Apabila anda
berkata kepada diri, “saya tidak mahu berubah,” itu bermakna anda tiada jalan
untuk menuju kejayaan.Begitu juga kalau anda berkata kepada diri anda,”saya
boleh berubah,tapi saya tidak mahu berubah.” Itu bermakna anda ada jalan untuk
kejayaan,tapi tidak melangkah di jalan itu.
Begitu juga jika
sekiranya anda berkata,”saya boleh berubah,saya pun mahu berubah,tapi saya
tidak tahu bagaimana untuk berubah.” Ini pun tidak memberi kesan kepada anda
peluang kejayaan. Ini disebabkan anda tahu boleh melangkah kearah
kejayaan,tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah itu
Kejayaan sangat
mudah, ia berbekalkan kemahuan dan perlaksanaan kemahuan tanpa menyerah kalah.
Itu saja modal mana-mana kejayaan buat permulaannya. Kelengkapan yang lain akan
diperolehi ketika anda berusaha mencapai matlamat kejayaan anda itu.
Di samping ‘mahu’
dan ‘usaha’, satu lagi sikap ialah mahu mencabar dan tahan dicabar oleh
pelbagai kesulitan. Ini disebabkan melangkah menuju cita-cita adalah mencabar
keupayaan diri sendiri dan juga dicabar oleh berbagai rintangan.
Di bawah ini
adalah rahsia asas menuju kejayaan
;
PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN DIRI.Percaya kepada kebolehan dan
keupayaan diri sendiri merupakan separuh daripada kejayaan yang anda dirikan.
Rahsia orang yang gagal, kerana dia berhenti separuh jalan kerana tidak lagi
yakin dengan kebolehan dan kejayaan diri sendiri menuju arah kejayaan itu.
PASTIKAN ANDA MEMILIKI CITA LUHUR.Satu cita-cita luhur
memberikan kekuatan kepada perjuangan anda. Kebanyakkan orang yang masyhur dalam sejarah mencapai ketinggian dan
kemuliaan sehingga menjadi sanjungan dunia kerana cita-cita luhur mereka.
LAKSANA SEGALA KEPUTUSAN YANG DIBUAT.Laksana semua keputusan
anda untuk melakukan sesuatu demi cita-cita anda itu. Jangan mengelak diri atau
melarikan diri dari keputusan anda itu. Tidak upaya mematuhi keputusan dari
diri sendiri dan melarikan darinya adalah punca kegagalan.
BUAT LEBIH BANYAK DARIPADA BERCAKAP.Bercakap tentang sesuatu
tidak menghasilkan sesuatu yang
dipercakapkan itu. Oleh itu buat atau amal adalah sikap anda. Lakukan
apa saja yang difikirkan baik untuk kejayaan. Tidak perlu memperkatakannya,
kecuali jika anda ingin pandangan orang lain yang memperbaiki fikiran anda supaya
lebih sempurna.
PASTIKAN ANDA MELAKSANAKAN PERKARA YANG KECIL TERLEBIH
DAHULU.Kegagalan melaksanakan cita-cita adalah berpunca daripada anda tidak
melakukan usaha ke arah itu secara selangkah demi selangkah. Bermula dengan
hal-hal yang mudah dan boleh dilakukan dengan lancar terlebih dahulu. Jika anda
mempelajari membaiki enjin kereta misalnya, anda tidak bermula dengan membuka
keseluruhan enjin. Anda belajar selangkah demi selangkah, dari yang mudah
kepada yang payah.
SELESAIKAN KERJA YANG ANDA MULAKAN.Satu sikap yang
memusnahkan kejayaan seseorang ialah sikap membengkalaikan kerja. Mencari alasan
untuk tidak menyelesaikannya secara bersungguh-sungguh. Semua tokoh yang berjaya
memiliki semangat yang kuat untuk menyelesaikan segala kerja mereka.
TEPATI JANJI DAN MASA.Anda harus disiplinkan diri dengan
menepati janji dan masa. Anda harus menjadualkan kerja dalam masa tertentu.
Anda harus berjanji mematuhi jangka masa itu. Anda tidak perlu mematuhi demi
orang lain,tetapi demi disiplin diri anda sendiri.
HIDUP BERPADA- PADA DAN SEDERHANA.Jika anda mempunyai
matlamat menuju cita-cita anda dan memjayakannya,anda mesti sanggup hidup dalam
keadaan berpada-pada dan sederhana.Anda harus menjauhi nafsu berpoya-poya dan
berseronok. Kerana nafsu ini akan menggoda anda terhadap kesenangan dan
kenikmatan yang pendek dan singkat. Dan ianya memusnahkan perjalanan anda
menuju cita-cita dan kejayaan.
No comments:
Post a Comment