusat penjualan kereta di merata tempat. Malah ,dia memberi percuma sebuah Mercedez untuk teman baiknya.

Lelaki C: Anak aku pula seorang broker saham terkaya. Kerana dah tak tau nak buat apa dengan saham yang banyak,dia beri percuma je saham yang bernilai ratusan ribu ringgit untuk kawan2 nya.

Melihat lelaki D hanya berdiam,lantas mereka bertanya kepada lelaki D apa pula yang dilakuakan oleh anak lelakinya.

Lelaki D: Aku malas nak cerita sangat pasal anak aku.Bukannya apa,anak aku tu jadi gay. Walaupun aku tak suka dengan kerjanya itu,tapi aku hairan sebab di boleh hidup senang tanpa bekerja keras pun.Bayangkanlah dia mendapat sebuah rumah,kerata dan saham dengan percuma dari teman2  lelakinya yang sungguh baik hati.
Pelikkkk kaann??!!!



Friday, May 20, 2011

LALANG-rawat sakit buah pinggang


walaupun lalang terbiar dan tidak terjaga namum
byk khasiatnya dlm segi perubatan

     Lalang selalunya dikaitkan dengan sikap malas tanpa disedari bahawa lalang  yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai  ‘imperata Cylin drica’ mempunyai peranan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia apa lagi mereka yang mempunyai kaitan dengan penyakit buah pinggang.

     Penderita penyakit buah pinggang sering kali mengalami muka dan kaki sembab kerana keradangan ginjal dan kerap kali merasa keletihan yang amat sangat disebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi mengeluarkan  urin serta darah tidak dapat dicuci.

      Keadaan ini memaksa pesakit menggunakan mesin ‘hemodilisis’ yang akhirnya akan menjadikan buah pinggang kecut dan terus tidak berfungsi lantas pesakit bergantung 100 peratus kepada penggunaan mesin.

     Tumbuhan dari keluarga ‘gramineae’ ini telah dikenal pasti oleh para herbalis sebagai herba terbaik yang bertindak seperti mesin ‘hemodilisis’, ia bukan saja menolong mengeluarkan air kencing dan mencuci darah tetap juga menolong merawat buah pinggang tersebut.

     Meminum air rebusan akar lalang  di waktu pagi dengan dicampur sesudu madu lebah asli akan membantu memecahkan batu karang yang terbentuk di hempedu, buah pinggang, ulterus mahupun pada pundi kencing.

     Menurut kajian para herbalis terdapat 45 kandungan bahan kimia di dalam lalang  antaranya adalah potassium, calcium, colorogenic asid dan dapat pula menyembuhkan pelbagai penyakit seperti menurunkan suhu badan akibat demam panas, menurunkan tekanan darah tinggi, mencuci buah pinggang, menangani masalah saraf, batuk, demam kuning, menurunkan asid uric pada penderita sakit ghout dll lagi.

     Lalang mampu hidup subur di sebarang permukaan tanah kecuali kawasan yang berair, mempunyai daun hijau memanjang dan runcing di hujungnya serta mengeluarkan bunga yang putih berbulu halus. Ia mempunyai akar yang menjalar jernih berair.

     Bahagian paling mujarab digunakan  untuk tujuan perubatan adalah bahagian akarnya, biasanya ia direbus anggaran 100 gram bersamaan dengan tiga gelas air dan biarkan berbaki satu gelas sahaja.

     Sekiranya anda menderita batu karang minumlah rebusan akar lalang bersama dengan madu asli setiap pagi dan kemudiannya pada waktu tengah hari dan malam pula tanpa campuran madu.

     Untuk meredakan deman panas pula campurkan rebusan akar lalang  dengan gula batu sementara untuk batuk pula, akarnya dimasak bersama gula batu dan kemudiannya diminum bersama madu asli.


acu cuba try klik jap