Dulu, di Negara kita, burung unta hanya dapat dilihat di
dalam zoo seumpama Zoo Negara sahaja. Tapi kini sudah terdapat ladang
pemeliharaan burung unta. Malah ladang itu juga dijadikan tempat tarikan
pelancong. Mereka boleh menunggang burung unta.
Burung unta boleh mencapai ketinggian 2.75 meter dan berat
badan 100 hingga 200 kilogram dan sebiji telurnya sama dengan 20 biji telur ayam.Memelihara burung unta memang
menguntungkan, kerana dia jenis binatang
yang sentisa subur. Kesuburannya adalah 9 bulan dalam setahun. Si betina
nya bertelur dari usia 2 hingga 3 tahun. Dan akan pencen atau menopaus setelah
berusia 40 tahun.
Pembiakan burung unta menjadi popular kerana daging,telur
dan kulitnya menjadi sumber makanan manusia. Indonesia terlebih dahulu daripada
kita dalam usaha ternakan burung unta.
Kenapa manusia berminat dengan daging burung unta? Selama
ini hanya kulitnya yang dibuat aksesori ‘made in paris’ dianggap mahal dan
mewah. Kini daging burung unta pula menjadi idaman manusia.
Manusia memburu badak, buaya,harimau dan berbagai lagi
binatang bukan sekadar untuk kulit tapi untuk nafsu seks. Begitulah juga dengan
nasib burung unta. Dagingnya dianggap berupaya menambah ghairah seks.
Mengunyah daging burung unta mungkin lebih selamat
dibandingkan dengan menelan Viagra. Ramai yang mati kerana menelan tanpa
meneliti diri berpenyakit terlebih dulu. Nah!!!, daging burung unta lebih
natural.
Barangkali, dari segi kepercayaan kebatinan,orang yang makan
daging burung unta menyerapkan nafsu burung unta. Kenapa? Sebabnya,burung yang
tak berupaya terbang namum memiliki nafsu seks yang luar biasa.
Keperkasaan tenaga seks burung unta ialah,dia berupaya
melakukan hubungan seks atau berjantan sebanyak 27 kali dalam sehari. Si jantan
pula boleh melayani ghairah 3 ekor si betina sekaligus. Memang kejantanan
burung unta sangat luar biasa.
Tulang burung unta dikatakan mengandungi zat kalsium dan
fosfor. Tulang itu menjadi ramuan tradisi sebagai campuran ghairah seksual
manusia.Dalam zaman moden kini, setelah diselidiki, tulangnya itu dikatakan
mengandungi aphrodisiac, zat yang boleh meningkatkan daya seksual
manusia.Tentunya sup tulang burung unta
akan sepopolur sup ekor lembu!!
Kalau dalam keadaan ghairah seks, baik burung unta jantan
atau betina menampakkan tanda-tanda khasnya masing2. Si betina akan kelihatan
mengepak-ngepak sayapnya.Makin lama semakin cepat pula ia mengepak. Dan pada
masa tertentu, dia akan merebahkan dirinya ke tanah,itu tandanya dia sedang
ghairah seks.
Lain pula perangai si jantannya. Apabila dahagakan asmara
dengan betina. Paruh,kaki dan bahagian tubuh berhampiran alat kelaminnya akan
berubah warna dengan ketara. Dalam keadaan sama-sama syok, si jantan dan si
betina berasmara tidak kira masa. Tapi pasangan burung unta tidak berapa selesa
memadu asmara dalam keadaan cuaca panas.
Terdapat sifat murni dalam nafsu seks burung unta.
Mengamalkan budaya “tanpa hubungan
cinta,tiada hubungan seks.” Bila sama-sama bersetuju dan berkenan,barulah
mereka berasmara.
Asmara burung unta tidak sama seperti ayam. Kalau ayam,
dapat kita lihat bagaimana si jantannya terpaksa mengejar si betina terlebih
dahulu. Burung unta tak main kejar mengejar seperti itu. Bila kedua-dua
pasangan itu saling ada mood berasmara barulah mereka melakukannya.
Jenis burung unta yang popular berkhasiat adalah dari
Afrika, iaitu dari Negara Zimbabwe. Pengusaha mengimport burung unta Afrika
lalu dibiakkan di Nusantara ini.Oleh itu ekonomi Asean dan Asia Timur Tengah
berkembang pesat.Kadar permintaanya sangat menguntungkan pengusaha.
2 comments:
takut nak dekat dgn burung unta, nanti dikerjakannya...hehe...anyway mesti terbeliak mata tgk besarnya telur unta ni..."bila laa nak mkn sup tulang burung unta pula"....
Idah.. nk mkn sup tulang burung unta jgk kerrr...fulamak mesti power tahap gaban... hahahah..
Post a Comment