Jerawat sememangnya menjadi masalah pada remaja di seluruh
dunia. Bahkan, ramai di antara mereka menjadi kecewa atau bengang gara-gara
jerawat yang tidak mahu hilang dari wajah mereka. Kebanyakkan masalah ini
dideritai oleh lelaki dan wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30
tahun. Penelitian melaporkan 800 orang lelaki dan wanita berusia di antara 25
hingga 58 tahun, didapati 54% wanita dan 40% lelaki mengalami masalah jerawat.
Penyebab jerawat terdiri dari pelbagai faktor. Bermula dari
debu, kulit berminyak, keturunan dan hormon. Manakala penyebab luarannya
berpunca dari bakteria ‘Pacnes’. Bakteria ini boleh melekat di setiap kulit
manusia dan kemudiannya membiak serta menimbulkan jerawat. Untuk mencegah
jerawat yang disebabkan faktor luaran, cara paling berkesan ialah kamu mesti
rajin membersihkan muka.