Tuesday, May 17, 2011

Hamil


Sepasang suami isteri baru bernikah lima bulan yang lalu. Suatu hari.,isteri pulang ke rumah sambil berlari ke arah suaminya dengan perasaan gembira.

ISTERI: Oh sayang ! Saya hamil!

SUAMI: Benarkah? Tak sangka,impian kita untuk dikurniakan seorang cahaya mata akan tercapai.

ISTERI: Bukan seorang tetapi dua orang cahaya mata sayang.

SUAMI: Maksud sayang?.

ISTERI: Kita akan memperolehi anak kembar.

SUAMI: Macam mana sayang tahu sedangkan kita belum jumpa doktor lagi?

ISTERI: Mudah saja, saya pergi ke farmasi beli dua alat ujian kehamilan dan hasil kedua-duanya positif!!!

SUAMI: ??!!!*#@.. Nak jgk kena penyepak aku  nih (dlm hati)


Jangan Bimbang


     Di dalam sebuah keretapi, duduk  4 orang lelaki di tempat duduk yang sama. Seorang rakyat  Malaysia, sorang rakyat Amerika, sorang rakyat Cuba dan sorang lagi rakyat Bangladesh.

     Sedang keempat-empat mereka rancak berborak, tiba-tiba lelaki Amerika itu mengeluarkan wang seratus dolar, membakar lalu membuangnya ke luar tingkap. Terkejutlah teman-temannya yang lain melihat keadaan itu.

 “Mengapa awak buat begitu?” Tanya mereka yang lain.
“Jangan bimbang,  saya ada banyak wang dolar Amerika di negara saya” Dengan bangga lelaki Amerika itu menjawab.

     Kemudian, lelaki Cuba pula mengeluarkan sebatang curut yang mahal harganya. Lalu dia menyalakan curut itu. Namun, baru tiga kali hisap, dia terus membuang curut itu melalui tingkap.

“Jangan bimbang, saya ada banyak lagi curut di negara saya” jawab lelaki Cuba itu dengan  sombongnya.

     Tiba-tiba lelaki Malaysia terus menarik lelaki Bangladesh yang duduk di sebelahnya lalu mencampakkan ke luar tingkap. Terkejut beruk lelaki Amerika dan Cuba melihat keadaan itu.

“Jangan bimbang, saya ada banyak lagi warga Bangladesh di negara saya,”jawabnya selamba sebelum teman-teman itu bertanya.

Menaip Surat...


     Sepasang suami isteri mempunyai seorang anak berusia 4 tahun. Suami isteri ini sepakat menggunakan kata-kata rahsia di hadapan anak mereka jika mereka ingin bersama’. Jika mahu ‘bersama’ mereka akan mengatakan mahu ‘menaip surat ‘ supaya si anak tidak ada banyak bertanya.

     Suatu hari, sewaktu suami isteri itu dah buat rancangan nak menaip surat’, tiba-tiba ada jiran datang berkunjung ke rumah mereka. Terpaksalah si suami menunggu seorang diri dalam bilik sementara si isteri turun ke bawah melayan tetamu.

     Kerana sudah lama menunggu,si suami memanggil anaknya menyampaikan pesan pada pada ibunya.
 “Bu, ayah nak menaip surat,” kata anaknya.
“Cakap pada ayah, ibu dah siapkan kertas atas meja,” kata si ibu.

     Memikirkan si ibu mahu membantu suaminya menaip surat,maka jirannya itu kemudiannya memohon diri untuk pulang ke rumah. Setelah jirannya pulang, si ibu segera naik ke bilik. Tapi ,dia tidak nampak suaminya.Rupa-rupanya, suaminya berada dalam bilik air.

     Setelah  lama menunggu, suaminya masih belum juga keluar,lalu menyuruh anaknya pergi menyampaikan pesannya kepada si bapa.
“Ayah, kata ibu nak menaip surat kan? Ibu dah lama tunggu dalam bilik,” kata si anak.
Lalu si bapa menjawab dari dalam bilik air, “Cakap ngan ibu, tak perlu menaip lagi,bapak dah tulis dengan tangan,”


Monday, May 16, 2011

Minum Ikut Sunah Nabi

     Rasulullah SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. Ia bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai satu amalan kesihatan.Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicah madu sebelum makan apa apa pada waktu pagi selain minum air yang telah di simpan semalaman dalam sebuah bekas.

Antara khasiat amalan amalan ini adalah;

  • Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  • Mencuci perut.
  • Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  • Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang,limpa dan hati.
     Aisyah r.a meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
     
     Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyabut; "Ya Allah,kurniakanlah aku denga cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk." Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.

     Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum
  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang  dengan tangan kanan.
  • Bacalah 'Bismillah'
  • Minum dengan 3 nafas.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan),bacalah 'Alhamdulillah'.
  • Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa  saki baki air minuman seseoramg Islam adalah ubat untuk penyakit.
  • Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

4 Jenis Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka

     Seseorang wanita yang masuk ke dalam neraka kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya. Kenyataan ini bukan untuk memperkecilkan kaum wanita namun sebaliknya supaya golongan lelaki memainkan peranan terhadap tanggungjawab mereka. Perhatikanlah, jika anda mungkin tergolong dalam salah satu dari empat golongan ini, sebaliknya anda mulalah melakukan sesuatu untuk memperbaikinya.

AYAH
     Apabila lelaki yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak akan memberikan segala keperluan agama  seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya melanggar perintah Allah S.W.T. Ingat, tak cukup jika hanya memberi kemewahan duniawi saja kepada anak-anak jika tidak menitikberatkan keperluan agama itu sendiri.

SUAMI
     Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, si suami hanya mendiamkan diri dengan perbuatan isterinya yang jelas melanggar perintah agama. Jika begini, tiada gunanya jika si suami mentaati perintah Allah kerana dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.

ABANG
     Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jika mereka membiarkan kakak atau adik perempuannya melencong dari landasan agama, mereka juga ditarik ke dalam neraka.

ANAK LELAKI
     Apabila anak lelaki tidak menasihati ibunya jika si ibu melakukan sesuatu yang jelas haram si sisi agama Islam, maka anak itu turut akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

     Kerana itu, kaum lelaki yang bergelar ayah,suami adik atau abang dan anak lelaki harus memainkan peranan mereka terhadap kaum wanita supaya tidak akan ditarik ke dalam neraka kelak. Allah S.W.T berfirman;
"Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarannya adalah manusia,jin dan batu batu..."

Sunday, May 15, 2011

Perlu Bijak Guna Teksi


     Teksi  adalah pengangkutan utama yang sering digunakan pelancong untuk ke mana-mana terutama di bandar atau dari lapangan terbang, pelabuhan serta terminal bas. Mereka lebih rela bayar mahal untuk teksi demi keselesaan dan lebih mempunyai privasi berbanding pengangkutan umum.

     Namun,menggunakan perkhidmatan teksi tidak selalu memberi keselesaan yang diinginkan. Ini kerana ada sesetengah pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, menuntut wang lebih (seperti tip), berpura-pura tidak mempunyai wang baki atau sengaja membawa penumpang melalui jalan yang jauh malah ada tidak bertanggungjawab melakukan rompakan terhadap penumpang.

     Justeru, tip ini mungkin dapat membantu memilih teksi supaya anda tidak tertipu dan selesa serta selamat ketika melancong terutama di negara asing.

1)      Cara terbaik memilih teksi adalah daripada pengusaha teksi melalui telefon. Dengan cara itu, nombor pendaftaran, nama pemandu dan data anda sebagai pelanggan direkod pengusaha teksi terbabit.
Jika berlaku sebarang masalah seperti layanan buruk daripada pemandu dan anda mahu membuat aduan, prosesnya akan jadi lebih mudah.

2)      Namun sebelum menelefon, pastikan anda memilih pengusaha teksi yang tepat dengan perkhidmatan terbaik. Carilah profil pengusaha teksi yang boleh dipercayai dan paling penting teksi itu memiliki nombor pemesanan serta layanan pengaduan.

3)      Jika bercuti di luar Negara, pastinya kita tidak mengetahui profil pengusaha teksi yang ada.Dalam situasi ini, mintalah bantuan petugas hotel atau tempat penginapan anda untuk meminta perkhidmatan teksi.

 4)      Apabila masuk ke dalam teksi, jangan terus menutup pintu.Ambillah waktu sejenak untuk memperhatikan keadaan teksi dan yang paling utama lihat kad pemandu yang tertera.
Adakah gambar yang tertera sama dengan pemandunya dan adakah nombor pendaftaran teksi itu sama dengan yang tertera di luar teksi. Perhatikan juga penampilan si pemandu teksi, adakah dia berpakaian kemas atau tidak.

5)      Jika anda tidak yakin dengan penampilan pemandu serta keadaan teksi, jangan ragu- ragu melakukan pembatalan dengan sopan dan tegas.Dalam hal ini, anda sebagai calon penumpang tidak mempunyai kewajipan untuk memberi duit tambang kepada pemandu.
Tetapi kalau anda berasa tidak sedap hati kerana terlanjur menahan teksi, berikan saja duit yang nilainya berpatutan menurut anda.Namun, jika teksi sudah terlanjur jalan dan anda memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan  kerana rasa ragu-ragu dan curiga, hentikan teksi di tempat yang ramai orang.

6)      Pastikan anda menyediakan wang kecil untuk membayar teksi. Ini kerana, ada sesetengah pemandu yang tidak mempunyai wang kecil atau berpura-pura semata-mata mahu mendapatkan bayaran lebih.

7)      Di sesetengah Negara memberi tip kepada pemandu teksi adalah perlu, justeru itu anda perlu peka terhadap budaya itu.

 8)      Apabila terpaksa menggunakan teksi dengan sistem borongan (tidak memakai meter), pastikan anda mendapat harga yang wajar. Adalah lebih baik jika anda tahu berapa jauh jarak tempat yang dituju dan menganggarkan tambang teksi itu nanti.



Tuesday, May 10, 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK


Terima seadanya.. Dalam apa sekalipun, sama ada serba kekurangan atau keperitan, tanggungjawab serta matlamat hidup perlu diteruskan. Persedian minda, emosi, fizikal, psikologikal serta rohani dipertingkatkan supaya tidak terlalu mudah dipengaruhi perasaan yang boleh melemahkan semangat.
Terimalah seadanya dan redha serta yakin bahawa setiap dugaan itu pastinya ada hikmah daripada Pencipta.

Makan bersama…Cuba sedaya upaya untuk mengumpul kesemua ahli keluarga untuk makan bersama dengan mewujudkan suasana  yang riang di antara satu sama lain.
Ini juga masa yang terbaik untuk berkongsi pengalaman atau pandangan sambil usik mengusik mengenai sesuatu isu yang boleh diterima oleh semua ahli keluarga.

Beri motivasi dalam hal-hal akademik..Anak-anak sememangnya kurang berminat untuk belajar, apatah lagi terpaksa membuat kerja-kerja sekolah atau membaca buku untuk menghadapi peperiksaan.
Leteran serta rungutan tidak membantu, tetapi sebaliknya ia akan menimbulkan rasa marah dan bosan.
Beri dorongan seperti menyatakan hasrat yang terpendam di hati betapa bangga sekiranya dapat melihat anak sendiri naik ke pentas menerima hadiah kerana cemerlang dalam akademik.

Jangan sesekali memarahi anak di tempat terbuka..Kadangkala tingkah laku anak tidak menyenagkan , tetapi ini tidak bererti bahawa teguran boleh dilakukan pada bila-bila masa atau tempat.
Perasaan anak perlulah diambil kira dan sebarang teguran serta nasihat hendaklah dilakukan di tempat yang tertutup supaya perasaan malu atau mungkin dijadikan bahan ejekan sesama ahli keluarga tidak berlaku.

Berikan hadiah sekiranya perlu..Memberi hadiah membantu mempertingkatkan motivasi anak untuk berusaha bersungguh-sungguh. Berikanlah hadiah seperti yang dijanjikan mengikut kemampuan lebih-lebih lagi hadiah yang sememangnya ingin diberikan serta hadiah itu juga dapat membantu mempertingkatkan proses pembelajaran.
Namun begitu, perlulah diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang baik tidak semestinya disusuli dengan hadiah.

Gunakan ugutan dalam keaadaan tertentu..Kadangkala ugutan membantu untuk merubah diri seseorang. Selagi ugutan itu tidak menyakit atau memudaratkan diri anak serta dapat memberi kesedaran,pendekatan ini tidaklah begitu keterlaluan.
Bertegas adalah penting untuk mengejutkan anak yang sedang lena dibuai mimpi atau angan-angan yang tidak kesampaian. 


Monday, May 9, 2011

BURUK BAIK IBU SENDIRI


Tak faham betul SSD dengan sikap sebilangan anak
yang sanggup memburukkan ibu sendiri dan dakwa ibu
 tak bertanggungjawab.Kalau ya pun ibu buat silap,maafkanlah.

Ibu mana sanggup lihat anaknya menderita
kerana tindakan anak yang kurang bijak.

Rasanya ada tak ibu yang tak pernah marah anaknya.
Bayangkan ,anak buat kerja tak senonoh di depan
mata pun, takkan sengih jerrr.

Boleh tak macam tuh?. Mestilah tegur dan marah
kalau anak berperangai liar.
Habis tuh kalau ibu sendiri tak boleh tegur,
siapa yang boleh tegur?.

Kalaulah induvidu berkaitan tahu betapa mulia
dan tingginya martabat insan bergelar ibu,
tentu dia tidak tergamak buat begitu
pada ibu.

SSD lihat sekarang ini ramai remaja tak tahu
menghormati ibu.Ada kes remaja sanggup
pukul ibu sebab tak dapat penuhi kemahuannya,
malah  bercakap dengan nada  kurang ajar
dengan ibu.Setakat mengherdik atau
memaki hamun ibu tu dia
tak rasa apa2.

Takut betul SSD dengan perkembangan kini.
Tak rasa berdosa ker buat begitu?. Kena
marah skit,mulalah lari dari rumah.

Tak ambil iktibar langsung dengan banyak kes
yang dilaporkan sebelum ini. Nak jadi 
Tanggang versi perempuan agaknya.

Konon lari dari rumah sebab nak cari ketenangan jiwa,
alih2 makin serabut kepala otak sebab terpedaya
dengan laki-laki jahat.

Kalau tak pandai hormat ibubapa,jangan terkejut
kalau esok lusa bila dah ada anak,induvidu itu
sendiri akan terima pembalasan yang serupa.

Dulu aniaya ibu,lepas itu anak pula yang lakukan
seperti apa yang awak lakukan pada ibu dulu..
Haaa… rasa kau macam mana


Sunday, May 8, 2011

KASIH IBU TIDAK TERNILAI


     Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu tiada ternilai harganya.Usaha membesarkan anak daripada tapak kakinya sebesar dua jari hingga anak menginjak dewasa tidak terbalas jasanya. Alangkah bertuahnya si ibu apabila anak yang berjaya tidak pernah meminggirkan ibunya.
     Lebih bertuah lagi, jika si anak itu bukan saja menjadi anak yang berjasa kepada orang tua bahkan kepada bangsa dan negara.
     Pakar motivasi, Datuk Fadzilah kamsah, menurutnya sifat utama yang dibekal oleh Allah kepada mana2  ibu adalah kasih sayang  yang tinggi. Pakar motivasi ini mengakui kasih sayang itulah membuatkan wanita itu menjadi seorang ibu yang baik.
Menurutnya ,daripada sifat kasih sayang ini bercambah sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati kepada dirinya. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, beliau menyatakan ciri berikut yang lazimnya ada pada ibu yang memiliki sifat keibuan.

Kasih sayangnya menyerlah
     Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dlm bentuk belaian dan kemanjaan tapi didikan. Disamping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi.
     Kerana tingginya kasih sayang  ibu ini,dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.Justeru, anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.

Perihatin dan ambil berat
     Kadangkala bagi anak yang dewasa,ibu masih perihatin mengambil berat dan mengambil tahu mengenai anaknya.

Halus perasaan
     Ibu yang sejati dapat membaca pergolakkan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak.Perasaan terhadap anaknya begitu halus,sejak kecil anak itu di bawah pengawasannya membuatkan ibu arif dengan ‘bahasa badan’ anaknya.

Suka beri nasihat
     Sifat seorang ibu sejati memang suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu,dia selalu menjadi kauselor dan tempat rujuk anak-anaknya.
Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidup.

Sangat sabar dan berlapang dada
     Daripada wajah seorang ibu,sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan.
Seorang ibu tidak pernah menunjuk rasa tidak senang atau marah walaupun ada antara anak-anak pernah menyinggung perasaannya. Itu lah ibu sejati.

Lembut tapi tegas
     Wataknya boleh disesuaikan iaitu ada ketika dia berlembut dan pada ketika yang lain,dia perlu tegas dan tidak boleh memberi muka.Namun ketika tegas,sifat kelembutannya masih terjaga.Dia tegas bila membabitakan  soal disiplin,peraturan atau perintah Allah,tapi wataknya yang lembut tidak perlu pula bertukar keras dan kasar.

Suka meraikan
     Walaupun anak-anak besar dan masing2 berkeluarga,seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan serta melayan keinginan anaknya.
     Apabila anak pulang bercuti misalnya,dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaraan si anak.Jika anak-anak ramai,dia akan memberi perhatian pada setiap anak.
     Dia mahu anak-anaknya selesa dan memenuhi keperluan mereka sehinggakan dia sering mendahulukan keperluan serta keinginan anak-anak daripada dirinya sendiri.
Malah ,dia sanggup mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anaknya.

Tiada pilih kasih
     Tiada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi.Selain anak-anak sendiri,  ,sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya kepada anak orang lain.
     Menerusi kekuatan sifat  keibuan ,seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.
     Tiada satu formula ideal membentuk anak-anak cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya tersendiri yang dianugerahkan Allah.


Friday, May 6, 2011

TINGKAT KEUPAYAAN OTAK


     Betapa kuat sekalipun otak berfungsi, sesekali kita tetap lupa sedangkan otak juga perlukan ‘penyelenggaraan’. Bukan pembedahan atau melakukan sesuatu yang berbahaya kerana kajian mendapati otak mampu dipertingkatkan keupayaannya hanya menerusi beberapa langkah mudah.

     Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan fungsi otak;

Makan badam
     Badam dipercayai boleh meningkatkan ingatan.Kombinasi minyak badam dan susu yang diambil sebelum atau selepas tidur dikatakan boleh menguatkan kuasa ingatan.Susu badam boleh disediakan dengan menghancurkan badam tanpa lapisan luarnya dan ditambah air dan gula.

Minum jus epal
Kajian Universiti Massachusetts Lowell,Amerika syarikat menunjukkan jus epal meningkatkan pengeluaran pemancar system saraf yang penting, acetylcholine di dalam otak sekaligus meningkatkan kuasa ingatan.

Tidur dengan baik
Kajian mendapati ingatan jangka masa panjang diperkuatkan apabila seseorang itu memperolehi tidur yang cukup.

Nikmat aktiviti mudah dan digemari
     Tekanan boleh mengeringkan kekuatan otak.Amalkan aktiviti mudah yang digemari setiap hari untuk menyingkirkan tekanan daripada fikiran.
     Sesetengah daripada aktiviti mudah ini bukan saja baik untuk otak malah tubuh dan jiwa seperti mendengar musik yang digemari, bermain dengan anak2 dan melahirkan penghargaan kepada orang lain.
     Selain itu, berlari beberapa kilometer setiap hari,mengayuh basikal atau berenang juga elok diamalkan.

Senaman minda
     Senaman fizikal memang penting untuk membina tubuh yang kuat, namun senaman mental juga sangat diperlukan. Sedar atau tidak,kanak2 mempunyai kekuatan otak yang jauh lebih tinggi berbanding golongan dewasa. Si kecil sentiasa bermain dengan fikirannya.Fikiran sedemikian menunjukkan kekuatan ingatan yang baik
     Untuk membuatkan fikiran aktif,ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti bermain silang kata, berinteraksi atau melakukan kerja sukarela. Selain itu,mulakan hobi seperti menulis blog,membaca ,melukis atau mempelajari kemahiran baru.

Mengurangkan pengambilan gula
     Gula bukanlah makanan,ia sejenis karbohidrat yang memberikan tenaga khayalan. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan gejala kebimbangan yang keterlaluan.
     Gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan rasa takut apabila berada di tempat sempit,hilang ingatan dan masalan saraf lain.Jika boleh nikmati makanan tanpa perlu menambah gula.

Khasiat gandum penuh
     Gandum penuh mengandungi lecithin. Bahan ini membantu untuk mengurangkan masalah pengerasan saluran darah yang lazimnya merosakkan fungsi otak.

Makan hidangan ringan pada waktu malam
     Hidangan berat boleh menyebabkan seseorang itu sukar tidur dan tekanan emosi sewaktu tidur.Elok menikmati hidangan berat pada waktu siang ketika tubuh banyak melakukan pergerakkan,sekali gus memanfaatkan pengambilan yang banyak itu.
     Pada waktu malam, nikmati hidangan ringan berserta buah-buahan untuk memudahkan tidur.Tidur yang baik boleh menguatkan otak.

Berimaginasi
     Orang yunani cukup mahir dari segi prinsip imaginasi dan kaitannya untuk mengingati apa saja. Teknik berkenaan memerlukan seseorang itu mencipta imaginasi jelas dan berwarna-warni yang boleh dikaitkan dengan objek yang diketahui.
     Jika proses imaginasi itu turut disertai deria sentuh,rasa,bau,dengar dan melihat, seseorang itu boleh mengingatinya dengan baik.

Kelebihan vitamin B kompleks
     Vitamin B kompleks menguatkan ingatan,justeru itu nikmatilah makanan termasuk sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin B kompleks yang tinggi.


Wednesday, May 4, 2011

WANITA SELERA TINGGI

      Anda perlu berhati- hati agar tidak terjerat dengan wanita yang  berselera tinggi. Wanita jenis ini sukar mengawal perasaan dan tingkah lakunya. Dia mempunyai masalah dengan semua perkara, termasuklah anda.

     Wanita ini mempercayai adalah haknya untuk berbuat apa saja. Jika dia berasa hendak menjeritkan orang yang melihatnya, dia akan berbuat demikian. Andalah yang terpaksa berhadapan dengan akibatnya.

     Dia akan menjerit, menangis, mengomel-ngomel atau kadang –kadang bertindak seperti kanak-kanak jika hajatnya tidak dipenuhi sekalipun di tempat orang ramai.
Wanita  ‘selera tinggi’ ini mempunyai ciri-ciri seperti;

·         Semua perkara diambil personal.Jika dia tidak dapat keluar kerana hujan, dia akan marahkan cuaca.
·         Dia akan mengeluarkan perasaannya terhadap anda terutamanya pada waktu ‘angin’ tidak baik.
·         Dia berasa tidak perlu hidup secara reasonable dan tidak pernah berusaha untuk reasonable.Anda perlu hidup dengan caranya.
·         Dia mudah terasa tersinggung dengan apa saja yang anda lakukan.
·         Dia percaya  pada waktu ini perasaannya sangat penting jadi dia perlu mendapatkan jalan keluar dengan apa cara sekalipun, biarpun dia terpaksa bertengkar atau bergaduh dengan anda.
·         Anda tidak boleh memberi tunjuk ajar kepadanya berhubung tingkah lakunya. Jika anda memberitahunya, dia akan menjerit atau menangis yang dia rasa itu adalah haknya.
·         Dia tidak kreatif dan sentiasa membantah mengenai semua hal.
·         Dia sangat sensitif, sering mempunyai tanggapan yang anda fikir dia gemuk atau tidak cantik jika tersalah cakap.Anda tidak berani melihat wanita lain jika dia berada bersama anda.
·         Dia akan naik angin jika anda tidak tahu dengan segera apa-apa yang dia mahu. Ini menunjukkan anda tidak sensitif dengan kehendaknya .
·         Perasaannya tidak tenang. Sekejap suka, sekejap marah, menjerit atau menangis.
·         Dia sangat cerewet dengan tingkah laku anda dan ada saja yang tidak kena pada pandangannya.

     Jika anda bersedia untuk menerimanya, cabaran bagi anda ialah memenuhi ‘selera’ untuk menjaga hati wanita ini. Bukan ‘selera ‘ fizikal seperti membeli pakaian atau keperluan hariannya, tetapi ‘selera ‘emosi yang anda perlu penuhi agar perhubungan kekal. 

Monday, May 2, 2011

PERKARA REMEH MENJADI PUNCA PENCERAIAN



  Tidak sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun tahun hidup dengannya,anda kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan.

     Membaca atau meneliti kes penceraian yang berlaku, ia tidak hanya berpunca dari isu besar sebaliknya perkara kecil  boleh menjadi titik akhir sekaligus mengundang episod duka dalam rumahtangga.

     Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumahtangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal palling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup.

     Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan berkemeja T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.

     Jika anda tahu ‘lambaian di luar sana’ lebih membuatkan lelaki teruja. Elakkan perkara yang diperkatakan ini untuk menjadi pengajaran berguna.

1.      Memperkecilkan suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “suami saya kan,siang ikan pun tak tahu!” 


2.      Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh temeh.

3.      Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri.

4.      Mengambil muka surat atau bahagian daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara yang salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca.

5.      Memotong mana mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang sana sini manakala si suami tidak sempat membacanya.

6.      Menyuruh si suami membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat, sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar malam.

7.      Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudiannya menyalahkan suami.

8.      Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perancangan yang sudah dibuat.

9.      Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirehat anda sekeluarga.

10.  Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga.

11.  Berpakaian kusut masai dengan baju T terkoyak dan batik lusuh selain selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan.

12.  Mengambil masa yang cukup lama apabila bersiap seolah olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan si suami tertunggu tunggu dan terus tertidur.

13.  Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan.

14.  Tidak suka mandi dan besiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu  ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami.

15.  Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak anak atau melakukan perkara lain seolah olah meremehkan perkara ibadah.

16.  Mengganggu suami yang menonton tv kegemaraannya misalnya bola sepak. Ketika itu ada saja kerja yang meminta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham..

17.  Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Adakalanya suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat.

18.  Membebel dan berleter  tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadi topik yang membosankan dan dibenci oleh si suami.

19.  Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gossip atau prejudis sehingga  menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami.

20.  Menceritakan rumah tangga kepada orang lain dan memburuk burukkan suami, keturunan atau asal usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain samada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat.

21.  Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami.

22.  Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.


PEMBENTUK KARAKTER TAMAN


     Perabut taman disediakan untuk kegunaan bermanfaat di sudut tertentu khususnya ketika hujung minggu bersama seisi keluarga.Elemen itu penting dalam pembentukan karakter sesebuah taman supaya tampil lebih semulajadi mendamaikan.

     Semestinya saiz perabot taman yang digunakan berupaya menguatkan identiti landskap serta merealisasikan corak sebuah taman. Ia biasanya membabitkan perabot yang boleh dialih atau kekal di sudut tertentu sebagai lokasi rehat, riadah, ruang belajar atau bekerja.

     Kehadiran perabot taman  membuatkan suasana kelihatan hidup dan lengkap untuk dihayati sesiapa saja yang menggunakannya. Perabot didatangkan dengan nilai estitika dan reka bentuk menarik pastinya melengkapkan konsep penata taman yang diinginkan.

     Biasanya perabot taman direka berdasarkan cita rasa dan pastinya anda sebagai pemilik kediaman  inginkan kelainan bagi memenuhi konsep penataan taman. Perabot taman termasuk gazebo, kerusi santai dan bangku diperbuat daripada kayu, rotan, buluh, besi atau keluli, seramik, gentian kaca mahupun konkrit.

     Paling penting, ia dapat digunakan dengan sepenuhnya dan menarik jika mahu sekadar dijadikan hiasan semata mata.Bagaimanapun pemilihan setiap perabot taman banyak bergantung kepada konsep dan kemampuan kewangan pemiliknya.

     Bagi mengelakkan pembaziran, aspek ketahanan dan kesesuain perabot berkenaan untuk ditempatkan pada taman perlu diambil kira.Berikut beberapa panduan memilih perabot taman.
·         Material yang dihasilkan tahan lasak kerana sering terdedah dengan cuaca panas atau hujan.
·         Pastikan perabot taman tidak menyerap haba bagi mengelakkan  ia hanya sesuai digunakan untuk waktu tertentu sahaja.
·         Ukiran perlu praktikal dan mementingkan ciri keselamatan.
·         Saiz dan ukuran perlu sesuai dengan keluasan taman bagi mengelakkan pemandangan menyakitkan.

Sunday, May 1, 2011

MANFAAT BERHENTI REHAT

     Anda merancang perjalanan jauh bersama anak anak pada cuti sekolah ini. Jika ya,anda perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang berlaku terutama jika si anak mengalami mabuk dalam perjalanan.
     Andai mabuk melanda, si anak pasti meragam dan ibu bapa pula tak keruan dibuatnya. Justeru untuk mencegahnya ikutilah tip berikut;

  • Hindari aktiviti membaca terlalu lama ketika dalam perjalanan
  • Dengarkan alunan musik yang disukai. Musik yang tidak disukai atau dirasa membosankan juga dapat menimbulkan rasa mual.Biarlah musik itu tenang dan tidak terlalu kuat.
  • Buatlah apa apa permainan atau aktiviti yang menyenangkan seperti bermain teka teki,bernyanyi atau bergurau senda.
  • Pastikan anak duduk searah perjalanan.Ajar anak untuk melihat permandangan di kejauhan seperti gunung atau sawah padi.
  • Jika menaiki kereta MPV yang memiliki tiga baris kerusi, pilihlah baris kedua yang kurang terhuyung hayang.
  • Ambilah masa untuk berhenti rehat di beberapa perhentian terutama dalam perjalanan yang jauh.
  • Pastikan air yang dibawa mencukupi sepanjang perjalanan.
  • Jauhkan asap rokok daripada anak anak kerana selain menggangu saluran pernafasan, ia juga membuatkan anak mual.
  • Hindari makanan pedas dan berminyak sebelum dan ketika dalam perjalanan.Usahakan juga supaya perut tidak terlampau kenyang  sebelum atau semasa perjalanan.


Saturday, April 30, 2011

SURAH AL-MUKMINUM ayat 28-29 selamat dari tenggelam

     Agar selamat dari bahaya tenggelam ketika naik kapal atau perahu,maka sewaktu naik bacalah ayat di bawah ini:
Apabila Engkau telah tetap di atas perahu, Engkau dan orang yang
bersama Engkau,bacalah:Puji-pujian bagi Allah yang telah melepaskan
kami daripada kaum yang aniaya (28)
katakanlah :Ya Tuhanku,tempatkanlah aku ditempat yang berkat
dan Engkau sebaik-baik yang memberi tempat (29)
     Demikianlah khasiat Surah Al-Mukminum ayat 28-29. Maka bacalah ayat ini setiap kali naik kapal atau perahu, insya Allah akan selamat dari bahaya tenggelam, meskipun datang badai atau ombak besar yang sangat berbahaya. Khasiatnya lagi ialah bila dibaca ketika hendak tidur,maka diselamatkan dari pencurian dan dari godaan jin dan syaitan.

Wednesday, April 27, 2011

SURAH AT-TAUBAH ... panjang umur dan sejahtera

Bacalah setiap habis solat magrib dan solat subuh
ayat 128 dan 129 dari surah AT-TAUBAH
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu
sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang orang mukmin (128)
Jika mereka berpaling (dari keimanan) maka katakanlah: "Cukuplah
Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku
bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan Yang memiliki
'arasy yang agung (129)".
Dengan mengamalkan secara terus menerus, insyaAllah umur kita bertambah panjang ,penuh berkah dan sejahtera.


Sunday, April 24, 2011

AKTIVITI BERJEMAAH ERAT HUBUNGAN SUAMI ISTERI


     Sesetengah pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itulah hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

     Justeru itu, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam;

·         Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sesekali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah SWT berfirman dalam surah An –Nisa, ayat 19 bermaksud: “Dan bergaulah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”

·         Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.

·         Digalakkan berjimak dengan suaminya,  mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

·         Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

·         Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan, membaca al-Quran, mendidik anak-anak dan mandi bersama-sama.

·         Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus.

·         Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian dihebohkan rahsianya itu kepada orang lain." (Hadis riwayat muslim).

·         Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

·         Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

·         Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

·         Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walupun ketika nusyuz.

·         Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada  bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “ Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan dan memberinya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud).

·         Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

·         Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.


Saturday, April 23, 2011

SURAH AL-IKHLAS


   Surah Al -Ikhlas terdiri dari 4 ayat, berisi mengenai penegasan tentang kemurkaan Allah SWT dan menolak segala macam kemusyrikan.Sebagaimana Surah Al- Fatihah ,Surah Al-Ikhlas pun mempunyai beberapa keutamaan. Seperti tersebut di dalam hadis diriwayatkan oleh Al- 'Uqaili dari Raja A Ghanawi, Rasulullah SAW, telah bersabda ;Barang siapa membaca  Surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan- akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.

     Adapun khasiat yang terkandung di dalam Surah Al-Ikhlas, antaranya ialah;
  1. Bila dibaca kepada orang yang sedang sakit,seandainya dia kemudian mati pada hari itu juga, maka insyaAllah dia akan diselamatkan dari seksa kubur.
  2. Bila dibaca secara rutin setiap hari, insyaAllah akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Sebaiknya dibaca setiap kali selesai solat fardhu menurut kemampuan masing- masing asal jangan sampai membosankan.
  3. Bila dalam perjalanan kemudian merasa lapar atau dahaga padahal tiada kedai makan, maka bacalah lafaz "Ya Shamadu" sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa lapar dan dahaga akan hilang dan seakan-akan kembali kenyang lagi.
  4. Bila kita amalkan dengan mewiridkan lafaz  "Ya Shamadu" secara rutin setiap hari (terserah waktu membacanya) sebanyak 134 kali, InysaAllah kita diselamatkan dari maksud jahat orang yang rakus dan serekah.
  5. Bila lafaz  "Ya Shamadu" kita wiridkan secara rutin setiap hari sebanyak 40 kali, InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita akan selamat dari tipu daya dan kejahatan orang-orang yang serakah.
     Demikianlah di antara khasiat-khasiat yang terkandung di dalam Surah Al-Ikhlas. Akan tetapi yang lebih penting dari itu semua bahawa kita membaca Surah Al-Ikhlas itu merupakan ibadah yang mendapat pahala. Pernah suatu hari datang salah seorang sahabat Nabi menceritakan kepada baginda mengenai kecintaanya membaca  Surah Al-Ikhlas. Baginda lalu bersabda ( yang ertinya) ;" kecintaanmu kepada Surah Al-Ikhlas itu dapat memasukkan kamu ke dalam syurga.

Thursday, April 21, 2011

CUCI DAPUR SELEPAS MEMASAK


Pastikan kebersihan dapur sentiasa dijaga dengan rapi

    
    Kekemasan dan kebersihan pada ruang kediaman mengungkapkan situasi tenang, harmoni dan keselesaan kepada seisi keluarga.

     Tidak bermakna memiliki rumah besar,cantik dengang hiasan menarik jika penghuninya gagal menjaga kebersihan. Bagi memastikan kebersihan menjadi amalan, pentingnya membasuh tangan selepas menggunakan tandas dan peralatan bekerja seperti perkakasan berkebun, berus, tandas dan penyapu.

     Amalkan prosedur membasuh tangan yang betul iaitu menggunakan sabun,gosok tangan hingga hilang kotoran dan pastikan celah kuku bebas sebarang daki serta sisa kotoran, seterusnya bilas dengan air bersih dan lap hingga kering.

     Gunakan pakaian sesuai iaitu bersih dan menepati aktiviti yang dijalankan terutama memasak untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.

Panduan kebersihan di ruang dapur.
·        Segera simpan dan buat pengasingan makanan mentah dengan siap dimakan sebaik disimpan di dalam peti sejuk.
·        Cuci papan pemotong daging mentah dengan pembersih tanpa toksik sebelum ia digunakan semula.
·        Bersihkan tempat memasak, papan pemotong, sinki, peti sejuk dan peralatan dapur dengan pembersih bebas toksik sekerap mungkin.
·        Bersihkan permukaan dapur dan keringkan apabila selesai memasak.
·        Ganti tuala tangan dan alas meja mengikut keperluan.
·        Sentiasa kosongkan bakul sampah dan bersihkannya sebelum diletak plastik sampah baru .
·        Pemilihan kemasan dan reka bentuk ruang dapur juga penting termasuk mengelakkan penggunaan bahan kemasan licin yang boleh mengundang kecederaan. Ia juga perlu kerap dicuci.
·        Elakkan reka bentuk dapur yang mudah mengumpul habuk dan membiakkan haiwan peerosak.

Panduan kebersihan di bilik air.
·        Ruang ini terdedah dengan keadaan lembab dan berair. Basuh tangan selepas menggunakan bilik air serta sentiasa tutup pintu bilik air bagi menyekat penyebaran kuman.
·        Tutup penutup mangkuk tandas selepas mengepam air untuk elak kuman merebak ke tempat duduk.Selain itu cuci tandas dengan cecair pembersih tanpa toksik dan basmi kuman.
·        Ruang mandi dipastikan dicuci setiap minggu supaya kuman tidak melekat dan membiak dengan mudah.

Panduan kebersihan kanak-kanak.
·        Ia penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan kerana sistem imunisasi mereka tidak membantu apabila berdepan dengan persekitaran kotor serta tidak terjaga.
·        Alat permainan sentiasa dicuci dengan pembersih basmi kuman tanpa toksik dan dikeringkan di bawah cahaya matahari. Haiwan peliharaan biar pun dibela dan jinak, perlu sentiasa berada dalan keadaan bersih , kalau tidak ia berpontensi menyebarkan penyakit.
·        Disiplinkan anak dengan menggalakkan mereka membasuh tangan selepas bermain dengan haiwan atau berada di ruang permainan seperti taman.


Sunday, April 17, 2011

SURAH AL-AN'AM AYAT 103 ..menarik kesayangan

     sekiranya ingin disayangi oleh setiap orang dalam pergaulan maka hendaklah mengamalkan pertunjuk dibawah ini.
  1. Hendaklah bersopan santun dalam pergaulan dan jangan sombong.
  2. Hendaklah mewiridkan ayat di bawah ini sehari semalam 7 kali, terutama selepas solat magrib atau solat subuh.
Dia tidak diperdapat dengan penglihatan (mata) dan Dia memperdapat
penglihatan dan Dia Mahahalus lagi Mahamengetahui
    InsyaAllah dengan mengamalkan pertunjuk ini orang yang suka bergaul dan menaruh simpati sehingga selalu dipercayai dan disayangi dalam pergaulan.

acu cuba try klik jap