penantian satu penyeksaan... |
Cuba bayangkan, seorang kawan sudah berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian-sekian waktu di tempat yang telah ditentukan.Jadi kita pun menunggulah dengan harapan membunga,dengan hati ceria.
Lima minit menanti, sahabat yang ditunggu tidak muncul.Tak mengapalah, mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhati orang yang lalu lalang, sepasang kekasih berjalan beriringan, si ibu memimpin anaknya penuh mesra, seorang pelajar termenung, mungkin hatinya resah memikirkan pelajaran.
Tapi sahabat yang dinanti, belum juga kunjung tiba. Tak apa, mungkin sekejap lagi dia sampai. Kita melihat jam di tangan, ah… sudah 20 minit berlalu. Kita menanti dan terus menanti… setengah jam,dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung!
Apa yang anda rasa?Tentu anda akan berkata…
a)Eee..mana lerr budak nih?
b)Kalau ada hal pun call lerrr…
c)Tak guna betul,tadi dah janji.
d)Tau lerr esok… siap engkau!
Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucapkan akurjanji sebagai orang Islam di hadapan Allah s.w.t bahawa kita mematuhi Rukun Islam terutamanya solat 5 waktu. Kita tahu solat itu tiang agama,telah kita ikrarkannya kepada Allah s.w.t sejak sekian lama.
Kedengaran azan berkumandang, Allah s.w.t sedang menanti kita menghadap-Nya. 5 minit… 20 minit… 40 minit… 1 jam… 2 jam… 3 jam, kita tidak langsung tak sembahyang!
Bayangkan, apa yang Allah s.w.t rasa? Bukankah kita sudah berjanji,kenapa mungkir???
No comments:
Post a Comment