Friday, June 17, 2011

Pilih Produk Yang Selamat Untuk Cantik


     Menampilkan kecantikan diri dari hujung rambut ke hujung kaki menjadi elemen penting dalam  kehidupan masyarakat hari ini. Malah, tidak lengkap kehidupan seorang wanita jika tidak merawat diri sama ada secara tradisional ataupun menggunakan kaedah moden.

     Perubahan zaman menjadikan agenda cantik, menarik dan bergaya tidak hanya menjadi tumpuan wanita saja,sebaliknya kini lelaki juga tidak kurang hebatnya. Lelaki hari ini mahu kelihatan  tampan dan segak selain sentiasa nampak segar dan sihat.

     Lantaran itu, tidak hairanlah semakin banyak salun kecantikan dan spa tumbuh bagaikan  cendawan , tidak sekadar di ibu kota tetapi seluruh pelusuk Negara.

    Pemilik salun kecantikan dan spa pula berlumba-lumba menawarkan pakej perkhidmatan menarik sama ada berkonsepkan tradisional, moden atau berasaskan corak penjagaan kecantikan dari negara tertentu.

     Disamping perkembangan pesat perniagaan salun atau spa, kewujudan produk kecantikan juga tidak dinafikan.

     Setiap hari ada saja pelbagai iklan mengenai produk baru di pasaran dengan  kebanyakkan  pemilik mengakui  produk berkenaan hasil formulasi, kajian dan penyelidikan yang mereka lakukan.

     Selain produk menjaga kecantikan luaran, tidak kurang juga produk yang membantu menjaga tubuh secara dalaman  dengan memberi tubuh sihat dan bertenaga dengan menggunakan sumber herba tradisional asli.

     Dalam memperkenalkan salun, spa, produk kecantikan dan kesihatan, ada pemilik atau pengeluar produk menggunakan personaliti atau artis terkenal sebagai duta bertujuan menarik perhatian pembeli untuk membeli produk atau menggunakan  perkhidmatan yang ditawarkan.

     Mereka juga menjadikan media sebagai medium untuk mempromasikan perkhidmatan dan barangan mereka.Oleh itu terpulang kepada pengguna untuk bijak memilih produk dan perkhidmatan yang berkesan dan benar-benar selamat penggunaannya.

     Apapun dalam keghairahan untuk tampil menarik dan cantik, pengguna harus bijak dan tidak terperangkap dengan promasi yang ditawarkan. Gunakanlan kebijaksanaan dan rasional dalam memilih salun,spa dan produk yang digunakan dan janganlah terpengaruh dengan iklan dan promosi.

     Sejak akhir2 ini juga banyak produk yang mengiklankan keberkesanan dalam menghasilkan kulit yang cantik, mampu membuatkan pengguna awet muda dan ada pula yang dapat menguruskan badan dalam masa singkat.

     Namun , anda janganlah mudah terpengaruh dengan tawaran yang mendakwa boleh memberikan seseorang kulit yang cantik dan tubuh menarik dalam masa yang singkat. Teliti dulu produk yang ditawarkan dan sebaik-baiknya dapatkan nasihat orang yang lebih pakar atau mereka yang sudah biasa menggunakan produk berkenaan.

     Dalam memilih produk kecantikan lihatlah kandungan bahan yang digunakan di samping selidik latar belakang pengeluar dalam memastikan ia selamat dipakai. Pastikan produk berkenaan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan manakala produk yang membabitkan makanan dan minuman mesti status halal, terutama yang diimport.

Cara yang betul untuk merawat kulit
  • Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun yang lembut, kemudian keringkan
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran utra unggu matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
  •  Jangan sesekali mencucuk,memicit atau mengorek jerawat. Ini akan menyebabkan radangnya merebak dan akan merosakkan tisu halus di bawah kulit anda. 
  • Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut dan akan melambatkan keupayaan kulit untuk sembuh.
  • Segeralah berjumpa pakar dermatologi (pakar kulit) jika mempunyai masalah atau ingin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai penjagaan

1 comment:

yaya_flanella said...

wahhh. dah macam doktor pakar. hee

acu cuba try klik jap