Thursday, June 30, 2011

Ikan Penawar Pelbagai Penyakit


ikan haruan
     Haruan merupakan ikan air tawar yang kaya dengan pelbagai khasiat. Selain untuk mengatasi kelemahan tubuh badan, ia cukup untuk mengubat luka, terutama di bahagian dalaman tubuh.Biasanya ia dijadikan sup dan baik untuk ibu-ibu bersalin kerana ia juga dapat memanaskan badan serta melancarkan pengaliran darah.
     Ikan yang kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan vitamin A ini turut melancarkan fungsi bahagian perut dan limpa. Ia bertindak melawaskan kencing dan bagi pengidap sakit buah pinggang, ia dapat meredakan bengkak kaki yang kerap dialami pesakit tersebut. Bagi mereka yang baru menjalani pembedahan, ikan ini tentunya menjadi pilihan yang utama.

ikan kap
     Sementara itu, ikan kap merupakan satu lagi penawar bagi wanita mengandung dan juga kepada mereka yang baru bersalin. Selain mengandungi protein, ia juga membekalkan kalsium, fosforus, vitamin A dan B dan asid nikotinik untuk melancarkan pengaliran susu ibu. Sup ikan kap ini berkesan untuk meredakan bengkak kaki yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung.

     Selain itu, ikan kap yang berwarna merah,kuning dan hitam berkesan untuk mengubati penyakit ulser yang kronik. Ia bertindak melancarkan percernaan makanan serta melawaskan pembuangan air kecil dan besar.

belut
     Belut pula menambah tenaga dan memulihkan kesihatan, lantaran itu sesuai sekali disajikan kepada mereka yang baru sembuh daripada demam. Apa yang menariknya ialah ikan ini merangsang hubungan seks.Dalam perubatan tradisional, ikan belut dibuat sup untuk mengubati pendarahan.


8 comments:

serekkoyan said...

ni yg rasa nak p cari haruan sekor dua..

azlanmatt said...

serekkoyan...tunggu musim padi masak arr... haruan sawah sedap weh..

Renjer Sungai said...

haruan saiz 1kilo wat sup perhhh!!! :)

sya said...

belut ?haih even ta baek pown tanak makan lah !snggop makan antibiotic pada belut !

azlanmatt said...

renjer.. mmg sodap wat sup..tp kalau wat masak lomak cili api lg sodap weh...

azlanmatt said...

syasya... hahah.. rasa dulu baru taw.. kalau kat klantan.. belut dijadikan kuah laksa taw...

Aziah Razak said...

Apple tak suka makan ikan. erkk. :)

azlanmatt said...

apple Zara... alahai knape xsuka mkn ikan weh...

acu cuba try klik jap