Apabila berdepan dengan masalah ,lazimnya diri diselubungi tekanan,malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung.Bagi meringankan tekanan,ada beberapa cara patut diketahui;
- Bersabar dengan segala yang menimpa."Wahai anakku,dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan,serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala yang menimpamu.sesungguhnya demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki melakukannya.(Luqman;17).
- Anggap masalah itu sebagai satu ujian yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan.Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"Kami beriman,sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya!Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka,maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta."(Al-Ankabuut:2-3).
- Setiap masalah ada hikmatnya,seperti dapat menggugurkan dosa.Nabi s.a.w bersabda,maksudnya: "Tidakkah seorang muslim ditimpa penyakit,melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya,seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."(Hadis riwayat al-Bukhari).
- Kesulitan,masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba,sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah."Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata:Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadanya-Nyalah kami kembali,"(al-Baqarah:156).
- Ada masalah,kesakitan dan kesusahan membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan(nikmat) dan kesengsaraan(bala). justeru,ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
- Ujian adalah tanda Alllah mencintai seseorang itu.Nabi s.a.w bersabda,maksdnya:"sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan,akan diberikan cubaan kepadanya."(Hadis riwayat al-Bukhari).
- Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.
- Menyedari hakikatnya,kehidupan tidak lari daripada masalah,cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi.Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar,cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment