Buah delima ataupun nama saintifiknya punica granatum merupakan tanaman Asia, spesis dari Pulau
Socarta.Meskipun berasal dari Iran, buah delima lebih banyak berkembang di
daerah Timur Tengah, Arab Saudi, Afghanistan, India dan Asia Tenggara.
Ditanam sebagai tanaman hias ataupun tanaman ubat. Tingginya
boleh mencapai 5 meter, berbatang bulat dan kecil,daunnya bulat telur dengan
permukaan yang berkilat.
Buah berwarna merah, unggu putih dan juga hijau kekuningan.
Bunga berwarna merah akan menghasilkan buah berwarna merah dan bunga putih
menghasilkan buah yang berwarna putih atau hijau kekuningan.
Tumbuh baik di daerah yang musim kemaraunya panjang dan
bersuhu panas. Hidup subur pada ketinggian 400 hingga 1,500 meter dari
permukaan laut.
Seluruh pokok delima mempunyai manfaat, bermula dari kulit,batang,
akar, daun hingga buahnya. Pada kulit akar dan kulit batangnya terdapat
alkaloid peliterin yang baik untuk ubat cacing dan keracunan makanan.
Jus buah delima tinggi dengan khasiat. Terdapat kandungan
ion kalium, vitamin C dan polipenol.Setiap ulas bijinya kaya dengan kandungan
kalium per 100 gram (259 mg/gr), tenaga 63 kal, 30 mg vitamin C, komponen ini
baik untuk jantung.
Selain itu ia memberi perlindungan terhadap barah kulit.
Berdasarkan laporan dimuatkan di American Journal Of Clinical Nutrition,
seseorang yang minum 200 cc jus delima setiap hari selama seminggu
berturut-turut akan dapat meningkatkan aktiviti antioksida sebanyak 9%.
Di Iran dan Iraq, jus delima dibuat berkumur terlebih dahulu
sebelum diminum. Ia dapat membantu membersihkan mulut dan gigi. Selain itu ia
dapat mencegah infleksi sehingga dapat membantu menghilangkan bau mulut.
Memakan dengan perlahan-lahan buahnya dan mengeluarkan
bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan menghindarkan kekeringan
kerongkong.
Kandungan zat tanin dalam buah delima dapat membius cacing
gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga dapat dikeluarkan
melalui air besar. Cara ini sudah biasa dipraktifkan oleh penduduk Mesir dan
Vietnam.
tq tq kerana masukkan bloglist Sayur Labu dlm bloglist anda......
ReplyDeleteidah.... samo2 la weh.. yg mana dh 4llow mmg wajip ade dlm bloglist
ReplyDelete