Surah Al -Ikhlas terdiri dari 4 ayat, berisi mengenai penegasan tentang kemurkaan Allah SWT dan menolak segala macam kemusyrikan.Sebagaimana Surah Al- Fatihah ,Surah Al-Ikhlas pun mempunyai beberapa keutamaan. Seperti tersebut di dalam hadis diriwayatkan oleh Al- 'Uqaili dari Raja A Ghanawi, Rasulullah SAW, telah bersabda ;Barang siapa membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan- akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.
Adapun khasiat yang terkandung di dalam Surah Al-Ikhlas, antaranya ialah;
- Bila dibaca kepada orang yang sedang sakit,seandainya dia kemudian mati pada hari itu juga, maka insyaAllah dia akan diselamatkan dari seksa kubur.
- Bila dibaca secara rutin setiap hari, insyaAllah akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Sebaiknya dibaca setiap kali selesai solat fardhu menurut kemampuan masing- masing asal jangan sampai membosankan.
- Bila dalam perjalanan kemudian merasa lapar atau dahaga padahal tiada kedai makan, maka bacalah lafaz "Ya Shamadu" sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa lapar dan dahaga akan hilang dan seakan-akan kembali kenyang lagi.
- Bila kita amalkan dengan mewiridkan lafaz "Ya Shamadu" secara rutin setiap hari (terserah waktu membacanya) sebanyak 134 kali, InysaAllah kita diselamatkan dari maksud jahat orang yang rakus dan serekah.
- Bila lafaz "Ya Shamadu" kita wiridkan secara rutin setiap hari sebanyak 40 kali, InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita akan selamat dari tipu daya dan kejahatan orang-orang yang serakah.
Demikianlah di antara khasiat-khasiat yang terkandung di dalam Surah Al-Ikhlas. Akan tetapi yang lebih penting dari itu semua bahawa kita membaca Surah Al-Ikhlas itu merupakan ibadah yang mendapat pahala. Pernah suatu hari datang salah seorang sahabat Nabi menceritakan kepada baginda mengenai kecintaanya membaca Surah Al-Ikhlas. Baginda lalu bersabda ( yang ertinya) ;" kecintaanmu kepada Surah Al-Ikhlas itu dapat memasukkan kamu ke dalam syurga.
3 comments:
tq for sharing:)
cik wanie.. samo2 la.. jgn lupa amalkan setiap hari
Bacalah 11 kali al-ikhlas setiap kali selesai solat fardu.Allah akan bina sebuah rumah dalam syurga.
Baca 3 kali seperti khatam al-Quran.
Baca 100 kali ketika sakit dan meninggal,tidak membusuk jasadnya.
Amalkan,Inshaa allah.
Post a Comment