Monday, June 20, 2011

Ati- ati Penawar Lelah dan Bisul


     Pokok ati-ati di kalangan kita dikenali sebagai bunga yang biasanya ditanam di dalam pasu atau di atas tanah sebagai hiasan taman. Nama saintifiknya ialah Solesnostemon secutellaroides. Ati-ati mempunyai daun yang berbagai. Ada yang berwarna merah hati, kuning, hijau dan juga yang mempunyai warna berbagai.

     Pokok ati-ati adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang  yang lembut, bercabang-cabang  dan daunnya tumbuh terus dari batang pokok mampu mencapai ketinggian sehingga satu meter.

     Daunnya bergerigi dengan tulang daun kelihatan jelas, mempunyai bulu-bulu halus di permukaan atasnya dan lebih panjang di permukaan bawah. Ia mudah tumbuh dengan hanya menanam keratan batangnya sahaja.

     Bagi pengamal perubatan tradisional, pokok ati-ati bukannya sekadar hiasan halaman tetapi mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

     Antara khasiat daun ati-ati adalah membantu mereka yang mengalami masalah lelah dan batuk. Untuk lelah ataupun batuk, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 helai daun ati-ati. Setelah dibersihkan, sapu permukaan daun dengan kapur sirih dan layurkan di atas api. Daun yang masih panas ditampalkan ke leher dan dibiarkan sehingga sejuk. Langkah tadi diulang berkali kali untuk mendapatkan khasiat yang baik.

     Pokok ini juga mampu menyembuhkan bisul, dengan cara melumatkan daunnya terlebih dulu dan kemudiannya ditampalkan  di sekelilng tempat yang ditumbuhi bisul. Cara ini bukan saja dapat mengurangkan kesakitan akibat denyutan malah dapat membantu memecahkah bisul dengan lebih cepat.

     Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada tubuh badan yang terkehel, terseliuh ataupun patah. Sementara untuk menyembuhkan demam dan juga sakit kepala, daun yang telah dilumatkan ditampal pada bahagian dahi dan kemudiannya dibalut dengan kain sehingga kering. Proses ini diulang-ulang beberapa kali sehingga sakit kepala mahupun demam anda hilang.

     Sementara kanak-kanak yang mengalami kudis, daun ati-ati yang telah ditumbuk lumat dicampurkan dengan minyak kelapa dan juga sebuku bawang putih beserta sebuku ibu kunyit yang telah diparut.

     Ketiga-tiga bahan tadi dimasak dengan minyak kelapa di atas api yang perlahan sehingga menggelegak. Setelah suam-suam kuku, barulah sapukan minyak campuran itu pada kulit yang berkudis itu. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh. 


3 comments:

Aiman Hj Amin said...

tak sangka.. kita lihat sekadar hiasan semata.. padahal, ak sndri pn ade asthma.. bley amalkan ni.. InsyaAllah.. (^_^)v

azlanmatt said...

insyaAllah.. itu petua org lama.. usahakn...

Norhani Abdul Rahman said...

assalamualaikum, pokok ati ati ni kita boleh tanam indoor tak?, saya nak cuba tanam.

acu cuba try klik jap