Saturday, April 9, 2011

KEMAAFAN WARNAI CINTA SEJATI


sejati...pasangan harus berkongsi saat suka dan duka 

    Sukar mempercayai orang yang baru mengenalinya. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan  sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

    Dalam  sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia.Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan padanya.

  Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan.Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalinkan perhubungan:

·         Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka.Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

·         Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan  perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi  jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu ragu dengan cara anda.

·         Komitmen bukanlah  sekadar menepati janji tetapi menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun si dia bersungguh sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

·         Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia.Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

·         Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun ,tentunya anda dan si dia  berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.

·         Sebahagian besar induvidu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

·         Simpati adalah usaha untuk memberikan  pengertian yang lebih mendalam,  jadikan usaha untuk menempatkan diri dalam emosi si dia walaupun tidak mudah melakukan perkara ini.Apabila menimbulkan simpati, kebanyakkan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan faham.

·         Apabila rasa yakin,anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia  bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

·         Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat  dengan pasangan selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mempunyai pendapat yang sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing masing.

·         Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan. Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlntas difikiran.

·         Ramai pasangan merasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

    Oleh itu, jalan yang terbaik ialah setiap induvidu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.

2 comments:

Maira Quee said...

wow...so sweet...suke2...hehehhe..btul mesti percaye tambah klu jauh..

azlanmatt said...

Maira...jauh d mata dekat d hati

acu cuba try klik jap