Sunday, July 17, 2011

Sakit Perut


     Sistem percernaan bertindak balas dengan tajam pada penderaan fizikal dan minda. Apabila mengambil makanan,minuman yang terlalu panas ataupun sejuk, esofagus (saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut) bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan pantas.

     Ini menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik (jus pencernaan) yang cuba bertahan dengan kejutan penceroboh yang tidak dikehendaki. Perut kemudiannya memberontak kerana jus yang berlebihan dan ini menyebabkan berlakunya asid perut,perut masam atau sakit perut. Kekejangan mungkin lemah, membuatkan seseorang itu terasa sakit.
7 cara melindungi sakit perut.
1)  Jangan mengeluh kerana mengeluh berulang-ulang akan membawa kepada areropphagia yang menyebabkan system percernaan menjadi penuh dan bertindak balas menyebabkan terasa sakit perut. Latihkan diri supaya tidak bernafas menerusi mulut.

2)  Makanlah dengan selesa dan jangan gelojoh. Jangan makan ketika mengalami gangguan emosi kerana organ percernaan akan mengetat disebabkan makanan tidak dapat dikawal dengan mudah.Ini akan menyebabkan sakit pada bahagian perut.

3)  Jangan minum sebarang cecair dalam keadaan tergesa-gesa. Jangan minum pada ketika atau penghujung masa makan. Ini akan menyebabkan penimbunan udara dan gelembung gas cuba melepaskan diri. Minum perlahan-lahan, kalau boleh jangan gunakan penyedut kerana ini juga boleh menyebabkan pengambilan udara yang berlebihan.

4)  Elakkan dari meminum minuman berkarbonat kerana ia mengandungi gelembung udara yang akan menyebabkan sakit perut. Elakkan juga makanan yang mengandungi udara seperti mentega yang dipukul,kek atau roti yang berongga dan sebarang susu yang disegarkan dengan meminum minuman panas kerana akan menelan udara untuk menyejukkan tekak dan menyebabkan sakit perut.

5)  Jangan merokok kerana tembakau akan meningkatkan pengaliran air liur. Air liur berlebihan akan meningkatkan penelaan secara automatik dan meningkatkan penelaan udara. Oleh itu hentikanlah merokok.

6)  Makanlah banyak buah-buahan kerana ia akan memperbaiki masalah sembelit melalui kaedah bijirin seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian. Selalu bersenam akan membantu membersihkan bahan buangan toksid yang boleh menyebabkan sakit perut. Kolon yang bersih akan menyebabkan bahagian lain juga sihat serta bebas dari penyakit.

     Untuk mengatasi masalah ini, pengambilan dadih iaitu makanan penawar yang ditapai boleh dilakukan. Apabila mengalami masalah kekejangan perut, ambil secawan dadih kerana ia boleh menjadi penawar kepada segala kekejangan secara semulajadi dan boleh menghasilkan jumlah asid laktik yang tinggi apabila kita memakan laktos daripada hasil tenusu.

     Selain itu pengambilan teh lavender juga mampu merawat sakit perut. Caranya ialah dengan mencampurkannya dengan sedikit jus limau nipis serta madu dan apabila diminum ia akan membantu mententeramkan perut yang meragam.

     Herba ini mengandungi minyak emollient yang dibebaskan ke dalam air apabila ia mendap. Apabila teh dihirup, minyak tersebut lebih cenderung untuk menyeliputi organ percernaan yang bercelaru, bertindak sebagai sapuan yang menenangkan supaya gangguan berkurangan. Hiruplah teh hangat pada bila-bila masa ketika  terasa sakit perut kerana ia boleh melegakan kesakitan.

     Jus hijau seperti salad dan saleri juga boleh dibuat sendiri untuk melegakan kesakitan. Cuci daun salad tersebut, kemudian kisarkan ia dengan sedikit air dan minum sebanyak 2 gelas dan pasti sakit perut berkurangan. 

     Jus hijau ini sebenarnya mengandungi vitamin galian yang tinggi. Ia dikuasai oleh enzim untuk memberi keselesaan yang menenangkan organ percernaan anda.Jus yang unik  mempunyai kesan lendir  yang menyelaputi organ yang menyenangkan secara melindumgi elemen yang menghakis. Hanya dalam beberapa ketika sahaja anda akan merasa kesakitan itu hilang.

5 comments:

Idah said...

anak SL selalu sakit perut pagi2 waktu nak p sekolah...tak tahu kenapa jadi cam tu...

azlanmatt said...

Idah SL.. mungkin byk makan makanan yg brlemak kot atau alergik pd susu.. kurangkn makanan yg bergoreng, klu bleh banyakkan makanan yg berebus...

Aziah Razak said...

Erkkk, sakit perutttt. ;D

azlanmatt said...

Apple Zara.. hahahah... tampal kuyuk

Wannie Ariffin said...

kurg kan minum susu 2..
hehe

dah folloe.. follow me bck yaa

http://shazwanieybubblebloggie.blogspot.com/

acu cuba try klik jap