Wednesday, July 6, 2011

ASMA

     Asma ialah satu keadaan yang dapat dikenal pasti melalui batuk, berbunyi sedutan dan kesukaran bernafas yang disebabkan oleh sesuatu alergik sama ada ia disedut atau ditelan. Keadaan ini mungkin menjadi lebih teruk pada satu ketika oleh reaksi terhadap ketegangan.


     Asma boleh bermula pada bila2 masa sahaja, selalunya dalam bentuk 'hay' yakni sejenis alahan. Jika dibiarkan ia akan berulang seterusnya menjadi kronik. Untuk membantu membina rintangan terhadap gangguan asma, ikutilah program yang sama seperti program penguat paru-paru yang disyorkan seperti;

  1. Elakkan meminum alkhohol kerana minuman ini akan mengecilkan saluran darah dan menggalakkan lagi serangan tersebut.
  2. Elakkan diri daripada pertengkaran yang menyebabkan ketegangan fikiran.Ketegangan emosi juga boleh menyebabkan serangan asma.
  3. Jangan terlalu mendera diri melakukan perkara yang meletihkan seperti perubahan drastik yang membabitkan perubahan suhu yang ketara pada badan. Sebagai contoh; Dari kawasan yang mempunyai cuaca sejuk ke kawasan bercuaca panas. Perubaha secara mendadak akan menyebabkan kejutan.
  4. Jangan minum atau mengambil makanan yang sejuk atau terlampau panas dan elakkan juga memakan makanan dan minuman berempah.
  5. Hentikan merokok kerana rokok akan menyempitkan organ pernafasan dan boleh memudahkan lagi serangan.
  6. Jangan berenang di dalam kolam yang berklorin. Jika anda ingin berenang di dalam laut ataupun tasik, jangan terjun dengan mendadak ke dalam air yang sejuk. Masukkan diri ke dalam air perlahan-lahan.
  7. Jangan buka tingkap rumah sekiranya kadar habuk yang tinggi. Jika menggunakan penghawa dingin, jangan terlalu sejuk kerana suhu yang dapat menenangkan paru-paru ialah sekitar 75 darjah farenheigh.
  8. Elakkan mengunakan sabun serbuk dan pembunuh serangga.
  9. Jangan memotong bunga atau melakukan sebarang kerja yang banyak menggunakan tenaga seperti berkebun atau mengecat rumah. Aktiviti-aktiviti ini akan memberi gangguan terhadap saluran pernafasan yang memudahkan lagi serangan asma.
  10. Jangan bersiar-siar di negara yang mempunyai kadar habuk tinggi. Jikalau tidak ,anda mungkin akan mengalami serangan yang berlarutan selama beberapa jam. Penjagaan saluran pernafasan dengan baik bertindak sebagai pemulih semulajadi asma.

2 comments:

AL AZRUL said...

kesian jgk klu tgok kwn2 yg ada asma nih.... kdg2 di kmpus, nk pergi kelas dri hostel, jrak agk jauh... kdg2 jdi penat jgk kwn sorang tu...
btw, nice info

azlanmatt said...

AL AZRUL... Thanks.. mmng betul ler penyakit asma nih susah diubati..cuma boleh dikawal jer.. jaga pemakanan dan persekitaran..

acu cuba try klik jap