Thursday, June 30, 2011

Ikan Penawar Pelbagai Penyakit


ikan haruan
     Haruan merupakan ikan air tawar yang kaya dengan pelbagai khasiat. Selain untuk mengatasi kelemahan tubuh badan, ia cukup untuk mengubat luka, terutama di bahagian dalaman tubuh.Biasanya ia dijadikan sup dan baik untuk ibu-ibu bersalin kerana ia juga dapat memanaskan badan serta melancarkan pengaliran darah.

Saturday, June 25, 2011

PATAWALI


      Patawali adalah nama tumbuhan jenis menjalar dari keluarga menispermaceace. Ia mempunyai batang yang berkerutu dan berdaun lebar. Patawali atau nama saintifiknya tinospora crispa(miers) mudah ditemui di kawasan bersemak samun ataupun tumbuh menjalar di pagar-pagar rumah.

     Tumbuhan ini turut dikenali dengan nama lain seperti akar seruntum, brotowali ataupun batang wali. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit dan bahagian batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi.

Tuesday, June 21, 2011

KASIH YG ABADI


     Di malam ini ,terasa sepi menyelubungi diri. Entah mengapa dengan tiba-tiba hati tercuit untuk memikirkan apa yang telah aku lalui selama ini. Dan mata terbayang wajah-wajah insan yang aku rindui, wajah insan yang sentiasa di sisi tika aku memerlukan.

     Aku menyayangi dirimu lebih dari diriku sendiri dan aku tahu walaupun kau tidak menyatakan, begitu juga dengan dirimu terhadap diriku... maafkan aku jika kekadang diri ini sering menyakitkan hatimu. Namun percayalah di hati ini hanya dirimu yang bertahta.

     Tidak dinafikan adakalanya aku bercakap tentang "seseorang" itu seolah- olah aku menyayanginya. Dan aku tahu kau lebih memahami diriku dan menetapkan semua itu hanyalah gurauan bodoh dariku.

     Memang benar kau bukanlah cinta pertamaku.Akan begitu kau adalah isteri pertama dan terakhirku. Biarlah untuk hembusan terakhirku di atas ribaanmu dengan keimanan dari bimbinganmu. Aku bangga mempunyai isteri sepertimu. Mencintai, menyayangi, mengasihi dan memahami. Aku bersyukur padaNya di atas perhubungan ini. Semoga hidup kita akan diberkati.

     Tragedi yang berlaku dalam perhubungan kita telah aku lupakan dan lemparkan jauh-jauh dari memori dan diari hatiku. Tidak ada walau sekelumit benci buat dirimu isteriku. Apa yang berlaku biarlah ia pergi di bawa arus kehidupan. Mungkin apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri.

     Bersamalah kita mengharungi dugaan duniawi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. Doaku sering mengiringi dirimu insan yang ku cintai walaupun di mana kau berpijak jua. Akan aku jaga maruah diriku sebagai suami demi amanah yang telah diberikan padaku. Semoga kasih yang terjalin antara kita akan berpanjangan selamanya
kau adalah mawarku yang sentiasa berada
disisiku


Monday, June 20, 2011

Ati- ati Penawar Lelah dan Bisul


     Pokok ati-ati di kalangan kita dikenali sebagai bunga yang biasanya ditanam di dalam pasu atau di atas tanah sebagai hiasan taman. Nama saintifiknya ialah Solesnostemon secutellaroides. Ati-ati mempunyai daun yang berbagai. Ada yang berwarna merah hati, kuning, hijau dan juga yang mempunyai warna berbagai.

     Pokok ati-ati adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang  yang lembut, bercabang-cabang  dan daunnya tumbuh terus dari batang pokok mampu mencapai ketinggian sehingga satu meter.

     Daunnya bergerigi dengan tulang daun kelihatan jelas, mempunyai bulu-bulu halus di permukaan atasnya dan lebih panjang di permukaan bawah. Ia mudah tumbuh dengan hanya menanam keratan batangnya sahaja.

     Bagi pengamal perubatan tradisional, pokok ati-ati bukannya sekadar hiasan halaman tetapi mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

     Antara khasiat daun ati-ati adalah membantu mereka yang mengalami masalah lelah dan batuk. Untuk lelah ataupun batuk, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 helai daun ati-ati. Setelah dibersihkan, sapu permukaan daun dengan kapur sirih dan layurkan di atas api. Daun yang masih panas ditampalkan ke leher dan dibiarkan sehingga sejuk. Langkah tadi diulang berkali kali untuk mendapatkan khasiat yang baik.

     Pokok ini juga mampu menyembuhkan bisul, dengan cara melumatkan daunnya terlebih dulu dan kemudiannya ditampalkan  di sekelilng tempat yang ditumbuhi bisul. Cara ini bukan saja dapat mengurangkan kesakitan akibat denyutan malah dapat membantu memecahkah bisul dengan lebih cepat.

     Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada tubuh badan yang terkehel, terseliuh ataupun patah. Sementara untuk menyembuhkan demam dan juga sakit kepala, daun yang telah dilumatkan ditampal pada bahagian dahi dan kemudiannya dibalut dengan kain sehingga kering. Proses ini diulang-ulang beberapa kali sehingga sakit kepala mahupun demam anda hilang.

     Sementara kanak-kanak yang mengalami kudis, daun ati-ati yang telah ditumbuk lumat dicampurkan dengan minyak kelapa dan juga sebuku bawang putih beserta sebuku ibu kunyit yang telah diparut.

     Ketiga-tiga bahan tadi dimasak dengan minyak kelapa di atas api yang perlahan sehingga menggelegak. Setelah suam-suam kuku, barulah sapukan minyak campuran itu pada kulit yang berkudis itu. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh. 


Friday, June 17, 2011

Pilih Produk Yang Selamat Untuk Cantik


     Menampilkan kecantikan diri dari hujung rambut ke hujung kaki menjadi elemen penting dalam  kehidupan masyarakat hari ini. Malah, tidak lengkap kehidupan seorang wanita jika tidak merawat diri sama ada secara tradisional ataupun menggunakan kaedah moden.

     Perubahan zaman menjadikan agenda cantik, menarik dan bergaya tidak hanya menjadi tumpuan wanita saja,sebaliknya kini lelaki juga tidak kurang hebatnya. Lelaki hari ini mahu kelihatan  tampan dan segak selain sentiasa nampak segar dan sihat.

Friday, June 10, 2011

Kakak Tua Boleh Bercakap?



    Ramai merasa takjub dan kagum mendengar kakaktua  boleh berkata-kata. “assalamualaikum… selamat pagi…dah makan…” adalah antara yang sering diucapkan haiwan itu.

    Namun tiada siapa dapat menjelaskan bagaimana burung itu dapat meniru percakapan manusia. Adakah ia faham dengan apa yang dicakapkan?.

    Ada yang mendakwa kakaktua meniru cakap kita kerana sruktur lidahnya yang besar dan tebal.Sejauh mana benarnya, masih belum dapat diperjelaskan kerana ada juga burung lain, misalnya burung gagak dapat berkata-kata, sedangkan lidahnya jauh lebih kecil.

    Helang pula yang mempunyai lidah lebih besar dan tebal tidak pula boleh berbuat demikian. Menurut biologis, kakaktua tidak faham apa yang dicakapkannya.Kebolehannya meniru hanyalah kerana haiwan itu juga mengeluarkan bunyi yang kasar, seperti suara manusia. Ia sebenarnya hanya meniru bunyi suara kita,bukan percakapan.

    Kerana itulah sebutannya tidak jelas,bahkan butir-butir percakapan tidak menentu,selain mengeluarkan bunyinya yang hampir sama dengan suara manusia.Kesimpulannya,kakaktua atau apa jenis binatang sekalipun tidak boleh bercakap.

Sunday, June 5, 2011

4 Alasan Yang DiBenci Allah


Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan daripada 4 jenis golongan manusia iaitu;


1. Orang kaya,kalau sekiranya ia berkata,”kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehinga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan,” Kepada mereka ini Allah berfirman,” Kekayaanmu tidaklah standing dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”


2. Hamba sahaya,sekiranya dia berkata,”Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya,”Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”


3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasa tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s. dan tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”


4. Orang yang sedang menderita sakit,sekiranya dia berkata,”Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu.” Firman Allah kepadanya, “ Penyakit itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak pernah berhenti daripada menyebut nama-Ku.”


JANJI YG DIMUNGKIRI


penantian satu penyeksaan...

    Cuba bayangkan, seorang kawan sudah berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian-sekian waktu di tempat yang telah ditentukan.Jadi kita pun menunggulah dengan harapan membunga,dengan hati ceria.

    Lima minit menanti, sahabat yang ditunggu tidak muncul.Tak mengapalah, mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhati orang yang lalu lalang, sepasang kekasih berjalan beriringan, si ibu memimpin anaknya penuh mesra, seorang pelajar termenung, mungkin hatinya resah memikirkan pelajaran.

    Tapi sahabat yang dinanti, belum juga kunjung tiba. Tak apa, mungkin sekejap lagi dia sampai. Kita melihat jam di tangan, ah… sudah 20 minit berlalu. Kita menanti dan terus menanti… setengah jam,dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung!

Apa yang anda rasa?Tentu anda akan berkata…
a)Eee..mana lerr budak nih?
b)Kalau ada hal pun call lerrr…
c)Tak guna betul,tadi dah janji.
d)Tau lerr esok… siap engkau!

    Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucapkan akurjanji sebagai orang Islam di hadapan Allah s.w.t bahawa kita mematuhi Rukun Islam terutamanya solat 5 waktu. Kita tahu solat itu tiang agama,telah kita ikrarkannya kepada Allah s.w.t sejak sekian lama.

    Kedengaran azan berkumandang, Allah s.w.t sedang menanti kita menghadap-Nya. 5 minit… 20 minit… 40 minit… 1 jam… 2 jam… 3 jam, kita tidak langsung tak sembahyang!
    Bayangkan, apa yang Allah s.w.t rasa? Bukankah kita sudah berjanji,kenapa mungkir???

Thursday, June 2, 2011

Wasiat Sayidina Ali kepada anaknya

Apabila sedar dari pengsan setelah ditikam oleh Abd Rahman bin Muljam, 
Saidina Ali memandang anaknya, Sayidina Hassan 
yang sedang menangis di sisinya.

"Wahai anakku." kata Sayidina Ali, "hafalkan empat perkara disamping empat 
perkara." Apakah perkara itu,ayahanda?" soal Sayidina Hassan.
Kata sayidina Ali, "Kekayaan yang sebenarnya ialah akal, kepapaan yang 
sebenarnya ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan 
diri sendiri dan kemuliaan yang sebenarnya ialah akhlak yang baik.
Empat perkara lagi ialah, jangan berkawan dengan orang yang tamak
kerana zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi 
hakikatnya dia akan mencelakakan.Jauhilah 
berteman dengan pembohong 
kerana ia boleh menjadikan orang 
yang terdekat lari daripadamu
 dan sebaliknya.

Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan
 melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukanya dan jauhilah
 bersahabat dengan orang yang suka berbuat
 jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu
 dengan harga murah.

Wednesday, May 25, 2011

Herba Selasih


     Pokok selasih… sudah tentu nama ini tidak asing terutamanya dalam masakan masyarakat melayu. Penggunaanya cukup meluas bukan hanya dalam masakan tetapi juga dalam bidang perubatan.

     Sejak turun temurun,penggunaan ulam adalah salah satu pelengkap hidangan selain untuk penambah selera. Tak kira sama ada ulam itu dimasak ataupun dimakan secara mentah, ia sentiasa menjadi penyeri untuk hidangan makanan. Dan antara jenis ulam ulaman yang sering menjadi pilihan ialah daun selasih.

     Pokok selasih atau nama saintifiknya Ocimun sanctum bukan saja tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai makanan, malah ia juga terkenal dalam bidang perubatan herba. Kerana itu, ramai orang terutamanya penduduk di India menjadikan salah satu sumber pendapatan mereka kerana nilai pasarannya yang tinggi dalam bidang perubatan.

     Pokok ini juga dikenali dengan beberapa nama seperti Ruku ruku, Kemangi, Holy Basil, Sweet Basil dan juga Thulasi.  Pokok ini mudah ditemui dan hidup subur tanpa memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Ia banyak di dapati di negara-negara Asia termasuk Malaysia.

     Pokok ini terdapat  dalam beberapa jenis yang mana bunganya ada 3 warna iaitu putih, merah jambu dan unggu. Pokok selasih yang subur boleh tumbuh hingga tingginya mencecah 3 meter.

     Pokok selasih sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya untuk kaedah ayuverda yang berasal dari India. Daripadaa bunga, daun hingga akarnya mempunyai fungsi dalam perubatan tersebut. Ia turut dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini selain digunakan sebagai analgesic (ubat penahan sakit).

     Banyak penyakit boleh dirawat dengan herba ini. Menjadikan daunnya sebagai ulam amat sesuai untuk pengidap gastric atau menghadapi masalah penghadaman.

    Jika demam, rebuslah 15 gram daun selasih dan minum air rebusan itu 2 kali sehari. Panas badan akan cepat turun malah air rebusan ini juga berguna secara luaran untuk mengubati sakit sendi dan juga menambah pengeluaran air susu bagi wanita yang menyusukan anak.

    Air rebusan biji selasih bersama gula batu pula jika diamalkan meminumnya selalu akan menghilangkan kepanasan tubuh menjadikan badan kita rasa nyaman dan sejuk.

    Selain itu, herba ini juga mempunyai kandungan anti septik yang bertindak merawat dan menyembuh luka. Mereka yang rajin memakan daun selasih, jika  luka akan cepat sembuh. Malah, daunnya yang ditumbuk lumat boleh dilumurkan di tempat luka supaya darah berhenti keluar selain mengurangkan rasa sakit akibat luka tersebut.

     Herba ini juga mempunyai sifat alganesik yang membantu  meredakan kesakitan akibat sakit gigi, sakit perut dan juga sakit sendi.Orang-orang dulu ramai yang menggunakan herba ini untuk mengurangkan rasa sakit sendi setelah penat bekerja.

     Jika anda terkena bisul ,bakar daunnya hingga menjadi abu. Kemudian,campurkan dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada bisul tersebut.Ia menyusutkan bisul dan membantu mempercepatkan proses penyembuhannya.

     Banyak lagi kegunaan herba ini malah ia turut diperakui khasiatnya oleh pakar perubatan moden dan diakui sebagai herba pencuci darah. Sifat diuretiknya berfungsi meningkatkan pengeluaran bendalir dalam badan melalui peluh dan air kencing.

     Malah herba ini juga mujarab untuk merawat penyakit gastric, darah tinggi selain bersifat diaforetik dan karminitif yang membantu pengeluaran peluh dan juga angin dalam badan (selalunya melalui kentut).

     Jika anda amalkan pemakanan daripada pokok selasih ini, ia bukan saja menghilangkan masalah bau badan, paling pentingnya ia melancarkan perjalanan darah dalam badan sekaligus merendahkan risiko anda mendapat penyakit.


Tuesday, May 24, 2011

Hypermenorrhea - Pendarahan ketika Haid


Aktiviti harian terganggu bila berlakunya hypermenorrhea
     Pernahkan anda mengalami pendarahan berlebihan ketika datang haid? Ramai wanita pernah mengalami keadaan ini.

     Keadaan pendarahan berlebihan sewaktu haid atau jangka waktu haid yang terlalu lama berbanding kebiasaannya disebut sebagai hypermenorrhea. Keadaan ini adakalanya menyukarkan sebahagian wanita dalam melaksanakan aktiviti seharian. Bila hypermenorrhea tidak diatasi, wanita itu akan sering terganggu dengan keadaan ini.

Antara gejala dan kesan hypermenorrhea adalah

1) Masa haid yang lebih dari 7 hari.

2) Aliran darah haid yang terus menerus selama beberapa jam tanpa henti.

3) Memerlukan pemakaian tuala wanita lebih dari satu.

4) Memerlukan penggantian tuala wanita yang terlalu kerap.

5) Terdapat gumpalan darah dalam jumlah yang banyak.

6) Pendarahan yang banyak hingga mengganggu aktiviti harian.

7) Rasa sakit berpanjangan pada ari-ari sewaktu haid.

8) Waktu kedatangan haid yang tidak teratur.

9) Cepat letih, lelah dan nafas tersangkut-sangkut (seperti gejala anemia) sewaktu haid.

     Pemeriksaan doktor adalah perlu untuk mendapatkan hasil diagnose yang tepat untuk mencari penyebabnya. Dikatakan, keadaan ini berpunca bukan kerana faktor malah apa saja boleh menjadi penyebabnya. Adakalanya, pendarahan yang berlaku ketika haid ini tidak dapat diketahui dengan pasti.

     Ada juga antara faktor lain yang dikaitkan dengan keadaan ini, antaranya:

a)  Hormon tidak seimbang: Dalam pusingan haid normal, keseimbangan hormone adalah untuk mengatur pengeluaran darah haid. Jika timbul ketidakseimbangan hormone, endometrium (dinding uterus) akan menghasilkan aliran darah yang banyak.

b) Kista ovarium: Timbulnya kantung cecair di dalam atau di atas ovorium yang adakalanya menyebabkan ketidaknormalan pada haid.

c) Polip: Timbulnya polip pada dinding uterus menyebabkan pendarahan haid dalam jangka waktu yang lama. Polip biasanya muncul pada wanita usia produktif yang menghasilkan lebihan hormone,menyebabkan pendarahan yang tiada kaitan dengan haid.

d) Disfungsi Ovarium: Kegagalan fungsi ovarium, onovulation (proses pelepasan telur) boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

e) Adenomyosis: keadaan yang timbul ketika kelenjar dari endometrium melekat pada otot uterus,seringkali menyebabkan pendarahan dan rasa sakit pada perut dan ari-ari.

f) Penggunaan IUD: Kesan sampingan penggunaan alat ini pendarahan yang banyak ketika haid.

g) Kanser: Walaupun jarang ditemui,kanser pada alat reproduksi wanita dapat menyebabkan hypermenorrhea kerana boleh menyebabkan pendarahan berlebihan sewaktu haid.

h) Ubat-ubatan: Ubat-ubatan tertentu seperti ubat pencegah penggumpalan darah (anticoagulants) dapat menyebabkan darah haid keluar berlebihan dalam waktu yang lama.

Jenis Terapi Hypermenorrhea

Suplemen Zat Besi 
Jika keadaan ini disertakan dengan anemia,salah satu cara dengan pengambilan zat besi secara teratur.

Kontrasepsi Oral
Kontrasepsi oral (seperti pil perancang) boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk membantu keteraturan ovulasi dan mengurangi pendarahan dan jangka waktu yang lama haid.


Ubat-ubatan
Ubat yang termasuk dalan kategori NSAID (Nonstreroidal anti-imflammatory drugs) mungkin membantu mengurangi derasnya aliran darah.

Apa yang perlu dilakukan ketika mengalami hipermenorrhea

  • Rehat yang cukup
  • Tukar tuala wanita sekurang- kurangnya setiap 4 jam sekali. Catit penggunaannya kerana ia boleh dijadikan maklumat untuk doktor membuat kesimpulan
  • Ramai wanita suka mengambil aspirin untuk meredakan kesakitan ketika haid. Hindari aspirin kerana pengambilannya akan memperlamakan pengeluaran darah.



Saturday, May 21, 2011

Anak Lelaki... rilex seketika


4 orang lelaki pergi bermain golf bersama-sama. Sewaktu sedang bermain,mereka pun berbual- bual mengenai anak lelaki masing2.

Lelaki A: Anak aku adalah seorang kontraktor yang berjaya. Bayangkan , dia boleh beri sebuah rumah pada temannya dengan percuma.

Lelaki B:  Anak aku seorang tauke kereta. Dia ada berpuluh puluh pusat penjualan kereta di merata tempat. Malah ,dia memberi percuma sebuah Mercedez untuk teman baiknya.

Lelaki C: Anak aku pula seorang broker saham terkaya. Kerana dah tak tau nak buat apa dengan saham yang banyak,dia beri percuma je saham yang bernilai ratusan ribu ringgit untuk kawan2 nya.

Melihat lelaki D hanya berdiam,lantas mereka bertanya kepada lelaki D apa pula yang dilakuakan oleh anak lelakinya.

Lelaki D: Aku malas nak cerita sangat pasal anak aku.Bukannya apa,anak aku tu jadi gay. Walaupun aku tak suka dengan kerjanya itu,tapi aku hairan sebab di boleh hidup senang tanpa bekerja keras pun.Bayangkanlah dia mendapat sebuah rumah,kerata dan saham dengan percuma dari teman2  lelakinya yang sungguh baik hati.
Pelikkkk kaann??!!!



Friday, May 20, 2011

LALANG-rawat sakit buah pinggang


walaupun lalang terbiar dan tidak terjaga namum
byk khasiatnya dlm segi perubatan

     Lalang selalunya dikaitkan dengan sikap malas tanpa disedari bahawa lalang  yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai  ‘imperata Cylin drica’ mempunyai peranan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia apa lagi mereka yang mempunyai kaitan dengan penyakit buah pinggang.

     Penderita penyakit buah pinggang sering kali mengalami muka dan kaki sembab kerana keradangan ginjal dan kerap kali merasa keletihan yang amat sangat disebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi mengeluarkan  urin serta darah tidak dapat dicuci.

      Keadaan ini memaksa pesakit menggunakan mesin ‘hemodilisis’ yang akhirnya akan menjadikan buah pinggang kecut dan terus tidak berfungsi lantas pesakit bergantung 100 peratus kepada penggunaan mesin.

     Tumbuhan dari keluarga ‘gramineae’ ini telah dikenal pasti oleh para herbalis sebagai herba terbaik yang bertindak seperti mesin ‘hemodilisis’, ia bukan saja menolong mengeluarkan air kencing dan mencuci darah tetap juga menolong merawat buah pinggang tersebut.

     Meminum air rebusan akar lalang  di waktu pagi dengan dicampur sesudu madu lebah asli akan membantu memecahkan batu karang yang terbentuk di hempedu, buah pinggang, ulterus mahupun pada pundi kencing.

     Menurut kajian para herbalis terdapat 45 kandungan bahan kimia di dalam lalang  antaranya adalah potassium, calcium, colorogenic asid dan dapat pula menyembuhkan pelbagai penyakit seperti menurunkan suhu badan akibat demam panas, menurunkan tekanan darah tinggi, mencuci buah pinggang, menangani masalah saraf, batuk, demam kuning, menurunkan asid uric pada penderita sakit ghout dll lagi.

     Lalang mampu hidup subur di sebarang permukaan tanah kecuali kawasan yang berair, mempunyai daun hijau memanjang dan runcing di hujungnya serta mengeluarkan bunga yang putih berbulu halus. Ia mempunyai akar yang menjalar jernih berair.

     Bahagian paling mujarab digunakan  untuk tujuan perubatan adalah bahagian akarnya, biasanya ia direbus anggaran 100 gram bersamaan dengan tiga gelas air dan biarkan berbaki satu gelas sahaja.

     Sekiranya anda menderita batu karang minumlah rebusan akar lalang bersama dengan madu asli setiap pagi dan kemudiannya pada waktu tengah hari dan malam pula tanpa campuran madu.

     Untuk meredakan deman panas pula campurkan rebusan akar lalang  dengan gula batu sementara untuk batuk pula, akarnya dimasak bersama gula batu dan kemudiannya diminum bersama madu asli.


Tuesday, May 17, 2011

Hamil


Sepasang suami isteri baru bernikah lima bulan yang lalu. Suatu hari.,isteri pulang ke rumah sambil berlari ke arah suaminya dengan perasaan gembira.

ISTERI: Oh sayang ! Saya hamil!

SUAMI: Benarkah? Tak sangka,impian kita untuk dikurniakan seorang cahaya mata akan tercapai.

ISTERI: Bukan seorang tetapi dua orang cahaya mata sayang.

SUAMI: Maksud sayang?.

ISTERI: Kita akan memperolehi anak kembar.

SUAMI: Macam mana sayang tahu sedangkan kita belum jumpa doktor lagi?

ISTERI: Mudah saja, saya pergi ke farmasi beli dua alat ujian kehamilan dan hasil kedua-duanya positif!!!

SUAMI: ??!!!*#@.. Nak jgk kena penyepak aku  nih (dlm hati)


Jangan Bimbang


     Di dalam sebuah keretapi, duduk  4 orang lelaki di tempat duduk yang sama. Seorang rakyat  Malaysia, sorang rakyat Amerika, sorang rakyat Cuba dan sorang lagi rakyat Bangladesh.

     Sedang keempat-empat mereka rancak berborak, tiba-tiba lelaki Amerika itu mengeluarkan wang seratus dolar, membakar lalu membuangnya ke luar tingkap. Terkejutlah teman-temannya yang lain melihat keadaan itu.

 “Mengapa awak buat begitu?” Tanya mereka yang lain.
“Jangan bimbang,  saya ada banyak wang dolar Amerika di negara saya” Dengan bangga lelaki Amerika itu menjawab.

     Kemudian, lelaki Cuba pula mengeluarkan sebatang curut yang mahal harganya. Lalu dia menyalakan curut itu. Namun, baru tiga kali hisap, dia terus membuang curut itu melalui tingkap.

“Jangan bimbang, saya ada banyak lagi curut di negara saya” jawab lelaki Cuba itu dengan  sombongnya.

     Tiba-tiba lelaki Malaysia terus menarik lelaki Bangladesh yang duduk di sebelahnya lalu mencampakkan ke luar tingkap. Terkejut beruk lelaki Amerika dan Cuba melihat keadaan itu.

“Jangan bimbang, saya ada banyak lagi warga Bangladesh di negara saya,”jawabnya selamba sebelum teman-teman itu bertanya.

Menaip Surat...


     Sepasang suami isteri mempunyai seorang anak berusia 4 tahun. Suami isteri ini sepakat menggunakan kata-kata rahsia di hadapan anak mereka jika mereka ingin bersama’. Jika mahu ‘bersama’ mereka akan mengatakan mahu ‘menaip surat ‘ supaya si anak tidak ada banyak bertanya.

     Suatu hari, sewaktu suami isteri itu dah buat rancangan nak menaip surat’, tiba-tiba ada jiran datang berkunjung ke rumah mereka. Terpaksalah si suami menunggu seorang diri dalam bilik sementara si isteri turun ke bawah melayan tetamu.

     Kerana sudah lama menunggu,si suami memanggil anaknya menyampaikan pesan pada pada ibunya.
 “Bu, ayah nak menaip surat,” kata anaknya.
“Cakap pada ayah, ibu dah siapkan kertas atas meja,” kata si ibu.

     Memikirkan si ibu mahu membantu suaminya menaip surat,maka jirannya itu kemudiannya memohon diri untuk pulang ke rumah. Setelah jirannya pulang, si ibu segera naik ke bilik. Tapi ,dia tidak nampak suaminya.Rupa-rupanya, suaminya berada dalam bilik air.

     Setelah  lama menunggu, suaminya masih belum juga keluar,lalu menyuruh anaknya pergi menyampaikan pesannya kepada si bapa.
“Ayah, kata ibu nak menaip surat kan? Ibu dah lama tunggu dalam bilik,” kata si anak.
Lalu si bapa menjawab dari dalam bilik air, “Cakap ngan ibu, tak perlu menaip lagi,bapak dah tulis dengan tangan,”


Monday, May 16, 2011

Minum Ikut Sunah Nabi

     Rasulullah SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. Ia bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai satu amalan kesihatan.Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicah madu sebelum makan apa apa pada waktu pagi selain minum air yang telah di simpan semalaman dalam sebuah bekas.

Antara khasiat amalan amalan ini adalah;

  • Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  • Mencuci perut.
  • Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  • Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang,limpa dan hati.
     Aisyah r.a meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
     
     Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyabut; "Ya Allah,kurniakanlah aku denga cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk." Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.

     Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum
  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang  dengan tangan kanan.
  • Bacalah 'Bismillah'
  • Minum dengan 3 nafas.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan),bacalah 'Alhamdulillah'.
  • Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa  saki baki air minuman seseoramg Islam adalah ubat untuk penyakit.
  • Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

4 Jenis Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka

     Seseorang wanita yang masuk ke dalam neraka kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya. Kenyataan ini bukan untuk memperkecilkan kaum wanita namun sebaliknya supaya golongan lelaki memainkan peranan terhadap tanggungjawab mereka. Perhatikanlah, jika anda mungkin tergolong dalam salah satu dari empat golongan ini, sebaliknya anda mulalah melakukan sesuatu untuk memperbaikinya.

AYAH
     Apabila lelaki yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak akan memberikan segala keperluan agama  seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya melanggar perintah Allah S.W.T. Ingat, tak cukup jika hanya memberi kemewahan duniawi saja kepada anak-anak jika tidak menitikberatkan keperluan agama itu sendiri.

SUAMI
     Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, si suami hanya mendiamkan diri dengan perbuatan isterinya yang jelas melanggar perintah agama. Jika begini, tiada gunanya jika si suami mentaati perintah Allah kerana dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.

ABANG
     Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jika mereka membiarkan kakak atau adik perempuannya melencong dari landasan agama, mereka juga ditarik ke dalam neraka.

ANAK LELAKI
     Apabila anak lelaki tidak menasihati ibunya jika si ibu melakukan sesuatu yang jelas haram si sisi agama Islam, maka anak itu turut akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

     Kerana itu, kaum lelaki yang bergelar ayah,suami adik atau abang dan anak lelaki harus memainkan peranan mereka terhadap kaum wanita supaya tidak akan ditarik ke dalam neraka kelak. Allah S.W.T berfirman;
"Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarannya adalah manusia,jin dan batu batu..."

Sunday, May 15, 2011

Perlu Bijak Guna Teksi


     Teksi  adalah pengangkutan utama yang sering digunakan pelancong untuk ke mana-mana terutama di bandar atau dari lapangan terbang, pelabuhan serta terminal bas. Mereka lebih rela bayar mahal untuk teksi demi keselesaan dan lebih mempunyai privasi berbanding pengangkutan umum.

     Namun,menggunakan perkhidmatan teksi tidak selalu memberi keselesaan yang diinginkan. Ini kerana ada sesetengah pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, menuntut wang lebih (seperti tip), berpura-pura tidak mempunyai wang baki atau sengaja membawa penumpang melalui jalan yang jauh malah ada tidak bertanggungjawab melakukan rompakan terhadap penumpang.

     Justeru, tip ini mungkin dapat membantu memilih teksi supaya anda tidak tertipu dan selesa serta selamat ketika melancong terutama di negara asing.

1)      Cara terbaik memilih teksi adalah daripada pengusaha teksi melalui telefon. Dengan cara itu, nombor pendaftaran, nama pemandu dan data anda sebagai pelanggan direkod pengusaha teksi terbabit.
Jika berlaku sebarang masalah seperti layanan buruk daripada pemandu dan anda mahu membuat aduan, prosesnya akan jadi lebih mudah.

2)      Namun sebelum menelefon, pastikan anda memilih pengusaha teksi yang tepat dengan perkhidmatan terbaik. Carilah profil pengusaha teksi yang boleh dipercayai dan paling penting teksi itu memiliki nombor pemesanan serta layanan pengaduan.

3)      Jika bercuti di luar Negara, pastinya kita tidak mengetahui profil pengusaha teksi yang ada.Dalam situasi ini, mintalah bantuan petugas hotel atau tempat penginapan anda untuk meminta perkhidmatan teksi.

 4)      Apabila masuk ke dalam teksi, jangan terus menutup pintu.Ambillah waktu sejenak untuk memperhatikan keadaan teksi dan yang paling utama lihat kad pemandu yang tertera.
Adakah gambar yang tertera sama dengan pemandunya dan adakah nombor pendaftaran teksi itu sama dengan yang tertera di luar teksi. Perhatikan juga penampilan si pemandu teksi, adakah dia berpakaian kemas atau tidak.

5)      Jika anda tidak yakin dengan penampilan pemandu serta keadaan teksi, jangan ragu- ragu melakukan pembatalan dengan sopan dan tegas.Dalam hal ini, anda sebagai calon penumpang tidak mempunyai kewajipan untuk memberi duit tambang kepada pemandu.
Tetapi kalau anda berasa tidak sedap hati kerana terlanjur menahan teksi, berikan saja duit yang nilainya berpatutan menurut anda.Namun, jika teksi sudah terlanjur jalan dan anda memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan  kerana rasa ragu-ragu dan curiga, hentikan teksi di tempat yang ramai orang.

6)      Pastikan anda menyediakan wang kecil untuk membayar teksi. Ini kerana, ada sesetengah pemandu yang tidak mempunyai wang kecil atau berpura-pura semata-mata mahu mendapatkan bayaran lebih.

7)      Di sesetengah Negara memberi tip kepada pemandu teksi adalah perlu, justeru itu anda perlu peka terhadap budaya itu.

 8)      Apabila terpaksa menggunakan teksi dengan sistem borongan (tidak memakai meter), pastikan anda mendapat harga yang wajar. Adalah lebih baik jika anda tahu berapa jauh jarak tempat yang dituju dan menganggarkan tambang teksi itu nanti.



Tuesday, May 10, 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK


Terima seadanya.. Dalam apa sekalipun, sama ada serba kekurangan atau keperitan, tanggungjawab serta matlamat hidup perlu diteruskan. Persedian minda, emosi, fizikal, psikologikal serta rohani dipertingkatkan supaya tidak terlalu mudah dipengaruhi perasaan yang boleh melemahkan semangat.
Terimalah seadanya dan redha serta yakin bahawa setiap dugaan itu pastinya ada hikmah daripada Pencipta.

Makan bersama…Cuba sedaya upaya untuk mengumpul kesemua ahli keluarga untuk makan bersama dengan mewujudkan suasana  yang riang di antara satu sama lain.
Ini juga masa yang terbaik untuk berkongsi pengalaman atau pandangan sambil usik mengusik mengenai sesuatu isu yang boleh diterima oleh semua ahli keluarga.

Beri motivasi dalam hal-hal akademik..Anak-anak sememangnya kurang berminat untuk belajar, apatah lagi terpaksa membuat kerja-kerja sekolah atau membaca buku untuk menghadapi peperiksaan.
Leteran serta rungutan tidak membantu, tetapi sebaliknya ia akan menimbulkan rasa marah dan bosan.
Beri dorongan seperti menyatakan hasrat yang terpendam di hati betapa bangga sekiranya dapat melihat anak sendiri naik ke pentas menerima hadiah kerana cemerlang dalam akademik.

Jangan sesekali memarahi anak di tempat terbuka..Kadangkala tingkah laku anak tidak menyenagkan , tetapi ini tidak bererti bahawa teguran boleh dilakukan pada bila-bila masa atau tempat.
Perasaan anak perlulah diambil kira dan sebarang teguran serta nasihat hendaklah dilakukan di tempat yang tertutup supaya perasaan malu atau mungkin dijadikan bahan ejekan sesama ahli keluarga tidak berlaku.

Berikan hadiah sekiranya perlu..Memberi hadiah membantu mempertingkatkan motivasi anak untuk berusaha bersungguh-sungguh. Berikanlah hadiah seperti yang dijanjikan mengikut kemampuan lebih-lebih lagi hadiah yang sememangnya ingin diberikan serta hadiah itu juga dapat membantu mempertingkatkan proses pembelajaran.
Namun begitu, perlulah diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang baik tidak semestinya disusuli dengan hadiah.

Gunakan ugutan dalam keaadaan tertentu..Kadangkala ugutan membantu untuk merubah diri seseorang. Selagi ugutan itu tidak menyakit atau memudaratkan diri anak serta dapat memberi kesedaran,pendekatan ini tidaklah begitu keterlaluan.
Bertegas adalah penting untuk mengejutkan anak yang sedang lena dibuai mimpi atau angan-angan yang tidak kesampaian. 


acu cuba try klik jap